Kesan Kolonialisme

38
kesan Kolonialisme 1.0 Pengenalan Kolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain sama ada melalui politik, ekonomi mahupun sosial. Kolonial juga biasa disamaerti maksud dengan imperialisme. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi sumber ekonomi di Asia Tenggara lebih-lebih lagi pada abad ke- 19. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah telah menyebabkan kuasa- kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil bumi antara faktor yang menyebabkan British menguasai Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan British di negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem ekonomi kapitalis. Kolonialisme ini telah memberi kesan negatif dan kesan positif kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan iaitu terkandung dalam aspek politik, ekonomi dan sosial. 2.0 Kesan-kesan Negatif 2.1 Raja Kehilangan Kuasa Semasa pemerintahan kolonial, raja-raja Melayu telah dipaksa mengikut nasihat para pegawai British dalam semua urusan pentadbiran, kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini tanpa disedari telah menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu secara sedikit demi sedikit. Situasi ini terjadi selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Raja Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Melalui perjanjian ini menandakan bermulanya penguasaan pihak British terhadap negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini diteruskan dengan pengenalan Perlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan pada tahun 1946, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu tidak disebut tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah dikurangkan sehingga kepada keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Segala hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran seperti hal ehwal pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris. Selain itu, segala urusan pungutan cukai dan kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat residen Inggeris. Kehilangan kuasa raja merupakan kesan besar kolonial British daripada aspek politik masyarakat Melayu. Apabila British berjaya mengawal kuasa raja, maka senanglah pihak British untuk mengeksploitasi sumber ekonomi. 2.2 Pembesar Hilang Pengaruh Sebelum kedatangan kuasa Barat, pembesar-pembesar Melayu mempunyai kuasa penuh untuk memungut cukai, tetapi keadaan ini berubah apabila segala pungutan cukai dan kawalan hasil negeri diambil alih oleh pihak Inggeris. Hal ini menyebabkan

description

hubungan etnik

Transcript of Kesan Kolonialisme

Page 1: Kesan Kolonialisme

kesan Kolonialisme1.0 Pengenalan

Kolonialisme bermaksud penguasaan sesebuah bangsa ke atas bangsa lain sama ada melalui politik, ekonomi mahupun sosial. Kolonial juga biasa disamaerti maksud dengan imperialisme. Penjajahan British di Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada proses persaingan kuasa Barat untuk menguasai tanah jajahan dan mengeksploitasi sumber ekonomi di Asia Tenggara lebih-lebih lagi pada abad ke-19. Revolusi perindustrian yang berlaku di Eropah telah menyebabkan kuasa-kuasa Barat berusaha untuk mencari tempat yang boleh mendatangkan keuntungan kepada mereka. Kekayaan hasil bumi antara faktor yang menyebabkan British menguasai Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak untuk memenuhi keperluan industri mereka. Pertapakan British di negeri-negeri Melayu telah membawa kepada pengenalan sistem ekonomi kapitalis. Kolonialisme ini telah memberi kesan negatif dan kesan positif kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan iaitu terkandung dalam aspek politik, ekonomi dan sosial.

2.0 Kesan-kesan Negatif

2.1 Raja Kehilangan Kuasa

Semasa pemerintahan kolonial, raja-raja Melayu telah dipaksa mengikut nasihat para pegawai British dalam semua urusan pentadbiran, kecuali perkara yang berkaitan dengan agama Islam dan adat istiadat Melayu. Tindakan ini tanpa disedari telah menghakis hak dan kedudukan istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu secara sedikit demi sedikit. Situasi ini terjadi selepas Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 antara Raja Abdullah dan Sir Andrew Clarke. Melalui perjanjian ini menandakan bermulanya penguasaan pihak British terhadap negeri-negeri di Tanah Melayu. Hal ini diteruskan dengan pengenalan Perlembagaan Malayan Union yang dikuatkuasakan pada tahun 1946, bukan sahaja hak keistimewaan orang Melayu tidak disebut tetapi keistimewaan dan kedudukan yang dimiliki oleh raja-raja Melayu telah dikurangkan sehingga kepada keperluan rasmi dan perkara-perkara kecil sahaja. Segala hal-hal yang berkaitan dengan pentadbiran seperti hal ehwal pentadbiran negeri, hal ehwal pertahanan dan hubungan luar negeri terletak di bawah pengaruh Inggeris. Selain itu, segala urusan pungutan cukai dan kawalan hasil negeri dilakukan mengikut nasihat residen Inggeris. Kehilangan kuasa raja merupakan kesan besar kolonial British daripada aspek politik masyarakat Melayu. Apabila British berjaya mengawal kuasa raja, maka senanglah pihak British untuk mengeksploitasi sumber ekonomi.

2.2 Pembesar Hilang Pengaruh

Sebelum kedatangan kuasa Barat, pembesar-pembesar Melayu mempunyai kuasa penuh untuk memungut cukai, tetapi keadaan ini berubah apabila segala pungutan cukai dan kawalan hasil negeri diambil alih oleh pihak Inggeris. Hal ini menyebabkan pembesar-pembesar Melayu telah kehilangan kewibawaan sebagai seorang pembesar selain kehilangan punca pendapatan serta pengaruh mereka. Misalnya, pengenalan pelbagai dasar pentadbiran kolonial British di Pahang telah mencabar dan menggugat kekuasaan tradisional yang selama ini dipegang oleh sultan dan pembesar. Kehadiran J. P. Rodger

Page 2: Kesan Kolonialisme

sebagai residen British telah mengambil alih segala tugas pembesar. Kerajaan British telah memperkenalkan Undang-undang Tanah yang boleh menyekat kebebasan pembesar-pembesar Melayu dalam sumber ekonomi mereka. Akibat penguasaan British, Dato’ Bahaman yang merupakan seorang pembesar di Pahang telah kehilangan kuasa, selain gelaran juga telah dilucutkan serta elaun beliau turut dipotong. Daerah Semantan yang sebelum ini berada di bawah kawalan Dato’ Bahaman telah dikuasai sepenuhnya oleh pihak British.

2.3 Masyarakat Tempatan Dipinggirkan dalam Ekonomi

Sebelum kehadiran pihak Inggeris di Tanah Melayu, pembesar-pembesar Melayu merupakan pemilik dan pengusaha lombong-lombong bijih di Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Disebabkan kaedah melombong yang diamalkan dianggap tidak menghasilkan pengeluaran yang banyak, maka tenaga buruh dan teknologi melombong dari luar telah dibawa masuk. Dasar memberikan keutamaan kepada golongan asing seolah-olah merupakan satu prejudis pihak British bahawa orang Melayu merupakan tenaga kerja yang tidak sesuai bagi industri perlombongan. Pentadbiran Inggeris di Tanah Melayu sememangnya mengekalkan hubungan yang rapat dengan orang Cina terutamanya golongan elit peniaga dan pemodal Cina kerana kegiatan perdagangan perusahaan dan perlombongan orang Cina menjadi sumber pendapatan yang besar bagi pihak British. Kesan yang ketara daripada dasar Inggeris yang memberikan keutamaan ke atas masyarakat imigran selepas menguasai negeri-negeri Melayu ialah pembesar-pembesar Melayu kehilangan kuasa pemilikan lombong dan pekerja lombong Melayu semakin berkurang ke atas perusahaan melombong bijih kerana orang Cina memonopoli kepentingan perusahaan ini di samping pemodal Eropah. Kesan ini boleh diibaratkan orang Melayu seolah-olah merempak di negeri sendiri apabila begitu sukar untuk menempatkan diri dalam ekonomi perdagangan ini.

2.4 Masalah Sosial

Kolonial British juga telah membawa budaya yang bertentangan dengan masyarakat tradisional tempatan. British yang berbudaya barat mengamalkan corak pergaulan bebas di antara jantina, sedangkan masyarakat tempatan khususnya masyarakat tradisional Melayu yang beragama Islam, hal pergaulan amat sensitif. Keadaan ini kerana ada jurang atau tembok pemisah pergaulan antara lelaki atau perempuan yang bukan muhrim yang ditetapkan oleh Islam. Situasi ini telah berubah dan diketepikan setelah Tanah Melayu dijajah oleh British. Pergaulan bebas antara lelaki dan perempuan, pengaruh pakaian barat yang keterlaluan, tarian barat dan lain-lain telah menjatuhkan moral masyarakat Melayu. Kawasan bandar telah dianggap sebagai pusat maksiat dan perkembangan budaya barat yang membawa kemusnahan terhadap orang Melayu.

2.5 Pendidikan Berunsur Penjajah

Pada zaman penjajahan British, terdapat empat aliran persekolahan di Tanah Melayu iaitu sekolah vernakular Melayu, Cina, Tamil dan Inggeris. Wujud pelbagai aliran persekolahan ini berpunca daripada sikap dan dasar Inggeris yang cuba memecahkan perpaduan kaum. Sistem pendidikan Inggeris di Tanah Melayu telah dikembangkan oleh mubaligh-mubaligh Kristian. Mereka memilih pendidikan sebagai satu saluran

Page 3: Kesan Kolonialisme

untuk mengembangkan agama mereka. Antara sekolah yang terkenal ialah Penang Free School (1816), Convent, Methodist dan sebagainya. Walaupun sekolah-sekolah Inggeris telah dibuka kepada semua kaum, tetapi pada masa itu orang Melayu tidak ramai yang berpeluang untuk belajar di sekolah tersebut akibat tidak mampu membayar yuran persekolahan yang begitu mahal.

British telah menubuhkan sekolah-sekolah yang mengembangkan pendidikan sekular manakala Islam dihadkan kepada perkara-perkara ritual sahaja seperti sembahyang, mengerjakan haji, menyambut hari raya dan lain-lain. Dalam bidang politik, ekonomi dan sosial, Islam telah dipinggirkan dan diganti dengan sistem ciptaan British. Terdapat tiga matlamat utama pendidikan pada zaman kolonial iaitu sekolah sebagai memasyarakatkan kanak-kanak dengan nilai-nilai asing ataupun nilai-nilai bukan peribumi, sekolah sebagai melantik segolongan kecil masyarakat Melayu bagi memenuhi tujuan-tujuan tertentu dan terakhir, bagi memenuhi keperluan tenaga manusia yang paling minimum dan diperingkat yang paling rendah. Jadi, nampak bahawa British memperkenalkan sistem pendidikan di Tanah Melayu adalah untuk kepentingan British sendiri iaitu untuk kepentingan ekonomi serta politik mereka dan bukannya untuk kepentingan kaum Melayu. Matlamat utama pendidikan ialah semata-mata untuk memberi ilmu kepada segolongan rakyat bagi membolehkan rakyat ini memenuhi keperluan tenaga dan ekonomi demi kepentingan pihak British.

3.0 Kesan-kesan Positif

3.1 Perkembangan Kegiatan Ekonomi

Perkembangan ekonomi begitu pesat berlaku di Tanah Melayu berikutan revolusi perindustrian yang berkembang di Eropah. Britain berusaha sedaya mungkin menyaingi negara jiran di Eropah untuk menghasilkan barangan industri. Situasi ini menyebabkan berlaku pengeluaran sumber yang pesat di tanah jajahan seperti Tanah Melayu. Kegiatan perlombongan bijih timah dan pengeluaran susu getah telah dipertingkatkan. Impak pembangunan ekonomi negara banyak disumbangkan hasil daripada penggunaan sistem ekonomi kapitalis yang dibawa bersama oleh pihak penjajah. Di Tanah Melayu, hasil komoditi seperti bijih timah, getah, emas dan arang batu banyak dikeluarkan. Pengeluaran emas di Bau, Sarawak misalnya dianggarkan berjumlah 7000 aun setahun pada tahun 1840-an dengan 700 orang tenaga buruh. Pada tahun 1885, lebih kurang 1000 aun emas yang dikeluarkan di Sarawak telah dieksport ke Eropah. Kegiatan perlombongan emas dan bijih timah serta industri getah dan penanaman padi telah merancakkan kegiatan ekonomi Tanah Melayu walaupun tidak seratus peratus memberikan keuntungan kepada masyarakat tempatan.

3.2 Undang-undang Tanah

Undang-undang tanah yang diperkenalkan turut memberikan keuntungan kepada orang Melayu. Akta Tanah Simpanan Melayu (TSM) telah diperkenalkan oleh British bagi mengelakkan tanah milik orang Melayu berpindah milik kepada orang asing. Residen berhak mengisytiharkan mana-mana tanah orang Melayu sebagai TSM untuk mengelak daripada dijual, dipajak gadai, atau ditukar hak milik. Enakmen Rizab Melayu yang diluluskan oleh

Page 4: Kesan Kolonialisme

Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1913 memberikan kuasa kepada residen mengkhaskan kawasan tanah untuk orang Melayu, dianggap sedikit menyebelahi orang Melayu. Land Order diperkenalkan di Sarawak bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi oleh pengusaha Cina. Turut diperkenalkan ialah Land Settlement Order bagi melindungi tanah peribumi daripada dicerobohi. Di Sarawak, pemindahan hak milik tanah hanya boleh dilakukan melalui perwarisan untuk mengelakkan daripada pemajakan, pemecahan dan penjualan tanah kepada orang luar. Land Order Sarawak seterusnya membahagikan tanah kepada tiga kawasan iaitu tanah campuran, tanah simpanan dan tanah pedalaman. Imigran hanya dibenarkan memiliki tanah campuran sahaja, manakala tanah simpanan dan pedalaman dilindungi. Di Sabah pula, Proklamasi III Perlindungan Hak Peribumi yang melindungi kepentingan kaum peribumi telah diwartakan oleh British. Peraturan ini menetapkan hak milik kaum peribumi di bawah kuasa Pegawai Daerah. Segala urusan jual beli tanah di Sabah dengan orang Eropah pula perlu dimaklumkan kepada ketua peribumi. Penduduk peribumi juga berhak menuntut ganti rugi ke atas tanah yang dijual kepada orang asing. Rumusan ringkas di sini, pengenalan undang-undang dan peraturan tanah telah menyelamatkan tanah milik penduduk peribumi daripada jatuh kepada orang asing.

3.3 Kemudahan Infrastruktur

Infrastruktur turut berkembang pesat semasa zaman British. Walaupun kemudahan ini banyak dibina demi kepentingan ekonomi mereka, namun turut memberikan kepentingan kepada masyarakat tempatan. Kemudahan yang dibina seperti jalan-jalan raya, jalan kereta api, pejabat pos dan banyak lagi. Kolonial British turut membawa pembangunan infrastruktur di Tanah Melayu walaupun tidak berlaku secara menyeluruh. Kemasukan pengaruh Inggeris pada pertengahan abad ke-19 telah mengubah sistem pengangkutan awam menjadi lebih baik. Sesuai dengan sistem ekonomi kapitalis, usaha penting yang dijalankan ialah membina infrastruktur yang dapat mewujudkan satu sistem perhubungan bagi menghubungkan semua pusat perusahaan bijih timah dengan pelabuhan-pelabuhan yang menjadi pusat pengeksport hasil-hasil bijih timah. Selain dari itu, pihak kolonial juga membina infrastruktur bagi menghubungkan kawasan pengeluaran dengan pelabuhan-pelabuhan tertentu di Tanah Melayu. Mulai tahun 1885, sistem pengangkutan kereta api dibina yang menghubungkan hampir kesemua pusat perusahaan bijih timah di Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka iaitu dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, Seremban ke Port Dickson, Ipoh ke Telok Anson dan Taiping ke Port Weld. Hal ini sekaligus telah meningkatkan sistem kemudahan awam secara keseluruhannya. Kemudahan pengangkutan telah membangunkan sektor ekonomi hingga membawa kepada bertambah bilangan bandar baru yang menjadi pusat pentadbiran, politik, perdagangan dan perusahaan seperti Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh, Pulau Pinang, Seremban, dan Kuching. Pada tahun 1875, jalan di Larut sejauh 13 batu telah dibina. Beberapa tahun selepas itu, jalan yang menghubungkan Matang dan Taiping, Kemunting serta Seberang Prai dibina. Pembinaan jalan raya dipertingkatkan pada tahun 1911 iaitu jalan raya dari Seberang Perai ke Melaka telah siap dibina. Pada tahun 1928 pula, Jalan raya menghubungkan Perlis ke Singapura telah disiapkan yang sekaligus mempercepatkan perjalanan di pantai barat. Kemudahan sistem perhubungan yang diwujudkan oleh British telah memberikan keselesaan kepada masyarakat walaupun pada awalnya, kewujudan kemudahan infrastruktur ini adalah demi kepentingan ekonomi pihak British.

Page 5: Kesan Kolonialisme

3.4 Pendidikan

Pendidikan Melayu juga dilaksanakan semasa zaman Inggeris. Pendidikan Melayu telah diberikan secara percuma di peringkat sekolah rendah. Bangunan sekolah, rumah guru, kakitangan sekolah, peralatan dan buku-buku dibiayai oleh kerajaan Inggeris. Walaupun gaji guru yang mengajar di sekolah Melayu agak rendah iaitu dari $15 hingga $50 sebulan berbanding $85 hingga $125 bagi guru sekolah Inggeris, bantuan ini telah memberikan perkembangan kepada sekolah Melayu. Di peringkat menengah pula, Maktab Melayu Kuala Kangsar telah ditubuhkan pada tahun 1905 mengikut model English Grammar School, tetapi khusus untuk anak-anak raja dan pembesar sahaja. Pada tahun 1938, terdapat 788 buah sekolah vernakular Melayu di Negeri-negeri Selat (NNS) dan 788 buah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu. Kerajaan Inggeris di NNS menyediakan peruntukan kepada murid Melayu yang berjaya selepas empat tahun mendapat pendidikan di sekolah Melayu bagi melanjutkan pelajaran percuma di bawah Special Malay Class di sekolah Inggeris. Peruntukan ini kemudian diikuti oleh negeri-negeri lain.

3.5 Proses Perbandaran

Bandar baru seperti Seremban, Kajang, Kuala Kangsar , Labis dan Pontian pula muncul kesan dari perkembangan perusahaan getah, kelapa sawit dan nanas. Perkembangan kegiatan perlombongan turut menyaksikan kedatangan imigran Cina untuk bekerja di kawasan perlombongan. Hal ini menyebabkan bandar-bandar baru muncul seperti Taiping, Ipoh Kuala Lumpur dan Seremban akibat kesan perkembangan perlombongan bijih timah. Kuala Lumpur telah dibuka pada pertengahan tahun 1850-an dan berfungsi sebagai pusat pentadbiran kerajaan kolonial Inggeris. Pertumbuhan penduduk Kuala Lumpur meningkat dengan pesat iaitu seramai 2000 orang pada tahun 1878 kepada 32000 orang pada tahun 1901 dan meningkat lagi hampir 1000 peratus menjadi 316230 orang pada tahun 1997.

Bandar baru yang muncul ini telah menjadi tumpuan penduduk dan berfungsi sebagai pusat perniagaan dan pentadbiran. Bandar ini dilengkapi dengan kemudahan jalan raya, sekolah, air, elektrik, pusat kesihatan, dan institusi kewangan. Bandar–bandar ini kebanyakanya didiami oleh orang Cina, sebaliknya orang Melayu hanya segelintir sahaja menetap di bandar dan selebihnya menetap di luar bandar. Bandar baru begitu pesat perkembangannya kerana wujud sistem pengangkutan iaitu mempunyai rangkaian jalan raya dan kereta api. Hasil getah dan bijih timah juga telah mengembangkan bandar pelabuhan kerana keperluan eksport seperti pelabuhan Klang, Pulau Pinang. Bandar Kuching pula muncul kerana kemajuan tanaman gambir dan lada hitam. Walau bagaimanapun, kemudahan infrastuktur di awal pemerintahan British tidak melibatkan kawasan luar Bandar, khususnya di kawasan pantai timur Tanah Melayu kerana ketiadaan kepentingan ekonomi kepada mereka.

4.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kedatangan British ke Tanah Melayu yang bermula sejak kurun ke-18 sehingga kurun ke-19 memang pada dasarnya adalah bertujuan untuk memonopoli kekayaan hasil bumi di Tanah Melayu. Semasa penjajahan British di Tanah Melayu, banyak perubahan yang telah dilakukan oleh British dari segi politik dan ekonomi. Pembaharuan yang dilaksanakan oleh British terhadap dasar ekonomi di Tanah Melayu, melalui pengenalan sistem ekonomi kapitalis sememangnya telah mengubah sistem politik di Tanah

Page 6: Kesan Kolonialisme

Melayu. Namun begitu, tidak dapat dinafikan bahawa terdapat juga banyak perubahan positif yang turut dijelmakan melalui sistem ekonomi kapitalis oleh Inggeris di negeri-negeri di Malaysia terutama dari aspek sosioekonomi.

Bibliografi

Ahmad Nazri Abdullah, (1985), Melayu dan Tanah, Selangor: Media Intelek Sdn. Bhd.Azman Abdul Manaf, (2001), Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Pulau Pinang: Universiti Sains Malaysia.

Barbara Watson Andaya dan Leonard Y. Andaya, (1983), Sejarah Malaysia (Edisi Baru), Kuala Lumpur: Macmillan Publishers (M) Sdn. Bhd.

Hashim Awang Ar, Zahir Ahmad dan Zainal Abidin (1998), Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu Memasuki Alaf Baru, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Isu Ekonomi, Sosial dan Politik Malaysia (1983) (Kumpulan Esei Dewan Masyarakat 1975 1979), Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jackson J. C., (1976), Sarawak: Satu Kajian Ilmu Alam Tentang Sebuah Negeri yang Sedang Membangun, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Khoo Kay Kim, (1984), Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia untuk Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mohammad Redzuan Othman, (2006), Sejarah Pembinaan Negara Bangsa, Universiti Malaya: Penerbit Universiti Malaya.

Mohd Isa Othman, (2002), Sejarah Malaysia 1800-1963, Kuala Lumpur: Utusan Publications and Distributors Sdn. Bhd.

Mohd. Razali Agus, (1990), Pola-pola Petempatan Masyarakat Melayu di Kuala Lumpur, Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu Universiti Malaya.

Mudji Sutrisno dan Hendar Patranto, (2004), Hermenentika Pascakolonial: Soal Identitas, Yogyakarta: Penerbit Kanisius.

Rahmat bin Saripan, (1991), Masyarakat Melayu Abad ke-19, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Shahril Marzuki, (2005), Mengurus dan Membiayai Pendidikan di Malaysia, Pahang: PTS Publications & Distributors Snd. Bhd.

Page 7: Kesan Kolonialisme

Semangat 1 Malaysia"

Alhamdulillah..setelah sekian lama tidak memberikan perkongsian idea disebabkan kesibukan dengan pelbagai

aktiviti yang hendak disempurnakan. Pada kalai ini bersesuaian dengan tajuka akan dibincangkan berkenanaan

kesan kolonialisme ke atas perubahan sosioekonomi masyarakat malaysia.

Kejatuhan Pulau Pinang ke tangan British pada tahun 1786 hanya melalui tipu daya Kapten Francis Light merupakan

titik tolak kepada permulaan kolonialisme British di Tanah Melayu. Dalam membahaskan kesan kolonialisme

terhadap struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan, penakrifan tentang kolonialisme harus

dirungkaikan. Menurut Nadel dan Curtis, kolonialisme bermaksud imperialisme seperti dilihat daripada kaca mata

penting penjajahan dan semua kolonialisme dimengertikan sebagai perkembangan imperialisme, tetapi bukan semua

perkembangan imperialisme bererti kolonialisme. Secara amnya, kolonialisme bermaksud penindasan, penghinaan

atau eksploitasi orang-orang peribumi. Oleh yang demikian, kolonialisme ialah bentuk penjajahan politik satu kuasa

ke atas kuasa yang lainnya. 

Perbincangan seterusnya tertumpu kepada persoalan siapakah masyarakat tradisional tempatan? Golongan ini

merupakan penduduk awal yang mendiami Tanah Melayu iaitu orang Melayu dan mengamalkan sistem politik

bersifat feudal dan mengamalkan ekonomi sara diri. Masyarakat tradisional tempatan mempunyai kehidupan

sosioekonomi yang tersendiri sebelum kedatangan kolonialisme British. Justeru, perbahasan ini akan

membincangkan kedatangan kolonialisme British telah memberi kesan kepada struktur sosioekonomi masyarakat

tradisional tempatan. Kesan kolonialisme sebenarnya telah mengubah politik, ekonomi dan sosial masyarakat

tradisional tempatan iaitu penguasaan oleh pihak British.

Kuasa pemerintahan Raja dan Pembesar adalah terhad

Struktur politik masyarakat tradisional sebelum kedatangan British adalah berbentuk feudalisme. Sistem ini telah

memberikan kuasa mutlak kepada raja atau sultan. Masyarakat feudal sangat memerlukan perlindungan dan

perhubungan peribadi yang saling bergantungan antara yang kuat dengan yang lemah, dan dalam masyarakat ini

setiap orang terikat dengan sistem itu. Namun, kesan daripada kolonialisme British telah menyebabkan kuasa raja

menjadi terbatas kepada penasihat agama dan adat istiadat orang Melayu. Hal ini dapat dibuktikan melalui Perjanjian

Pangkor 1874 menyebabkan kehilangan kuasa oleh Raja Muda Abdullah dari Perak. Keadaan ini sekaligus

memperlihatkan kehilangan kuasa raja dan pembesar serta perubahan struktur sosioekonomi masyarakat tradisional

tempatan.

Kesan yang jelas dapat dilihat dalam aspek penguasaan ekonomi oleh raja. Ketika dahulu raja adalah pemilik tanah

dan penguasa ekonomi kerana memiliki tanah dan boleh mengurniakan tanah kepada sesiapa yang dikehendakinya

terutamanya pembesar. Keadaan ini telah memberi faedah kepada sultan atau raja hasil daripada pungutan cukai.

Hal ini dapat dibuktikan apabila Sultan Abdullah di Perak menyewakan hak memungut cukai di Muara Sungai Perak

sebanyak $24,000 setahun dan Menteri Larut ketika zaman kemuncak pemerintahannya pada tahun 1870-1872

mendapat $180,000 setahun daripada lombong-lombong di Larut. Kehadiran kolonialisme British telah menghakis

kuasa pembesar dan sultan dalam pemilikan tanah dan penguasaan ekonomi masyarakat setempat. Hal ini rentetan

daripada pengenalan dasar ekonomi yang berbentuk bebas atau lebih dikenali sebagai dasar laissez-faire. Keadaan

ini telah menyebabkan kemasukan pelabur-pelabur asing untuk melabur dalam sektor ekonomi yang berkembang

seperti perlombongan dan perladangan bagi tujuan eksport. Perkembangan ini telah mendorong pemodal mendesak

Page 8: Kesan Kolonialisme

British supaya campur tangan di negeri-negeri Melayu seperti Perak, Selangor dan Sungai Ujong sekitar tahun 1875.

Fenomena ini menjadi tunjang kepada kehilangan kuasa pembesar dan raja dan jika terdapat kuasa, mereka hanya

berkuasa memungut cukai untuk British dan mereka diberikan gaji atau elaun. Penjelasan ini jelas mengungkapkan

kolonialisme British telah mengehadkan kekuasaan sultan dan pembesar dan mengubah struktur politik masyarakat

tradisional tempatan kerana tampuk pemerintahan dikuasai oleh British.

Pengenalan sistem residen

Struktur sosioekonomi telah berubah kesan daripada kolonialisme British. British telah memperkenalkan sistem

residen yang memberi tamparan kepada penguasaan ekonomi masyarakat tradisional tempatan. Perubahan struktur

sosioekonomi adalah berbeza mengikut negeri dan pemerintahan residen itu sendiri. Di Perak, Hugh Low telah

berjaya mengekalkan sistem feudal masyarakat tradisional Melayu iaitu para pembesar menjalankan hasil kutipan

cukai dalam bentuk tunai namun mereka diberi gaji atau elaun walaupun terikat dengan peraturan British. Tetapi

berlainan pula dengan halnya di Pahang iaitu residennya J.P.Rodger telah menghapuskan sistem feudal masyarakat

Melayu secara langsung dengan melantik beberapa pegawai Inggeris untuk mengutip cukai dan ini telah

menlenyapkan kuasa Dato’ Bahaman untuk mengutip cukai. Walau apapun keadaannya, kehadiran kuasa residen

yang diperkenalkan oleh British telah menyebabkan perubahan besar dalam struktur sosioekonomi masyarakat

tradisional temapatan. Hal ini disebabkan kehilangan kuasa pembesar mengutip cukai dan mereka hanya menjadi

pekerja bagi British yang dibayar gaji sekaligus melenyapkan sistem serah yang diamalkan sebelum kedatangan

kolonialisme.

Pengenalan sistem residen oleh kolonial memberikan kesan kepada struktur sosioekonomi masyarakat tradisional

tempatan. Kehadiran residen bertujuan untuk mengkoreksi minda mereka mengikut kepakaran masing-masing dalam

menjalankan dasar British. Setiap perkara pula perlu mendapat persetujuan gabenor Negeri-Negeri Selat (NNS) dan

Pejabat Tanah Jajahan di London. Kita dapat menilai bahawa semua ini telah mengubah struktur sosioekonomi.

Perubahan ini adalah disebabkan penguasaan residen menafikan kuasa raja atau sultan yang memerintah. Hal ini

dibuktikan apabila J.W.W. Birch yang menjadi residen bertindak sesuka hati memperkenalkan dasar-dasar British

tanpa mempedulikan kuasa Sultan Abdullah yang memerintah Perak ketika itu. Keadaan ini telah menyebabkan

kuasa sultan semakin luntur dan hanya sebagai boneka oleh British. Oleh itu, pengenalan sistem residen merupakan

kesan kolonialisme yang mengubah struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan dari aspek kekuasaan

sultan dan penguasaan ekonomi oleh British.

British memperkenalkan undang-undang tanah

Kolonialisme British telah mengubah kaedah pemilikan tanah yang dipraktikan sebelum ini iaitu sistem hakmilik tanah

secara adat tidak bersesuaian dengan sistem ekonomi bebas. British telah memperkenalkan beberapa undang-

undang tanah untuk mengeksploitasi ekonomi secara maksimum. Antara undang-undang tanah yang digubal ialah

dan dikuatkuasakan sebagai Peraturan 19 tahun 1830 menggariskan peruntukkan kuasa kepada Inggeris untuk

mengutip cukai sepersepuluh daripada hasil pertanian. Pelaksanaan ini menunjukkan perubahan ataupun kesan

daripada penjajahan British iaitu masyarakat tradisional tempatan harus membayar cukai kepada kerajaan British.

Hal ini berbeza pada zaman feudal yang mengamalkan sistem serah. Di samping itu, British juga berhak terhadap

tanah yang tidak diusahakan atau tanah hutan. Keadaan ini sekaligus mengubah lanskap kehidupan sosioekonomi

masyarakat Melayu untuk mengubah corak ekonomi sara kepada ekonomi kapitalis acuan British. 

Page 9: Kesan Kolonialisme

Di samping itu, kesan kolonialisme British adalah pemilikan tanah perlombongan yang dahulunya dikuasai oleh

golongan pembesar Melayu kini jatuh ke tangan British. Pada tahun 1857, kawasan perlombongan dikuasai oleh

pembesar seperti Raja Malik di Jeram, Raja Bot di Lukut, Raja Mahadi di Klang dan lain-lain kawasan. Kawasan

perlombangan ini telah dikuasai oleh British dan mengubah struktur sosiekonomi masyarakat tradasional tempatan

melalui undang-undang tanah. Hal ini dibuktikan apabila Pejabat Tanah British mengeluarkan undang-undang yang

membahagikan tanah diseluruh negeri kepada empat jenis dan hak milik ke atasnya mesti dituntut oleh Pejabat

Tanah dan salah satu daripadanya ialah tanah rezab untuk perlombongan. Pengenalan undang-undang tanah oleh

Pejabat Tanah merupakan kesan daripada kolonialisme British yang telah mengubah struktur sosioekonomi

masyarakat tradisional tempatan. 

Pembentukan masyarakat majmuk

Menurut J.S. Furnivall, masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang tinggal berkelompok mengikut kaum

dalam unit politik yang sama dan setiap kelompok mengamalkan agama, adat resam, bahasa, pemikiran, kerjaya dan

cara hidup sendiri. Perhubungan mungkin wujud antara satu sama lain tetapi hanya di pasar atau kedai yang

menjalankan urusan jual beli. Dasar imigran British menggalakkan imigran Cina dan India berhijrah dan mencuba

nasib di Tanah Melayu peluang pekerjaan yang ditawarkan. Kemasukan golongan imigran yang semakin pesat telah

memecahkan dominasi orang Melayu di Malaysia kerana sebelum kedatangan British masyarakat Melayu

merupakan satu rumpun bangsa yang mengamalkan pertanian sara diri. Kesan imigrasi dapat dilihat di Negeri-

Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) pada tahun 1898 yang menunjukkan perbezaan yang jelas dalam pertambahan

penduduk. Masyarakat Peribumi meningkat sebanyak 34.9 peratus, Cina naik sebanyak 83.4 peratus dan India

peningkatannya mencecah 188.8 peratus. Kesannya telah menyebabkan penguasaan golongan imigran Cina dan

India terhadap Tanah Melayu yang dahulunya dimonopoli oleh orang Melayu. Terbuktilah bahawa kolonialisme

British telah mengubah struktur sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan yang telah membentuk masyarkat

yang berbilang kaum di Tanah Melayu. Kedatangan imigran Cina, India dan imigran dari Kepulauan Melayu ke Tanah

Melayu telah membentuk satu masyarakat majmuk serta organisasi sosial dan budaya yang berbeza daripada

sebelumnya kesan daripada kolonialisme British.

Perkembangan infrastruktur

Umum mengetahui bahawa British mempunyai matlamat tersendiri di sebalik

penjajahannya di Tanah Melayu iaitu mengaut seberapa banyak secara maksimum

keuntungan daripada pengeksploitasian terhadap kekayaan hasil bahan mentah

khususnya bijih timah di Tanah Melayu dan objektif ini sebenarnya dapat dicapai

melalui kemajuan dalam infrastruktur iaitu dengan mewujudkan beberapa jaringan

perhubungan bagi memudahkan proses penghantaran sumber secara berkesan serta

efisien. Perkembangan infrastruktur ini telah memberi kesan terhadap sosioekonomi

masyarakat tradisional tempatan kerana dahulunya mereka menggunakan

Page 10: Kesan Kolonialisme

pengangkutan air untuk perhubungan. Hal ini dapat dibuktikan bandar Kuantan di

Pahang didirikan berhampiran Sungai Kuantan, bandar Diraja Pekan terletak

berhampiran Sungai Pahang, Kuala Kangsar berhampiran Sungai Perak, Kota Tinggi

berhampiran Sungai Johor, bandar Kuching berhampiran Sungai Sarawak,

Kinabatangan berhampiran Sungai Kinabatangan dan bandar-bandar yang lain.

Perkembangan infrastruktur ini adalah kesan kolianilisme British yang memberi

perubahan dalam lanskap sosioekonomi masyarakat tradisional tempatan.

Di samping itu, kemajuan dalam bidang komunikasi juga wujud dalam Tanah Melayu

yang telah wujud talian telegraf antara Kuala Lumpur dengan Melaka pada tahun 1886.

Penubuhan persekutuan 1895 telah memantapkan sistem perhubungan serta

komunikasi setiap negeri di bawah British dengan terbinanya sambungan sistem

perhubungan yang sedia ada di setiap negeri bagi meningkatkan keberkesanan

eksploitasi terhadap sumber alam khususnya bijih timah dan ladang getah di negeri-

negeri berkenaan kerana kos pengangkutan bijih timah akan dapat dikurangkan dan

diangkut dalam kuantiti yang banyak dalam masa yang singkat untuk dieksport.

Kepesatan perhubungan dapat dibuktikan dengan pendapat Amarjit Kaur yang

mengemukakan bahawa sejarah pembinaan jalan kereta apa di Semenanjung

terbahagi kepada tiga fasa iaitu peringkat pertamanya pembinaan jalan kereta api yang

pendek-pendek pada tahun 1885 hingga 1896 dan akhirnya berkembang pesat.

Akhirnya dengan kemajuan sistem perhubungan telah mengubah struktur sosiekonomi

masyarakat tradisional tempatan kerana kewujudan sistem perhubungan tanpa

sempadan. 

Selain itu, penyeragaman melalui Persekutuan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu

(NNMB) pada 1895, Frank Swettenham berjaya juga membuka jaringan jalan kereta api

merangkumi seluruh Tanah Melayu iaitu menghubungkan Taiping ke Sungai Larut terus

ke Port Weld yang dibina pada tahun 1885, diikuti jalan kereta api Kuala Lumpur ke

Sungai Kelang setahun kemudian dan dilanjutkan ke Kelang melalui jambatan

Connought pada tahun 1890. Keadaan ini membolehkan para pemodal menerokai

kawasan pertanian secara liberal atau bebas sekaligus mengubah corak kehidupan

masyarakat tradisional tempatan. Lantaran dasar British yang inginkan penguasaan

ekonomi akhirnya memberi kesan terhadap struktur sosioekonomi masyarakat

Page 11: Kesan Kolonialisme

tempatan.

Di Sabah, pembinaan jalan kereta api bermula pada tahun 1900 apabila jalan kereta api

pertama dibina menghubungkan Beaufort dengan Jesselton dan diteruskan

pembinaannya sehingga Tenom pada tahun 1905 sepanjang 116 batu. Pembinaan ini

secara tidak langsung telah membantu kegiatan pembukaaan ladang-ladang getah dan

mengubah struktur masyarakat peribumi Sabah. Hal ini berbeza dengan negeri

Sarawak yang tidak wujud jalan kereta api kerana keadaannya muka bumi yang

berbukit bukau dan hanya wujud jaringan jalan raya yang dibangunkan oleh keluarga

Brooke.

Pendidikan

Sebelum kedatangan British, kanak-kanak Melayu hanya mendapat pendidikan di surau, sekolah pondok dan masjid.

Sistem pendidikan Melayu yang paling tua dan berpengaruh adalah persekolahan pondok. Pondok yang pertama

didirikan ialah pada tahun 1820 oleh Tuan Haji Abd. Samad bin Abdullah. Pendidikan masyarakat pada masa itu

berfokuskan kepada aspek-aspek seperti membaca dan memahami Al-Quran, mempelajari bahasa Arab, hukum-

hukum agama serta penguasaan menulis, mengira dan membaca. Namun, kehadiran kolonialisme British telah

memperkenalkan sistem pendidikan vernakular. Penubuhan sekolah Melayu oleh British adalah untuk memberi

kemahiran membaca, menulis dan mengira. Penubuhan sekolah ini telah bermula pada tahun 1821 apabila Penang

Free School membuka cawangannya di gelugor dan diikuti dengan penubuhan Sekolah Melayu di Teluk Belanga

(1855) dan di Kampung Gelam (1856). Walau bagaimanapun, kurikulum sekolah Melayu tidak berkembang lebih

daripada setakat memberikan pendidikan dasar selama empat tahun, kecuali latihan perguruan sebagai peringkat

tertinggi pendidikan Melayu. Pengenalan sistem latihan perguruan ini yang menjadi pemangkin perubahan dalam

struktur masyarakat tradisional tempatan.

Sememangnya, kesan daripada kolonialisme British telah memberi perubahan ke atas struktur sosioekonomi

masyarakat tradisional tempatan. Kedatangan British secara langsung atau tidak langsung telah melemahkan

kekuasaan sultan dan pembesar. Dasar-dasar yang diperkenalkan oleh British seperti sistem residen dan undang-

undang tanah memperlihatkan kerakusan British dalam mengeksploitasi ekonomi dan menguasai politik memberi

kesan ke atas struktur masyarakat feudal. Di samping itu, perkembangan infrastruktur seperti kemudahan komunikasi

dan pehubungan mengubah lanskap penduduk tradisional tempatan. Selain itu, kesan kolonialisme ialah

pembentukan masyarakat majmuk akibat kegiatan perlombongan dan perladangan yang menghasilkan masyarakat

berbilang kaum kerana wujud golongan imigran. Aspek pendidikan turut diambil berat oleh British dengan

memperkenalkan sistem pendidikan vernakular menyebabkan masyarakat tradisional tempatan mengambil bahagian

dalam tranformasi pendidikan yang dilaksanakan oleh British.

Oleh yang demikian, jelaslah perbahasan yang diutarakan telah memperlihatkan kesan kolonialisme British ke atas

struktur sosiekonomi masyarakat tradisional tempatan. Berlaku perubahan drastik selepas kedatangan British

terhadap masyarakat Melayu di Tanah Melayu dan Pribumi Sabah dan Sarawak. Kesan yang jelas dapat dilihat

Page 12: Kesan Kolonialisme

dalam aspek politik, ekonomi dan sosial yang telah di ubah mengikut ramuan British demi kepentingan pihak kolonial

tanpa memikirkan tentang nasib masyarakat tradisional tempatan.

Bibliografi

Abu Talib Ahmad dan Cheah Boon Kheng, 1995, Isu-Isu Pensejarahan, Pulau Pinang, Universiti Sains Malaysia.

Ahmad Nazri Abdullah, 1985, Melayu dan Tanah, Selangor, Media Intelek Sdn. Bhd.

Amarjit Kaur, 1984, An Historical Study of Transport in Malaya, Kuala Lumpur, Persatuan Sejarah Malaysia.

Azmah Abdul Manaf, 2001, Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia, Kuala Lumpur, Utusan Publications & Distributors

Sdn. Bhd.

A. Aziz Deraman, 2003, Masyarakat dan Kebudayaan Malaysia: Satu Analisis Perkembangan Kebudayaan di

Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Cheah Boon Kheng dan Abu Talib Ahmad, 1990, Kolonialisme di Malaysia dan Negara-Negara Lain, Kuala Lumpur,

Penerbit Fajar Bakti.

Emily Sadka, 1954, Journal of Sir Hugh Low, Perak, 1877, JMBRAS.

Gullick J.M., 1975, Malaysia: Economic Expansion and National Unity, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Gullick J.M., 1970, Sistem Politik Bumiputra Tanah Melayu Barat, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kassim Thukiman, 2002, Malaysia: Perspektif, Sejarah dan Politik, Johor, Universiti Teknologi Malaysia Skudai.

Khoo Kay Kim (ed.), 1985, Sejarah Masyarakat Melayu Moden, Kuala Lumpur, Universiti Malaya.

Ruslan Zainuddin, 2004, Sejarah Malaysia, Kuala Lumpur, Penerbit Fajar Bakti.

PERKEMBANGAN EKONOMI KOLONIAL 1874-19001.0)            PENGENALAN

Malaysia yang dibincangkan di sini ialah merangkumi Semenanjung Tanah Melayu, Sarawak dan Sabah. Kolonialisme atau juga dikenali penjajahan merupakan satu dasar atau amalan oleh

Page 13: Kesan Kolonialisme

sesebuah negara meluaskan penguasaannya ke atas sesebuah negara yang lain.[1] Bagi pendapat J.A Habson pula, Kolonialisme berlaku sekiranya sesuatu bangsa atau negeri mengembangkan kuasa dan pengaruhnya melalui penghijrahan rakyatnya kepada sesuatu kawasan atau jajahan baru di seberang laut yang belum diterokai atau diduduki orang lain.[2]

Hal ini memjelaskan bahawa dasar kolonialisme yang dilakukan British di Malaysia ialah satu dasar untuk mengeksploitasi rakyat dan sumber daya sesuatu bangsa demi kepentingan Negara induk iaitu British.[3] Jika diteliti makna ‘colonialism’ dalam istilah Bahasa Malaysia ianya membawa dua makna iaitu yang pertama ekploitasi dan penindasan tanah jajahan oleh sesebuah kerajaan sama ada barat atau asia yang mempunyai tanah jajahan. Kedua, keadaan kerajaan-kerajaan Melayu lama yang mempunyai tanah jajahan dan daerah-daerah tertakluk kepada rajanya.[4]

2.0)      PERTANIAN

2.1     Tebu dan Kopi

Pada era zaman kolonial di Tanah Melayu penanam tebu dan kopi di Tanah Melayu telah diperkenalkan. Hal ini jelas apabila dari semua tanaman yang diusahakan oleh orang-orang Eropah, hanya tebu dan kopi sahaja yang boleh dikatakan Berjaya.[5] Tebu menjadi industri yang bermodal besar dibawah kuasa Eropah dan nampaknya mempunyai masa depan yang cerah pada masa itu. Usaha orang-orang Cina pada masa awal-awal menanam tebu dan penyertaan penanam-penanam tebu yang berpengalaman dari Mauritius menjamin tanaman ini sebagai usaha komersial. Bagaimanapun, menjelang 1905, penanaman tebu semakin merosok di Seberang Perai dan Perak. Pada tahun 1911, jumlah kawasan yang ditanami tebu di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dalam daerah Kerian di Perak hanya 8400 hektar. Dua tahun kemudian di Seberang Perai, kawasan yang ditanami tebu merosok kepada 12.4 hektar. Sebab utama kemerosotan ini, terutama di daerah Kerian, ialah perubahan dasar kerajaan mengenai pertanian. Pada tahun-tahun 1980-an, pihak berkuasa kolonial memutuskan untuk meluaskan penanaman padi sawah dan membiayai rancangan tali air tetapi malangnya kawasan-kawasan yang didapati sesuai bagi rancangan-rancangan itu melibatkan tanah yang telah ditanami tebu. Terdapat sebab lain kemerosotan industri gula, namun pukulan terakhirnya ialah disebabkan keuntungan besar yang didapati dari getah sebagai tananam eksport.

Selepas itu, tanaman kopi berbeza berbanding dari tananm tebu. Pada akhir abad ke-19 dan awal abad kurun ke-20, penanaman kopi terbukti telah menguntungkan. Penanaman kopi secara besar-besaran di Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor adalah seluruhnya usaha orang-orang Eropah dengan sebilangan besar mereka yang dulunya peladang-peladang kopi di Ceylon (Sri Lanka). Kopi telah menjadi sebagai tanaman komersial pertama yang boleh hidup dengan baik di kebanyakan tempat di Tanah Melayu. hal ini telah menarik begitu banyak modal pengurusan dan membawa masuk ramai buruh Tamil dan Jawa ke beberapa tempat di Semenanjung. Oleh sebab penanaman kopi memuaskan dan matlamat kerajaan hendak menegakkan perusahaan pertanian Eropah yang stabil secara besar-besaran, maka kerajaan sendiri telah bertindak untuk membantu operasinya. Peladang-peladang kopi telah mendapat syarat-syarat yang baik mengenai pengambilan tanah. Setelah itu kebun-kebun perseorangan telah menjadi syarikat-syarikat besar. Namun menjelang dekad pertama kurun ke-20, ramai peladang eropah meninggalkan kopi untuk

Page 14: Kesan Kolonialisme

menanam getah kerana usaha yang singkat serta waktu yang kurang untuk mendapat hasil. Hal ini getah telah menjadikan industri kopi merosot.[6]

2.2     Getah

            Pokok getah berasal dari Brazil. Sir Henry Wickham berjaya membawa sejumlah biji getah ke England. Biji-biji getah tersebut disemai di Royal Botanical Garden, Kew, London.  Di Singapura, pokok getah ditanam di Botanical Garden. Di Tanah Melayu pula, sebanyak Sembilan batang anak getah mula ditanam oleh Sir Hugh Low ( Residen Perak) di halaman kediamannya di Kuala Kangsar.[7] H.N.Ridley telah mempopularkan penanaman getah sehingga member sumbangan seperti memperkenalkan sistem torehan ibedem atau system tulang herring pada tahun 1897.[8] Beliau turut memperkenalkan cara mengangkut anak benih secara membungkus dalam arang yang lembap dan keghairahan beliau menjalankan kempen “tanaman getah” dalam kalangan peladang kopi, tebu dan gambir menyebabkan beliau digelar “Ridley Gila” atau “Ridley Getah”.[9]

            Pokok getah mula ditanam secara komersial pertama kali pada pertengahan 1890 an di ladang-ladang yang mula-mulanya dibuka untuk tanaman seperti kopi. Para peladang kopi yang mempunyai sumber modal sedia, tenaga pengurusan serta buruh dari India yang dibawa masuk adalah yang mula-mula mencuba menanam getah disebabkan kemerosotan harga kopi.[10] Getah menjadi tanaman yang ideal bagi memenuhi keperluan Eropah dan pada tahun 1897 peraturan tanah khas telah diperkenalkan di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk menggalakkan penanaman padi.[11] Disebabkan peningkatan permintaan dan harga getah yang tinggi bagi menampung pembuatan tayar banyak syarikat ditubuhkan untuk menanam getah yang ditaja oleh firma-firma besar di Singapura seperti Guthrie dan Harrisons & Crosfield.[12]

2.3     Padi dan Gambir

Masyarakat Melayu pada zaman penjajahan British adalah berasaskan pengeluaran pertanian.[13] Padi merupakan salah satu tanaman yang diusahankan dengan ditanam secara bendang. Tokoh agung Melayu seperti Zainal Abidin Ahmad atau Za’ba pernah mengusahakan tanaman padi dan beberapa jenis tanaman lain ketika beliau masih kecil dan seringkali membantu ayahnya menanam padi.[14]

Zaman kolonialisme adalah zaman berlakunya eksploitasi kekayaan, penindasan[15] bagi golongan yang terjajah dan konsep kebebasannya adalah dalam konteks pada orang putih atau 'white man' sahaja. Pengeksploitasian ekonomi terutamanya dalam perusahaan padi khususnya hanya menguntungkan pihak kolonial manakala masyarakat setempat pula terus ditindas dan terus berada ditakuk lama. Malah dengan penguasaan pihak British pada zaman kolonial menyebabkan orang-orang tempatan hilang kekuasaan seterusnya makin terhapus. Hal ini disebabkan oleh dasar yang dilakukan oleh British yang membawa masauk orang Cina dan India untuk penanaman getah serta lombong bijih timah. Pada asasnya, padi pada zaman kolonial adalah untuk membekalkan  makanan kepada penduduk tempatan.[16] Namun begitu padi juga amat penting bagi British kerana bagi merupakan makanan pekerja-pekerjanya. Pada peringkat awal penjajahan British di Negeri Melayu,  beras dimport dari Siam[17] untuk menampung bekalan makanan yang tidak mencukupi di Semenanjung Tanah Melayu yang mengalami jumlah peningkatan penduduk.[18]

Page 15: Kesan Kolonialisme

British juga telah memperkenalkan Jabatan Parit dan Tali Air yang sehingga kini wujud dikenali juga Jabatan Pengairan dan Saliran. Hal ini bagi memudahkan pengurusan penanaman padi. Selain itu gambir dan cengkih juga turut diperkenalkan pada zaman kolonial. Pengeluaran pertanian secara ladang yang pertama di Malaya ialah ladang rempah ratus dan gambir. Tanaman lain pula termasuklah tebu (di Seberang Prai pada tahun 1850-an), ubi kayu, kelapa dan kopi. Berdasarkan analisis yang dibuat, British hanyalah ‘menggunakan’ orang Melayu untuk kepentingan mereka sendiri supaya orang Melayu tidak berkembang pemikiran mereka dengan membuat dasar pecah perintah seperti orang Melayu mengusahakan padi di kawasan pedalaman.

3.0)      PERLOMBONGAN

3.1     Bijih Timah

Perlombongan bijih timah sudah dijalankan oleh orang-orang Melayu sekian lama.[19] Kemasukan British juga disebabkan oleh bijih timah. Perkembangan perlombongan bijih timah ini dapat dilihat apabila pembesar tempatan  membawa masuk buruh cina[20] dan kira-kira 80,000 orang cina di perak sebagai buruh ikatan.[21] Kemasukan ini hasil daripada permintaan yang banyak kesan daripada Revolusi Perusahaan di British dan Amerika. Bijih timah digunakan dalam perusahaan membuat tin, motokar, wayar, dan kereta api. Industri ini berkembang dengan kemasukan buruh daripada cina ini. Perkembangan industri ini secara besar-besaran iaitu selepas penemuan longgokan bijih timah yang banyak di Larut, Perak iaitu pada tahun 1848 dan di Kinta pada tahun 1880. Dalam pertengahan pertama abad ke 19, pelombong cina memperkenalkan pembaharuan dalam teknik perlombongan seperti pam  rantai bagi mengeringkan lombong-lombong yang bertakung. Disebabkan oleh penemuan  longgokan timah yang banyak, pelombong ini telah memajukan perusahaan bijih timah mengikut Barat.[22] Pelombong cina juga memperkenalkan sistem lombong yang lebih baik seperti sistem lombong dedah, pam  kelikir, dan palung. Pada 1877, Enjin wap dan pam emper diperkenalkan di Perak  bagi mengatasi masalah banjir di kawasan perlombongan dan dapat mendalamkan lagi aktiviti melombong. Teknik Hidraulik dan pam kelikir adalah kaedah yang dibawa dari Australia dan diterima oleh pelombong Cina pada tahun 1898.[23] Kemajuan buruh cina ini telah membawa masuk pemodal-pemodal British dari negeri-negeri Selat yang menyokong perlombongan.[24] Pada akhir kurun ke-19 orang cina menguasai kegiatan melombong bijih timah dan antara tahun 1898-1905 Tanah Melayu menjadi pengeluar utama bijih timah.

3.2     Emas

Perlombongan emas sudah mula dijalankan oleh orang cina pada tahun 1880 di Sungai Segama.[25] Emas juga didapati di sepanjang tebing Sungai Sarawak dan tempat ini telah menarik pelombong cina kerana lombong Sambas tidak lagi mendatangkan hasil.[26] Emas tidak begitu banyak ditemui dengan perlombongan yang tidak teratur. Pada tahun 1890 an, Syarikat Borneo memperkenalkan alat-alat melombong yang moden dan telah membuka lombong sendiri di Bau dua tahun kemudian. Pada tahun ini juga emas dilombong secara komersial di Raub, Pahang yang diusahakan oleh Syarikat dari Australia. Keadaan ini telah memberi peluang kepada industri perlombongan emas dan memcapai kemuncaknya selepas 20 tahun berikutnya.[27]

3.3     Arang Batu

Page 16: Kesan Kolonialisme

Perlombongan arang batu menjadi bahan galian eksport yang utama bagi negeri Sarawak selama sepuluh tahun selepas tahun 1889 apabila kerajaan akhirnya berjaya mengusahakan lombong arang batu di Sadong.[28] Arang batu juga dilombong di Tawau, Sandakan, dan Labuan. Galian ini amat diperlukan untuk kegunaan kapal-kapal wap pada ketika itu.[29] Arang batu menjadi galian eksport bahan mineral yang penting pada penghujung kurun ke-19 dan kemudiannya merosot setelah pertumbuhan  industri getah dan kayu balak.[30]

3.4     Antimoni

            Bahan galian antimoni dicatatkan hanya ditemui di Sarawak. Di Sarawak, Raja Charles beliau membenarkan Syarikat Borneo menjalankan operasi di Sarawak dalam bidang pertanian dan perlombongan.[31] Perlombongan antimoni pertama dibuka di Sarawak ialah di kawasan Bau iaitu empat tahun selepas Singapura menjadi pelabuhan entreport yang baharu bagi pasaran antimoni pada tahun 1819.[32] Longgokan antimoni terdapat di Sungai Sarawak dan diusahakan oleh orang-orang melayu dan cina secara primitif. Pada tahun 1840 an, Syarikat Borneo telah menubuhkan sebuah kilang melebur di Kuching dan sebuah lagi di berhampiran Bua pada tahun 1860 an.[33] Permintaan antimoni di pasaran Singapura menyebabkan bahan itu menjadi bahan eksport utama Sarawak dan menjadi hasil pendapatan utama untuk negeri selama 40 tahun. Selepas tahun 1885, jumlah keluaran dan kepentingannya mulai merosot .

4.0)      KESAN4.1     Kesan kepada orang melayuKesan daripada dasar yang diamalkan oleh British telah menjadi satu titik tolak kepada perkembangan sistem ekonomi di Tanah Melayu pada abad ke-19. Pada masa yang sama, kemasukan imigran menjadi salah satu faktor utama kepada berlakunya perubahan sosial dalam masyarakat. Hal ini demikian kerana British telah mengamalkan “pecah dan perintah” (Divide and Rule) bagi memudahkan pentadbiran mereka di Tanah Melayu. Pecah dan perintah adalah satu kaedah imperialisme penjajah Eropah yang digunakan di tanah jajahan untuk melemahkan bumiputera dan memberikan keutamaan kepada kaum imigran dan sekaligus memisahkan mereka daripada penduduk bumiputera.[34] Di samping itu, golongan imigran dibiarkan mengekalkan identiti dan budaya masing-masing dan tidak digalakkan berhubung secara langsung dengan kaum bumiputera.[35]

Kedudukan ekonomi masyarakat tempatan terancam akibat daripada kedatangan imigran Cina dan India. Dasar utama British dalam ekonomi telah merugikan masyarakat tempatan malahan tidak memberi sebarang kemajuan kepada penduduk bumiputera. Kebanyakan dasar yang telah dilaksanakan British dalam bidang pertanian, pemilikan tanah, dan pelajaran dilihat tidak mengutamakan kepentingan penduduk bumiputera.[36] Keadaan ini  telah memberi kelebihan kepada imigran untuk menguasai punca-punca ekonomi di Tanah Melayu dan telah mengekalkan orang Melayu sebagai petani sara diri dalam sistem ekonomi kuno dan menghalang orang Melayu daripada terlibat dalam sistem ekonomi moden.[37] Orang Melayu disisihkan dari corak kegiatan ekonomi komersil yang diwujudkan walaupun tidak ditindas secara kekerasan seperti yang dilakukan penjajah oleh Belanda di Indonesia ataupun penjajah Sepanyol di Filipina namun mereka tetap mahu dikekalkan dengan cara hidup tradisi mereka iaitu menjadi petani sara diri atau nelayan miskin.[38]

Page 17: Kesan Kolonialisme

4.2     Kesan kepada orang cina dan india

Di samping itu, melalui penjajahan British yang secara tidak langsung telah menyebabkan petempatan setiap kaum dibahagikan dan dipisahkan mengikut kegiatan ekonomi masing-masing. Sebagai contoh, orang Melayu terlibat dalam bidang pertanian dan kegiatan penangkapan ikan, orang Cina pula mendominasi kegiatan perlombongan dan perdagangan, manakala orang India mengusahakan ladang getah dan perusahaan lain seperti pertanian lada hitam, kopi dan gambir. Buktinya, berdasarkan tinjauan taburan penduduk, didapati bahawa golongan Cina lebih tertumpu di kawasan bandar yang berkembang melalui kegiatan perlombongan utama seperti Perak, Selangor dan Negeri Sembilan. Keadaan ini telah menyebabkan munculnya kawasan yang padat dengan penduduk di Lembah Kinta dan Larut, Perak dan Kuala Lumpur, Ampang dan Kelang di Selangor serta Sungai Ujong di Negeri Sembilan.[39] Pekerja-pekerja buruh yang diambil untuk mengusahakan pengeluaran getah dan bijih timah di tanah Melayu, ladang-ladang getah diusahakan oleh pekerja-pekerja India sementara lombong-lombong pula diusahakan oleh orang Cina. Pekerja-pekerja yang diambil dalam penanaman getah mempunyai bilangan yang besar daripada pekerja-pekerja yang diambil dikawasan perlombongan iaitu dianggarkan sebanyak 600.000 orang.[40]

            Berdasarkan “pecah dan perintah” yang diamalkan oleh pihak British dalam sistem pentadbiran yang dikuasai oleh  mereka. Interaksi antara imigran dan penduduk tempatan sengaja dibiarkan tanpa haluan agar tidak wujud semangat perpaduan di antara mereka. Justeru dapat dinyatakan bahawa, kolonialisme telah berlaku secara mutlak kesan daripada tindakan dan pendekatan yang telah digunakan oleh British.

5.0)      KESIMPULAN

            Sistem ekonomi kolonial yang diperkenalkan British di Malaysia pada kurun ke-19 telah memberi kesan kepada Malaysia apabila berlaku perubahan dari segi politik, sosial, dan ekonomi. Jika dilihat dasar penjajahan atau peluasan kuasa british di Malaysia secara tidak langsung telah mempertingkatkan sektor ekonomi khususnya. Pelbagai industri baru diperkenalkan seperti industri bijih timah dan industri getah. Ekoran daripada ini juga, pada abad ke-20 turut berkembangnya industri pertanian, perlombongan dan perdagangan.MASYARAKAT KOLONIAL PEMBINAAN & PERKEMBANGAN. so prof adnan no 9

1.0      PENGENALAN

Rentetan daripada penjajahan Portugis, Belanda, Inggeris, Jepun dan kembali kepada Inggeris semula telah menunjukkan bertapa lamanya penjajahan British di Tanah Melayu. Hal ini demikian kerana penjajahan telah berlaku di Tanah Melayu lebih 400 tahun dan kemuncaknya adalah sehingga tercetusnya idea bagi menuntut kemerdekaan. Perluasan kuasa British secara rasmi berlaku di Tanah Melayu apabila telah termentrainya Perjanjian Pangkor pada 20 Januari 1874 di Perak.

            Sebelum “Perjanjian Pangkor 1874” dimentrai, British telah menduduki Tanah Melayu dan menjalankan penjajahan secara tidak langsung dalam pelbagai aspek terutamanya ekonomi,

Page 18: Kesan Kolonialisme

sosial dan politik. Hal ini dapat dibuktikan melalui “Perjanjian London 1824” yang menunjukkan adanya pembahagian wilayah kekuasaan di antara British dan Belanda ketika itu. Jelaslah telah berlakunya campur tangan British di Tanah Melayu, terutamanya di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Namun begitu, dari semasa ke semasa British cuba untuk mencampuri dalam sistem pemerintahan di Tanah Melayu. Oleh hal yang demikian telah berlangsungnya “Perjanjian Pangkor 1874” dimana ia menjadi titik tolak dalam campurtangan British secara langsung. Bahkan keadaan ini telah menyebabkan penguasaan British bukan sahaja di negeri Perak malah di negeri-negeri lain juga, sebagai contoh Pahang, Selangor dan Johor.

                        Merujuk kepada fokus perbincangan iaitu masyarakat kolonial pembinaan dan perkembangan. Kolonialisme boleh dikaitkan dengan imperialisme Barat dengan merujuk kepada dasar-dasar yang dijalankan di tanah jajahannya.[1] Terdapat pelbagai takrifan mengenai kolonial ini, terdapat beberapa orang sarjana Barat yang cuba menakrifkan maksud kolonial, antaranya ialah Nadel dan Curtis meberi takrifan seperti berikut:

“ Bagi sebahagian orang, kolonialisme bermaksud imperialisme seperti dilihat daripada kaca mata penting penjajah; malahan, semua kolonialisme di ertikan sebagai perkembangan imperialisme, tetapi bukan semua perkembangan imperialisme beerti kolonialisme, dan ini tidak dapat dinafikan. Tetapi kolonialisme kini secara amnya digunakan sebagai seerti dengan penindasan, penghinaan atau eksploitasi orang-orang peribumi “

Oleh hal yang demikian, jelaslah konsep kolonial itu merujuk kepada penindasan, penghinaan atau eksploitasi orang-orang peribumi dan dengan kedatangan British inilah menyebabkan pembinaan dan perkembangan pengaruh kolonial dalam masyarakat Melayu seterusnya pertapakan zaman kolonial di negeri-negeri melayu berasaskan titik tolak Perjanjian Pangkor 1874 secara rasminya bermula di negeri Perak dan seterusnya di negeri-negeri lain.

2.0   PEMBINAAN MASYARAKAT KOLONIALPembinaan Masyarakat KolonialTahun 1800 hingga 1900 merupakan titik tolak penting dalam sejarah Negeri-negeri Melayu. Dalam lingkungan tempoh masa ini, Negeri-negeri Melayu bukan sahaja mengalami transformasi politik bahkan transformasi sosial dan ekonomi. Perubahan politik telah membawa kepada perubahan sosial. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah membawa kepada kedatangan orang Cina dan India ke Negeri-negeri Melayu. Kedatangan imigran Cina dan India di Negeri-negeri Melayu telah bermula sejak zaman kegemilangan Melayu Melaka lagi. Kedatangan mereka pada waktu itu sekadar datang untuk berdagang dalam jangka waktu yang singkat sahaja dan mereka tidak bercadang untuk menetap di Negeri-negeri Melayu dalam tempoh yang lama. Pihak British telah berjaya mewujudkan persekitaran yang dapat  menarik minat pihak luar untuk datang ke Negeri-negeri Melayu. Keadaan  ini didorong  oleh perkembangan yang pesat yang berlaku dalam bidang ekonomi, terutamanya perusahaan bijih timah.  Getah yang mula diusahakan secara komersial memerlukan tenaga kerja. Keperluan

Page 19: Kesan Kolonialisme

tenaga buruh yang semakin mendesak telah mendorong pihak British mengamalkan dasar yang menggalakkan kemasukan penghijrahan dari luar untuk bekerja dalam sektor ekonomi tersebut. Selepas “Perjanjian British-Belanda 1824”, kedudukan British di Negeri-negeri Melayu semakin kuat. Ekoran dari permintaan bahan mentah untuk industri, Barat mencari pasaran baru untuk barangan siap dan mencari peluang baru untuk pelaburannya. British telah mengeksploitasi semua kelebihan yang terdapat di Negeri-negeri Melayu dan bertindak membawa masuk imigran Cina dan India ke Negeri-negeri Melayu untuk menampung kekurangan jumlah tenaga kerja bagi keperluan penjanaan ekonomi yang ingin dimanipulasi dan dimonopoli.[2]

            Walau bagaimanapun, penghijrahan ini bukanlah sesuatu yang baharu kerana masyarakat di sekitar kepulauan Melayu telahpun berhijrah lebih awal dari itu, tetapi proses penghijrahan ini dilakukan secara besar-besaran dalam tempoh masa yang singkat. Orang Melayu  kebanyakannya berasal daripada,Sumatra,jawa dan juga kepulauan melayu. Peradaban bangsa Melayu terjadi akibat pertemuan beberapa bangsa di alam Kepulauan Melayu ini sehingga terbentuk satu identiti yang tetap. Daripada pertemuan ini bangsa Melayu tercipta dan mempunyai fokusnya di Negeri-negeri Melayu. Melayu merujuk kepada mereka yang bertutur bahasa Melayu dan mengamalkan adat resam orang Melayu.[3]

            Penjajahan British telah memulakan satu era baharu dalam mencorakkan pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu. Pembangunan dan kepesatan ekonomi Negeri-negeri Melayu telah menggalakkan kedatangan buruh-buruh asing untuk bekerja di kawasan perlombongan bijih timah, estet-estet getah dan kawasan pertanian ladang. Keadaan ekonomi yang sedang pesat membangun melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan. British menggalakkan kedatangan imigran Cina ke Negeri-negeri Melayu kerana berpendapat orang Cina mempunyai semangat kerja yang kuat, berdaya usaha dan bersifat keusahawanan.[4] Politik di Negeri-negeri Melayu juga berada dalam keadaan stabil di bawah penjajah British, dan ini telah menarik lebih ramai golongan pemodal dan imigran asing datang ke Negeri-negeri Melayu. Kedatangan Buruh Cina dari China secara besar-besaran bermula sejak awal abad ke-19 yang kebanyakkan berasal dari wilayah selatan China seperti Kwangtung, Kwangsi dan Fukien.[5]  Perkara yang jelas dapat dilihat dalam perkembangan penempatan Cina di Negeri-negeri Melayu ialah hubungannya dengan British.

Dikatakan, dimana sahaja bendera British berkibar di sana ramai orang Cina bernaung.[6] Kedatangan buruh ini ke Negeri-negeri  Melayu adalah melalui beberapa cara seperti sistem tiket kredit, sistem pengambilan kakitangan, dan sistem pengambilan rumah kongsi. Ramai dikalangan imigran Cina telah datang ke Tanah Melayu melalui sistem tiket Kredit. Imigran Cina yang ingin datang ke Negeri-negeri Melayu akan dikumpulkan oleh Kheh-thau (Ketua), orang yang bertanggunjawab mengumpulkan masyarakat tempatan di China sebelum dibawa ke Pelabuhan. Kheh-thau ini akan dibayar sejumlah wang bagi setiap imigran China yang dibawa oleh mereka. Imigran yang datang ini dipanggil Sin Kheh dan diletakkan dibawah pengawasan nahkoda kapal atau agensi buruh yang biasanya telah menerima bayaran daripada bakal majikan imigran berkenaan. Imigran yang datang dengan cara ini terikat dengan perjanjian untuk bekerja bagi satu tempoh masa sehinggalah hutang tambang mereka dijelaskan. Selepas itu mereka bebas berkhidmat dengan sesiapa sahaja yang mereka suka. Mereka akan dibekalkan dengan tiket yang menunjukkan pelabuhan yang mereka akan tuju serta keterangan sama ada mereka bebas atau berhutang. Kedatangan imigran Cina ke Negeri-negeri Melayu juga adalah kesan permasalahan yang timbul di negara asal mereka dari segi sosial, ekonomi dan politik[7].

Page 20: Kesan Kolonialisme

            Kedatangan imigran dari India juga merupakan kesan disebabkan kependudukan British di Negeri-negeri Melayu. Namun, kedatangan mereka ke Negeri-negeri Melayu agak lewat berbanding imigran Cina. Pada peringkat awal penjajahan British di Tanah Melayu, kerajaan India tidak menggalakan rakyat mereka berhijrah keluar dari negara India. Tetapi selepas perjanjian Inggeris-Belanda, ramai banduan dari India yang dibawa dan ditempatkan di Sumatera ke Negeri-negeri Selat. Banduan-banduan ini digunakan sebagai buruh untuk membina bangunan, jalan raya, landasan kereta api dan jambatan. Selain itu juga, terdapat satu kumpulan lagi imigran India yang terdiri daripada buruh kuli kontrak untuk bekerja di ladang tebu, kopi dan kemudiannya getah. Penghijrahan beramai-ramai imigran India dari Madras dan Negapatam ke Negeri-negeri Melayu bermula pada tahun 1840-an.[8] Pada mulanya buruh dari India ini diimport oleh peladang British untuk bekerja di ladang tebu dan kopi di Seberang Perai. Sistem kangani dikatakan berjaya mengatasi sistem kontrak kerana jangka masanya yang pendek dan dibuat secara lisan. Sekitar tahun 1890-prinsip imigran dari India dan Cina pada dasarnya sama, meskipun syarat-syarat perkhidmatan sangat berbeza dari yang digunakan dengan China.[9]

3.0   PENTADBIRAN TRADISIONAL            Pemerintahan kolonial bukanlah merujuk kepada suatu sistem pemerintahan sesebuah kerajaan, tetapi ia juga merupakan suatu kuasa perubahan yang telah merubah corak pemerintahan sistem kerajaan, pembangunan ekonomi, masyarakat yang pelbagai kaum, sistem pendidikan dan sistem perundangan  di Tanah Melayu serta menjadikan bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar. Ketibaan Francis Light bersama-sama dengan tiga buah kapal di Pulau Pinang pada tahun 1786 merupakan strategi awal British untuk mengawal  aktiviti perdagangan dan menakluki kawasan Semenanjung Tanah Melayu.[10]

            Sistem Residen di Tanah Melayu bermula dengan termeterainya “Perjanjian Pangkor” pada 20 Januari 1874.[11] Perjanjian ini ditandatangani oleh Gabenor Andrew Clark, bersama-sama Sultan Abdullah, beserta pembesar-pembesar negeri.[12] British mula menguasai bidang pentadbiran negeri Perak melalui perjanjian ini. Hal ini demikian kerana antara syarat perjanjian ini ialah “Sultan Perak menerima perlantikan seorang residen dan perlu menurut segala nasihat daripada Residen”.[13] British mula menguasai bidang pentadbiran negeri Perak melalui perjanjian ini.

Hal ini demikian kerana keadaan J.W.W. Birch yang merupakan Residen pertama di Perak merasakan negeri itu tidak membangun dan perlu dimajukan demi kepentingan British.[14] Di Selangor pula, sistem residen yang diperkenalkan diterima dengan baik oleh Sultan Abdul Samad. Residen Selangor yang telah dilantik secara rasminya ialah J.G. Davidson. Manakala jawatan pembantu residen pula diberikan kepada Frank Swettenham.[15] Manakala di Negeri Sembilan pula, sistem residen di negeri itu bermula pada 10 Oktober 1874 apabila Dato’ Kelana Sungai Ujong mengibarkan bendera British di sana. Residen Sungai Ujong yang pertama ialah Isemonger dan penolong residen ialah Kapten Tatham.[16]  

            Antara perubahan yang telah British laksanakan dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu ialah melalui hak memungut cukai. Contohnya di negeri Perak. Birch ingin menguasai hak atau kuasa untuk memungut cukai daripada Sultan dan pembesar-pembesar Perak.[17] Semasa pemerintahan Hugh Law sebagai Residen Perak yang ketiga, beliau telah menguruskan

Page 21: Kesan Kolonialisme

pencen yang akan diberikan kepada pembesar-pembesar yang telah kehilangan hak untuk memungut cukai.[18]

            Selain itu, British telah menghapuskan amalan hamba abdi dalam sistem pentadbiran di Tanah Melayu. Di Perak, Birch cuba untuk menghapuskan amalan menyimpan dan menggunakan hamba abdi dalam kalangan masyarakat Melayu. Malahan beliau pernah memberikan perlindungan kepada beberapa hamba hutang yang telah melarikan diri ke rumahnya dan hamba-hamba hutang ini terdiri daripada hamba hutang perempuan.[19] Pada tahun 1883, Hugh Low berjaya untuk mengatasi masalah hamba abdi dalam kalangan masyarakat Melayu.[20]

            Di samping itu, semasa pemerintahan Hugh Law di Perak, beliau telah menubuhkan sebuah majlis yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada ahli-ahli majlis untuk memberikan pendapat atau pandangan tentang pentadbiran negeri. Majlis ini ialah Majlis Mesyuarat Negeri. Hal ini demikian kerana pendapat-pendapat yang diberikan oleh ahli-ahli dapat digunakan untuk memperkemaskan lagi sistem pentadbiran negeri itu.[21] Contohnya di negeri Selangor. Terdapat rasa tidak puas hati dalam kalangan kerabat diraja Selangor apabila Tengku Kudin dilantik menjadi pengerusi Majlis Mesyuarat Negeri Selangor pada tahun 1877. Hal ini demikian kerana pada kebiasaanya, sultan merupakan pengerusi bagi majlis tersebut. Ini menyebabkan Tengku Kudin meletakkan jawatannya pada tahun 1878.[22] Tambahan pula,  Hugh Low telah menubuhkan sebuah pasukan polis. Pasukan polis ini terdiri daripada orang Punjab.[23] Di Selangor, J.G. Davidson turut menubuhkan sebuah pasukan polis.

4.0   PETEMPATANMenurut J,S Furnivall masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai bangsa yang tinggal di kawasan politik tetapi hidup berbeza disebabkan oleh mereka mengamalkan cara hidup, adat, kepercayaan yang berlainan antara satu sama lain.[24] Masyarakat di Tanah Melayu terdiri daripada kaum yang berbeza iaitu Melayu, Cina dan India. Ketiga-tiga kaum ini tidak mengasimilasikan budaya antara satu sama lain. Dasar pecah dan perintah yang dilakukan olah British telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini hidup terpisah antara satu sama lain.

Melalui dasar ini juga British telah menentukan peranan dan kawasan setiap kaum bagi memastikan setiap kaum tidak berinteraksi antara satu sama lain. Bagi memudahkan pentadbirannya, British tidak mahu ketiga-tiga kaum ini bersatu kerana mereka bimbang kaum-kaum ini akan bangun untuk menentang mereka. Kewujudan masyarakat yang majmuk telah menimbulkan pelbagai masalah. Setiap kaum iaitu Melayu, India dan Cina akan mendiami kawasan yang berbeza. Kedatangan buruh secara beramai-ramai telah mewujudkan petempatan yang bercirikan kaum. Petempatan kaum-kaum di Tanah Melayu adalah mengikut kegiatan ekonomi yang dijalankan. Kegiatan ekonomi ini telah ditentukan oleh pihak British. Keadaan ini berlaku kepada kaum Melayu yang merupakan kaum asli di Tanah Melayu, manjoriti masyarakat Melayu menetap di kawasan luar bandar dan menjalankan ekonomi pertanian. Hal ini kerana, masyarakat Melayu begitu terikat dengan sistem ekonomi tradisonal dan mahu mengekalkan penguasaan tanah pertanian malahan mereka tidak mahu mengikut serta dalam usaha untuk membangunkan bandar-bandar moden.[25]Kebanyakkan orang India akan tinggal di ladang getah dan ladang kelapa. Orang Cina pula tinggal di kawasan lombong, pekan dan bandar. Sementara orang Melayu pula dibiarkan tinggal di kawasan pesisir pantai, kampung dan pedalaman menjadi petani dan nelayan. Kesannya telah

Page 22: Kesan Kolonialisme

timbul masyarakat majmuk iaitu masyarakat yang hidup berkelompok tetapi terasing antara satu sama lain dari segi bahasa, budaya, agama, pekerjaan dan tempat tinggal. Oleh kerana petempatan dan kawasan tumpuan mereka dalah berbeza, maka tidak wujud interaksi antara tiga kaum utama ini. Melalui dasar ini British telah melahirkan perasaan prasangka dan memperkukuh keperibadian setiap kumpulan etnik yang terus menjarakkan jurang perpaduan antara kaum.

5.0   PENGKHUSUSAN PEKERJAAN DAN EKONOMIKedatangan kaum India dan China ke Tanah Melayu menyebabkan  Tanah Melayu mempunyai  tiga kaum terbesar. Hal ini yang menyebabkan berlakunya pengkhususan pekerjaan mengikut kaum masing-masing. Impak tersebut berlaku disebabkan oleh pelbagai faktor.

            Antara pekerjaan yang melibatkan orang-orang Melayu ialah pertanian. Pertanian merupakan aktiviti utama yang melibatkan orang-orang Melayu sepenuhnya.[26] Antara tanaman utama orang Melayu ialah padi.  Tanaman-tanaman lain seperti pisang, tebu dan kelapa turut ditanam oleh orang-rang Melayu. Walaupun aktiviti pertanian telah dilakukan, kedatangan orang-orang Eropah tidak menjejaskan sifat orang-orang Melayu yang gemar memasuki hutan dan mengutip hasil-hasil hutan seperti rotan, buluh dan damar.[27] Selain pertanian, masyarakat Melayu ketika abad ke-19 turut melakukan beberapa pekerjaan lain seperti menenun kain sutera dan sarung, kegiatan berbentuk pertukangan yang melibatkan penggunaan kayu dan tembaga  bagi penduduk Melayu di negeri Terengganu. Masyarakat Terengganu bersama-sama dengan masyarakat di negeri Kelantan dan Pahang turut melakukan pekerjaan lain seperti membina perahu.

Bagi masyarakat Melayu yang tinggal di pantai Timur, pekerjaan utama mereka lebih terarah kepada pekerjaan sebagai nelayan.[28] Orang Melayu ketika zaman penjajahan turut melakukan aktiviti seperti pengeringan ikan dan memasinkan ikan. Aktiviti tersebut biasanya dilakukan oleh kaum wanita yang dibantu oleh sebilangan  kanak-kanak. Selain itu, kegiatan menternak binatang turut diteruskan sebelum Tanah Melayu dijajah oleh British khususnya. Binatang yang diternak adalah seperti ayam, itik dan lembu. Kegiatan perlombongan turut melibatkan sebilangan kecil orang-orang Melayu.[29]

            Bagi orang Cina pula, mereka lebih mendominasi pekerjaan dalam sektor perlombongan berbanding orang Melayu dan India. Selain faktor modal, sikap penjajah iaitu British yang mengamalkan dasar pecah dan perintah menyebabkan orang Cina begitu sinonim dengan sektor perlombongan. Keadaan tersebut bermula apabila orang Cina yang berhijrah dari negara mereka ke Tanah Melayu hanyalah bekerja sebagai pekerja semata-mata sebelum berubah menjadi pelabur dan pengusaha terhadap hampir kesemua kawasan perlombongan yang ada di Tanah Melayu ketika itu. Hal tersebut turut menyebabkan penguasaan orang-orang Eropah terhadap sektor perlombongan tergugat disebabkan oleh orang Cina mempunyai modal yang lebih banyak dan para pekerjanya yang ramai serta dibayar dengan harga yang lebih murah.[30] Di Kedah, orang Cina mengusahakan tanaman ubi kayu manakala di Terengganu dan Johor pula, mereka mengusahakan tanaman lada hitam.[31] Ini menunjukkan bahawa orang Cina turut melakukan kegiatan yang sama dengan orang-orang Melayu iaitu pertanian.

            Masyarakat India pula lebih sinonim dengan pekerjaan di ladang-ladang.[32] Biasanya, pekerjaan mereka ialah menoreh getah. Di Pulau Pinang pula, masyarakat India bekerja di

Page 23: Kesan Kolonialisme

ladang-ladang pertanian yang mempunyai pelbagai jenis tanaman. Selain itu, terdapat juga sebilangan kecil masyarakat India bekerja sebagai hamba untuk berkhidmat di pelabuhan ataupun untuk berkhidmat kepada orang-orang kaya, lebih-lebih lagi orang Eropah.[33]

6.0   PENDIDIKANPendidikan di Tanah Melayu pada abad ke-19 ini telah dimulakan oleh pihak British semasa menjajah Tanah Melayu secara rasminya pada tahun 1874. Sistem pendidikan yang dibawa oleh pihak British ini telah menggunakan sistem pendidikan mengikut acuan mereka. Apabila British memperkenalkan sistem pecah dan perintah di Tanah Melayu maka pendidikan di Tanah Melayu ini juga telah dibahagikan mengikut struktur tiga kaum yang terbesar di Tanah Melayu iaitu Melayu, Cina dan India.

            Bangsa Melayu pada zaman kolonial ini tidak menitikberatkan tentang soal pendidikan. Hal ini kerana, anak-anak Melayu masih mempunyai perasaan marah terhadap penjajah British. Apabila British memperkenalkan sistem pendidikan mereka untuk orang Melayu tetapi masalahnya pendidikan untuk orang melayu hanyalah bersifat “aristokrat” iaitu untuk anak daripada golongan pembesar sahaja yang dibenarkan untuk mendapat pendidikan. Penjajah British telah menubuhkan empat buah sekolah yang berteraskan empat aliran iaitu aliran Melayu dan aliran Inggieris, aliran Cina dan aliran Tamil.[34]

Sekolah-sekolah aliran Melayu hanya menyediakan pendidikan peringkat rendah berbanding  sekolah aliran Inggeris. Sekolah-sekolah Melayu pada zaman kolonial ini bersifat serba kekurangan. Hal ini kerana, pihak British mahukan dasar pendidikan bagi orang Melayu hanyalah bersifat kekal iaitu dengan mengekalkan cara hidup orang melayu dengan serba kekurangan. Hal ini juga disebabkan oleh sistem ekonomi orang Melayu yang sangat rendah hanya mampu untuk mendapat pendidikan di peringkat rendah sahaja.[35] Apabila pemodenan yang dilakukan oleh pihak British, sebahagian besar masyarakat Melayu tidak berupaya untuk memperbaiki kehidupan meraka dan gagal mengukuhkan sistem ekonomi mereka pada zaman itu.[36]

Bagi masyarakat Cina pula pendidikan pada zaman kolonial ini lebih mengutamakan orang Cina untuk mendapatkan pendidikan. Hal ini kerana, kehidupan orang Cina yang tinggal di bandar-bandar memudahkan mereka untuk mendapatkan pendidikan. Anan-anak orang Cina dimasukan ke sekolah aliran Inggeris dan sekolah aliran Cina. Sekolah-sekolah Cina dan Inggeris ini sebahagian besarnya terletak di kawasan bandar-bandar. Hal ini memudahkan mereka untuk mendapatkan pendidikan kerana mereka juga tinggal di kawasan bandar. Majoriti pelajar di sekolah Inggeris ini tidak kiralah daripada peringkat sekolah rendah mahupun peringkat menengah adalah terdiri daripada anak-anak orang Cina dan India sahaja.

Pihak Inggeris pada zaman kolonial ini lebih mengutamakan kemajuan terhadap sekolah Inggeris dan sekolah Cina. Oleh yang demikian, terdapat juga sekolah-sekolah swasta Cina pada zaman kolonial tersebut. Kemajuan yang terdapat disekolah Cina disebabkan oleh faktor  ekonomi orang cina pada zaman kolonial ini jauh lebih baik berbanding ekonomi orang Melayu. Disebabkkan hal ini telah menjadikan orang Cina lebih maju berbanding orang Melayu.[37]

Sistem pendidikan bagi orang India pula adalah  hampir sama dengan sistem pendidikan orang Cina tertapi bezanya adalah mereka mengunakan sistem aliran Inggeris dan aliran Tamil.

Page 24: Kesan Kolonialisme

Sekolah-sekolah ini wujud untuk memberikan pendidikan kepada kaum India kerana kaum India dikatakan kaum minoriti di Tanah Melayu pada ketika itu. Di sebabkan dasar British yang menggunakan dasar pecah dan perintah, orang India ini ditempatkan di estet tetapi anak-anak orang India masih boleh menerima pendidikan dikawsan bandar.

Sebahagian besar  anak-anak kaum India ini juga mendapat pendidikan dari peringkat rendah hingga ke peringkat menegah dalam sekolah Inggeris dan juga sekolah Tamil. Hal ini menunjukan sekolah untuk orang India juga lebih maju berbanding sekolah Melayu yang serba kekurangan. Hal ini disebabkan juga faktor ekonomi yang memainkan peranan penting untuk bersaing mendapatkan pendidikan. Oleh sebab dasar kolonial Inggeris juga yang melakukan demikian terhadap orang Melayu adalah bertujuan untuk mengekalkan cara pemikiran orang Melayu ditahap yang rendah supaya orang Melayu tidak akan menentang dasar British sebagai pemerintah di Tanah Melayu.[38]

7.0   KEMUDAHAN INFRASTRUKTUR SELEPAS KOLONIALISME BRITISH

Penjajahan British telah memberi kesan kepada perkembangan kemudahan infrastruktur di Tanah Melayu . Kemudahan infrastruktur ini memberi kemudahan kepada penduduk Tanah Melayu pada abad ke-19 . Kemudahan infrastruktur yang terbina ialah jalan raya, landasan kereta api, kemudahan kesihatan, dan sekolah –sekolah ditubuhkan. Perkembangan dalam kemudahan infrastruktur ini walaupun dibina atas dasar kebaikan ekonomi untuk pihak British,tetapi juga memberi kemudahan  kepada masyarakat Tanah Melayu juga. Kolonial British turut membawa pembangunan infrastruktur di Tanah Melayu walaupun tidak berlaku secara menyeluruh. Kemasukan pengaruh British pada pertengahan abad ke-19 telah mengubah sistem pengangkutan awam menjadi lebih baik. Sesuai dengan sistem ekonomi kapitalis, usaha penting yang dijalankan ialah membina infrastruktur yang dapat mewujudkan satu sistem perhubungan bagi menghubungkan semua pusat perusahaan bijih timah dengan pelabuhan-pelabuhan yang menjadi pusat pengeksport hasil-hasil bijih timah. Selain dari itu, pihak kolonial juga membina infrastruktur bagi menghubungkan kawasan pengeluaran dengan pelabuhan-pelabuhan tertentu di Tanah Melayu. [39]

Kemajuan dalam bidang ekonomi secara besar-besaran dengan mendapat modal daripada Britain yang menyebabkan tertubuhnya pentadbiran British di negeri-negeri Perak , Selangor , Sungai Ujong dan Pahang serta seluruh daerah dalam Negeri Sembilan . Kemudahan  Infrastruktur seperti jalan raya dan landasankereta api sangat penting sebaik sahaja pentadbiran British tertubuh di Tanah Melayu.[40]  Perkembangan infrastruktur ini berbeza mengikut negeri-negeri yang bernaung . Negeri – negeri yang paling digemari oleh British ialah tertumpu di negeri Selangor dan Perak .  Kemudahan infrastruktur telah di bina di sekitar kawasan-kawasan perlombongan bagi memudahkan segala proses pengangkutan hasil – hasil perlombongan.[41]

Pada Jun 1885 , landasan kereta api yang pertama telah dibuka di Larut di antara Port Weld dan Taiping untuk memudahkan proses pengangkutan industri timah dan sistem pengangkutan kereta api dibina yang menghubungkan hampir kesemua pusat perusahaan bijih timah di Semenanjung dengan pelabuhan-pelabuhan di sepanjang Selat Melaka iaitu dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang, Seremban ke Port Dickson, Ipoh ke Telok Anson dan Taiping ke Port Weld. Hal ini sekaligus telah meningkatkan sistem kemudahan awam secara keseluruhannya. Kemudahan pengangkutan telah membangunkan sektor ekonomi hingga membawa kepada bertambah

Page 25: Kesan Kolonialisme

bilangan bandar baru yang menjadi pusat pentadbiran, politik, perdagangan dan perusahaan seperti Kuala Lumpur, Melaka, Ipoh, Pulau Pinang, Seremban, dan Kuching.[42]

Selepas proses kolonialisme , kemudahan infrastruktur yang lain ialah jalan raya telah dibina bagi menuju ke pekan –pekan perlombongan dan kemudian ke kawasan ladang-ladang . Jalan raya yang berturap di bina di kawasan-kawasan pekan-pekan. Pembinaan jalan raya dipertingkatkan pada tahun 1911 iaitu jalan raya dari Seberang Perai ke Melaka telah siap dibina. Pada tahun 1928 pula, Jalan raya menghubungkan Perlis ke Singapura telah disiapkan yang sekaligus mempercepatkan perjalanan di pantai barat. Kemudahan sistem perhubungan yang diwujudkan oleh British telah memberikan keselesaan kepada masyarakat walaupun pada awalnya, kewujudan kemudahan infrastruktur ini adalah demi kepentingan ekonomi pihak British .[43]

Seterusnya , kemudahan infrastruktur yang lain yang ditubuhkan oleh pihak British ialah kemudahan kesihatan dan pusat penyelidikan  .  Salah satu matlamat British setelah kewujudan sistem Residen ialah untuk menubuhkan pusat perubatan dan kemudahan kesihatan kepada penduduk Tanah Melayu . Hospital kerajaan pertama yang dibuka pada tahun 1878 adalah di Taiping . Hospital ini dibina di kawasan bukit yang mana hospital tersebut pada asalnya menempatkan seramai 50 orang pesakit  tetapi pada waktu itu tiada alatan untuk pembedahan dan alatan-alatan yang lain . Hospital kerajaan turut dibina di  Selangor  pada waktu yang sama dan antara kedua-dua hospital ini menunjukkan kemudahan seramai 100 orang pesakit.[44] Pengeluaran negeri Pahang yang kurang tidak akan dapat menyamai dengan Negeri Perak dan Selangor . Hasil percukaian dari bijih timah tidak pernah melebihi sebanyak lima  peratus daripada jumlah keempat-empat Negeri yang bernaung itu , malah tidak pernah mencukupi bagi negeri Pahang itu sendiri  dan untuk dikaitkan dengan kemudahan kesihatan adalah tidak menghairankan apabila hospital yang telah dibuka di Perak sudah mempunyai 15 buah hospital , Selangor sebanyak 14 buah hospital , manakala Pahang hanya mempunyai dua buah hospital sahaja.[45] Selepas melalui zaman sukar sistem Residen , Hospital dapat diuruskan dengan lebih baik dan pada tahun 1880 hubungan antara United Kingdom membolehkan pembantu hospital diimport daripada India dan Ceylon . Selain itu , hospital turut dibuka di Tanjong Malim , Batu Gajah , Gopeng , Krian dan Kuala Kangsar selepas tahun 1884.[46]

            Selain itu , terdapat kemudahan infrastruktur lain seperti kemudahan sistem pendidikan. Di negeri Perak pada tahun 1895 , sebanyak 10 Sekolah Inggeris dibina , 84 sekolah melayu dan dua sekolah tamil dan Sekolah Inggeris yang pertama di bina ialah Penang Free School yang dibina pada ahun 1825.[47]

            Kemudahan Infrastrukur yang diperkenalkan oleh kolonial British ini memberi kesan yang baik kepada masyarakat tempatan. Penubuhan jalan raya dapat memudahkan perhubungan antara satu kawasan dengan kawasan yang lain , landasan kereta api  memudahkan pengangkutan bijih timah ke pelabuhan-pelabuhan tertentu , kemudahan kesihatan dan perubatan pula memudahkan masyarakat mendapat khidmat nasihat daripada doktor dan mendapatkan bekalan ubat-ubatan dan kemudahan pendidikan membolehkan masyarakat tempatan pandai membaca dan mengira. Walaupun lebih menyumbang kepada perkembangan ekonomi British , tetapi tetap juga member kemudahan kepada masyarakat tempatan.

8.0   KESIMPULAN

Page 26: Kesan Kolonialisme

Secara umumya, dengan tementrainya “Perjanjian Pangkor 1874” ini telah membuka peluang kepada pihak British untuk memperluaskan wilayah penguasaanya di kawasan alam Melayu. Dasar-dasar yang dijalankan oleh pihak British terutamanya dalam bidang perlombongan dan perladangan telah mendorong British mendapatkan tenaga kerja dari laur. Lantaran itu, buruh dari China dan India telah berimigran dengan ramainya ke Tanah Melayu sehin gga mewujudkan masyarakat majmuknya. Pihak British walau bagaimanapun telah bertindak penguasai kuasa pemerintahan dan memperkenaalkan Residen mereka sehingga menyebabkan “Raja-Raja Melayu sebagai patung boneka semata-mata”. Tidak dapat disangkalkan lagi, penglibatan British ini turut memberi sinar baharu kepada Tanah Melayu kerana berjaya mendapat pembangunanya. Jelaslah, masyarakat Kolonial pada zaman ini menunjukkan beberapa perkembangan. Namun terdapat juga perkembangan yang menunjukkan unsur negatif dan positif terhadap masyarakat Melayu.