Kertas Penerangan Keja Melepa

22
KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME WTP (TEKNOLOGI PEMBINAAN) TAHAP / LEVEL TAHAP 1 NO. DAN TAJUK MODUL / MODULE’S NO. AND TITLE M09 – KERJA MELEPA NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT M9K1 MENGENAL PASTI DAN MEMILIH BAHAN UNTUK KERJA KEMASAN MENGIKUT SPESIFIKASI KERJA M9K2 MENYEDIAKAN MORTAR MENGIKUT NISBAH BANCUHAN M9K3 MENYEDIAKAN PERMUKAAN YANG RATA UNTUK KERJA KEMASAN MENGIKUT SPESIFIKASI KERJA M9K4 MELAKSANAKAN KERJA MELEPA PADA PERMUKAAN TEGAK RATA DENGAN KEMASAN UNTUK KERJA KEMASAN MENGIKUT SPESIFIKASI OBJEKTIF MODUL / MODULE’S OBJECTIVE Pelajar dapat mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk kerja melepa, memilih bahan, peralatan, menyediakan campuran mortar dengan nisbah betul, penyediaan permukaan untuk melepa dan melepa pada permukaan rata. NO. KOD / CODE NO. WTP 203/M09/P(1/1) Muka : 1 Drp 17 UNIT TEKNOLOGI PEMBINAAN JABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAM KOLEJ VOKASIONAL KENINGAU BEG BERKUNCI NO. 4 89009 KENINGAU SABAH KERTAS PENERANGAN ( INFORMATION SHEET )

description

plastering

Transcript of Kertas Penerangan Keja Melepa

KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM’S CODE & NAME

WTP (TEKNOLOGI PEMBINAAN)

TAHAP / LEVEL TAHAP 1

NO. DAN TAJUK MODUL /

MODULE’S NO. AND TITLEM09 – KERJA MELEPA

NO. DAN PERNYATAAN TUGASAN / TASK(S) NO. AND STATEMENT

M9K1 MENGENAL PASTI DAN MEMILIH BAHAN UNTUK KERJA KEMASAN MENGIKUT SPESIFIKASI KERJA

M9K2 MENYEDIAKAN MORTAR MENGIKUT NISBAH BANCUHAN

M9K3 MENYEDIAKAN PERMUKAAN YANG RATA UNTUK KERJA KEMASAN MENGIKUT SPESIFIKASI KERJA

M9K4 MELAKSANAKAN KERJA MELEPA PADA PERMUKAAN TEGAK RATA DENGAN KEMASAN UNTUK KERJA KEMASAN MENGIKUT SPESIFIKASI

OBJEKTIF MODUL / MODULE’S OBJECTIVE

Pelajar dapat mengenalpasti lokasi yang sesuai untuk kerja melepa, memilih bahan, peralatan, menyediakan campuran mortar dengan nisbah betul, penyediaan permukaan untuk melepa dan melepa pada permukaan rata.

NO. KOD / CODE NO. WTP 203/M09/P(1/1) Muka : 1 Drp 17

UNIT TEKNOLOGI PEMBINAANJABATAN TEKNOLOGI KEJURUTERAAN AWAMKOLEJ VOKASIONAL KENINGAUBEG BERKUNCI NO. 489009 KENINGAUSABAH

KERTAS PENERANGAN( INFORMATION SHEET )

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 2 Drp: 18

KOMPETENSI 1 :MENGENALPASTI & MEMILIH BAHAN UNTUK KEMASAN AKHIR

PLASTER / Melepa

Melepa ialah satu cara untuk menyaluti suatu permukaan dengan menggunakan mortar. Ianya dilakukan untuk menutup kecacatan pada muka tembok bata.

Teknik kerja melepa memerlukan kecekapan dan kekuatan tangan serta pemikiran yang tenang untuk menghasilkan kerja yang bermutu.

Kerja lepaan Sesuatu permukaan perlu dijalankan berdasarkan alas an berikut :-

1) Mendapatkan permukaan yang sekata dari segi kelurusan dan kerataan2) Melindungi, menutup serta memperbaiki kerja bata yang rosak atau tidak rata.

3) Meilindungi permukaan dari tindakan cuaca atau sebarang anasir supaya lebih tahan kerana dapat bertindak sebagai bahan kalis air.

4) Menyediakan alas yang sesuai untu kerja mengecat.

5) Memudahkan kerja mengecat dan membersih apabila kotor

6) Menbgurangkan bunyi bising serta kalis haba

7) Menambah kekuatan dinding kerana lapisan lepa menambahkan ketebalan dinding

8) Boleh memberikan kemasan corak yang menarik pada lapisan akhir.

PERALATAAN KERJA MELEPA

Pemilihan peralatan kerja amat penting bagi pekerja bagi memastikan hasil kerja dapat dilakukan dengan senang, cepat serta bermutu. Peralatan seharusnya dari jenis yang berkualiti, dan tahan lama serta sesuai digunakan. Peralatan mestilah disimpan berish serta berkeadaan baik. Alat yang dibuat dari besi hendaklah dalam keadaan kering, disapu minyak sebelum disimpan. Penggunaan kotak peralatan boleh membantu keselamatan alat yang disimpan apabila tidak digunakan.

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 3 Drp: 18

Jenis Peralatan

Berikut adalah peralatan yang sering digunakan semasa kerja melepa

Steel float pemaras keluli Comb spreader

Wooden float pemaras kayu Spirit level

Hawk Darby float Pemaras kayu panjang

Terdapat juga alat tambahan lain yang digunakan khususnya untuk jenis kemasan akhir yang tertentu.

PERKARA YANG PERLU DIBERI PERHATIAN SEMASA MENGGUNA ALAT KERJA MELEPA

Sebelum kerja melepa dijalankan, adalah perlu seseorang pekerja itu mahir dengan kaedah dan cara mengguna alat melepa dengan betul. Alat ‘Hawk’ dan pemaras keluli (‘Steel float’) perlu dimahirkan dengan lenggok pergerakan dan tekanannya. Perkara-perkara lain yang perlu dititik beratkan ialah :-

Pastikan tangan anda dan pemegang alat sentiasa bersih dan kering. Sekiranya kotor dan basah, maka cuci dan keringkan segera.

Jangan pegang alat kerja terlalu kemas semasa menggunakannya.

Semasa mengambil mortar, jangan berdiri terlalu jauh dari “mortar board” dan semasa mengambilnya, ambillah dari bahagian tepi, bukan dari tengah.

Semasa mengambil mortar dari ‘hawk’ gerakkan kedua-dua belah tangan.

Biarkan pemaras keluli bergerak supaya tangan boleh menukar posisi pada pemegang, kemudian barulah digenggam erat semasa kerja dijalankan.

Tekan mortar pada dinding menggunakan tekanan seimbang dan seterusnya merapatkan ‘steel float’ apabila mortar semakin kurang.

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 4 Drp: 18

Biarkan ‘steel float’ sedikit menegak (bersudut tepat) sekiranya banyak mortar berada dihujung pemaras berkenaan.

Sebelum menggunakan alat jenis kayu, pastikan lepaan berada dalam keadaan sedikit kering. Jika terlalu cair / basah, mortar akan luruh dan jika terlalu kering mortar tidak dapat di ratakan dengan sempurna.

BAHAN KERJA MELEPA

Antara bahan yang diperlukan untuk kerja melepa dalah sebagaimana berikut :-

Simen:Terdapat berbagai jenis simen yang boleh digunakan untuk bancuhan mortar samada untuk penerapan bata, membuat lepaan atau sebagai perekat jubin. Terdapat simen khas yang dibuat untuk mortar lepaan iaitu “Wallcrete”dimana ianya telah siap campuran simen portlan biasa dengan kapur.

Kapur :Bahan mentahnya dibuat dari batu kapur yang dibakar sehingga 1000o c untuk menghasilkan kapor tohor. Bahan tersebut kemudiannya direndam kedalam air untuk mengeluarkan haba (slaking) dan menghasilkan ‘hydrated lime’ yang sesuai untuk membuat mortar ikatan dan lepaan.

Tujuan penggunaan kapor adalah untuk menambah keupayaan air memegang mortar serta mengurangkan kehilangan air dari bancuhan dan seterusnya menambah pegangan antara butir-butir pasir dalam bancuhan mortar.

Air :Air yang digunakan mestilah bersih dan jernih, bebas dari bendasing yang boleh merosakkan bancuhan mortar. Air laut tidak sesuai untuk bancuhan mortar walaupun ianya jernih kerana kandungan garamnya akan menyebabkan lapisan lepaan mudah peroi dan mengaratkan besi tetulang.

Peranan air dalam bancuhan ialah untuk :-a) Menyebarkan simen supaya lebih menyeluruh dan setiap butir pasir dapat disaluti

dengan simen.b) Memudahkan kerja bancuhanc) Sebagai agen pemangkin tindakbalas kimia dalam bancuhan.

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 5 Drp: 18

Bahan Tambahan

Merupakan bahan cecair kimia yang ditambah kedalam air semasa bancuhan bertujuan untuk menambah sifat kemudahkerjaan (workabality) mortar. Biasanya bahan tambahan sekitar 30% digunakan.

Bahan jenis ‘Waterproofing compounds’ ialah bahan kimia yang disediakan dalam bentuk serbuk dan juga cecair untuk menghasilkan lepaan yang tidak telap air. Bahan jenis serbuk halus dibancuh bersama simen dan digaul dalam keadaan kering.Bahan ‘Plasticisers’ dapat menambah kemasukan udara kedalam mortar. Bila terdapat udara, ia memberikan kesan kejelekitan dan kemudahkerjaan ditingkatkan dimana 50% kandungan air dalam mortar dapat dikurangkan. Ini akan melambatkan proses pengeringan dan peningkatan kekuatan ikatan.

Contoh bahan tambah ini seperti sodium silikat, sodium aluminat, kalsium format, triethanolamine, sodium glukonat dan kalsium lignosulphonat.

KOMPETENSI 2 :MENYEDIAKAN NISBAH BANCUHAN MORTAR

Nisbah bancuhan mortar untuk lepaan bergantung kepada jenis lepaan yang hendak dibuat. Bagi lepaan asas atau lepaan kasar maka nisbah yang sering digunakan adalah 1:6 (simen:pasir) ataupun ditambah dengan satu bahagian kapor untuk tujuan kemudahkerjaan (workability) dimana 1 : 1 : 6 (simen : kapor : pasir)

JENIS-JENIS KEMASAN LEPAAN

Jenis kemasan lepaan bergantung kepada bentuk pandang dan keperluan kegunaan sesuatu dinding atau tembok. Antara jenis kemasan yang biasa dilakukan adalah seperti :-

Kemasan Biasa ( sand face)

Lepaan biasa dibuat dengan nisbah bancuhan 1 : 6 (simen : Pasir). Lepaan jenis ini boleh dibuat dengan dua lapisan. Untuk dinding bata, tebal lepaan sekitar 16mm dan bagi tampang bawah, rasuk, tiang, dinding blok atau konkrit yang mana permukaannya sedia licin, lepaan dibuat setebal 12mm.

Lapisan pertama: bagi lepaan berketebalan 16mm maka lepa kasar lapisan pertama dibuat setebal 10mm, manakala bagi lepaan 12mm maka lapisan pertama adalah setebal 6mm. Nisbah

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 6 Drp: 18

bancuhan adalah 1:3-4 atau 1:6 jika ditambahan dengan bahan pemudah adun. Permukaan ini hendaklah dikasarkan bagi menerima lepaan lapisan kedua.

Lapisan Kedua : Lepaan setebal 6mm hendaklah dikemaskan dengan pemaras keluli untuk permukaan diding dalam dan gengan pemaras kayu bagi dinding luar. Lepaan ini hendaklah menggunakan pasir yang ditapis dan disudahi dengan gosokan pemaras kayu. Span basah boleh digunakan untuk mendapatkan permukaan yang seragam.

Tiga kombinasi nisbah bancuhan yang paling sesuai untuk lepaan luar bangunan menggunakan simen Portland, kapor dan pasir ialah :-

- 1: ½ : 4 ½ atau- 1 : 1 : 5-6 atau- 1 : 2 : 8-9

KEMASAN LICIN

Merupakan lapisan kemasan akhir yang dibuat keatas permukaan lepaan biasa menggunakan likatan air simen dengan cara melicinkannya dengan pemaras keluli. Untuk menambah kemudahkerjaan, campuran simen boleh ditambah dengan kapor. Permukaan dinding lepaan sedia ada hendaklah dalam keadaan lembab atau separuh kering untuk menerima likatan cairan simen lepaan licin ini agar ikatan lepaan licin dengan lepaan dinding menjadi sebati.KEMASAN GRANOLITIK

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen : Pasir : serpihan batu granit bersaiz 3-6mm lubang ayakan. Lepaan dibuat dalam dua lapisan dengan jumlah ketebalan 10mm dan permukaannya diratakan menggunakan kayu pemaras. Setelah lapisan mula mengeras, maka permukaannya hendaklah diberus perlahan-lahan untuk menghasilkan kemasan gerutu.

KEMASAN SHANGHAI

Menggunakan nisbah bancuhan 2 : 1 : 5 bahan terdiri dari simen berwarna : Pasir : serpihan batu bersaiz 3mm ayakan. Prosesnya sama dengan kemasan granolitik , Cuma hasil yang diperolehi adalah kemasan gerutu berwarna.

KEMASAN ‘ Textured atau Scraped’

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 7 Drp: 18

Kemasan dibuat pada permukaan lapisan akhir semasa lepaan mula mengeras. Biasanya penggunaan pemaras besi bergerigi seringkali digunakan. Penggunaan peralatan lain yang sesuai bergantung kepada kebolehan dan kemahiran seni seseorang pekerja.Video :

KEMASAN ‘ Rough cast atau wetdash’

Campurannya terdiri dari simen, pasir dan batu baur yang dipilih mengikut pembahagian nisbah bancuhan 1 : 3 atau 1 : ½ : 4 ½ pada lapisan pertama, sementara lapisan kedua nisbahnya adalah 1 : ½ : 1 ½ - 3 ( batu kerikil 6-13mm). Bahan kalis air serta pewarna boleh digunakan untuk menambah kecantikan lepaan. Kemasan kasar ini dibuat dengan melemparkan bancuhan basah yang mengandungi nisbah campuran batu kasar pada permukaan tembok yang telah dilepa.

KEMASAN ‘Pebble-dash atau drydash’

Merupakan jenis lepaan kasar yang menampakkan batu-batu kerikil atau serpihan batu berukuran 10 – 20mm, dilempar atau ditampal pada permukaan yang dilepa sementara lapisan lepaan tersebut belum mengeras. Lapisan pertama menggunakan bancuhan 1 : 4 ½ dengan campuran ‘water proofer’ dan nisbah bancuhan lapisan kedua adalah 1 : 1 : 5 dibuat setebal 12mm.

KEMASAN “tyrolean atau smooth cast”

Menggunakan bancuhan 1:2 terdiri dari simen (Biasa atau warna) dan pasir. Disembur pada lapisan asas dengan menggunakan mesin tyrolean (drough-casting) pada jarak 18-20 inci dari dinding. Kemasan jenis ini hendaklah dibuat dalam 3 lapisan dan jumlah tebalnya tidak melebihi 6mm. Setiap lapisan perlu dibiarkan kering dahulu sebelum lapisan berikutnya di sembur.

KEMASAN “Depeter”

Merupakan satu bentuk kemasan ‘rough cast’. Lapisan lepaan dibuat setebal 12mm dengan nisbah bancuhan 1 : 3. Semasa lepaan masih lembap, batu-batu kerikil atau batu keras ditekan ke permukaan lepaan dengan tangan. Kemasan ini boleh memberikan corak yang menarik serta cantik. Nilai seni pada permukaan dapat ditingkatkan dengan memilih bahan yang berlainan warna.

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 8 Drp: 18

KEMASAN / LEPA JEJARING “lath plaster”

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 9 Drp: 18

Lepaan jejaring hendaklah terdiri dari jaringan logam dan lepa. Kepingan ini hendaklah dipasang memanjang melintangi penahan. Bahagian sisi kepingan diantara penahan hendaklah diikat bersama dengan dawai. Hujung dawai pengikat hendaklah dibengkokkan kedalam dan bukan kearah lapisan kemasan lepaan. Jika kepingan logam bergalvani 25X25 I dipasang pada rangka besi, dawai atau klip perlu digunakan pada jarak tidak melebihi 350mm.

Lepaan pada jaring / bidai logam hendaklah dibuat dalam tiga lapisan.

a) Lapisan pertama dan kedua

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 10 Drp: 18

Nisbah bancuhan ialah 1 bahagian simen : ½ bahagian kapor : 4 ½ bahagian pasir adalah sesuai untuk lapisan ‘undercoat’ yang kuat. Sementara nisbah 1 : 6 dicampur dengan pemudah adun mortar . Gentian yang diluluskan hendaklah dimasukkan kedalam campuran mengikut kadar 5kg setiap 1 meter padu pasir. Sekiranya kandungan bancuhan dijadikan sebagai nisbah 1 : 1 : 6, ianya sesuai untuk lapisan ‘Undercoat’ untuk kebanyakan bahan dinding.

Bagi lapisan pertama dan kedua, jumlah tebalnya mestilah tidak lebih dari 16mm (5/8”) diukur dari luar jaringan logam. Setiap lapisan hendaklah dicakar untuk mendapat cengkaman dan dibiarkan kering sebelum lapisan seterusnya dibuat.

b) Lapisan ke tiga

Merupakan lapisan akhir (final coat) dimana bancuhan mengandungi simen dan pasir halus dengan nisbah 1 : 3 dan dicampur dengan pemudah adun mortar atau nisbah 1 : 2 : 9.Lapisan ini dibuat tidak melebihi ketebalan 9mm (3/8”)

KEMASAN Barium

Biasanya lepaan ini digunakan untuk melepa permukaan dinding dalam dengan nisbah bancuhan 1 : 1 : 3 iaitu simen : barites (barium sulfat) yang halus : pasir.Tujuan lepaan ini adalah untuk menghalang radiasi, contonya untuk lepaan dinding dalam bilik X-ray dan sebagainya.

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 11 Drp: 18

KOMPTENSI 3 :MENYEDIAKAN PERMUKAAN UNTUK KERJA MELEPA

Persediaan dasar Lepaan.

Dasar lepaan terdiri dari tiga bentuk iaitu :# Dasar yang kukuh seperti dinding bata, konkrit, terra cotta, batu atau blok gypsum.# Bidai kayu atau logam# Gypsum atau papan fibre bangunan

Persediaan asas : Permukaan hendaklah dibersihkan dan dibasahkan dengan air supaya lembap Dinding yang disapu cat atau kapor hendaklah diketuk atau dicakar untuk menyediakan

permukaan kasar bagi memegang ikatan sebelum kerja melepa lapisan mortar baru dilakukan Mortar keras yang terlebih pada sambungan bata hendaklah dibuang bagi memudahkan kerja

melepa.

Kaedah melepa dilakukan samada satu atau dua atau tiga lapisan, bergantung kepada factor berikut.1) Dasaran yang hendak dilepa2) Bahan yang digunakan3) Jenis kemasan yang diperlukan

Lepaan satu lapisanCara ini digunakan pada dinding bata, konkrit, terra cotta atau dasar padu yang kuat dan tegap. Mortar simen atau mortar yang mengandungi simen, kapor dan pasir atau mortar gypsum adalah bahan yang biasa digunakan untuk kerja melepa satu lapisan.

Dinding dibasahkan dan mortar dibancuh. Bermula dari bahagian atas, buatkan satu jaluran lepa atau ‘screed’ secara melintang. Dan dengan jarak yang sesuai dibawahnya, satu lagi jaluran ‘screed’ dibuat. Bagi dinding yang besar, mungkin lebih dari 3 jaluran ‘screed’ diperlukan. (lihat rajah dibawah)

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 12 Drp: 18

Gunakan pemaras kayu panjang (‘darby float’ ) secara menegak untuk menggosok kedua-dua hujung ‘screed’. Pastikan gosokan itu menyebabkan mortar sama tebal iaitu dengan jarak lebih kurang 5/8” antara ‘darby float’ dengan dinding. Tompokan mortar yang sama tebal dihujung ‘screed’ dikenali sebagai ‘dot’. Ia merupakan titik rujukan ketebalah lepaan.

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 13 Drp: 18

Sekali lagi gunakan kayu pemaras ‘darby’ untuk memotong ‘screed’ kearah ‘dot’, menjadikannya permukaan rata. Ruang antara ‘screed’ di isi dan dengan ‘darby float’ mortar lepa diratakan berpandukan kedua-dua ‘screed’ berkenaan. Sekiranya ada tempat yang tidak cukup ketebalan, maka mortar ditambah menggunakan pemaras keluli dan diratakan menggunakan pemaras kayu dan diuji lagi menggunakan ‘darby float’. Akhir sekali ratakan keseluruhan permukaan dengan wooden float dan sudip kemasan.

Lepaan Dua lapisan

Biasanya dilakukan untuk mendapat kemasan akhir yang lebih halus dan sekata. Bahan yang digunakan ialah mortar kapor, mortar gypsum dan mortar simen.Pada lapisan pertama, tentukan ketegakkan, kerataan dan kelurusan seperti yang dikehendaki. Sekiranya perlu, lapisan ini booleh dicakar untuk menyediakan pegangan dengan lapisan yang bakal dibuat nanti. Setelah lapisan pertama telah mengeras, maka lapisan kedua dibuat dari atas ke bawah. Lapisan kemasan ini teramat nipis sekiranya menggunakan ‘lime putty’ dan tebal sedikit jika menggunakan air pekatan simen. Pada umumnya kelurusan lapisan kemasan bergantung kepada permukaan lapisan pertama tadi.

Lepaan Tiga Lapisan

Kaedah ini biasanya digunakan pada ‘laths’ atau kerja batu kasar. Lapisan pertama mortar mengandungi serabut didalamnya untuk tujuan lekatan. Lapisan ini dikenali sebagai “pricking up” dibuat dengan kelurusan yang sesuai menggunakan laying trowel. Kemudian permukaannya dikasarkan dan setelah mengeras, dua lagi lapisan lepa dibuat untuk mendapat permukaan yang rata dan seragam.

KOMPETENSI 4 : MELAKSANA KERJA MELEPA

Langkah –Langkah Kerja MelepaKerja lepaan pada suatu tembok dibuat dalam dua atau tiga lapisan tidak termasuklapisan penyudah. Bilangan lapisan ini juga bergantung kepada jenis bahan asas dasaran, dan keadaan permukaan dinding berkenaan.

Langkah 1 – Persediaan asas

Permukaan tembok dibersihkan dan dikasarkan sekiranya dari jenis dinding lama. Cat yang ada hendaklah di ketuk dan dikikis dengan ‘brick hammer’ sementara mortar yang berlebihan pada sambungan bata hendaklah dibuang untuk memudahkan kerja melepa dilakukan.

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 14 Drp: 18

Dinding bata perlu dibasahkan secukupnya sekiranya berkeadaan kering supaya mortar lepaan tidak cepat kering ketika kerja dijalankan. Penyediaan mortar lepaan perlu dibuat dalam kuantiti yang mencukupi agar kerja-kerja tidak tergendala.

Langkah 2 – Membuat Lapisan Dasar (undercoat) ( LAPISAN LEPEK)

Permukaan tembok bata perlu dibasahkan secukupnya sebelum kerja lepaan dijalankan. Tujuan tindakan ini adalah untuk mendapatkan ikatan yang kukuh diantara lapisan lepa dengan permukaan tembok. Bagi permukaan tembok yang lekuk, perlu dipenuhkan dan diratakan terlebih dahulu.Lapisan dasar ini dapat mengurangkan ketebalan lepaan lapisan berikutnya. Permukaan lepaan undercoat hendaklah dicakarkan untuk mendapatkan ikatan yang kuat bagi menerima lapisan yang berikutnya. (RAJAH LAPISAN LEPAAN )

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 15 Drp: 18

Langkah 3 – Membuat Lapisan Tapak (floating coat) (

Untuk mendapatkan suatu permukaan lurus dan sama rata sebagai tapak bagi lapisan penyudah berketebalan 10-14mm. Salah satu kaedah untuk mendapatkan permukaan yang sama rata ialah dengan menggunakan kaedah tompok-tompok dan jaluran panduan ( dot and screed)

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 16 Drp: 18

Tompok-tompok berbentuk segiempat dibuat mengikut jarak tertentu, biasanya 1-2 meter antara satu dengan lain dan disamaratakan dengan panduan benang secara melintang dari hujung ke hujung. Tompok lepaan kemudian disambungkan menjadi jaluran lepaan samada secara menegak atau mendatar.

Seterusnya mortar lepaan dipenuhkan menggunakan pemaras keluli berpandu kepada aras ketebalan jaluran lepaan sehingga keseluruhan ruang ditutupi dengan mortar lepa. Kemudian lepaan tersebut digosok serta diratakan dengan kayu pemaras panjang (darby float) dan dikuti dengan pemaras kayu (wooden float).

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 17 Drp: 18

Langkah 4 – Membuat Lapisan Penyudah (finishing coat)

Finishing merupakan lapisan akhir dengan ketebalan antara 3-6mm dan dilakukan bergantung kepada jenis kemasan yang dikehendaki.. Untuk mendapatkan kemasan Licin, maka lapisan finishing perlu dibuat semasa mortar lepaan masih lembap. Walaubagaimanapun ianya boleh juga dibuat selepas lepaan mengeras, tetapi tembok perlu dibasahkan terlebih dahulu dan lapisannya lebih tebal berbanding jika dibuat ketika lepaan masih lembap. Sekiranya kemasan khas seperti gerutu, shanghai, granolik hendak dilakukan, maka kaedah membuat kemasan-kemasan berkenaan hendaklah dikuti. (seperti yang telah dinyatakan sebelum ini)

PERINGATAN SEMASA MELEPA MORTAR PADA DINDING DAN SILING

Pastikan permukaan yang hendak dilepa telah dibuat persediaan yang lengkap dan teratur. Pergerakkan tangan ke belakang dibuat untuk mengambil mortar dari ‘hawk’ dan menampal

pada dinding, kecuali posisi tersebut tidak membolehkan pergerakkan berkenaan. Luas atau lebar steel float hendaklah digunakan sepenuhnya Jangan menutup permukaan dot atau screed Tampalan mortar hendaklah dibuat dengan ketebalan yang sekata. Pastikan keseimbangan berat badan dan kekuatan otot lengan dengan sebaik mungkin

NO KOD / CODE’S NO WTP203/M09/P(1/1) Muka: 18 Drp: 18