kertas strategik inisiatif 59 pRASEKOLAH sARAWAK.doc

9
KERTAS STRATEGIK CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBINAAN KELAS PRASEKOLAH BAGI NEGERI SARAWAK LATAR BELAKANG PROGRAM/ PROJEK Pada tahun 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia mula terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah setelah Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan 1,131 kelas prasekolah di 1,105 sekolah rendah dan 26 kelas lagi di maktab perguruan yang dikenali dengan nama prasekolah Annex. Pendidikan prasekolah di negeri Sarawak bermula dengan pembukaan prasekolah Annex sebanyak 158 buah kelas. Ini dikukuhkan lagi dengan pelbagai sumber punca kuasa: a) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), memperuntukan Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan. b) Mesyuarat antara Kementerian yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 27 Januari 1992 bersetuju supaya Kementerian Pendidikan meneruskan pelaksanaan Projek Pendidikan Prasekolah. c) Lab NKRA yang berlangsung di IOI Palm Garden, 5 Oktober 2009 hingga 13 November 2009 mencadangkan peluasan kelas prasekolah KPM sebanyak 315 bagi tahun 2010, 705 bagi tahun 2011 dan 448 bagi tahun 2012. Cadangan ini telah diluluskan oleh kabinet yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 13 Disember 2009. Sarawak adalah sebuah negeri yang mempunyai keluasan 124,447.51 kilometer persegi. Mengikut Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak, pada tahun 2013 Sarawak mempunyai penduduk seramai 2,574,000 orang. Pertambahan kepada perluasan kelas prasekolah dibuat berdasarkan kepada keperluan dan enrolmen murid yang akan mengikuti Tahun Satu serta kadar kelahiran kanak-kanak yang terus meningkat berdasarkan kadar pertumbuhan penduduk di Sarawak : Menjulang Pendidikan Negeri Sarawak 1

Transcript of kertas strategik inisiatif 59 pRASEKOLAH sARAWAK.doc

RINGKASAN PROJEK

KERTAS STRATEGIK

CADANGAN PROJEK-PROJEK PEMBINAAN KELAS PRASEKOLAH

BAGI NEGERI SARAWAKLATAR BELAKANG PROGRAM/ PROJEK

Pada tahun 1992, Kementerian Pendidikan Malaysia mula terlibat secara langsung dalam pelaksanaan pendidikan prasekolah setelah Mesyuarat Jemaah Menteri yang diadakan pada 18 Disember 1991 bersetuju mewujudkan 1,131 kelas prasekolah di 1,105 sekolah rendah dan 26 kelas lagi di maktab perguruan yang dikenali dengan nama prasekolah Annex. Pendidikan prasekolah di negeri Sarawak bermula dengan pembukaan prasekolah Annex sebanyak 158 buah kelas. Ini dikukuhkan lagi dengan pelbagai sumber punca kuasa:a) Akta Pendidikan 1996 (Akta 550), memperuntukan Pendidikan Prasekolah dalam Sistem Pendidikan Kebangsaan. Oleh itu, pembangunan pendidikan prasekolah di negara ini adalah menjadi tanggungjawab Kementerian Pendidikan dan telah dimasukkan sebagai sebahagian daripada Sistem Pendidikan Kebangsaan.b) Mesyuarat antara Kementerian yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia pada 27 Januari 1992 bersetuju supaya Kementerian Pendidikan meneruskan pelaksanaan Projek Pendidikan Prasekolah.c) Lab NKRA yang berlangsung di IOI Palm Garden, 5 Oktober 2009 hingga 13 November 2009 mencadangkan peluasan kelas prasekolah KPM sebanyak 315 bagi tahun 2010, 705 bagi tahun 2011 dan 448 bagi tahun 2012. Cadangan ini telah diluluskan oleh kabinet yang dipengerusikan oleh Y.A.B. Perdana Menteri, Dato Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak pada 13 Disember 2009. Sarawak adalah sebuah negeri yang mempunyai keluasan 124,447.51 kilometer persegi. Mengikut Jabatan Perangkaan Negeri Sarawak, pada tahun 2013 Sarawak mempunyai penduduk seramai 2,574,000 orang. Pertambahan kepada perluasan kelas prasekolah dibuat berdasarkan kepada keperluan dan enrolmen murid yang akan mengikuti Tahun Satu serta kadar kelahiran kanak-kanak yang terus meningkat berdasarkan kadar pertumbuhan penduduk di Sarawak :

JADUAL BILANGAN PENDUDUK DAN KADAR PERTUMBUHAN MENGIKUT DAERAH PENTADBIRAN NEGERI SARAWAK,

TAHUN 2011 HINGGA TAHUN 2013 BilDaerah PentadbiranBilangan PendudukKadar Pertumbuhan

Tahun 2011Tahun 2012Tahun 20132011 - 20122012 - 2013

1Kuching 625,500 632,200 639,100 6,7006,900

2Samarahan 93,200 98,500 103,700 5,3005,200

3Miri 308,700 313,500 318,300 4,8004,800

4Bintulu 193,200 196,000 198,000 2,8002,000

5Daro 33,200 35,000 36,900 1,8001,900

6Sibu 252,100 253,100 254,200 1,0001,100

7Betong 63,500 64,400 65,400 9001000

8Saratok 47,100 47,800 48,600 700800

9Bau 55,100 55,800 56,500 700700

10Limbang 49,200 49,900 50,600 700700

11Serian 92,800 93,400 94,000 600600

12Mukah 44,500 45,000 45,600 500600

13Matu 18,200 18,700 19,300 500600

14Song 21,100 21,500 22,000 400500

15Lundu 34,200 34,700 35,100 500400

16Kanowit 29,500 29,800 30,200 300400

17Dalat 19,800 20,100 20,500 300400

18Belaga 36,600 36,900 37,300 300400

19Lawas 39,200 39,600 40,000 400400

20Lubok Antu 28,500 28,700 29,000 200300

21Asajaya 32,200 32,400 32,600 200200

22Sarikei 58,600 58,800 59,000 200200

23Meradong 29,700 30,000 30,200 300200

24Sri Aman 67,100 67,200 67,300 100100

25Pakan 15,700 15,800 15,900 100100

26Tatau 30,900 31,100 31,200 200100

27Simunjan 39,600 39,700 39,700 1000

28Selangau 22,900 23,000 23,000 1000

29Julau 15,800 15,700 15,600 -100-100

30Kapit 55,900 55,400 54,900 -500-500

31Marudi 62,800 62,000 61,200 -800-800

JUMLAH :2,516,4002,545,7002,574,90029,30029,200

Di Sarawak terdapat 1093 buah sekolah yang ada kelas Prasekolah iaitu 953 buah sekolah rendah, 2 buah sekolah menengah, 126 buah Sekolaj Jenis Kebangsaan (C ), 4 di Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK), 4 buah di Sekolah Khas Pendidikan Khas (SKPK) dan 4 buan di Institut Pendidikan Guru (IPG) Terdapat 955 buah sekolah kerajaan (SK), 310 (25%) buah sekolah bantuan kerajaan (SBK), 161 buah sekolah menengah kerajaan dan 25 (13%) buah sekolah menengah bantuan kerajaan. Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK) pula terdiri dari sekolah mubaligh, sekolah jenis kebangsaan cina dan sekolah agama bantuan, 83% sekolah tersebut terletak di luar bandar Sarawak. Setakat 2013 sebanyak 105 buah kelas prasekolah yang tidak mempunyai bangunan sendiri dan beroperasi samada di Bangunan Kelas Arus Perdana, Kuarters Guru, Stor, Kantin Sekolah dan Bawah Asrama yang diubah suai. Daripada analisis yang dilakukan oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak, terdapat kelas prasekolah yang berada di kelas-kelas sedia ada dikategorikan sebagai kelas ubahsuai dan tidak mengikut kadar keluasan yang bersesuaian dengan keperluan pendidikan prasekolah.

Rancangan secara menyeluruh perlu dirangka di negeri Sarawak bagi melaksanakan kejayaan Pendidikan Awal Kanak-kanak dan Prasekolah di bawah Inisiatif Prasekolah,Kementerian Pendidikan Malaysia ini memerlukan kerjasama kerajaan negeri, penduduk setempat, dan pihak agensi pusat meluluskan peruntukan yang mencukupi untuk pembinaan kelas baharu, gantian dan tambahan bangunan mengikut keperluan Sarawak.

HALA TUJU

Matlamat ini dapat dicapai melalui usaha meningkatkan enrolmen bagi memastikan akses sejagat pada peringkat prasekolah, Objektif kesamarataan akses kepada pendidikan bertaraf antarabangsa adalah dengan memastikan enrolmen menyeluruh di peringkat prasekolah dan peluang permulaan dalam pendidikan yang sama untuk semua kanak-kanak.

Jabatan Pendidikan Sarawak akan memastikan struktur sistem pendidikan selari dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi. Langkah yang diambil termasuklah:

1. Memberi peluang lebih ramai kanak-kanak mengikuti pendidikan prasekolah. 2. Memastikan persekitaran pendidikan yang selesa kepada kanak-kanak dengan menyediakan ruang dan keperluan yang sesuai dengan tahap umur mereka.3. Menampung permintaan terhadap permintaan kepada pendidikan prasekolah oleh masyarakat setempat.4. Ke arah meningkatkan kualiti pendidikan bermula di peringkat prasekolah.5. Menyediakan pengalaman pembelajaran ke arah pertumbuhan dan perkembangan fizik (koordinasi motor halus dan kasar), kecerdasan (kreativiti, kecerdasan emosi, kecerdasan rohani), sosial emosi (sikap dan perilaku serta agama) bahasa dan komunikasi, sesuai dengan keunikan dan tahap-tahap perkembangan yang dilalui oleh kanak-kanak berusia 4+ dan 5+.6. Dapat meningkatkan mutu dan kualiti pendidikan di negara khususnya dan negeri Sarawak amnya.STATUS PENCAPAIANA. Pencapaian semasa:

Penyertaan enrolmen prasekolah telah menunjukkan peningkatan dari semasa ke semasa. Penyertaan enrolmen prasekolah pada tahun 2011 adalah 26,039 orang kanak-kanak telah meningkat kepada 27,009 orang kanak-kanak pada tahun 2014 :TahunSasaran% PenyertaanPeningkatan Penyertaan (MURID)

2012 87% 80.5% ( 26,039 ) 295

2013 88% 80.89 % ( 26,262 ) 223

201489% 80.74 % ( 27,009 ) 747

.

B. Dasar/Strategi/Program

i. Maklumat dan dapatan berikut dijadikan asas dalam merancang pengurusan pembangunan prasarana prasekolah : a) Terdapat 32 buah kelas prasekolah di sekolah rendah di 14 daerah yang dikategorikan sebagai bekerperluan tinggi (Hot Spot)yang mempunyai permohonan kemasukan yang lebih dari 25 orang murid dalam sebuah kelas. b) Terdapat 2 kelas prasekolah buah sekolah rendah sedang beroperasi secara 2 sesi. Keperluan ini akan terus meningkat atas permintaan masyarakan setempat

c) Dalam hal untuk membuat perancangan pembinaan sekolah baharu, menaiktaraf kemudahan sekolah, menambah bangunan prasekolah sedia ada dan menggantikan kelas prasekolah sediaada, hubungan dan kerjasama yang baik dengan pihak kerajaan negeri, terutama Unit Perancang Pembangunan Negeri di Jabatan Ketua Menteri Sarawak amatlah perlu.d) Kedaifan dan keusangan bangunan prasekolah di sekolah-sekolah yang sedia ada memerlukan perhatian yang serius. Kelas yang telah beroperasi melebihi 10 tahun pastinya perlu dibaiki dan diganti. Peruntukan yang mencukupi perlu disalurkan melalui KPM supaya isu ini dapat ditangani.

ANALISIS JURANG DAN ISU

Masih terdapat 1.06% orang murid-murid tahun satu yang tidak mendapat pendidikan prasekolah. Dicadangkan pembukaan kelas prasekolah bagi kumpulan sasaran 1.96% yang tidak dapat menghadiri kelas prasekolah yang melibatkan kemiskinan bandar dan luar bandar.A. Isu/CabaranCABARANSYOR/ CADANGAN

Bangunan sekolah yang daif Keperluan peruntukan yang banyak diperlukan Membaiki dan menaik taraf kemudahan fizikal sekolah Menyediakan pelan tindakan awal yang menyeluruh.

Keadaan geografi Sarawak yang sangat luas, infrastruktur yang belum sempurna menyebabkan kos pengangkutan dan pembinaan tinggi. Peruntukan yang seimbang dengan kesukaran perlu diagihkan ke Negeri Sarawak (+30%) dan (+5%) mengikut kategori sekolah (B,LB,P1,P2 dan P3)

Keperluan-keperluan baharu berdasarkan transformasi pendidikan. Merancang rekabentuk kelas prasekolah selari dengan kehendak semasa Memastikan prasarana yang disediakan menepati ciri-ciri bilik darjah abad ke-21

Sekolah Bantuan Kerajaan yang tapaknya diuruskan oleh Lembaga Pengurus Sekolah Mengadakan permuafakatan dengan penduduk setempat

Pembukaan Kelas Prasekolah oleh Agensi Pelaksana Prasekolah selain KPM Mendapatkan bantuan penyelarasan antara Agensi samada melalui KPM dan kerajaan Negeri

GST dan kenaikan harga bahan pembinaan dan peralatan mendadak menyebabkan permohonan peruntukan yang meningkat sehingga 100% Permohonan peruntukan perlu diluluskan mengikut situasi harga semasa projek dimulakan (2016-2020)

CADANGAN / WAY FORWARDRancangan Pembangunan bagi Prasekolah dapat direalisasikan dengan merangka satu perancangan bagi menyediakan bilik darjah khas yang mencukupi di sesebuah sekolah :a) Membina bilik darjah mengikut piawaian di bawah kelas abad-21b) Menggantikan bangunan yang daif dan usang

c) Membuat pengambilan tapak/tanah bagi pembinaan sekolah baharu

d) Memastikan Pembinaan Bangunan Kelas Prasekolah Baharu dalam perancangan untuk membina 10 buah sekolah rendah baharu oleh Jabatan Pendidikan Negeri Sarawak dalam Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11)

Berikut adalah rumusan cadangan bagi kerja-kerja pembinaan kelas baharu, , pembinaan kelas gantian dan kerja-kerja ubahsuai naiktaraf supaya dapat mengoperasikan pendidikan Prasekolah berdasarkan keperluan sebenar dalam RMKe-11 (2016-2020) :

Jadual A : Pecahan Permohonan Ikut ProjekBilSkop ProjekSekolahAnggaran Kos (Rm)

1Bina Baharu9185,782,500.00

2Gantian Penuh3726,996,500.00

3Ubahsuai Naik Taraf11647,814,000.00

Jumlah244160,593,000.00

Jadual B : Pecahan Ikut Kawasan

BilSkop ProjekBLBPEDALAMAN

P1P2P3JUM.

1Bina Baharu107551091

2Gantian Penuh02355437

3Ubahsuai Naik Taraf6101234116

Jumlah244

*Permohonan sebanyak 244 projek untuk 242 buah kelas prasekolahMenjulang Pendidikan Negeri Sarawak

7