KESAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileadalah disebabkan oleh faktor tidak dapat memilih...

download KESAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileadalah disebabkan oleh faktor tidak dapat memilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan ... (2004) menyatakan kesan ... dan perdagangan yang

If you can't read please download the document

Transcript of KESAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN · PDF fileadalah disebabkan oleh faktor tidak dapat memilih...

  • 913 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    KESAN ANIMASI DALAM PENGAJARAN PEMBELAJARAN DALAM MATAPELAJARAN KEMAHIRAN HIDUP KE ATAS MURID-MURID

    TINGKATAN 3, DI SEBUAH SEKOLAH MENENGAH DI DAERAH KUALA MUDA , KEDAH

    Ahmad Moghni Salbani, 1Gobi a/l Sinnaiah

    Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia, Universiti Sains Malaysia, 11800, Pulau Pinang

    [email protected]

    1Sekolah Menengah Kebangsaan Aman Jaya, Sungai Lalang, 08000, Sungai Petani,

    Kedah Darul Aman [email protected]

    ABSTRAK Kajian ini adalah untuk mengkaji kesan dua mod pengajaran iaitu mod kaedah tradisional dan kaedah multimedia beranimasi ke atas pelajar yang berbeza tahap prestasi akademik dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu pilihan Kemahiran Teknikal tingkatan 3. Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dengan melaksanakan reka bentuk kuasi eksperimen dengan faktor 2x2. Sampel kajian terdiri daripada 100 orang pelajar tingkatan 3 sebuah Sekolah Menengah di Daerah Kuala Muda, Kedah. Pemboleh ubah bersandar kajian ini ialah min peningkatan skor pelajar manakala pemboleh ubah bebas ialah mod kaedah pengajaran. Pemboleh ubah moderator ialah tahap asal pencapain pelajar (prestasi akademik tinggi dan prestasi akademik rendah). Prosedur ujian ANOVA dan ujian-T telah digunakan untuk mengesan perbezaan signifikan peningkatan skor dua mod kaedah pengajaran tersebut. Hasil kajian kuantitatif mendapati bahawa pelajar yang menerima kaedah pengajaran menggunakan multimedia beranimasi menunjukkan pencapaian akademik yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan pelajar yang menerima pengajaran kaedah tradisional. Juga didapati bahawa pelajar prestasi akademik rendah menunjukkan peningkatan pencapaian akademik yang lebih baik secara signifikan berbanding dengan pelajar prestasi akademik tinggi. PENGENALAN Kebelakangan ini pengajaran dan pembelajaran berasaskan multimedia berkembang dengan pesat sekali dalam sistem pendidikan Malaysia. Dalam pendidikan multimedia adalah gabungan antara grafik, teks, animasi, video dan bunyi. Interaksi ini akan membantu guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran murid lebih efektif (Jamalludin, 2003). Apabila sesuatu pengajaran memerlukan pelajar untuk memahami pembelajaran dengan lebih berkesan , adalah lebih mudah jika ia dapat digambarkan secara grafik dan pergerakan yang dilakukan melalui teknik animasi (Rieber, 1990). Berbeza dengan media statik serta kaku, animasi menawarkan kemampuan untuk penampilan sesuatu objek iaitu warnanya, jenis permukaan yang ingin ditampilkan serta kemampuan pergerakannya (Majalah PC, 2005). Multimedia adalah teknologi maklumat terkini yang membenarkan intergrasi dan manipulasi video, audio, grafik, teks dan animasi. Model pengajaran Dick and Carey (1978) adalah asas model kajian ini. Model ini adalah berorientasikan produk dan bahan. Di samping itu juga Model Pembinaan Pengajaran Efektif Dick and Reiser (1991) juga diaplikasikan. Ini kerana penjelasan dalam model ini dipengaruhi oleh pengalaman dan kepakaran mereka dalam bidang pendidikan dan pemilihan bahan media. Willimson dan Abraham (1995) mendapati bahawa pengajaran menggunakan teknik animasi akan meningkatkan pencapaian pelajar-pelajar yang didedahkan dengan perisian animasi. Malah Jamalludin (2003) menyatakan animasi dalam bidang pendidikan membolehkan konsep yang kompleks dan dapat disampaikan secara visual dan dinamik dengan mudah

  • 914 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    supaya mudah difahami dan diingati oleh pelajar. Tambahan pula beliau menyatakan bahawa animasi dapat menawarkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan. Topik yang dikaji dalam kajian ini ialah Sistem Edaran Enjin Empat Lejang. Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah diperkenalkan pada tahun 1992 bertujuan untuk membekalkan pelajar dengan kemahiran asas untuk mereka mengendalikan hidup mereka secara produktif dalam dunia teknologi yang semakin mencabar ini. Kemahiran Hidup bersepadu pilihan Kemahiran Teknikal (KHB Pilihan KT) merupakan salah satu komponen bersepadu dalam mata pelajaran KHB. Mata pelajaran ini merupakan mata pelajaran teras dalam Peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR). Mata pelajaran ini juga merupakan asas kepada pelajaran elektif teknik dan vokasional di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Pelajaran Vokasional Malaysia (SPVM). PERNYATAAN MASALAH Analisis Peperiksaan Pertengahan Tahun bagi pelajar Tingkatan 3 yang mengambil elektif KT di sebuah sekolah di Daerah Kuala Muda Kedah menunjukkan kelulusan yang dicapai hanyalah 54% daripada 124 orang pelajar yang mengambil subjek ini. Kegagalan pelajar adalah disebabkan oleh faktor tidak dapat memilih jawapan yang tepat berdasarkan soalan yang berkaitan iaitu membanding dan membeza, mengumpul, membuat urutan dan menyusun mengikut keutamaan dan menganalisis. Jika keadaan ini berterusan maka besar kemungkinan pilihan mata pelajaran Kemahiran Teknikal (KT) dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) akan dianggap tidak berfaedah kerana pelajar yang mendapat gred C dan D tidak mempunyai peluang yang banyak untuk mengambil mata pelajaran teknik dan vokasional di tingkatan 4 dan 5 dan seterusnya dalam Sijil Pelajaran Malaysia. Ini selanjutnya akan menjejaskan keperluan yang berasaskan Kemahiran Hidup untuk kepentingan negara. Oleh yang demikian kajian ini dijalankan untuk meningkatkan pencapaian akademik di dalam peperiksaan mereka. Ini disebabkan komputer dan teknologi yang baru dapat digunakan untuk mempersembahkan bahan baru dengan kaedah dan cara yang baru. Padanan komputer serta teknologi lain boleh mencipta persekitaran pembelajaran yang menarik bagi pelajar (Abdul Rahim, 1996). Justru itu pelajar dapat memberikan tumpuan kepada pemikiran yang lebih kreatif. TUJUAN KAJIAN Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan multimedia beranimasi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam mata pelajaran Kemahiran Hidup pilihan Kemahiran Hidup Teknikal dalam topik Sistem Edaran Empat Lejang. Kajian ini juga bertujuan mengenalpasti keberkesanan multimedia beranimasi terhadap pencapaian pelajar-pelajar tahap tinggi dan tahap rendah. OBJEKTIF KAJIAN Objektif kajian ini adalah untuk:

    i. Mengkaji kesan pencapaian akademik antara pelajar tahap tinggi dengan tahap rendah selepas pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan multimedia beranimasi dalam topik enjin iaitu Sistem Edaran Empat Lejang dalam mata pelajaran KH (Kemahiran Hidup Bersepadu) elektif KT (Kemahiran Teknikal).

    ii. Mengkaji peningkatan prestasi akademik kepada pelajar tahap tinggi dan tahap rendah

    selepas diajar dengan menggunakan kaedah tradisional dengan kaedah penggunaan multimedia beranimasi dalam topik enjin iaitu Sistem Edaran Empat Lejang dalam mata pelajaran KH (Kemahiran Hidup Bersepadu) elektif KT (Kemahiran Teknikal).

    TAHAP PRESTASI PELAJAR Tahap prestasi pelajar yang rendah adalah berdasarkan kepada keputusan peperiksaan pertengahan tahun, di mana pelajar yang mendapat gred D dan E sahaja dikategorikan kepada pelajar prestasi akademik rendah.

  • 915 1st International Malaysian Educational Technology Convention

    Tahap prestasi akademik yang tinggi adalah berdasarkan keputusan peperiksaan pertengahan tahun, di mana pelajar yang mendapat gred A dan B sahaja dikategorikan kepada pelajar prestasi akademik tinggi. Pengaruh Teori Kognitivisme dan Teori Konstruktivisme ke atas Multimedia Interaktif Teori Kognitif (Alessi et al., 2001) memberi penekanan terhadap pemprosesan maklumat iaitu satu proses dalaman yang berlaku dalam minda pelajar semasa pengajaran dijalankan. Golongan kognitif mementingkan proses pembelajaran itu sendiri justru pelajar sebagai penerima maklumat dianggap penting dan perlu diberi perhatian. Manakala dalam konstruktivisme mengutamakan pembelajaran menerusi penerokaan. Justru itu, pelajar diberi kebebasan dalam mencari maklumat (Alessi, S & Trollip, S, 2001). TINJAUAN KAJIAN Kajian Lepas dan Kesan Multimedia Visual Animasi Menurut Mayer (2001), multimedia menawarkan peluang untuk membentuk semula pengajaran dan pembelajaran dengan ciri-ciri yang tidak dapat dicapai melalui kaedah tradisional. Collin (1995) menyatakan bahawa kumpulan pelajar yang mendapat pendedahan multimedia komputer telah mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang tidak didedahkan dengan multimedia komputer. Mengikut Clark and Solomon (1986), melalui komputer pelajar boleh belajar menjadi seorang penyelesai masalah yang lebih baik dari pelajar yang tidak menggunakannya. Pendapat ini dibuktikan oleh Kulik & Kulik (1989) yang menunjukkan bahawa pelajar umumnya memahami lebih banyak kandungan pelajaran di dalam kelas yang menggunakan pengajaran berbantukan komputer (PBK). Pengajaran menggunakan multimedia animasi boleh digunakan sebagai satu strategi untuk menunjukkan pergerakan grafik bagi memudahkan pembelajaran melalui pengajaran berasaskan media ( Park dan Gittelmen, 1992). Terdapat kajian yang menyatakan kawalan visual beranimasi terhadap pelajar pelbagai stail kognitif membuktikan bahawa penerima kesan kawalan visual adalah berkaitan dengan ciri-ciri tertentu pelajar dan stail kognitif pelajar. Dalam kajian yang dijalankan oleh Abdul Hadi et al. ( 2005) pula bahawa animasi 3D digital mempunyai potensi yang besar dalam memudahkan pembelajaran terutamanya dalam meningkatkan prestasi visualisasi mental. Kajian Ellis (2004) menyatakan kesan pembelajaran animasi adalah lebih tinggi berbanding tutorial menggunakan teks sahaja. Tinjaun Tentang Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) telah mula diperkenalkan di sekolah-sekolah Menengah Rendah di seluruh Malaysia mulai tahun 1992. Kajian yang dijalankan oleh Ramlah (1993) menunjukkan bahawa mata pelajaran ini membentuk pelajar kepada sifat kreatif dan inovatif yang mana