Kertas Penerangan Ete206-2

9
TAJUK : M6K2 PENDAWAIAN TERTANAM SATU FASA PENERANGAN : SISTEM PENDAWAIAN TERTANAM Bagi sistem pendawaian tertanam, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori. Kaedah pemasangan kabel Pendawaian tertanam boleh dibuat sama ada semasa bangunan sedang dibina atau bangunan sudah siap. Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, pembuluh (conduit) hendaklah diletakkan sebelum dinding di “plaster”. Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian dilakukan . (rajah 1) Jika bangunan itu telah siap proses memecah dinding konkrit hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran pembuluh dan ketebalan kabel yang hendak ditanam. Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan pembuluh berukuran saiz 25mm kedalamannya ialah 40mm dan bagi pembuluh berukuran 19mm kedalaman lurah dinding ialah 30mm. Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran antara 12mm hingga 20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam. 9

description

x

Transcript of Kertas Penerangan Ete206-2

Page 1: Kertas Penerangan Ete206-2

TAJUK : M6K2 PENDAWAIAN TERTANAM SATU FASA

PENERANGAN :

SISTEM PENDAWAIAN TERTANAM

Bagi sistem pendawaian tertanam, kabel-kabel litar dipasang di dalam dinding atau siling dan tidak kelihatan langsung, kecuali penghujung kabel yang digunakan untuk sambungan ke terminal aksesori-aksesori.

Kaedah pemasangan kabel

Pendawaian tertanam boleh dibuat sama ada semasa bangunan sedang dibina atau bangunan sudah siap.

Jika bangunan itu sedang dalam pembinaan, pembuluh (conduit) hendaklah diletakkan sebelum dinding di “plaster”. Ini memudahkan dan melancarkan kerja-kerja pendawaian dilakukan . (rajah 1)

Jika bangunan itu telah siap proses memecah dinding konkrit hendaklah dilakukan mengikut saiz dan ukuran pembuluh dan ketebalan kabel yang hendak ditanam.

Bagi kedalaman lurah dinding untuk memasukkan pembuluh berukuran saiz 25mm kedalamannya ialah 40mm dan bagi pembuluh berukuran 19mm kedalaman lurah dinding ialah 30mm.

Bagi kedalaman lurah dinding untuk menanam kabel biasanya berukuran antara 12mm hingga 20mm juga mengikut ketebalan kabel yang hendak ditanam.

9

Page 2: Kertas Penerangan Ete206-2

JENIS PENDAWAIAN TERTANAM :-

1. Pendawaian tertanam dengan menggunakan pembuluh

pembuluh

Suis jenis metal clad atau flush

Metal clad flush box (spuare)

pembuluh

Suis jenis metal clad atau flush

Iron box (circular)

Rajah 1

10

Page 3: Kertas Penerangan Ete206-2

2. Pendawaian Tertanam Tanam Kabel

Rajah 2: Pendawaian yang bertebat tertanam

Kebaikan - kebaikan pendawaian tertanam:

1. Pendawaian jenis ini lebih kemas / cantik.

Keburukan – Keburukan pendawaian jenis ini:

1. Apabila ada kerosakan sukar untuk diperbaiki2. Memerlukan kos yang tinggi untuk membaiki kerosakan kabel3. Sukar untuk dikesan apabila berlakunya kerosakan.

Ciri-ciri pemilihan sistem tertanam

1. Bekalan voltan jenis 1 atau 3 fasa;2. Keseluruhan bangunan diperbuat daripada batu dan simen;3. Memerlukan suasana bangunan yang kemas dan cantik;4. Kerosakan mekanikal dapat dikurangkan;5. Bilangan kabel yang perlu dipasang banyak;6. Memerlukan tempoh ketahanan kabel lebih lama;7. Kadar kuasa beban yang dipasang kecil

11

Page 4: Kertas Penerangan Ete206-2

Larian Kabel

Kabel perlu melepasi siling melalui lubang yang dibuat menggunakan bahan tahan api (fire barier) untuk mengelak merebaknya kebakaran.

Hujung pembuluh dipasang dengan sesendal getah/pvc bagi mengelakkan kabel terluka semasa kerja menarik kabel dilakukan.

Larian kabel di atas kayu lantai atau siling mestilah bersesuaian bagi mengelakkan kerosakan kabel disebabkan sentuhan lantai atau siling.

Rajah 3

Kabel yang menerusi sambungan kayu mestilah melalui lubang sekurang-kurangnya 50mm dari atas atau bawah sambungan kayu.

Rajah 4

12

Page 5: Kertas Penerangan Ete206-2

Peralatan-peralatan untuk membuat alur atau lurah adalah seperti berikut :-

1. Tukul ( Club Hammer )

Dikenali juga sebagai tukul ‘lump’ atau ‘mesh’ dan digunakan untuk mengetuk bantalan dan pahat sejuk untuk memotong bata .

Hujung kepala tukul direncongkan dan mempunyai berat di antara 1.13 kg hingga 1.36 kg.

Rajah 5: Tukul (Club Hammer)

2. Pahat Besi ( Cold Chisel )

Ianya digunakan untuk memotong batu dan bahan-bahan sepertinya, memotong dan memangkas paip saliran, genting lantai atau dinding .

Ia diperbuat daripada besi tempa, berbentuk bulat atau lapan segi dengan satu hujung sebagai matanya di mana bentuk dan ukurannya mengikut kerja yang dilakukan.

Jangan biarkan kepala pahat menjadi kembang kerana ini boleh menyebabkan berlakunya kecederaan kepada diri sendiri dan untuk keselamatan asah semula mengikut bentuk cendawan sehingga rata semula .

Rajah 6: Pahat Besi (Cold Chisel)

13

Pemegang

Hujung Rencong

Mata

Badan

KepalaKepala Pahat Besi Berbentuk Cendawan

Page 6: Kertas Penerangan Ete206-2

TEKNIK MELEPA ALUR PENDAWAIAN TERTANAM

Setelah kerja-kerja pendawaian tertanam ini siap dilaksanakan, kerja-kerja penyudah mestilah dilakukan. Ini bertujuan untuk menutup semua lurah-lurah yang dibuat dengan menggunakan lepaan motar kompo. Dalam melaksanakan kerja melepa alur pendawaian tertanam, pengetahuan dan ketelitian semasa membancuh adalah penting untuk menjamin kekuatan serta mutu hasil kerja yang diperlukan. Oleh itu nisbah bancuhan perlu ditentukan untuk kesesuai dalam melepa alur (plaster) pendawaian pembuluh tertanam.

Penyediaan Bahan Lepaan

Kerja-kerja melepa alur pendawaian tertanam ini merupakan satu kerja yang paling mustahak. Salah satu cara membancuh motar ini ialah dengan menggunakan tangan. Penggunaan mesin pembancuh hanya untuk kerja-kerja pembinaan besar, sedang kerja-kerja lepaan alur ini adalah kerja kecil sahaja. Bahan-bahan yang digunakan untuk lepaan ini ialah simen Portland, kapur dan pasir.

Membancuh bahan lepaan (motar) boleh dilakukan di suatu permukaan rata sama ada di atas lantai, atau permukaan tanah yang bersih, atau diatas platform dari papan lapis dan sebagainya. Kadar nisbah bancuhan motar ini ialah 1:1:4 (1 simen: 1 kapur : 4 pasir halus). Gaulkan kesemua bahan ini dengan menggunakan sekop(showel) sehingga betul-betul sebati. Setelah itu masukkan air secukupnya dan bersesuaian dengan keadaan motar yang diperlukan. Seterusnya kerja-kerja plaster boleh dilakukan.

Teknik Melepa & Peralatan

Kemahiran kerja-kerja melepa amatlah perlu. Di samping teknik-tenik kerja yang betul, penggunaan peralatan yang sesuai perlulah diketahui. Peralatan lepaan yang biasa digunakan ialah seperti iron float (perata logam) wood float (perata kayu) Hawk (sama ada jenis kayu, plastik atau logam) dan trowel (sudip). Kegunaan peralatan tersebut adalah seperti berikut:

14

Page 7: Kertas Penerangan Ete206-2

1. Sekop ( Showel )

Diperbuat daripada logam dengan pemegang kayu dan digunakan untuk mencedok bahan- bahan seperti pasir, simen, tanah dan lain-lain.

SEKOP HUJUNG PESEGI

Rajah 7: Jenis-jenis Sekop

2. Hok ( Hawk )

Diperbuat daripada papan berukuran 230 mm x 230 mm dengan satu pemegang dilekatkan bersudut tepat sama ada di bawah atau di tepinya dan digunakan untuk meletak motar semasa membuat lepaan.

HOK KAYU HOK LOGAM/PELASTIK HOK KAYU

Rajah 8: Pelbagai Jenis Hok

15

SEKOP HUJUNG TAJAM

Page 8: Kertas Penerangan Ete206-2

3. Perata Logam

Perata Logam digunakan untuk kerja-kerja lepaan yang besar. Bagi kerja-kerja lepaan lurah, iron float ini sekadar untuk kerja-kerja melicin permukaan lepaan.

Rajah 9: Perata Logam

4. Sudip Bata

Sudip bata digunakan untuk menerap bata. Ukurannya adalah di antara 229mm hingga 356mm panjang . Cara kegunaannya :i) Mengambil motar dari papan motar meletakkan pada hawk.ii) Melepa pada lurah yang hendak dilepa.

Rajah 10: Sudip

16

Mata

TeminPanjang Mata

Pemegang

Page 9: Kertas Penerangan Ete206-2

5. Kayu Perata ( Floats )

Diperbuat daripada kayu atau logam dan ianya digunakan dalam kerja-kerja kemasan untuk menghasilkan permukaan yang rata tetapi tidak licin kepada lepaan.

Rajah 11: Kayu Perata

17