Kesan Drpd Penaklukan British Ke Tanah Melayu

download Kesan Drpd Penaklukan British Ke Tanah Melayu

of 2

Transcript of Kesan Drpd Penaklukan British Ke Tanah Melayu

  • 8/11/2019 Kesan Drpd Penaklukan British Ke Tanah Melayu

    1/2

    kesan drpd penaklukan british ke tanah melayu

    Melalui penaklukan British terhadap Kepulauan Melayu terutamanya Tanah Melayutelah menyebabkan berlakunya perubahan yang drastik dalam ekonomi dan carahidup masyarakat melayu. Kedatangan British telah menodai masyarakat tradisional

    dengan memperkenalkan ekonomi, susunan sosial dan kependudukan sertapendidikan sekular. Rentetan ringkas memberi gambaran bagaimana revolusi Eropahtelah mengubah persepsi, corak pemerintahan dan cara hidup masyarakat Eropah.Semangat inkuiri mendorong mereka meneroka dunia luar hingga menyebabkanpemecahan dunia kepada negara Barat dan Timur dimana negara Barat dilihatsebagai negara maju dan negara Timur sebaliknya.Dari segi ekonomi, British telah banyak melakukan perubahan dalam ekonomi diTanah Melayu iaitu dengan memperkenalkan ekonomi kapitalis di samping pelajarandan perkhidmatan kesihatan. Namun, sesetengah langkah yang dilakukan olehBritish ini adalah boleh dianggap sebagai 'melepas batuk di tangga' kerana walaupunbanyak perubahan telah dibuat oleh British namun ianya langsung tidak

    mendatangkan kebaikan kepada orang-orang di Tanah Malayu terutamanya orangmelayu. Contohnya dari segi pembinaan kemudahan-kemudahan seperti jalan rayadan jalan keretapi di mana kesemua pembinaan ini adalah bertujuan untukmenganggkut barang perdagangan seperti bijih timah ke pelabuhan. Kesemuapembinaan ini di bina adalah untuk kepentingan ekonomi orang-orang British sahaja.

    Kemajuan ekonomi yang dinikmati oleh Tanah Melayu bukanlah untuk orang-orangMelayu, malahan penguasaan dan penghijrahan masuk bangsa asing telahmenjarakkan dan menjauhkan lagi orang Melayu daripada merasai kekayaanekonomi negara sendiri. Hakikat ini dapat dilihat melalui industri pelombongan bijihtimah di mana orang melayu boleh dikatakan langsung tidak memiliki dan tidak

    mengambil bahagian apa-apa pun dalam sektor tersebut. Kebanyakkan lombong-lombong yang ada hampir semuanya dimiliki oleh orang asing terutamanya orangBritish.Manakala dari segi susunan sosial pula, sesungguhnya rancangan British ini telahberjaya dalam mengekalkan orang Melayu dalam masyarakat tradisionalnya di manamenumpukan taat setianya kepada Sultan serta tidak engkar atas segala kata putusyang dibuat oleh Sultan. Jelas dapat dilihat bahawa walaupun masyarakat melayutidak beberapa suka akan cara pemerintahan British namun di sebabkan oleh sikapmereka yang masih taat setia secara membabi buta kepada raja membuatkanmereka mengikut undang-undang dan peraturan yang dibuat oleh British keranasetiap arahan yang datang dari raja adalah di keluarkan oleh British.Manakala golongan Sultan pula terus 'mencerut' masyarakat tempatan keranamereka kekurangan dari pelbagai segi seperti kekurangan modal. Jadi, golonganseperti pelabur-pelabur Barat serta Cina berkuasa dalam mengaut hasil kekayaanbumi Melayu manakala orang-orang Melayu masih dengan ekonomi tradisionalnyaseperti mengeluarkan tanaman makanan seperti padi dan ini secara tidak langsungtelah memundurkan serta menjauhkan lagi orang Melayu dari arus pembangunanyang makin rancak berjalan pada masa itu. Orang Melayu terus terperangkap dalamkeadaan lama mereka serta terpinggir manakala pihak kolonial serta kaum lain terusmenikmati kekayaan yang diperolehinya manakala Orang Melayu masih lagimengekalkan sistem sosial tradisi iaitu Raja adalah segalanya dan perlu patuhkepada kata-katanya.Dari segi kebudayaan pula, kedatangan British di Tanah Melayu telah menyebabkan

    wujudnya masyarakat majmuk di tanah melayu dimana ianya dapat dilihat daripadabeberapa tindakan pemerintah Inggeris terhadap kedatangan orang-orang asing ke

  • 8/11/2019 Kesan Drpd Penaklukan British Ke Tanah Melayu

    2/2

    Tanah Melayu. Dalam hal ini ianya dapat menentukan persoalan bagaimana Inggerismembantu mewujudkan masyarakat yang majmuk ditanah melayu. Keadaan inibukan sahaja memberi kesan terhadap kemajumukan ras, tetapi merangkumipelbagai aspek dalam politik dan sosial.Dalam membentuk masyarakat majmuk, British telah membenarkan kemasukan

    penduduk asing secara bebas iaitu tidak mempunyai sebarang sekatan terhadapkemasukan orang asing. Hal ini berbeza dengan tindakan British pada awalpemerintahannya di tanah melayu dimana pada zaman tersebut Britishmemperketatkan dan menguatkuasa dasar imigrasi dengan bertindak menghantarpulang orang-orang imigran balik ke negara asal mereka. Pekara ini terjadi adalahkerana untuk memenuhi keperluan Inggeris untuk mendapatkan tenaga buruh bagimenrancakkan ekonomi perlombongan dan peladangan selain buruh bagimelaksanakan pembinaan prasarana baru seperti pembinaan jalan keretapi dan jalanraya. Oleh itu, merujuk dasar-dasar pemerintahan Inggeris ini membuktikan bahawakewujudan masyarakat majmuk di negara ini adalah hasil pelaksanaan dasar yangberkehendakkan buruh imigran bagi menjana ekonomi dan membolehkan penjajah

    mendapat keuntungan ekonomi dengan tidak mengambil kira permasalahan yangdihadapi oleh masyarakat pribumi.Manakala dari segi pendidikan pula, ianya lebih kepada pendidikan yang berteraskannegara ibunda, Inggeris menggalakkan lagi perbezaan kaum dan ia juga melebarkanlagi jurang perpaduan di Malaysia. Hal ini dapat dilihat melalui tindakan Inggerisyang tidak menyeragamkan sukatan pendidikan dan pendidikan guru. Sebagai kesandaripada keadaan ini wujud sukatan pendidikan yang berbeza serta keperluan guruberasaskan tindakan komuniti setiap kaum yang ada di Tanah Melayu. Sebagaicontohnya setiap kaum mengambil inisiatif dengan mengikut sukatan pendidikanserta mengambil para guru dari negara asal mereka. Keadaan ini menjelaskanbahawa Inggeris tidak mempunyai agenda bagi menghalang ketidakseragamandalam dasar pendidikan mereka.Bagi orang-orang Melayu mereka hanya mendapat pendidikan kemahiran bagimengerjakan kerja-kerja sara diri sahaja dan tidak memberi peluang untukmendapatkan kemahiran dan ilmu akedemik. Walaupun wujud keadaan ini iadikhaskan kepada anak-anak para bangsawan Melayu sahaja. Dalam hal ini, keadaandasar ini sebenarnya menggalakkan lagi kemasukan orang asing kerana mereka tahubahawa mereka masih lagi memperoleh pendidikan walaupun di negara asing. Inijuga menjelaskan lagi bahawa Inggeris sebenarnya menggalakkan kemasukanmereka dan menjaga kebajikan mereka bagi keuntungan ekonomi penjajah selain itujuga British juga berbuat demikian adalah supaya orang-orang Malayu tidak dapatberada dan bergiat dalam ekonomi yang menguntungkan di negara tersebut.