KESAHAN ALAT UKURAN

3
KESAHAN ALAT UKURAN Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada ukuran/indikator yang digunakan itu mengandungi semua ciri atau gagasan yang harus ada dalam konsep yang diukur itu. Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur; Terdapat dua jenis kesahan iaitu: (a). Kesahan dalaman (internal validity) iaitu sejauh mana perkaitan antara pemboleh ubah itu dapat dipastikan. Bagi menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa kaedah seperti tringulasi, pemeriksaan rakan, semakan rakan, kenyataan pengalaman, pilih kasih atau pengharapan. (b). Kesahan luaran (external validity) iaitu sejauh mana data itu dapat dipanjangkan pada populasi dan dalam konteks yang berbeza-beza. Manakala bagi kesahan luaran, ia boleh dilihat dalam ketebalan atau banyaknya penerangan, penggunaan pelbagai tema dan variasi yang maksimum. Empat prosedur yang biasa digunakan untuk menentukan kesahan sesuatu ujian adalah: i. Kesahan kandungan (Content Validity) - sejauh mana isi kandungan ujian tersebut dapat mewakili domain pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur oleh ujian itu; ii. Kesahan muka (Face Validity) – ujian dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur

description

dokumen

Transcript of KESAHAN ALAT UKURAN

Page 1: KESAHAN ALAT UKURAN

KESAHAN ALAT UKURAN

Kesahan digunakan untuk mengukur ketepatan sesuatu ukuran yang digunakan. Ia bertujuan untuk memastikan sama ada ukuran/indikator yang digunakan itu mengandungi semua ciri atau gagasan yang harus ada dalam konsep yang diukur itu. Kesahan merujuk kepada sejauh mana ujian itu mengukur apa yang hendak diukur;

 

Terdapat dua jenis kesahan iaitu:

(a). Kesahan dalaman (internal validity) iaitu sejauh mana perkaitan antara pemboleh ubah itu dapat dipastikan. Bagi menentukan kesahan dalaman, penyelidik boleh mengunakan beberapa kaedah seperti tringulasi, pemeriksaan rakan, semakan rakan, kenyataan pengalaman, pilih kasih atau pengharapan.

(b). Kesahan luaran (external validity) iaitu sejauh mana data itu dapat dipanjangkan pada populasi dan dalam konteks yang berbeza-beza. Manakala bagi kesahan luaran, ia boleh dilihat dalam ketebalan atau banyaknya penerangan, penggunaan pelbagai tema dan variasi yang maksimum.

 

Empat prosedur yang biasa digunakan untuk menentukan kesahan sesuatu ujian adalah:

i. Kesahan kandungan (Content Validity) - sejauh mana isi kandungan ujian tersebut dapat mewakili domain pengetahuan dan kemahiran yang hendak diukur oleh ujian itu;

ii. Kesahan muka (Face Validity) – ujian dilihat mengukur apa yang sepatutnya diukur

iii. Kesahan konstruk/gagasan (Construct Validity) - berkaitan dengan persoalan samada terdapat atau tidak bukti yang

Page 2: KESAHAN ALAT UKURAN

menyokong bahawa skor ujian itu dapat mengukur sesuatu trait psikologi, ciri, kualiti atau konstruk

iv. Kesahan hubungan-kriteria (Criterion-related Validity) – Perbezaan antara kesahan semasa dengan kesahan ramalan bergantung kepada prosedur mentadbir ujian:- Pentadbiran ujian pada jangka masa yang singkat bagi ujian piawaian (concurrent), atau setelah masa beberapa bulan (predictive)

Kesahan Semasa/Serentak (Concurrent Validity ) Hubungkait antara skor ujian dengan kumpulan pelajar berdasarkan kriterian tertentu Ditadbir pada masa yang sama atau dalam jangka masa yang pendek.

Kesahan Ramalan Kesahan Ramalan dapat ditentukan dengan membuat penilaian setepat mana ramalan yang dibuat (menggunakan instrumen untuk mengumpul data) masa kini dapat disahkan daripada maklumat yang dikumpulkan pada masa hadapan.

Contoh:- Maklumat dikumpul melalui ujian/kriteria/ tingkahlaku dan tunggu sehingga tingkah laku yang hendak diukur oleh ujian berlaku Buat perbandingan antara maklumat yang dikumpul dan skor yang diperolehi daripada pelajar mengambil ujian tersebut

Konstruk : Konstruk ialah APA (perkara) yang ditaksir, dimensi manusia yang berbentuk konkrit atau abstrak , perkara yang cuba dibangun atau diperkembang dengan mengajarkan sesuatu mata pelajaran. Konstruk dikenalpasti dari sukatan pelajaran. Konstruk yang ditaksir boleh dikategorikan sebagai PENGETAHUAN, KEMAHIRAN dan NILAI