Kertaspenerangan Direct Current Machines

14
KVK KP M4/K2 KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK SEMESTER 1 KOD MODUL & TAJUK CEEK 104 – DIRECT CURRENT MACHINES BIL KOMPETENSI K1 – OPERATE DIRECT CURRENT ( DC ) MOTOR K2 – OPERATE DIRECT CURRENT ( DC ) GENERATOR NAMA PELAJAR / KELAS OBJEKTIF: Modul ini merangkumi panduan untuk keselamatan diri, alatan dan bahan serta keselamatan ruang kerja. Memberi kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya kebakaran dan kaedah-kaedah asas pertolongan cemas serta pendedahan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( OSHA) dan peraturan keselamatan mengikut piawaian Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Kesihatan Malaysia. 1 KOLEJ VOKASIONAL KULIM 09000 KULIM KEDAH KERTAS PENERANGAN

Transcript of Kertaspenerangan Direct Current Machines

Page 1: Kertaspenerangan Direct Current Machines

KVK KP M4/K2

KURSUS TEKNOLOGI ELEKTRIK

SEMESTER 1

KOD MODUL & TAJUK CEEK 104 – DIRECT CURRENT MACHINES

BIL KOMPETENSIK1 – OPERATE DIRECT CURRENT ( DC ) MOTOR

K2 – OPERATE DIRECT CURRENT ( DC ) GENERATOR

NAMA PELAJAR /

KELAS

OBJEKTIF:

Modul ini merangkumi panduan untuk keselamatan diri, alatan dan bahan serta keselamatan ruang kerja. Memberi kesedaran dan pengetahuan tentang bahaya kebakaran dan kaedah-kaedah asas pertolongan cemas serta pendedahan kepada Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan ( OSHA) dan peraturan keselamatan mengikut piawaian Jabatan Bomba dan Penyelamat serta Kementerian Kesihatan Malaysia.

KERTAS PENERANGAN

1

KOLEJ VOKASIONAL KULIM09000 KULIMKEDAH

KERTAS PENERANGAN

Page 2: Kertaspenerangan Direct Current Machines

Mengenalpasti bahagian-bahagian utama motor satu fasa bermula dengan boleh memahami prinsip asas motor DC kepada menyambung litar motor DC dan kaedah menukar arah putarannya. Mengenalpasti beberapa jenis pemula motor amatlah penting kerana motor DC tidak boleh dihidupkan tanpa pemula dan mengenalpasti kerosakan dan menyenggara motor DC satu fasa. Disamping itu juga peraturan IEE berkaitan motor satu fasa juga perlu dipatuhi.

1 Pengenalan Motor A. T

Motor ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik menjadi tenaga mekanik. Pada amnya binaan motor AT serupa dengan penjana AT. Perbezaannya hanyalah

dari segi binaan luar untuk penyesuaian melakukan kerja yang berbeza. Tindakannya adalah berdasarkan kepada prinsip di mana apabila satu pengalir yang

membawa arus ditempatkan di dalam medan magnet, ia akan mengalami satu daya mekanik yang mempunyai arah yang ditentukan oleh Hukum Tangan Kiri Fleming.

Rajah 1a : Hukum tangan kiri Fleming Rajah 1b : Asas pergerakan pengalir

Rajah 1c : Binaan Asas Motor DC

2 Bahagian-bahagian Motor DC

Page 3: Kertaspenerangan Direct Current Machines

Motor DC mempunyai binaan yang sama seperti penjana DC. Jadual 1 menunjukkan bahagian-bahagian utama motor DC.

Bil Bahagian Keterangan Rajah

1 MedanBelitan pengalir pada kutub teras menghasilkan medan

magnet

2 Angker

Teras besi silinder yang berlapis mempunyai lubang-

lubang alur bagi menghasilkan medan magnet apabila

dibekalkan dengan bekalan DC

3 Penukartertib

Terdiri daripada tembereng-tembereng kuprum yang diatur

dan dipisahkan dengan penebat mika di antara satu

sama lain. Penukartertib digunakan sebagai

penyambung belitan angker

4 Berus KarbonFungsinya sebagai

penyambung bekalan DC litar angker

Jadual 1 : Bahagian-bahagian utama Motor DC

3 Jenis-jenis Motor DC

Page 4: Kertaspenerangan Direct Current Machines

1. Motor siri2. Motor Pirau3. Motor Majmuk

a) Motor Majmuk Panjangb) Motor Majmuk Pendek

Jenis Motor Ciri-ciri Kegunaan

Pirau Kelajuan hampir malar Kelajuan boleh dilaras Daya kilas permulaan yang

sederhana

Mesin larik Pam empar Mesin perkakas Kipas penghembus Pam salingan dan lain-lain

Siri Kelajuan berubah Daya kilas permulaan yang

tinggi Kelajuan berubah boleh dilaras

Penggerak alih elektrik Kren Pesawat angkat dan lain-lain

Majmuk Kelajuan berubah Daya kilas permulaan yang

tinggi Kelajuan berubah boleh dilaras

Lif Mesin penebuk Mesin pengetam Pengisar guling dan lain-lain

Jadual 2 : Ciri-ciri dan Kegunaan Motor DC

Jenis Motor

Litar Skema Motor DC

Page 5: Kertaspenerangan Direct Current Machines

Pirau

Siri

Majmuk

Jadual 3 : Litar Skema Motor DC

4 Pemula Motor DC

Page 6: Kertaspenerangan Direct Current Machines

a. Jenis-jenis Pemula Motor DC1. Plat dua muka2. Plat tiga muka3. Plat empat muka

Rajah 2 : Pemula plat dua muka

Rajah 3 : Pemula plat tiga muka

Page 7: Kertaspenerangan Direct Current Machines

Rajah 4 : Pemula plat empat muka

5 Kaedah Menukar arah putaran Motor DC

Page 8: Kertaspenerangan Direct Current Machines

Jadual 4 : Kaedah Menukar arah putaran Motor DC

6 Pengendalian Motor DC.

Page 9: Kertaspenerangan Direct Current Machines

Bagi mengendalikan Motor DC, langkah-langkah keselamatan perlu diambil untuk memberi perlindungi keselamatan kepada pengendali dan mesin.

Mengikut peraturan STM/IEE, setiap motor yang mempunyai kadaran melebihi 0.37kW mestilah dilengkapi dengan pemula motor yang boleh memberikan perlindungan daripada keadaan tanpa voltan. Rajah 6 menunjukkan pemasangan pemencil dan pemula.

Bil AspekKeselamatan

Tujuan Alat yang digunakan

1 Pemencilan

Mengasingkan bekalan ke motor

Memutuskan bekalan ke motor

Suis perangkai berfius Pemutus litar

2 Perlindungan Melindungi motor semasa

bermula dan berkendali Pemula motor plat muka

Rajah 5 : Pemasangan pemencil dan pemula motor

Page 10: Kertaspenerangan Direct Current Machines

7 Melaksanakan pengujian

7.1 Prosedur penyenggaraan

7.1.1 Senggaraan Cegahan:

Kebanyakan peralatan elektrik memerlukan pemeriksaan dan senggaraan yang terancang bagi menjamin peralatan tersebut bekerja di dalam keadaan baik dan sempurna. Tempoh masa pemeriksaan bergantung kepada peralatan dan keupayaannya. Kakitangan senggaraan mestilah peka dengan menggunakan seluruh pancainderanya untuk menilai atau mencari kerosakan yang berlaku seperti:

Hidung boleh membau penebat (insulation) yang terbakar.

Tangan boleh merasa bahagian yang panas disebabkan oleh pemanasan pada belitan atau alas.

Telinga boleh mendengar getaran atau kelajuan lampau pada motor berkenaan.

Mata atau penglihatan boleh mengetahui bahagian yang berlaku arka atau bahagian-bahagian mekanikal yang mengalami kerosakan.

Dengan pancaindera ini banyak membantu pelbagai ujian dan peraturan bagi tujuan pemastian. Dengan pemahaman tentang prinsip elektrik dan ujian kecekapan peralatan berkenaan adalah penting untuk dikenalpasti.

7.1.2 Pemeriksa Bertempoh (Periodic Inspection):

Program senggaraan bertujuan menghalang daripada berlakunya kerosakan pada peralatan berkenaan daripada membaikinya. Pemeriksaan bertempoh yang sistematik adalah diperlukan untuk mendapatkan keputusan yang memuaskan.

Didalam program senggaraan cegahan yang baik, pemeriksaan yang tepat adalah diperlukan. Orang yang bertanggungjawap perlu menyimpan keputusan pemeriksaan bagi setiap motor di dalam industri berkenaan bagi tujuan penganalisaan pada masa akan datang. Pemeriksaan dan servis mestilah secara sistematik. Kekerapan pemeriksaan dan darjah penggunaan atau ketahanan berubah-ubah dan perlu dianalisa oleh jurutera senggaraan.

Penganalisaan itu mestilah bergantung kepada beberapa perkara iaitu;

a. Kepentingan motor tersebut berdasarkan kepada skim pengeluaran, dimana apabila motor tersebut gagal beroperasi pemberhentian pengeluaran yang serius berlaku.

b. Peratusan motor untuk beroperasi berdasarkan kepada proses pengeluaran.c. Keadaan servis yang dilakukan.d. Kesekitaran dimana motor tersebut digunakan.

Dari sini jadual pemeriksaan dibentuk dan berubah-ubah dari satu loji yang lain. Sepasifikasi pengeluar dan prosedur perlulah dirujuk dan diikuti.

Page 11: Kertaspenerangan Direct Current Machines

Di bawah ini disediakan jadual servis pada motor elektrik yang secara kasarnya merangkumi motor a.u. dan a.t.

Setiap Minggu

a. Pemeriksaan komutator dan brus.

b. Paras minyak pada bearing.

c. “Oil ring” yang berpusing dengan aci.

d. Samada bahagian aci yang terdedah tidak terdapat minyak atau gris.

e. Pemeriksaan keatas litar kawalan seperti fius suis dan sebagainya.

f. Pastikan motor tersebut mencapai kelajuan pada masa yang sama.

Setiap Enam Bulan

a. Bersihkan motor dengan membuang kekotoran yang terdapat pada belitan, komutator dan berus.

b. Periksa komutator ‘clamping ring’.

c. Periksa berus dan tukar jika perlu.

d. Periksa pemegang berus, bersihkan jika kotor dan pastikan berus tersebut mempunyai sedikit ruang di dalam pemegangnya untuk bergerak.

e. Periksa tekanan pada berus dan posisinya.

f. Buang, bersihkan dan tukar minyak di dalam alas sleeve.

g. Periksa kelajuan operasi motor berkenaan.

h. Pastikan aci berkenaan nrmal dan berkedudukan teguh pada tempatnya.

i. Periksa penyambungan pada motor dan kawalannya.

j. Periksa arus masukkan dan bandingkan dengan yang asal.

k. Ujian keatas motor beroperasi samada ia beroperasi secara lancar atau terdapat getaran.

l. Periksa motor ‘foot bolt’, pelindung akhir, pulley dan sebagainya.

m. Pastikan semua alat pelindungan (cover) dipasang pada tempat asalnya.

Page 12: Kertaspenerangan Direct Current Machines

Setahun Sekali

a. Bersihkan gris dan tukarkan yang baru pada alas bebola.

b. Ujian penebatan.

c. Pemeriksaan ruang udara.

d. Bersihkan kekotoran megnetik yang terletak pada kutub.

e. Pemeriksaan kelegaan antara aci dan ‘kotal jounal’.

f. Bersihkan komutator dan pastikan ia berkeadaan licin.

g. Ujian penyambungan komutator dan gelung armature.

h. Pemeriksaan ‘armature band’.

8 Keselamatan Elektrik

Kelengkapan-kelengkapan di bengkel Elektrik beroperasi dengan menggunakan kuasa elektrik. Oleh itu jika sesuatu kelengkapan hendak digunakan perlulah mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Tenaga (STM) atau Institution Electrical Engineering (IEE).

i) Pastikan semua dawai elektrik yang digunakan bertebat atau penebatnya ii) berada dalam keadaan yang baik.

iii) Punca – punca bekalan elektrik mestilah disambung dengan rapi dan mengikut peraturan yang telah ditepikan oleh STM atau IEE.

iv) Alat – alat yang digunakan hendaklah ditebat dengan baik.

v) Gunakan alat yang sesuai untuk menguji litar elektrik, seperti penguji atau meter pelbagai.

vi) Pastikan kasut yang digunakan tidak membenarkan pengaliran elektrik. Gunakan kasut getah yang kering dan tidak berminyak.

vii) Pastikan tangan atau pakaian sentiasa kering sewaktu mengendalikan alat –alat elektrik.

viii) Elakkan jari atau anggota kita daripada menyentuh dawai – dawai elektrik yang tidak bertebat.

ix) Pastikan pelajar mengetahui kedudukan suis kecemasan yang dapat memutuskan bekalan pada keseluruhan tempat bekerja jika berlakunya kebakaran atau kemalangan elektrik.

x) Pastikan beban sesuatu punca bekalan tidak digunakan melebihi hadnya contohnya jika punca bekalan ialah 15 ampere, jangan gunakan beban 20 Ampere.

Page 13: Kertaspenerangan Direct Current Machines

9 Peraturan IEE/ST berkaitan Motor DC

a. Setiap motor mestilah mengadakan suis pemencil bagi memutuskan bekalan ke motor, ke litar kawalan dan sebagainya. Pemencil ini hendaklah dipasang di tempat yang mudah dicapai.

b. Peranti pelindung boleh disambungkan ke mana-mana litar di sepanjang pengalir litar akhir motor dengan syarat tiada cabangan litar. Oleh itu peranti ini boleh dipasang di dalam pemula.

c. Pelindung litar pintas hendaklah dipasang di tempat berlakunya penurunan keupayaan membawa arus iaitu di papan agihan. Peranti pelindung ini boleh juga dipasang pada bahagian beban dengan syarat jarak di antara peranti pelindung litar pintas dan titik mula keupayaan membawa arus mula menurun tidak melebihi 3 m.

d. Kadaran arus kabel yang digunakan untuk membawa arus permulaan, arus pemecutan dan arus beban motor hendaklah sekurang-kurangnya sama dengan kadaran arus beban penuh motor itu.

e. Saiz kabel bagi menyuap motor aruhan gelung gelincir atau motor aruhan berpenukartertiban hendaklah sesuai untuk menangung arus permulaan dan arus beban penuh kerana arus ini lebih besar daripada arus di pemegun.

f. Motor yang berkadar lebih daripada 0.37kW hendaklah mempunyai alat kawalan yang mempunyai pelindung arus lebih (beban lampau) bagi melindungi motor dan kabel antara alat kawalan itu dan motor.

Rajah 6 : Kadaran arus dan kabel ke Motor DC