Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

9
KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

description

 

Transcript of Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

Page 1: Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

KESAN AKTIVITI MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Page 2: Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

1. Aktiviti manusia sering mempengaruhi keseimbangan alam.2. Banyak masalah yang berkaitan dengan alam sekitar adalah berpunca

daripada aktiviti manusia.3. Kemusnahan alam sekitar yang disebabkan oleh aktiviti manusia

termasuklah:

4. Beberapa contoh aktiviti manusia yang telah menyebabkan kemusnahan alam sekitar adalah :

• penyahutanan atau pembalakkan secara besar-besaran.• Pembuangan bahan toksik dan tumpahan minyak yang memusnahkan

habitat hidupan laut• Pembangunan tidak terancang.

Hakisan tanah

Tanah runtuh

Banjir kilat

Pencemaran air

Pencemaran udara

Page 3: Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

5. Penyahutanan ialah pembersihan hutan dengan menebang pokok untuk mendapatkan kayu balak dan pembinaan jalan raya, rumah, kawasan industri serta untuk aktiviti pertanian.

6. Akar tumbuhan memainkan peranan penting untuk memegang tanah.7. Apabila pokok ditebang, permukaan bumi terdedah kepada hakisan. Ketika

hujan lebat, tanah dibawa oleh aliran air dengan mudah dan mengakibatkan hakisan tanah.

8. Tanah yang terhakis termendap di sungai. Semasa hujan lebat, air hujan mengalir dengan cepat ke dalam sungai kerana tiada halangan dari akar pokok. Mendakan yang berlaku dalam sungai menghalang aliran air. Air melimpah ke darat dan menyebabkan banjir kilat.

9. Penyahutanan dan pembangunan yang tidak terancang di tebing bukit boleh menyebabkan hakisan tanah yang membawa kepada tanah runtuh.

10. Penggunaan bahan kimia dalam perindustrian dan pertanian serta pembuangan sampah ke dalam sungai dan laut menyumbang kepada pencemaran air. Tumpahan minyak dari kapal memusnahkan habitat hidupan laut.

11. Pencemaran udara juga disebabkan oleh pembakaran terbuka, pembakaran bahan api dari kenderaan bermotor dan kilang.

Page 4: Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

Penyahutanan

Page 5: Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

Hakisan tanah

Page 6: Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

Tanah runtuh

Page 7: Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

Banjir kilat

Page 8: Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

Pencemaran air

Page 9: Kesan aktiviti manusia terhadap alam sekitar

Pencemaran udara