KESAN DARURAT 1.docx

7
1 KESAN DARURAT ISI-ISI: PENGENALAN KESAN DARURAT DARI ASPEK EKONOMI KESAN DARURAT DARI ASPEK POLITIK KESAN DARURAT DARI ASPEK SOSIAL PENGENALAN Selepas Perang Dunia ke-2 tamat, Parti Komunis Malaya(PKM) mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu melalui cara perlembagaan tetapi gagal . Dengan itu, PKM mengubah corak perjuangan mereka yang dikenali sebagai "militan" Pada tahun 1948, PKM mengambil keputusan untuk melancarkan"revolusi" bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan British dan menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu. Keganasan yang dilakukan oleh PKM memaksa pihak British mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 15 Julai 1948 yang bertujuan menghapuskan pemberontakan komunis di Tanah Melayu. Zaman darurat ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada seluruh penduduk Tanah Melayu dari aspek EKONOMI, POLITIK dan SOSIAL .

Transcript of KESAN DARURAT 1.docx

KESAN DARURAT

ISI-ISI:PENGENALANKESAN DARURAT DARI ASPEK EKONOMIKESAN DARURAT DARI ASPEK POLITIKKESAN DARURAT DARI ASPEK SOSIAL

PENGENALAN

Selepas Perang Dunia ke-2 tamat, Parti Komunis Malaya(PKM) mengambil kesempatan untuk menguasai politik Tanah Melayu melalui cara perlembagaan tetapi gagal . Dengan itu, PKM mengubah corak perjuangan mereka yang dikenali sebagai "militan"

Pada tahun 1948, PKM mengambil keputusan untuk melancarkan"revolusi" bersenjata untuk menggulingkan pemerintahan British dan menubuhkan Republik Komunis Tanah Melayu.

Keganasan yang dilakukan oleh PKM memaksa pihak British mengisytiharkan darurat di seluruh Tanah Melayu pada 15 Julai 1948 yang bertujuan menghapuskan pemberontakan komunis di Tanah Melayu. Zaman darurat ini telah meninggalkan pelbagai kesan kepada seluruh penduduk Tanah Melayu dari aspek EKONOMI, POLITIK dan SOSIAL .

KESAN DARURAT TERHADAP EKONOMI

1. Kekejaman dan keganasan komunis menyebabkan rakyat tidak dapat menjalankan kegiatan harian dengan aman.2. Pengeluaran sumber ekonomi negara terjejas kerana kemusnahan sistem perhubungan, jentera melombong, kemudahan awam dan gangguan terhadap buruh ladang.3. Kerajaan membelanjakan 1.4 bilion dalam tempoh 12 tahun dan sebanyak 721.9 juta telah digunakan bagi membeli peralatan ketenteraan bagi mengukuhkan sistem pertahanan.4. Kerajaan terpaksa memperbesarkan pasukan keselamatan, menambah bilangan anggota polis dan pasukan Home Guard untuk memberi perlindungan dan jaminan keselamatan kepada rakyat.5. Kesannya, kerajaan kurang memberi perhatian terhadap usaha untuk meningkatkan taraf hidup rakyat.

KESAN DARURAT TERHADAP POLITIK

1. Kerajaan British telah membuat keputusan untuk mempercepatkan pemberian kemerdekaan kepada Tanah Melayu kerana kerajaan mendapati rakyat Tanah Melayu semakin menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap pentadbiran British. Selain itu, kerajaan juga ingin mendapat sokongan rakyat supaya tidak memihak kepada komunis.2. Pada tahun 1949, pemimpin-pemimpin orang Cina dalam Majlis Perundangan Persekutuan terutamanya Datuk Tan Cheng Lock telah memainkan peranan penting dalam penubuhan Malayan Chinese Association (MCA) pada tahun 1949. 3. Sistem Ahli juga telah diperkenalkan pada tahun 1951-1952 oleh British sebagai langkah ke arah berkerajaan sendiri.4. Perikatan UMNO-MCA di bawah pemimpin Tunku Abd. Rahman memainkan peranan yang penting dalam proses mencapai kemerdekaan .5. Terdapat juga parti-parti politik yang bersifat sederhana terpaksa dibubarkan akibat tekanan kerajaan British. Contohnya, sebilangan besar pemimpin Hizbul Muslimin yang berpusat di Gunung Semanggol ditangkap oleh kerajaan British dengan menggunakan peruntukkan di bawah Undang-undang Darurat, 1948. Namun, kerajaan British masih lagi membenarkan parti politik berhaluan sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC meneruskan kegiatan mereka .

KESAN DARURAT TERHADAP SOSIAL

1. Kempen memerangi komunis dijalankan selama 12 tahun (1948-1960) yang menyaksikan rakyat hidup menderita keganasan komunis. 2. Pelaksanaan undang-undang darurat seperti perintah berkurung amat menyusahkan hidup rakyat kerana tidak dapat menjalankan pekerjaan dan aktiviti harian mereka. Bekalan beras berkurangan kerana semakin banyak sawah ditinggalkan oleh petani tanpa diusahakan. Begitu juga dengan padi huma dan kerja-kerja ladang yang lain seperti jagung, ubi dan pisang turut tidak dikerjakan bagi menambah bahan makanan. Kekurangan makanan ini telah menyebabkan kerajaan bertindak menyekat makanan menyebabkan rakyat terpaksa bergantung kepada ubi kayu dan keledek sama seperti dialami semasa zaman Jepun.Walaupun catuan makanan ini berjaya menyekat bekalan makanan daripada sampai kepada komunis, namum rakyat hidup menderita akibat kekurangan makanan. 3. Melalui undang-undang darurat, kerajaan boleh menahan sesiapa sahaja yang dianggap mengancam keselamatan negara atau disyaki bersubahat dengan komunis tanpa perlu dibicara di mahkamah. Orang ramai tidak dibenarkan berkumpul melebihi 5 orang di tempat terbuka tanpa mendapat kebenaran polis.4. Sesiapa yang membawa atau menyimpan senjata api tanpa permit boleh dihukum bunuh. Ramai penduduk terutama orang Cina ditangkap dan dipenjarakan, sebahagian daripada mereka dihantar pulang ke negara China.5. Masalah perkauman antara orang Melayu dan orang Cina menjadi semakin serius. 6. Orang Melayu menganggap semua orang Cina adalah komunis dan orang Melayu telah menyertai pasukan keselamatan untuk membanteras komunis. Oleh itu, tindakan memerangi komunis semasa darurat seolah-olah dilihat sebagai peperangan antara orang Melayu dengan orang Cina. 7. Masalah perkauman yang tercetus ini telah memberi kesan penting ke atas kedudukan sosiopolitik di Tanah Melayu.8. Ketegangan hubungan antara kaum Melayu dan Cina telah mendorong pemimpin-pemimpin seperti Dato Onn Jaafar, Dato E.E.C. Thuraisingham dan Datuk Tan Cheng Lock berusaha untuk meredakan ketegangan kaum denganmenubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Antara Kaum (JPAK) pada tahun 1949. Jawatankuasa ini diketuai oleh Dato E.E.C. Thuraisingham yang bertujuan untuk menjalin hubungan yang lebih baik antara penduduk yang berbilang kaum di Tanah Melayu. 9. Untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu terutamanya orang Cina bagi membanteras komunis, kerajaan telah melancarkan kempen Memenangi Hati dan Fikiran Rakyat dan melonggarkan syarat-syarat untuk mendapat kerakyatan Tanah Melayu pada tahun 1952. MCA dijadikan juru bicara kaum Cina dengan kerajaan. Langkah ini membolehkan seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 000 orang India menjadi warganegara Tanah Melayu sehingga tahun 1957. Mereka juga diberi hak untuk memiliki tanah dan menikmati kemudahan pelajaran dan kesihatan di kawasan kampong-kampung baru. Dengan cara ini, kerajaan dapat memenangi hati dan fikiran orang Cina agar menyokong kerajaan.

KEHIDUPAN RAKYAT TIDAK TERJAMIN

1. Kesemua penduduk di Tanah Melayumengalamipenderitaan dan kesusahan hidup yang sama.Antaranya ialah serangan bom tangan,pembunuhan, penculikkan, perampasan,pembakaran harta benda dan perompakkan.

2. Penduduk Cina merupakan sasaran utama pihak komunis sepanjang tempoh darurat diisytiharkan. Hal ini kerana komunis berusaha menimbulkan ketidakyakinan penduduk Cina terhadap pentadbiran kerajaan. Antara yang menjadi sasaran komunis ialahipenduduk Cina yang mempunyai perkaitan dengan Kuomintang (KMT), orang Cina yang enggan bekerjasama dengan kerajaan, kontraktor dan ketua buruh yang bekerja untuk estet dan firma Eropah.

3. Pihak komunis turut melakukan pembunuhan yang kejam dengan membakar,mencampakkan sasarannya ke dalam api, menembak dan menikam mati. Setelah dibunuh, mayat akan diselitkan dengan secebis nota yang menyatakan mangsa adalah seorang pensubahat. Pada 17 Jun 1948 seorang saudagar getah yang turut merupakan presiden KMT telah ditembak mati di Estet Dublin, Kulim Kedah.

4. Pihak Komunis turut bertindak kejam dengan merampas peralatan masjid, barang makanan, wang, rokok dan senjata api. Buktinya, Pada 17 April 1951, 40 komunis telah menyerang sebuah masjid di Raub Pahang. Penjaga masjid ditembak matidan peralatan masjid dirampas.

HUBUNGAN KAUM TERJEJAS

1.Orang Melayu dan India telah mendapat layanan yang baik manakala orang Cina dilayan sebaliknya kerana dianggap sebagai membantu dan memberi sokongan terhadap negara China. Hal ini telah mendatangkan perasaan dendam terhadap orang Melayu kerana membantu Jepun mmerangi Malayan Peoples Anti-Japanese Army (MPAJA) yang dianggotai oleh orang Cina. Oleh itu, kemenangan yang diraih oleh MPAJA dengan menentang Jepun telah menyebabkan orang Melayu yang membantu Jepun dibunuh.