kertaskergotong royong 2.docx

download kertaskergotong royong 2.docx

of 15

Transcript of kertaskergotong royong 2.docx

KERTAS CADANGANPROGRAM GOTONG ROYONG1.0 PENDAHULUANSistem pendidikan masa kini berdepan dengan pelbagai cabaran dalam memenuhi matlamat falsafah pendidikan kebangsaan bagi melahirkan insan yang berilmu, berketrampilan dan berkeperibadian yang unggul. Kebersihan persekitaran dan bilik darjah merupakan salah satu faktor yang dapat membantu memenuhi perlaksanaan matlamat tersebut.Penyediaan persekitaran yang kondusif adalah merupakan tanggungjawab yang perlu dititikberatkan oleh sesebuah institusi pendidikan. Persekitaran yang bersih dan ceria dapat membantu mempertingkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan dan efektif.Sehubungan dengan itu, pihak sekolah melalui jawatankuasa telah merancang untuk menganjurkan satu aktivitigotong-royongperdana bersama pihak PIBG bagi memenuhi matlamat yang telah diterapkan. Aktiviti ini diharapkan dapat memberikan pendedahan dan amalan kepada pelajar tentang betapa pentingnya menjaga kebersihan dan keceriaan sekolah terutamanya bilik darjah. Adalah menjadi harapan agar murid, ibu bapa, guru serta warga SAN Pekan Ranau akan memperoleh manfaat daripada aktiviti ini dan seterusnya memenuhi serta mencapai matlamatnya. Program ini telah memberi impak yang besar terhadap pembangunan pendidikan disekolah-sekolahdi seluruh negara.Sekolah-sekolahlebih ceria. Program ini diharap dapat mengubah budaya warga sekolah dan masyarakat setempat kepada budaya yang lebih baik. Kerja berpasukan dalam kalangan warga kerja sekolah dan kerjasama yang diberikan oleh warga SAN Pekan Ranau serta kepimpinan Guru Besar akan membuahkan hasil yang diharapkan.Programgotong-royongyang dicadangkan ini adalah meliputi kegiatan serta aktiviti yang telah dirancang untuk menyemai nilai murni yang tinggi melalui kesedaran kebersihan dan kesihatan diri kerana apa yang pasti dengan adanya tahap kesihatan yang tinggi ianya akan menjamin keharmonian seseorang dan memastikan kejayaan yang menyeluruh. Selain daripada melalui kesedaran kesihatan, program ini juga menekankan aspek kebersihan dari segi fizikal dan persekitaran untuk belajar dengan selesa maka seseorang itu sentiasa berada dalam situasi yang bersih dan menjaga kebersihan diri atau tempat pembelajarannya supaya rasa selesa dan tenang ketika menjalaniaktiviti-aktivitidi sekolah. Disamping itu, penekanan utama juga diberikan kepada kesihatan diri . Untuk mendapat kesihatan yang optimum maka perlulah seseorang itu mengamalkan cara hidup yang sihat, sama ada dari segi pemakanan ataupun aktiviti harian yang lain.2.0TujuanProgram ini dirancang dan dilaksanakan bertujuan untuk menceriakan persekitaran sekolah dan seterusnya menanamkan sikap menyayangi kawasan sekolah terhadap semua warga sekolah. Keceriaan yang dihasilkan ini adalah untuk keselesaan semua pihak. Sekolah yang ceria akan memastikan murid dapat belajar dan berada di sekolah dalam keadaan yang menyeronokkan dan mereka akan dapat menimba ilmu dengan lebih bersemangat dan bermotivasi..Bagi guru pula sekolah yang ceria ini akan memberikan mereka semangat untuk memberikan ilmu kepada murid dengan lebih baik. Ibu bapa juga akan merasa lebih selesa ketika berada di sekolah atau mengikuti program yang diadakan oleh pihak sekolah yang melibatkan ibu bapa. Mereka juga berasa bangga dan yakin untuk menempatkananak-anakuntuk menimba ilmu dan melakukan pelbagai aktiviti dalam suasana yang selamat dan ceria.

3.0 Nama Program KECERIAAN SEKOLAH4.0 Tema Program KEBERSIHAN ITU SEPARUH DARIPADA IMAN5.0 Matlamat Matlamatgotong-royongini adalah untuk memberi pendedahan yang sebenar kepada warga sekolah mengenai amalan keceriaan serta menyemai sifat cintakan kebersihan dan keceriaan sekolah. Memandangkan amalan ini kurang mendapat pendedahan yang sebenar dan murid kerap kali kurang mengambil perhatian dan mengabaikan amalan kebersihan di persekitaran sekolah berbanding di rumah . Namun demikian sebenarnya cara amalan kebersihan ini mempunyaiciri-ciriyang khusus dan piawaian yang sempurna. Murid kurang memahami maksud sebenar ceria , indah , wangi , bersih , berfungsi dan selamat.Melalui aktiviti gotong royong ini , warga sekolah juga boleh ,meningkatkan rasa tanggungjawab terhadap kebersihan di mana mereka melibatkan diri dengan aktiviti membersihkan persekitaran sekolah tersebut. Matlamat penting program ini adalah untuk membentuk sikap dan perlakuan yang positif terhadap kebersihan dan keceriaan serta melahirkan warga sekolah yang peka terhadap persekitaran yang selamat, sihat dan berkualiti ke arah pencapaian wawasan negara.Selain itu, memberi peluang kepada ibubapa untuk menyediakan suasana yang ceria, selesa, bersih dan harmoni untukanak-anakbelajar. Ibubapa dapat bekerjasama dengan kakitangan sekolah iaitu guru-gurudan pekerja serta wakil PIBG untuk menyediakan suasana yang lebih ceria, selesa, harmoni dan bersih serta perasaan seronok untuk hadir ke sekolah demi menimba ilmu baik di waktu pagi dan petang.Kawasan yang menjadi tumpuan ialah pondok rehat dan kawasan belakang sekolah yang terbiar agar boleh memberi tempat untuk murid membaca, berbincang dan mengulangkaji di tempat yang selesa dan ceria.6. 0 ObjektifObjektif program ini adalah:i. Mewujudkan kawasan tempat rehat wakaf dan taman sekolah yang lebih ceria dan harmonis. Keceriaan dan kebersihan kawasan sekolah adalah penting bagi meningkatkan mutu pendidikan dan menjadikan iklim sekolah yang ceria, tenang dan selesa penting untuk mencapai visi dan misi sekolah serta Falsafah Pendidikan Kebangsaan.ii. Mewujudkan iklim yang kondusif serta identiti sekolah sebagai institusi yang bersih, indah, selamat dan ceria.iii. Melaksanakan amalan kebersihan bagi mencapai kepuasan maksimumiv. Mewujudkan dan meningkatkan semangat kerjasama erat antara murid, pendidik dan warga sekolah dalam melaksanakan segala aktiviti yang berkaitan dengan penglibatan semua pihak dalam program kebersihan.v. Meningkatkan keprihatinan dan komitmen warga sekolah dan ibu bapa terhadap kebersihan, keindahan dan keceriaan serta menghargai kemudahan yang telah disediakanvi. Mengembeling tenaga dan idea yang bersepadu dalam merealisasikan keberkesanan aktiviti.7.0 Format PelaksanaanManual Pelaksanaan ProgramBILPELAKSANAAN TUGASTINDAKAN

1Penyediaan kertas kerja program :Setiausaha

- Membentangkan kertas kerja dan mendapatkanProgram

persetujuan daripihak-pihakpenganjur dan pelaksanaan

program melalui mesyuarat dan bersemuka.

- Mesyuarat kali pertama.

2Pelantikan AJK Program secara rasmi.Setiausaha

Program

3Menetapkan sebuah tempat bagi pelaksanaankerja-kerjaasasSetiausaha

program :Program

Cadangan : bilik mesyuarat sekolah.

4Mesyuarat AJK Program kali ke 2.Setiausaha

Program

5Menjalankankerja-kerjapenyediaan , percetakan dan mengirim surat menyurat , kad dan surat jemputan.Setiausaha

Program

6Mengirim surat dan kad jemputan menggunakan khidmat pos laju ,e-mel,mesin faksimili atau pertemuan peribadiSetiausaha

(kepada agensi-agensidan individu yang terlibat )Program

7Menyenaraikan dan menyediakanperalatan-peralatanyang perlu digunakan untuk gotong royongAJK Peralatan

8Menyediakan hadiah dan cenderahatiAJK Hadiah

9Tempahan makanan untuk jamuan.AJK Jamuan

10Menyediakan dewan untuk kegunaan Ucapan Perasmian dan Pelancaran.AJK Persiapan Tempat

11Kerja pembersihan tempat / kawasan gotong royong.Semua AJK dan

peserta.

8.0 PENGANJURProgram ini dianjurkan dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG)9.0 CADANGAN TARIKH11 April 2015 ( Sabtu )10.0TEMPATSekolah Agama Negeri Pekan Ranau11.0 FOKUS KAWASANKawasan yang menjadi fokus program gotong royong ini adalah bilik-bilik darjah, bilik-bilik khas seperi pusat sumber pondok bacaan, kantin dan sekitar sekolah. Matlamatnya supayakawasan ini lebih bersih, indah dan ceria serta dapat memberi manfaat kepada murid serta warga sekolah.i. Kawasan Pondok Bacaan perlu diceriakan dengan :`` Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar.Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.Memperbanyakkan tanaman hiasanMenanam rumputPondok Bacaan yang ceria boleh dijadikan tempat yang menarik dan boleh menarik minat murid untuk belajar , berbincang dan melakukan pelbagai aktiviti terutama sekali ketika menjalankan aktiviti kokurikulum kerana sekolah ini terdapat dua sesi persekolahan. Maka amat sesuai sekali kawasan Pondok Bacaan yang ceria, menarik dan selesa dijadikan salah satu tempat untuk menjalankan aktiviti.ii. Kawasan Sekitar Sekolahperlu juga diceriakan untuk :Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan.Memperbanyakkan tanaman hiasanMenebas rumputMemperbanyakkan wakaf atau tempat berehat pelajarMeletakkanbuku-bukubacaan di wakaf/ sudut bacaan tersebutMenanam pokok sebagai teduhanKawasan ini juga sesuai Pengajaran dan Pembelajaran dilakukan. Kawasan tersebut boleh di ubahsuai menjadi kawasan istirehatmurid-muridketika rehat dan juga menjadi tempat perbincangan dan belajar semasa proses P&P dijalankan.

KAWASAN YANG PERLU DIAMBIL PERHATIAN

12.0 PENYERTAAN KUMPULAN SASARAN:Seluruh warga SAN Pekan Ranau iaituguru-guru,pekerja sekolah ,murid-muridtahun 5 dan 6 , serta AJK PIBG.

12.0 Carta OrganisasiOrganisasi pelaksanaan program

JAWATANKUASA INDUKPenasihatUstaz Johari Abdullah (Guru Besar)PengerusiPuan Masnah Abdullah (Guru Penolong Kanan HEM)Naib Pengerusi IUstaz Gitin Namin (Guru Penolong Kanan Kurikulum)SetiausahaUstaz Salamon GalisinNaib SetiausahaPuan Aidah RostamBendahariPuan Izzah Nasriah DahiminAhli Jawatankuasa (PIBG)Encik Ramhuzaimi Abdul RahmanPuan Nor Aisyah OthmanPuan Hanisah IshakEn Anuar bin Mohd Shah

AJK PELAKSANAPROGRAM GOTONG ROYONG PERDANAPENYAMBUT TETAMUPERALATAN

Encik Darus WahabEncik Omar Ramli

Puan Subiyanti SulaimanEncik Rizal Harun

CENDERAHATI DOKUMENTASIJAMUAN

Pn. Sharmilla MatPuan Suryati Man

Pn. Kamalia SidikPuan Nurin Mazla

PENGERUSI MAJLISBUKU PROGRAM

Puan Faridah MustafaPn Zarina Hassan

BACAAN DOAPERSIAPAN TEMPAT

Ustaz Suhaimi RahmanEncik Yasim bin Jusoh

13.0 Tentatif Program1. Semua guru, murid dan pekerja berkumpul di tapak perhimpunan sekolah.2. Ucapan aluan Guru Besar Sekolah.3. Semua yang hadir dipecahkan kepada beberapa kumpulan mengikut tempat-tempat yang telah ditetapkan4. Aktiviti- aktiviti : Menyediakan tong sampah kitar semula memandangkan ianya adalah tempat tumpuan pelajar. Mewujudkan taman bagi menceriakan kawasan. Menghias kelas dan bilik-bilik khas Memperbanyakkan tanaman hiasan Menanam rumput Meletakkan buku-buku bacaan di pondok/ wakaf bacaan.

7.15 pagi:ketibaan pelajar, guru-guru dan ibubapa7.30 pagi :Sarapan Pagi7.45 pagi:ucapan pengerusi PIBG7.55 Pagi:Taklimat ringkas daripada guru besar8.00 Pagi:gotong royong11.00 Pagi:Makan11.30 Pagi:Bersurai

14.0Anggaran perbelanjaanCadangan anggaran perbelanjaan bagi menjayakan program ini telah dirancang dengan baik agar program ini dapat diteruskan dan berjalan dengan lancar. Kebanyakkan sumber yang digunakan untuk menjayakan aktiviti ini disumbangkan oleh ibu bapa, pihak kantin, dan Persatuan Ibu Bapa dan Guru.. Berikut disenaraikan anggaran perbelanjaan untuk aktiviti ini :

BILPERKARAPERBELANJAAN

1Perbelanjaan cetakan

1.Buku Program RM 0.50 X 10RM 5.00

2.Surat-menyurat RM 0.50 X 4RM 2.00

JUMLAHRRM 7.00

JUMLAHPERBELANJAAN CETAKAN

2Peralatan:

1.Tin catRM 25.00X3RM 75.00

2.Berus catRM 2.50 X 10RM 25.00

3.CangkulRM 6.00X5RM 30.00

4.Plastik SampahRM 1.00X2RM 2.00

5.Tong Sampah RM 50.00 X10RM 500.00

6.PakuRM 25.00 X1RM 25.00

7.GergajiRM 6.00 X20RM 120.00

8.Kayu / papanRM 8.00 X30RM 240.00

RM 1017.00

3 Jamuan makan tengah hariRM 2.00 X 100RM 200.00

4 Hadiah dan CenderahatiRM 10.00X 1RM 10.00

5 Lain-lainperbelanjaanRM 100.00

JUMLAHRM 310.00

JJUMLAH KESELURUHANRM 1334.00

15.0 PenutupAdalah diharapkan aktiviti Gotong Royong akan dapat menghasilkan satu kawasan persekitaran sekolah yang ceria, bersih, selamat serta dapat menarik minat murid untuk datang ke sekolah. Selain itu ianya juga adalah selaras dengan hasrat untuk menjadikan sekolah sebagai pusat pengembangan ilmu kepada seluruh masyarakat serta tempat yang dapat menjamin kesihatan murid dan seluruh warga sekolah khasnya dan ibu bapa dan masyarakat setempat. Dalam menjalankan aktiviti gotong royong perdana muhibbah ini, dapat menggalakkan dan mengeratkan hubungan rapat dan mesra antara masyarakat dan pihak sekolah. Ini akan dapat menarik perhatian semua pihak untuk saling bekerjasama antara satu sama lain.Adalah diharapkan program ini mendapat kerjasama dari pihak sekolah serta semua pihak yang terlibat dan menjadikannya sebagai amalan kepadamurid-muriddalam menghadapi kehidupan harian. Semoga segala sumbangan, kebaikan dan jasa baik ibu bapa yang sama menjayakan program ini diberkati dan dirahmati.Disediakan oleh:.( SALAMON GALISIN )Setiausaha ProgramSAN Pekan Ranau