Kesan Etnik Baba Dan Nyonya Terhadap Masyarakat Di Malaysia

2
KESAN PENGARUH BABA DAN NYONYA Kesan daripada pengaruh Melayu, lahirnya masakan 'Nyonya' yang menggunakan rempah masakan Melayu. Sebagai contohnya 'ayam kapitan', sejenis kari ayam kering yang dihidangkan ketika Generasi perempuan Nyonya hingga kini masih memakai kebaya dan kain sarung seperti masyarakat Melayu yang dikenali sebagai 'kebaya nyonya'. Tetapi kehidupan dan pemikiran kaum Baba Nyonya ini, masih mengekalkan unsur-unsur Cina biarpun telah lama Bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa China Hokkien dengan bahasa Melayu. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina. Umpamanya 'lai' untuk 'datang', dan lain-lain. Banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas, Budaya masyarakat Melayu di dalam sosial kehidupan Baba & Nyonya ialah Dondang Sayang. Lagu rakyat ini dimainkan dalam acara-acara rasmi seperti majlis keraian dan perkahwinan di mana dinyanyikan dalam rangkap-rangkap pantun secara bersoal jawab diiring alunan PENGENALAN BABA & NYONYA Kemunculan masyarakat minoriti Baba dan Nyonya di Melaka adalah daripada keturunan pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang datang bersama armada Cheng Ho pada tahun 1459. Puteri Hang Li Poh dikahwinkan dengan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dan Sultan Melaka telah memerintahkan agar didirikan sebuah istana khas bagi puteri ini di Kesan petempatan pengikutnya pula dapat dilihat berdasarkan adanya perigi yang digunakan mereka yang dikenali sebagai `Perigi Raja' atau `Perigi Puteri Hang Li Poh' di kaki Bukit Cina tersebut. Keturunan pengikut Puteri Hang Li Poh inilah yang dikata membentuk masyarakat minoriti Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka telah diasimilasikan ke PENGENALAN

description

EDU 3106

Transcript of Kesan Etnik Baba Dan Nyonya Terhadap Masyarakat Di Malaysia

Page 1: Kesan Etnik Baba Dan Nyonya Terhadap Masyarakat Di Malaysia

KESAN PENGARUH BABA DAN NYONYA

Kesan daripada pengaruh Melayu, lahirnya masakan 'Nyonya' yang menggunakan

rempah masakan Melayu. Sebagai contohnya 'ayam kapitan', sejenis kari ayam kering

yang dihidangkan ketika meraikan tahun baru Cina di Singapura.

Generasi perempuan Nyonya hingga kini masih memakai kebaya dan kain sarung

seperti masyarakat Melayu yang dikenali sebagai 'kebaya nyonya'. Tetapi kehidupan dan

pemikiran kaum Baba Nyonya ini, masih mengekalkan unsur-unsur Cina biarpun telah

lama terpisah nenek moyang mereka di Negara China.

Bahasa Baba ialah satu bahasa campuran antara bahasa China Hokkien dengan bahasa

Melayu. Bahasa Baba telah menyerap banyak perkataan Cina. Umpamanya 'lai' untuk

'datang', dan lain-lain. Banyak menggunakan peribahasa Cina dengan lebih meluas,

berbanding peribahasa Melayu.

Budaya masyarakat Melayu di dalam sosial kehidupan Baba & Nyonya ialah Dondang

Sayang. Lagu rakyat ini dimainkan dalam acara-acara rasmi seperti majlis keraian dan

perkahwinan di mana dinyanyikan dalam rangkap-rangkap pantun secara bersoal jawab

diiring alunan biola, gendang dan gong dengan menggunakan dialek Baba yang sama

sekali dalam bahasa melayu dengan slanga tersendiri.

PENGENALAN BABA & NYONYA

Kemunculan masyarakat minoriti Baba dan Nyonya di Melaka adalah daripada keturunan

pengikut-pengikut Puteri Hang Li Poh yang datang bersama armada Cheng Ho pada tahun 1459.

Puteri Hang Li Poh dikahwinkan dengan Sultan Melaka iaitu Sultan Mansur Shah dan Sultan

Melaka telah memerintahkan agar didirikan sebuah istana khas bagi puteri ini di puncak Bukit

Cina. Manakala pengikut puteri ini pula tinggal di petempatan yang dibina di kaki Bukit Cina dan

kawasan sekitarnya.

Kesan petempatan pengikutnya pula dapat dilihat berdasarkan adanya perigi yang digunakan

mereka yang dikenali sebagai `Perigi Raja' atau `Perigi Puteri Hang Li Poh' di kaki Bukit Cina

tersebut. Keturunan pengikut Puteri Hang Li Poh inilah yang dikata membentuk masyarakat

minoriti Baba dan Nyonya di Melaka. Mereka telah diasimilasikan ke dalam masyarakat dan

budaya Melayu sehinggakan identiti budaya mereka banyak yang telah hilang dan digantikan

dengan unsur-unsur budaya Melayu.

PENGENALAN

Page 2: Kesan Etnik Baba Dan Nyonya Terhadap Masyarakat Di Malaysia

SEJARAH LOKASI PENEMPATAN

Baba dan Nyonya merupakan golongan keturunan Cina yang sangat unik

kedudukannya yang terdapat di Negeri-Negeri Selat, Tanah Melayu,

khususnya di negeri Melaka. Selain Melaka, kedudukan mereka kini

berselerakan terutama sekali di Negeri-negeri Selat bekas Jajahan British

di Pulau Pinang dan Singapura.

Kaum peranakan Baba dan Nyonya telah wujud di Negara ini sejak 600 tahun lalu dan negeri

Melaka merupakan satu-satunya negeri yang merupakan kolonis terbesar masyarakat unik ini

bertapak. Baba dan Nyonya di Melaka merupakan Cina Peranakan di mana nenek moyang

mereka telah datang dan berkahwin dengan wanita tempatan. Kaum ini kebanyakannya berasal

dari wilayah Hokkien, China yang berhijrah ke Melaka sewaktu Melaka terkenal sebagai pusat

perdagangan.

Kaum Baba dan Nyonya juga dikenali sebagai Cina Peranakan atau "Straits Chinese". Mereka

mengamalkan agama tradisional Cina, dengan menyambut perayaan Tahun Baharu Cina,

perayaan Pesta Tanglung, di samping mengamalkan adat resam Melayu dan penjajahan Barat.

Bahasa mereka juga unik dengan mengamalkan Dialek Baba-Melayu iaitu campuran bahasa

Melayu, bahasa Inggeris dan bahasa Hokkien.

Kebudayaan dapat diertikan dalam pelbagai makna mengikut kefahaman individu. Menurut Ting

Len Siong (2013), budaya atau kebudayaan berasal dari bahasa Sanskrit iaitu “buddhayah”, yang

merupakan bentuk jamak daripada “buddhi” (budi atau akal) diertikan sebagai hal-hal yang

berkaitan dengan budi dan akal manusia. Manakala, Taylor (1871) pula menyatakan kebudayaan

merupakan keseluruhan kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian,

kesusilaan, undang-undang, adat resam dan kebolehan-kebolehan lain serta kebiasaan yang

diperoleh manusia sebagai anggota masyarakat.

Setiap bangsa yang terdapat di dunia mempunyai budaya yang tersendiri. Budaya tersebut

berbeza antara satu sama lain. Hal ini kerana, budaya tersebut telah dicipta, diubah suai atau

ditukar berdasarkan pengalaman, peredaran masa dan lokasi. Sebagai contohnya, perbezaan ini

amat ketara di Malaysia kerana negara kita mempunyai masyarakat majmuk serta budaya yang

terpelihara dan dilindungi dengan aman.

Kepelbagaian masyarakat di Malaysia dapat dibahagikan kepada beberapa bahagian

berdasarkan lokasi penempatan. Kaum yang terdapat di Semenanjung Malaysia terdiri daripada

etnik Melayu, Cina, India, Punjabi, Jawa, Orang Asli dan Baba Nyonya. Manakala di Sabah pula

terdiri daripada etnik Kadazan-Dusun, Bajau, Murut, Kedayan, Lotud, Sulu dan lain-lain. Etnik

yang terdapat di Sarawak pula terdiri daripada Iban, Bidayuh, Melanau, Orang Ulu, Kayan, Kelabit,

Kenyah, Punan dan lain-lain.