KERTAS PENERANGAN

28
BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEET KOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME Y-050-1 PEKERJA LADANG PERTANIAN AGRICULTURAL FARM WORKER TAHAP / LEVEL SATU (1) NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE M 01 PEMBERSIHAN KAWASAN SEMAIAN NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT 03. 07 03. 06 MERUMPUT KAWASAN ANAK SEMAIAN BERSIH KAWASAN SEMAIAN OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES BERSIH KAWASAN SEMAIAN MENGGUNAKAN MESIN RUMPUT, CANGKUL, HAND FORK, PENGGALI, SKOP TANGAN, SKOP, KAPUR, HELAIAN PLASTIK (KANVAS), PENCAKAR, SARUNG TANGAN, BEKAS SAMPAH, BERUS DAWAI, PEMANCUT AIR BERTEKANAN TINGGI, KERETA SORONG DAN MESIN SHREDDER SUPAYA RUMPUT RAMPAI DICABUT/DIPOTONG,

Transcript of KERTAS PENERANGAN

Page 1: KERTAS PENERANGAN

BAHAGIAN PENDIDIKAN TEKNIK DAN VOKASIONAL KEMENTERIAN PELAJARAN MALAYSIA ARAS 5 & 6 BLOK E 14, PARCEL E PUSAT PENTADBIRAN KERAJAAN PERSEKUTUAN 62604, PUTRAJAYA

KERTAS PENERANGAN INFORMATION SHEETKOD DAN NAMA PROGRAM / PROGRAM CODE AND NAME

Y-050-1

PEKERJA LADANG PERTANIANAGRICULTURAL FARM WORKER

TAHAP / LEVEL SATU (1)

NO DAN TAJUK MODUL / MODULE NO AND TITLE

M 01 PEMBERSIHAN KAWASAN SEMAIAN

NO. DAN PENYATAAN TUGAS / TASK (S) NO AND TASK STATEMENT 03. 07

03. 06

MERUMPUT KAWASAN ANAK SEMAIAN

BERSIH KAWASAN SEMAIAN

OBJEKTIF MODUL / MODULE OBJECTIVES

BERSIH KAWASAN SEMAIAN MENGGUNAKAN MESIN RUMPUT, CANGKUL, HAND FORK, PENGGALI, SKOP TANGAN, SKOP, KAPUR, HELAIAN PLASTIK (KANVAS), PENCAKAR, SARUNG TANGAN, BEKAS SAMPAH, BERUS DAWAI, PEMANCUT AIR BERTEKANAN TINGGI, KERETA SORONG DAN MESIN SHREDDER SUPAYA RUMPUT RAMPAI DICABUT/DIPOTONG, KAWASAN SEMAIAN DIBERSIH, SISA TANAMAN DAN SAMPAH DIPUNGUT, DIKUMPUL & DILUPUS, PERALATAN DISELENGGARA DAN DISIMPAN DI DALAM SETOR.

NO KOD / CODE NO. Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 1 Drp : 20

Page 2: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 2 drp : 21

1.0 KAWASAN SEMAIAN

1.1 Pengenalan kawasan semaian

Kawasan semaian adalah kawasan di mana anak-anak pokok ditempatkan sebelum ia ditanam di tempat yang kekal. Anak-anak pokok yang digunakan untuk membiak-baik tanaman, membesarkan anak benih dan seterusnya persediaan anak benih dibiak atau dibeli dan dijaga sehingga ia cukup besar untuk dijual atau ditanam di tempat yang kekal. Di tapak semaian, anak-anak pokok dapat dijaga dengan rapi dan pemilihan dibuat untuk mendapatkan pokok-pokok yang sihat.

Terdapat beberapa jenis kawasan semaian. Di antaranya adalah seperti berikut :

Semaian buah-buahan Semaian tanaman hiasan Semaian tanaman khusus – seperti tanaman ubat-ubatan, orkid dan

sayur-sayuran

Semaian tanaman sayur-sayuran dibina di kawasan yang berhampiran ladang sayur atau kebun untuk memudahkan kerja-kerja penyemaian dan pemindahan.

2

Kawasan Semaian

Page 3: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 3 drp : 21

1.2 Bahagian-bahagian kawasan semaian

Kawasan semaian terdiri daripada beberapa bahagian seperti berikut:

i. Pejabat dan kaunter jualan

ii. Stor

iii. Garaj

3

Page 4: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 4 drp : 21

4

Page 5: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 5 drp : 21

iv. Tempat naungan media

v. Rumah pembiakan

vi. Rumah tumbuhan

5

Page 6: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 6 drp : 21

vii. Kawasan pengerasan/penjagaan lanjutan

viii. Sumber air

6

Page 7: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 7 drp : 21

ix. Kawasan pameran tanaman

1.3 Fungsi-fungsi bahagian kawasan semaian

i. Pejabat dan kaunter jualan

Ia perlu dilengkapi dengan kemudahan perabot asas dan peralatan perhubungan untuk memudahkan urusan pentadbiran. Pejabat ini perlu ditempatkan di satu lokasi yang strategik sama ada berhampiran jalan utama atau kawasan yang tinggi supaya dapat mengawal kesemua aktiviti di dalam dan di luar kawasan semaian. Kawasan pejabat juga disediakan surau dan tandas.Kaunter jualan disediakan untuk mengurus aktiviti jualan dan pemasaran anak pokok, benih, pasu, baja dan hasil semaian lain.

ii. Stor

a. Stor kimia

Stor kimia perlu dibina jauh sedikit daripada tempat orang ramai kerana ia menempatkan bahan kimia seperti racun kulat, racun serangga, racun rumpai, dan bahan lain jenis meruap yang berbahaya kepada kesihatan manusia. Stor ini perlu mempunyai sistem pengudaraan yang baik.

b. Stor baja

Stor baja ialah tempat untuk menyimpan stok baja yang hendak digunakan di kawasan semaian.

c. Stor peralatan, kelengkapan dan bahan

Stor ini adalah untuk menyimpan peralatan, kelengkapan dan bahan yang perlu untuk pembiakan dan penyelenggaraan tanaman. Ia perlu dibina berasingan dengan stor kimia kerana bahaya kebocoran bahan kimia boleh merosakkan peralatan dan kelengkapan lain.

7

Page 8: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 8 drp : 21

iii. Garaj

Ia dibina khusus untuk menempatkan jentera dan mesin pertanian seperti traktor dua roda, mesin ‘shredder’ dan lain-lain.

iv. Tempat naungan media

Bagi sebuah nurseri yang besar, sebuah struktur berbumbung adalah perlu untuk menyimpan media campuran. Di bawah struktur berbumbung tersebut sekurang-kurangnya 3 petak dibina untuk mengisi tanah, bahan organik dan pasir. Ia juga mempunyai satu ruang kerja di mana kerja-kerja percampuran media dan pengisian media ke dalam polibeg / pasu dilaksanakan.

v. Rumah pembiakan

Rumah pembiakan ialah satu bahagian yang dibina untuk membiak tanaman. Bumbung struktur ini terdiri dari bahan yang boleh lutcahaya. Peratus teduhan bergantung kepada jenis tanaman yang hendak dibiakkan. Sistem pengairan perlu disediakan untuk penyiraman. Rumah pembiakan bergantung kepada jenis tanaman yang dibiak dan boleh mempunyai unit-unit seperti berikut:

a. Kotak percambahanb. Tempat penyusunan polibegc. Batas semaian d. Tempat rawatan / baik pulih pembiakan

vi. Rumah tumbuhan

Rumah tumbuhan disediakan untuk tujuan pembesaran anak semaian. Ia mempunyai teduhan yang sesuai mengikut jenis pokok. Susunan pokok mengikut jenis, kelon dan kod warna. Terdapat juga rak-rak yang dibina untuk menempatkan anak pokok supaya lebih tersusun dan mempunyai pengudaraan yang baik.

vii. Kawasan pengerasan / Penjagaan lanjutan

Kawasan pengerasan disediakan untuk mematangkan anak pokok sebelum dikeluarkan atau dijual. Pengerasan anak pokok ialah aktiviti pendedahan pokok kepada cahaya matahari secara beransur-ansur. Pengerasan tanaman buah-buahan dibuat mengikut peratus teduhan iaitu 100% naungan selama sebulan, 65% sebulan, 35% sebulan dan 0% naungan. Bagi tanaman hiasan peratus teduhan yang dibuat mengikut jenis tanaman.

viii. Sumber air

Sumber air amat perlu bagi sesebuah tapak semaian. Sumber air boleh diperolehi daripada kolam, sungai atau air yang dibekalkan oleh pihak yang berkuasa.

8

Page 9: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 9 drp : 21

ix. Kawasan pameran tanaman

Kawasan pameran tanaman disediakan untuk mempamerkan produk-produk semaian dan bahan semaian seperti pasu, baja, racun dan media tanaman.

9

Page 10: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 10 drp : 21

2.0 PERALATAN

2.1 Jenis alat pembersihan kawasan semaian

Jenis-jenis alat yang digunakan untuk kerja-kerja pembersihan kawasan semaian adalah seperti berikut :

- mesin rumput bergalas- pencakar- cangkul- skop- baldi plastik- sarung tangan- beg sampah- tong sampah- kereta sorong- mesin shredder (mesin penghancur)

10

Page 11: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 11 drp : 21

Mesin rumput

Mesin shredder

Pengendalian alat-alat kecil ladang .

i. Pencakar

Pencakar digunakan untuk mengaut dan mengumpul sampah atau sisa tanaman seperti daun dan ranting-ranting kayu.

ii. Cangkul

Cangkul digunakan untuk menarah rumput di kawasan semaian dan kawasan yang terpencil seperti di celah-celah rak semaian, birai longkang dan lorong laluan.

iii. Skop

Skop digunakan untuk mencedok sisa-sisa rumpai, sampah ke dalam / keluar kereta sorong atau bekas sampah bagi tujuan pelupusan.

iv. Pencedok longkang

Pencedok longkang digunakan untuk mengeluarkan sampah sarap dan halangan keluar daripada longkang.

v. sarung tangan

Semasa melaksanakan kerja-kerja pembersihan kawasan semaian, sarung tangan dipakai untuk keselamatan dan kebersihan diri.

11

Page 12: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 12 drp : 21

vi. beg sampah

Beg sampah digunakan untuk mengisi sisa-sisa rumpai dan sampah dan dibawa ke tempat pelupusan.

vii. tong sampah

Tong sampah digunakan untuk mengisi sisa-sisa rumpai dan sampah yang hendak dilupuskan.

viii. kereta sorong

Kereta sorong digunakan untuk mengangkut beg-beg sampah, sisa-sisa tanaman dan lain-lain sampah ke tempat pelupusan.

2.2 Keselamatan pengendalian alat

Keselamatan pengendalian alat perlu diikuti untuk mengelakkan sebarang kemalangan atau kecederaan yang boleh berlaku. Di antara aspek keselamatan yang perlu dipatuhi ialah seperti berikut :

1. Pakaian kerja ladang dan pakaian keselamatan mesti digunakan semasa bekerja.

2. Apabila menggunakan alat-alat, hendaklah mengikut kaedah dan cara seperti yang diterangkan di dalam manual penggunaan.

3. Semua alat hendaklah dibawa dengan cara yang baik.4. Jangan tinggalkan alat-alat yang tajam di merata tempat.5. Semua alat hendaklah diperiksa sebelum digunakan.6. Semasa menghidupkan mesin rumput bergalas, pastikan mata pisau tidak

diletakkan pada tanah.7. Cermin pelindung mata hendaklah dipakai semasa mengendalikan mesin

rumput bergalas.8. Jangan biarkan mesin hidup jika tidak digunakan.9. Jangan cuba menyesuailaraskan alat mesin semasa bekerja.

12

Page 13: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 13 drp : 21

Keselamatan penggunaan mesin pemancut air bertekanan tinggi (High Pressure Sprayer)

High Pressure Sprayer

i. Gunakan mesin dengan cara yang selamat- Isikan bahan api ke dalam tangki bahan api- Jangan merokok- Jangan isi bahan api (minyak) ketika mesin masih panas- Elakkan bahan api dari melimpah. Sentiasa pastikan mesin

berkeadaan kering sebelum menggunakannya. - Jauhkan mesin sekurang-kurangnya jarak 3 meter dari tempat

pengisian minyak sebelum menghidupkan enjin.- Simpan bahan api di dalam bekas yang dikhaskan

ii. Jangan arahkan muncung pemancut ke arah objek yang tidak sepatutnya.iii. Jangan memakai pakaian yang longgar

2.3 Penyelenggaraan alat

Pembersihan mesin selepas digunakan dan penyelenggaraannya adalah amat penting untuk memelihara ketahanan dan jangka hayat mesin berkenaan.

1. Kenal pasti kotoran yang terdapat pada mesin jentera seperti tanah, mendapan minyak pelincir, debu dan sebagainya.

2. Pilih bahan pembersih kotoran yang sesuai untuk menanggalkan kotoran tersebut.

i. Minyak gris – gunakan bahan pelarutii. Debu dan tanah – gunakan kain pelembap dan bahan pencuciiii. Kotoran lain – gunakan air bersih dan pengelap.

3. Sediakan air sabun, serbuk pencuci dan bahan pelarut untuk menanggalkan kotoran.

4. Pastikan keselamatan pada anggota badan dan tangan dengan memakai pakaian kerja dan sarung tangan yang sesuai untuk kerja-kerja mencuci.

5. Alat pemberus dan bilah pencuci atau berus gigi lama boleh digunakan untuk membersih pada bahagian-bahagian terpencil pada mesin.

6. Gunakan air yang bersih.7. Kain pengelap diperlukan untuk mengemaskan pembersihan.

13

Page 14: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 14 drp : 21

14

Page 15: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 15 drp : 21

3.0 RUMPAI

3.1 Definisi rumpai

Rumpai ialah semua jenis tumbuhan di dalam sesuatu kawasan di mana tumbuhan itu tidak dikehendaki.

Definisi yang lain :

- Tumbuhan yang hidup di tempat yang tidak diingini- Tumbuhan yang tidak ada tempatnya- Tumbuhan yang mana kegunaannya masih belum diketahui- Tumbuhan yang mengganggu objektif manusia dalam keadaan yang tertentu

(hiasan, pengeluaran, perjalanan dan sebagainya)

3.2 Jenis-jenis rumpai

Boleh dibahagikan kepada 3 jenis :

i. Daun lebar

Kebanyakannya dikotilidan. Contoh yang biasa ialah ara tanah, mamam pasir, bayam pasir, paku pakis dan lain-lain.

ii. Rusiga

Seperti rumput, batang berbentuk tiga segi ,tidak ada upih daun dan kebanyakannya terdiri daripada keluarga Cyperaceae seperti menerong.

iii. Rumput

Terdiri daripada keluarga Graminea, batang bulat, selalunya berongga, ada upih daun dan beruas. Contohnya lalang, kemuncup, rumput padi burung dan lain-lain.

3.3 Kepentingan merumput

i. Meninggikan hasil tanamanii. Memaksimakan penggunaan tanahiii. Meninggikan mutu hasiliv. Mengurangkan kos pengeluaranv. Menghapuskan perumah bagi perosak tanamanvi. Mencantikkan kawasan tanaman

15

Page 16: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 16 drp : 21

3.4 Keselamatan pengendalian mesin rumput bergalas.

10. Periksa dan pastikan kawasan yang hendak dipotong rumput tiada halangan seperti batu-batu, kayu, besi, plastik, tali dll.

11. Pastikan tiada kenderaan diletakkan berdekatan kawasan kerja, batu-batu kecil yang terpelanting boleh memecahkan cermin kenderaan dan membahayakan pengguna.

12. Pakaian kerja ladang dan pakaian keselamatan mesti digunakan semasa bekerja.

13. Apabila menggunakan alat mesin rumput bergalas, hendaklah mengikut kaedah dan cara seperti yang diterangkan di dalam manual penggunaan mesin rumput.

14. Mesin rumput bergalas hendaklah diperiksa sebelum digunakan.15. Semasa menghidupkan mesin rumput bergalas, pastikan mata pisau

tidak diletakkan pada tanah.16. Cermin pelindung mata hendaklah dipakai semasa mengendalikan mesin

rumput bergalas.17. Jangan biarkan mesin hidup jika tidak digunakan.18. Jangan cuba mengubah laras alat mesin semasa bekerja.

16

Page 17: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 17 drp : 21

4.0 SISA TANAMAN / SAMPAH

4.1 Definisi sisa tanaman / sampah

Sisa tanaman / sampah ialah bahan-bahan buangan atau bahan-bahan yang tidak dikehendaki. Ia boleh terdiri daripada perkara-perkara seperti berikut :

Tin-tin minuman Kaca Kertas Sisa koyakan polibeg Bekas racun Pecahan pasu Sisa pangkasan Rumpai Guni-guni reput / koyak Dan lain-lain

4.2 Pengelasan sampah

Sampah dan sisa tanaman untuk kebersihan kawasan semaian dikelaskan seperti berikut :

- Boleh dikitar semula

Bahan-bahan buangan yang boleh dikitar semula ialah bahan-bahan yang boleh digunakan dalam bentuk yang lain seperti pembuatan kompos daripada sisa tanaman, rumpai atau bahan-bahan mereput. Sisa-sisa pasu pecah dan batu-batu boleh digunakan dalam proses kerja pemasuan semula.

- Tak boleh dikitar semula

Bahan-bahan yang perlu dilupuskan sama ada secara pembakaran atau ditanam seperti kaca, plastik, bekas racun dan lain-lain.

17

Page 18: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 18 drp : 21

5.0 PEMBERSIHAN KAWASAN SEMAIAN.

5.1 Definisi kebersihan kawasan semaian

Kebersihan kawasan semaian adalah suasana yang dihasilkan daripada aktiviti kerja seperti berikut :

memotong / mencabut rumput rampai mengumpul dan memungut sisa tanaman / sampah melupus sisa tanaman / sampah mencuci lantai dan longkang kawasan kerja

5.2 Kepentingan menjaga kebersihan kawasan semaian

Kebersihan kawasan semaian amat penting untuk :

menentukan kecekapan aktiviti kerja berjalan dengan lancar penggunaan kawasan yang sepenuhnya Meningkatkan hasil produktiviti Mengurangkan kos pengeluaran Menghapuskan perumah bagi perosak tanaman Mencantikkan kawasan semaian

5.3 Jenis peralatan pembersihan kawasan semaian

Rujuk Kertas Penerangan 2.0

18

Page 19: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 19 drp : 21

6.0 KUMPUL DAN PUNGUT SISA TANAMAN / SAMPAH.

6.1 Kepentingan mengumpul sisa tanaman / sampah.

Pengumpulan sisa tanaman / sampah di kawasan semaian amat penting untuk :

Memudahkan kerja pengkelasan sisa tanaman / sampah betul Memudahkan kerja mengangkut Kerja pembersihan lebih teratur Memudahkan pergerakan kerja Memudahkan kerja pelupusan

6.2 Peralatan memungut / mengumpul sisa tanaman / sampah.

Pencakar Penyapu keras Cangkul Skop Baldi plastik Sarung tangan Beg sampah Tong sampah Kereta sorong

19

Page 20: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 20 drp : 21

7.0 LUPUS SISA TANAMAN / SAMPAH.

7.1 Kepentingan melupus sisa yang memudaratkan tanaman dan manusia

Menghindar kesan sampingan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia dan kesuburan tanaman.

Kebersihan kawasan semaian memberi keselesaan kerja dan suasana yang sihat.

7.2 Langkah keselamatan

Semasa kerja pelupusan sisa tanaman / sampah, langkah keselamatan perlu dipatuhi.

Pakaian kerja ladang dan pakaian keselamatan mesti digunakan semasa bekerja.

Apabila menggunakan alat-alat, hendaklah mengikut kaedah dan cara seperti yang diterangkan di dalam manual penggunaan.

Semua alat hendaklah dibawa dengan cara yang baik. Jangan tinggalkan alat-alat yang tajam di merata tempat. Semua alat hendaklah diperiksa sebelum digunakan. Jangan biarkan mesin hidup jika tidak digunakan. Jangan cuba menyesuailaraskan alat mesin semasa bekerja. Kawal api dengan cara yang betul semasa kerja pelupusan.

7.3 Mengguna / kitar semula sisa tanaman

Sisa tanaman dan sebahagian sampah seperti kertas, sisa makanan boleh dibuat kompos yang mengandungi zat-zat pemakanan penting yang diperlukan oleh tumbuh-tumbuhan. Kegunaannya adalah penting untuk menjaga alam sekitar dan mengembalikan kesuburan tanah. Dewasa ini kompos telah mempunyai nilai kormesial.

20

Page 21: KERTAS PENERANGAN

NO. KOD Y-050-1 /M 01 / KP / 01 Muka : 21 drp : 21

RUJUKAN

1. Nota mata pelajaran Pengurusan Tanaman Semester I – Institut Pertanian Semenanjung Malaysia

2. Mustafa Kamal (1984), Hortikultur Hiasan, Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Pustaka.

3. Hamdan bin Ab. Manap (1992), Penggunaan jentera dalam kerja-kerja penyediaan kawasan untuk sayur-sayuran – Nota Kursus Teknologi Penanaman Sayur-sayuran, Serdang : Cawangan Kejuruteraan Pertanian MARDI.

4. Kamaruzaman Aribi dll. (1992), Manual Mekanisasi Perladangan LKL251, Serdang : Bahagian Ladang UPM.

21