KertasKerjaLawatanAsramaTenom

download KertasKerjaLawatanAsramaTenom

of 9

description

Contoh Kertas Kerja

Transcript of KertasKerjaLawatanAsramaTenom

SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAHP/S 114,91308 SEMPORNA,SABAH

TAJUK KERTAS KERJA :

LAWATAN SAMBIL BELAJAR PELAJAR ASRAMA SDPA

TARIKH :

18/09/2015 21/09/2015

TEMPAT :

SMK ENTABUANTAMAN PERTANIANRUMAH KEBUDAYAAN MURUTIPG KENINGAU

DISEDIAKAN OLEH

ENCIK ADISA BIN DARISAWARDEN ASRAMA,SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAH,SEMPORNA

1.NAMA PROGRAM

Lawatan benchmarking ke SMK Entabuan, Tenom, Sabah.

2.TEMA PROGRAM

Inspirasi kerjaya dan pengalaman belajar teras pemantapan motivasi kendiri pelajar asrama.

3.RASIONAL

3.1Pengalaman dan pengetahuan mengenai peluang selepas belajar penting untuk membentuk sikap pelajar yang boleh bertindak, berinteraksi3.2.Menampilkan ciri-ciri rakan dinamik yang mana akan dapat membantu membimbing pelajar lain dalam aspek kerjaya dan peluang pembelajaran.3.3Memupuk sikap positif dalam kalangan pelajar asrama3.4Melahirkan pelajar asrama yang memupuk nilai-nilai baik dalam kehidupan.3.5Mengasah kemenjadian pelajar selaras dengan aspirasi murid dalam PPPM 2013 - 2025.3.6Mengadakan hubungan sinergi antara dua buah sekolah dalam konteks pengurusan asrama cemerlang.

4.OBJEKTIF

Mengenali dan mengetahui sistem pembelajaran dan perancangan kecemerlangan pelajar asrama SMK Entabuan dalam bidang kurikulum, ko-kurikulum dan keceriaan semua blok dan persekitaran kawasan asrama.

5.MATLAMAT

Kesedaran tentang peluang-peluang kerjaya dan hala tuju sebenar selepas mengambil peperiksaan SPM dan STPM serta memotivasikan kendiri positif dalam kalangan pelajar asrama.

6.CADANGAN TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh: 18/09/2015 hingga 21/09/2015Tempat:1. SMK Entabuan, Tenom 2. Taman Pertanian Tenom 3. Rumah kebudayaan Murut Tenom 4. IPG Keningau

7.KUMPULAN SASAR

Pelajar Asrama (ASPURA dan ASPURI)

8.JUMLAH PESERTA TERMASUK GURU DAN PENGIRING

40 orang pelajar 4 guru pengiring

9.JAWATANKUASA INDUK DAN ASRAMA

Rujuk lampiran

10.TENTATIF/PENGISIAN PROGRAM

Rujuk lampiran

11.ANGGARAN PERBELANJAANRujuk lampiran

12. PENUTUP

Program ini adalah diharapkan akan menjadi pemangkin terhadap sikap dan inisiatif pelajar bertindak balas secara positif terhadap persekitaran mereka. Semua aktiviti ilmiah yang bakal dilaksanakan adalah mengandungi berbagai intipati pengajaran,pengetahuan ilmiah dan muhasabah diri yang sungguh berkesan. Justeru,komitmen dan kerjasama daripada setiap peserta hendaklah dipastikan kelancarannya agar objektif dan matlamat program ini tercapai.

Sesungguhnya,gandingan persefahaman, muafakat dan pengorbanan guru-guru untuk menjayakan setiap perjalanan aktiviti dalam program ini amatlah diharapkan. Pihak AJK yang dipilih untuk menjayakan program ini adalah daripada mereka yang dirasakan dapat memberi khidmat terbaik untuk menerbitkan feedback yang positif. Sokongan padu dan keprihatinan pihak pentadbir sekolah khususnya Tuan Pengetua amatlah dihargai dan terlebih dahulu kami ucapkan berbanyak terima kasih yang tidak terhingga.

Kejayaan pengisian program ini dalam memupuk semangat keprihatinan dan motivasi pelajar akan dapat membantu sekolah khususnya mewujudkan budaya harmonis dan kemesraan warga sekolah. Budaya harmonis dan pengukuhan akhlak mulia pelajar amat penting dalam mereliasasikan kecermelangan sekolah. Justeru, selaku pengarah program diharapkan program ini berjalan dengan lancar dan peserta akan mendapat manfaat.

Disediakan Oleh,

_____________________________( ADISA BIN DARISA )WARDEN ASRAMASMK DATUK PANGLIMA ABDULLAHSEMPORNA

Disemak dan disokong oleh,

_________________________________( AB. KADIR B HJ MOHD BULLAT )PENOLONG KANAN HEMSMK DATUK PANGLIMA ABDULLAHSEMPORNA

Disahkan oleh,

____________________( EN ABDUL AZIZ BIN HJ. ABDUL RASHID )PENGETUA,SMK DATUK PANGLIMA ABDULLAHSEMPORNALampiran 1Senarai Nama Pengiring dan Pelajar

Lampiran 2AJK Induk dan Pelaksana

Penaung : En Abdul Aziz Bin Hj. Abdul Rashid ( Pengetua )

Penasihat : En Ab.Kadir @ Jepeir Bin Hj Mohd Bullat ( PK Hem )

Bendahari : En Hamil Bin Norali ( Penyelia Asrama )

Ketua lawatan : Adisa Bin Darisa ( Warden

Taklimat lawatan : Cik Rosmaladewi Bt. Marzuki ( Warden )

Keselamatan : En Hairi Bin Alim ( Warden )

Taklimat aktiviti : Azlan Bin Alsi ( Pelajar )

Kebajikan : Sumarni Bt. Sudirman ( Pelajar )

Tugas-tugas khas : Mohd Zamri Bin Abd Jalal ( Pelajar ) Nirwana Bt. Abd Rahman ( Pelajar )

Lampiran 3

TARIKHAKTIVITICATATAN/TINDAKAN

18/09/2015 (Jumaat)

7.00 - 8.00 pagi

12.00 - 1.00

2.00 petang - 4.00 ptg

4.00 - 4.30 petang

5.00-6.00 petang

8.00 mlm - 9.00 mlm

10.00 malam

Berkumpul dan bertolak ke tempat lawatan

Makan tengah hari di pekan keningau

Lawatan ke rumah kebudayaan murut

Minum petang pekan tenom

Penginapan dan solat

Makan malam

Minum malam dan rehat

Dewan Makan Asrama

Semua peserta

AJK aktivti

Semua peserta

AJK Khas dan peserta

AJK Khas dan peserta

19/09/2015 Sabtu

7.00 pagi

7.30 pagi

8.00 pagi

10.30 pagi

12.30 pagi

3.00 petang

1.00 petang

Minuman pagi

Bertolak ke taman pertanian

Lawatan di kawasan taman

Lawatan di kawasan taman

Rehat,Solat,MakanLawatan Ke kawasan persekitaran asrama

Makan malam, solat dan rehat

AJK makanan/minuman

Ketua Aktiviti

Ketua Aktiviti

Ketua Aktiviti

AJK Makanan / Minuman

Ketua Aktiviti

AJK Makanan/Minuman

20/09/2015 Ahad

7.00 pagi

8.00 pagi

10.00 pagi

12.30 tengah hari

2.00 Petang

5.00 ptg

Malam

Minum pagi

Riadah

Lawatan ke pekan Tenom

Makan dan solat

Lawatan ke persekitaran ipg Keningau/solat

Rehat/ penginapan

Rehat

AJK Minuman/Minuman

Ketua Lawatan

Ketua Lawatan

AJK minuman/minuman

AJK pengangkutan

21/09/2015 Isnin

7.00 8.00 pagi

Sarapan pagi dan berkumpul

Balik ke Semporna / makan / solatAJK dan peserta

Lampiran 4

ANGGARAN PERBELANJAAN

BILPERKARAJUMLAH

01

Pengangkutan Sewa bas ( Pergi dan Balik )RM 6960.00

02Makan dan Minum pelajarRM 15 x 44 x 4 hari(3 Hari 2 Malam )

RM 2640.00

03Cendera Hati (RM 100 x 3 )1. SMK ENTABUAN TENOM2. RUMAH KEBUDAYAAN MURUT3. TAMAN PERTANIAN4. RM 300.00

04KECEMASAN

RM 300.00

JUMLAH KESELURUHAN

RM 10 200.00

Catatan

Jumlah Peserta 40 pelajar dan 4 orang pengiring / guru