Kesan-Kesan Keganasan Antarabangsa

download Kesan-Kesan Keganasan Antarabangsa

of 1

Transcript of Kesan-Kesan Keganasan Antarabangsa

  • 7/31/2019 Kesan-Kesan Keganasan Antarabangsa

    1/1

    KESAN-KESAN KEGANASAN ANTARABANGSA

    Keganasan bererti penggunaan cara yang ganas dan zalim seperti pengeboman, pembunuhan, dan penculikan

    untuk mendapatkan tuntutan politik daripada sesuatu pihak. Keganasan antarabangsa mencetuskan kebimbangan di

    seluruh dunia. Perbuatan ini mungkin disebabkan oleh pertentangan ideologi politik, kegawatan ekonomi, atau pihak

    pemerintah. Keganasan tidak membawa sebarang faedah selain mengheret negara yang terbabit ke pinggir kehancuran.

    Selain itu, nyawa yang tidak berdosa turut menjadi korban. Kini, dunia tidak lagi selamat dihuni. Namun begitu, apakah

    kesan-kesan keganasan antarabangsa?

    Antara kesannya ialah keselamatan rakyat tidak terjamin. Pergolakan politik akan menyebabkan rakyat melakukan

    keganasan. Selain itu, ucapan yang berapi-api oleh pemimpin akan membakar perasaan penyokongnya yang juga

    berkemungkinan akan melakukan keganasan. Penyokong juga akan mengadakan tunjuk perasaan dalam bentuk ganas atau

    liar disebabkan hasutan daripada pemimpin. Mereka ini akan melakukan apa sahaja seperti melakukan rusuhan,

    merosakkan harta benda awam serta melakukan pembunuhan terhadap pihak yang didendam atau rakyat yang tidak

    bersalah. Keadaan ini mengancam keselamatan rakyat dan juga negara. Rakyat tidak dapat tidur walau sepicing pun.

    Selain itu, ekonomi negara akan runtuh. Keyakinan pelabur dapat ditambat apabila sesebuah negara mempunyai

    keadaan politik yang stabil. Apabila keadaan politik tidak stabil, ia akan menyebabkan pelabur tidak berani untuk menana

    modal di negara terbabit. Tambahan, pelabur akan menarik pelaburan mereka keluar dari negara terbabit. Akibatnya,kerancakan ekonomi negara tersebut akan terjejas dengan teruk. Di samping itu, keganasan ini turut menjejaskan ekonom

    dunia. Sebagai contoh, serangan pengganas terhadap Pusat Dagangan Dunia (WTC) di Amerika Syarikat menyebabkan

    harga saham seluruh dunia jatuh. Hal ini menjejaskan ekonomi banyak negara, bak kata pepatah kerana nila setitik, habis

    susu sebelangga.

    Seterusnya, industri pelancongan akan terjejas akibat keganasan antarabangsa. Perbuatan merampas kapal

    terbang dan mengebom bangunan oleh pengganas menyebabkan banyak orang tidak berani makan angin ke luar negara.

    Mereka juga tidak akan melancong ke negara-negara yang dilanda pergolakan politik yang rakyatnya sentiasa mengadakan

    tunjuk perasaan berbentuk ganas. Sebagai akibatnya, bilangan pelancong yang melancong ke luar negara berkurang.

    Ekonomi negara-negara yang bergantung pada pelancongan teruk terjejas.Malah, tiada seorang pun yang sanggup

    membiarkan nyawa di hujung pedang dengan makan angin di negara yang diancam keganasan. Sebagai contoh, keganasan

    yang berterusan di wilayah selatan Thailand di Yala, Pattani, Narathiwat dan Songkhla. Di samping itu, penerbangan

    antarabangsa juga terjejas dan hal ini menyebabkan banyak syarikat penerbangan mengalami kerugian besar atau terpaksa

    gulung tikar.

    Di samping itu, keganasan antarabangsa turut menyebabkan pembangunan negara terjejas. Pemimpin sesebuah

    negara kini lebih menumpukan pembangunan negaranya. Namun, apabila keganasan berlaku, tumpuan mereka lebih

    kepada masalah tersebut. Akibatnya, para pemimpin ini tidak dapat melaksanakan projek pembangunan negara walaupun

    cebisan belas muncul di penjuru hati kemanusiaannya. Selain itu, prasarana untuk rakyat turut diabaikan. Kerajaan tidak

    dapat membina bangunan baharu lantaran bangunan sedia ada musnah akibat dibom. Jalan raya yang rosak turut tidak

    dapat dibaiki.

    Secara tuntasnya, rakyat sesebuah negara harus sedar bahawa keganasan hanya memberi impak negatif kepada

    rakyat dan negara terbabit. Selain itu, sikap tamak kerana ingin menguasai kuasa dan kekayaan harus dielakkan. Di sampin

    itu, rakyat harus sabar dan tidak harus bertindak kejam bagi menyelesaikan sesuatu masalah. Pemimpin juga harus bijak

    mengatur strategi bagi memastikan pergolakan politik terhindar. Hal ini demikian dapat mengelakkan negara dari terlibat

    dalam sebarang keganasan antarabangsa. Sedarlah, keganasan yang berlaku memberi banyak keburukan kepada pihak

    yang terlibat. Oleh itu, elakkanlah negara dari terlibat dalam sebarang keganasan. Keamanan Negara Tanggungjawab

    Bersama!