KERTAS PENERANGAN WTP 201 Pemasangan Kerangka Pintu Dan Tingkap K1K2
KERTAS PENERANGAN 1 TIPOGRAFI
-
Upload
abdul-raheym-ahmad -
Category
Documents
-
view
221 -
download
13
description
Transcript of KERTAS PENERANGAN 1 TIPOGRAFI
KRG201 / 1
Unit ICT KVBP 1 / 13
KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU11000 BALIK PULAU, PULAU PINANG.
UNIT REKABENTUK GRAFIK INDUSTRI(MEDIA CETAK)
KERTAS PENERANGAN 1
PROGRAM / PROGRAMME
REKABENTUK GRAFIK INDUSTRI
KOD KURSUS / COURSE CODE
KRG 201
SEMESTER / SEMESTER
01 (SATU)
NAMA KURSUS / COURSE NAME
KRG201 TYPOGRAPHY
NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN /ASSIGNMENTS NO. AND STATEMENT
INTRODUCTION OF TYPOGRAPHY1.1 Distinguish the type usage in graphic design based on visual communication, element
of design and principle of design.1.2 Classify the category of typeface by getting job specification from client needs.
OBJEKTIF PENCAPAIAN AKHIRAN / TERMINAL PERFORMANCE OBJECTIVE
1.1.1 Define typography in graphic design based on visual communication.
1.1.2 Identify function of typography in graphic design based on visual communication, principle and element of design.
1.1.1 Identify the category of typeface features.
1.1.2 Comparing type of font based on the category of typeface features. (Serif and San Serif).
NAMA PELAJAR / STUDENT'S NAME
…………………………………………………………………………………………………………………………………………
NO. KAD PENGENALAN /IC NO.
………………………………………………………………………………………….
TARIKH / DATE ………………………………………………………………………………………….
NAMA PENSYARAH / LECTURER’S NAME
………………………………………………………………………………………….
…………………………………………………………………………………………. 1
KRG201 / 1
NOTA 1
DEFINISI TAIPOGRAFI
Tipografi atau bahasa Inggeris Typography (berasal dari kata bahasa Greek typos adalah bentuk dan graphein adalah menulis) merupakan teknik dan seni mengatur huruf menggunakan gabungan bentuk huruf cetak, saiz fon, ketebalan garis, garis pandu (garis leading), jarak aksara, dan ruang huruf untuk menghasilkan hasil seni aturan huruf dalam bentuk fizikal atau digital. Matlamat utama Tipografi adalah mengatur teks (isi) dalam bentuk yang mudah dibaca dan menarik dipandang.
Taipografi dihasilkan melalui pengatur huruf, juruTaipografi, artis grafik, pengarah seni dan pekerja perkeranian. Ia pernah merupakan pekerjaan khusus, tetapi penggunaan komputer telah membuka ruang bagi pengguna biasa dan pereka visual generasi baru.
MUKATAIP
Reka bentuk atau corak pada aksara dan huruf digunakan bersama.
JENIS MUKATAIP
Satu set lengkap huruf abjad zon saiz berdasarkan satu muka taip reka bentuk. Jenis mukataip terdiri daripada beberapa jenis huruf seperti huruf besar, huruf kecil, huruf besar bersama huruf kecil, angka, tanda rujukan tanda baca, dan simbol. Semua ini adalah merupakan reka bentuk yang sama atau muka dan saiz yang sama.
KAREKTOR MUKATAIP
Karektor Taipografi adalah mengikut ciri-ciri stroke. Kumpulan muka taip terbahagi kepada lima iaitu :
Rajah 1.1 : Kumpulan Mukataip
Unit ICT KVBP 2 / 13
KRG201 / 1
Black Latter
Sama seperti tulisan tangan dan ia mempunyai tiga elemen :i. Tradisional
ii. Artisticiii. Old fesyen
Rajah 1.2 : Black Letter
Serif
Bermaksud yang mempunyai ‘kaki kecil’. Terbahagi kepada dua iaitu Roman Serif dan Square Serif atau lebih dikenali Slab Serif
Roman Serif mempunyai tiga kategori :
i. Roman Modern - stroke yang terlalu kontraii. Roman Old Style - stroke yang tebal dan nipis dengan mempunyai
sedikit kontraiii. Roman Transitional - stroke yang mempunyai sederhana kontra
Slab Serif, stroke yang mempunyai garisan yang tebal dan berat, berkotak dan sesuai untuk tajuk utama dan persembahan mukataip.
Bermaksud tiada ‘kaki kecil’ Stroke yang lebar dan statik yang mudah dan sekata. Digunakan secara meluas untuk teks naskah`
Rajah 1.4 : San Serif
Unit ICT KVBP 3 / 13
KRG201 / 1
Script/Cursive
Menyerupai tulisan tangan.Mempunyai sedikit kontra pada strokenya. Komposisi yang bebas. Mempunyai ruang yang sama di antara taip dan huruf yang bersambung-sambung.Perkataan cursive adalah dari perkataan latin ‘currere bermaksud lari, satu muka taip bebas dan cursive.
Rajah 1.5 : Script
NoveltyIni adalah beberapa ciri muka taip novelty atau miscellaneous.
Berhias dan kelihatan seperti bersejarah. Kelihatan seperti potongan kayu dan bertekstur. Muka taip yang sangat padat dan mempunyai penambahan. Bercirikan mukataip ‘western’ dan ‘circus’. Mempunyai stroke yang bebas dan ceria, kreatif dan inovatif.
Rajah 1.6 : Novelty
Unit ICT KVBP 4 / 13
KRG201 / 1
NOTA 2
Definisi Tipografi
Istilah tipografi berasal daripada bahasa Greek yang merupakan gabungan dua
perkataan, iaitu:
a) Tupos bermaksud huruf
b) Graphia pula bermaksud illustrasi
Tipografi boleh ditakrifkan sebagai satu bidang seni reka penghurufan dan reka
letak taip.
Fungsi tipografi merangkumi dua bidang utama iaitu:
a) komunikasi penulisan
b) komunikasi visual
Tipografi digunakan di dalam industri penerbitan seperti:
a) surat khabar
b) majalah
c) iklan
d) pembungkusan
Contoh tipografi:
Tulisan Greek
Unit ICT KVBP 5 / 13
KRG201 / 1
Orang Greek adalah di antara masyarakat yang terawal menggunakan
komunikasi penulisan secara sistematik dan moden.
Kebanyakan hurufnya menyerupai abjad Roman.
Tulisan Roman
huruf Roman kekal hingga ke hari ini dan menjadi asas dalam sistem
penulisan.
Mempunyai strok halus atau garisan pada hujung huruf yang dipanggil Serif.
Percetakan Gutenberg
Johannes Gutenberg telah mencipta sebuah mesin yang mampu mencetak
beberapa helai mukasurat dalam tempoh yang singkat untuk dijadikan sebuah
buku.
Unit ICT KVBP 6 / 13
KRG201 / 1
Terdiri daripada beberapa komponen asas iaitu:
1. Mesin Pencetak (diperbuat daripada kayu)
2. Metal Type (diperbuah daripada logam)
3. Kertas (diperbuat daripada gentian kapas)
4. Dakwat berasaskan minyak
Mesin Linotype
mesin linotype diperkenalkan bagi menggantikan teknik cetakan Gutenberg.
Berjaya mengatasi beberapa kelemahan seperti tempoh masa operasi, kos
dan tenaga kerja.
Mesin Taip Klasik
Unit ICT KVBP 7 / 13
KRG201 / 1
terdiri daripada papan kekunci, typebar dan reben karbon.
Terdapat banyak kelemahan pada mesin ini antaranya ialah ia tidak boleh
mengulang cetak sesuatu dokumen atau membuat salinan yang banyak
dalam satu masa.
Reka Letak Taip Digital
komputer Apple mula diperkenalkan.
ia membantu proses reka letak huruf dan reka bentuk komposisi (layout
design) menjadi lebih mudah dan pantas.
Proses ini dipanggil Desktop Publishing.
Unit ICT KVBP 8 / 13
KRG201 / 1
KLASIFIKASI HURUF
Terdapat beberapa klasifikasi huruf yang perlu kita ketahui, iaitu:
a) Old Style
Mempunyai Serif yang lebih bulat atau dikenali sebagai Rounded Serif di
bahagian hujung huruf.
b) Transitional
Di bahagian hujung Serif pada Transitional kelihatan lebih bersudut
berbanding Old Style.
c) Modern
Strok menjadi lebih halus berbanding Transitional. Huruf Modern lebih
kelihatan bersegi atau juga dipanggil Slab-Serif.
Unit ICT KVBP 9 / 13
KRG201 / 1
d) Egyptian
Mempunyai Slab-Serif yang lebih rata di bahagian dasar. Nilai ketebalan strok
adalah sama.
e) Sans Serif
Mudah dikenali kerana tidak mempunyai strok Serif pada bahagian hujung
fon.
f) Decorative
Kelihatan lebih menarik
huruf ini lebih bebas dan spontan.
kelihatan janggal sekiranya dijadikan teks kerana SUKAR DIBACA
Unit ICT KVBP 10 / 13
KRG201 / 1
Ciri-ciri Fon
Fon mempunyai beberap ciri penting yang perlu diketahui. Ciri-ciri tersebut adalah
seperti berikut:
a) Uppercase: Huruf besar dalam set karakter fon.
b) Lowercase: Huruf kecil dalam set karakter fon.
c) Punctuation: Tanda yang digunakan sebagai transisi atau imbuhan.
d) Mathematical Sign: Simbol yang digunakan dalam Matematik.
e) Symbols: Simbol tipografi digunakan sebagai transisi.
f) Ligatures: Simbol yang digunakan dalam bahasa Latin.
Unit ICT KVBP 11 / 13
KRG201 / 1
Keluarga Taip
Contoh-contoh keluarga taip terdiri daripada:
Regular
Italic
Bold
Bold Italic
Extra Bold
Unit ICT KVBP 12 / 13
Superscript dan Subscript
Superscript digunakan sebagai
nilai eksponen dalam matematik
seperti 104 dan juga sebagai sudut
atau darjah seperti 360o.
Subscript digunakan di dalam
formula kimia seperti H2O.
KRG201 / 1
KOLEJ KOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT
UNIT REKABENTUK GRAFIK INDUSTRI
KERTAS KERTAS PENERANGAN
KOD DAN NAMA KURSUS KRG201 TYPOGRAPHY
STANDARD KANDUNGAN
M201K1 INTRODUCTION OF TYPOGRAPHY
JUMLAH MUKA SURAT 5
Disediakan oleh :
…………………………………………………………………………………..( ABDUL RAHIM BIN AHMAD )PENSYARAH MODUL KRG101UNIT REKABENTUK GRAFIK INDUSTRIKOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
Disemak oleh :
…………………………………………………………………………………….( ABDUL RAHIM BIN AHMAD )KETUA UNIT REKABENTUK GRAFIK INDUSTRIJABATAN TEKNOLOGI MAKLUMAT DAN KOMUNIKASIKOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU.
Disahkan oleh :
…………………………………………………………………………………………( ASRUL NIZAM BIN ALI )KETUA JABATAN TEKNOLOGI MAKLUMATKOLEJ VOKASIONAL BALIK PULAU
Unit ICT KVBP 13 / 13