KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

8
810 1st International Malaysian Educational Technology Convention KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN HIPERMEDIA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BERBEZA GAYA PEMBELAJARAN DALAM MATA PELAJARAN LITERASI KOMPUTER TINGKATAN SATU Irfan Naufal Umar, Ahmad Moghni Salbani, 1 Mohd Zaki Jamaluddin Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang [email protected] 1 Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Perguruan Ipoh 31150 Hulu Kinta, Perak [email protected] ABSTRAK Kajian ini bertujuan menyelidik kesan koswer pelbagai mod terhadap pencapaian pelajar bagi pembelajaran Literasi Komputer Tingkatan Satu. Reka bentuk eksperimen kuasi faktorial 2 x 2 telah digunakan dalam kajian ini. Ia melibatkan mod koswer sebagai pembolehubah bebas iaitu samada menggunakan mod hipermedia atau mod linear. Pembolehubah bersandar merujuk kepada pencapaian pelajar sementara pembolehubah moderator merupakan gaya pembelajaran pelajar sama ada visual atau verbal yang diukur melalui Index of Learning Style (Felder & Soloman, 1988) yang telah diubahsuai. Sampel kajian merupakan 100 orang pelajar Tingkatan Satu dari dua buah sekolah di negeri Perak Darul Ridzuan. Sampel diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan rawatan untuk mengikuti pembelajaran selama 60 minit. Dapatan menunjukkan (i) pencapaian kumpulan mod hipermedia adalah lebih baik secara signifikan berbanding kumpulan mod linear; (ii) pencapaian pelajar visual lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar verbal; (iii) pelajar visual mod hipermedia memperolehi pencapaian lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan sama yang mengikuti mod linear; (iv) tidak terdapat perbezaan signifikan antara pelajar verbal dalam mod hipermedia berbanding kumpulan pelajar sama dalam mod linear; dan (v) pelajar visual mod hipermedia memperolehi pencapaian lebih baik secara signifikan berbanding pelajar verbal yang mengikuti mod yang sama. PENGENALAN Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dewasa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara maju, masyarakat bermaklumat dan sama-sama memasuki era dunia tanpa sempadan. Pelbagai ruang pendidikan telah mula menggunakan ICT terutama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Institusi persekolahan negara telah mula dibekalkan dengan pelbagai kemudahan berkaitan ICT ini, termasuklah dari aspek makmal komputer, perkakasan, perisian, serta latihan untuk para guru. Pelbagai program juga telah diperkenalkan, dan ia termasuklah program Literasi Komputer, Sekolah Bestari serta Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang menekankan aplikasi ICT dalam bilik-bilik darjah. Sejajar dengan kemudahan komputer yang disediakan, penggunaan koswer dilihat sebagai kaedah berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kebanyakan koswer yang dihasilkan menggunakan konsep multimedia yang menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi. Koswer multimedia menjadi lebih menarik dan interaktif dengan gabungan konsep hipermedia yang membolehkan maklumat dapat dicapai mengikut keperluan pelajar dan bukannya mengikut urutan yang ditetapkan. Di samping penekanan terhadap penghasilan koswer instruksi yang bermutu, salah satu aspek yang perlu sentiasa diambilkira dalam reka bentuk instruksi adalah gaya pembelajaran pelajar. Setiap individu adalah berbeza dari segi cara menerima dan memproses maklumat. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran individu, iaitu samada bersifat aktif atau reflektif semasa memproses maklumat, lebih menggemari input visual atau input verbal, lebih bersifat global atau sekuential dalam memahami sesuatu perkara, serta lebih menggunakan deria

Transcript of KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam...

Page 1: KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang ... lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis ...

810 1st International Malaysian Educational Technology Convention

KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN HIPERMEDIA TERHADAP PENCAPAIAN PELAJAR BERBEZA GAYA PEMBELAJARAN

DALAM MATA PELAJARAN LITERASI KOMPUTER TINGKATAN SATU

Irfan Naufal Umar, Ahmad Moghni Salbani, 1Mohd Zaki Jamaluddin Pusat Teknologi Pengajaran dan Multimedia

Universiti Sains Malaysia 11800 Pulau Pinang

[email protected]

1Jabatan Teknologi Pendidikan Institut Perguruan Ipoh

31150 Hulu Kinta, Perak [email protected]

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan menyelidik kesan koswer pelbagai mod terhadap pencapaian pelajar bagi pembelajaran Literasi Komputer Tingkatan Satu. Reka bentuk eksperimen kuasi faktorial 2 x 2 telah digunakan dalam kajian ini. Ia melibatkan mod koswer sebagai pembolehubah bebas iaitu samada menggunakan mod hipermedia atau mod linear. Pembolehubah bersandar merujuk kepada pencapaian pelajar sementara pembolehubah moderator merupakan gaya pembelajaran pelajar sama ada visual atau verbal yang diukur melalui Index of Learning Style (Felder & Soloman, 1988) yang telah diubahsuai. Sampel kajian merupakan 100 orang pelajar Tingkatan Satu dari dua buah sekolah di negeri Perak Darul Ridzuan. Sampel diagihkan secara rawak kepada dua kumpulan rawatan untuk mengikuti pembelajaran selama 60 minit. Dapatan menunjukkan (i) pencapaian kumpulan mod hipermedia adalah lebih baik secara signifikan berbanding kumpulan mod linear; (ii) pencapaian pelajar visual lebih tinggi secara signifikan berbanding pelajar verbal; (iii) pelajar visual mod hipermedia memperolehi pencapaian lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan sama yang mengikuti mod linear; (iv) tidak terdapat perbezaan signifikan antara pelajar verbal dalam mod hipermedia berbanding kumpulan pelajar sama dalam mod linear; dan (v) pelajar visual mod hipermedia memperolehi pencapaian lebih baik secara signifikan berbanding pelajar verbal yang mengikuti mod yang sama.

PENGENALAN Selaras dengan era teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) dewasa ini, Kementerian Pelajaran Malaysia juga tidak ketinggalan dalam merealisasikan hasrat menjadikan Malaysia negara maju, masyarakat bermaklumat dan sama-sama memasuki era dunia tanpa sempadan. Pelbagai ruang pendidikan telah mula menggunakan ICT terutama dalam aspek pengajaran dan pembelajaran. Institusi persekolahan negara telah mula dibekalkan dengan pelbagai kemudahan berkaitan ICT ini, termasuklah dari aspek makmal komputer, perkakasan, perisian, serta latihan untuk para guru. Pelbagai program juga telah diperkenalkan, dan ia termasuklah program Literasi Komputer, Sekolah Bestari serta Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang menekankan aplikasi ICT dalam bilik-bilik darjah. Sejajar dengan kemudahan komputer yang disediakan, penggunaan koswer dilihat sebagai kaedah berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran kerana kebanyakan koswer yang dihasilkan menggunakan konsep multimedia yang menggabungkan teks, grafik, audio, video dan animasi. Koswer multimedia menjadi lebih menarik dan interaktif dengan gabungan konsep hipermedia yang membolehkan maklumat dapat dicapai mengikut keperluan pelajar dan bukannya mengikut urutan yang ditetapkan.

Di samping penekanan terhadap penghasilan koswer instruksi yang bermutu, salah satu aspek yang perlu sentiasa diambilkira dalam reka bentuk instruksi adalah gaya pembelajaran pelajar. Setiap individu adalah berbeza dari segi cara menerima dan memproses maklumat. Terdapat pelbagai gaya pembelajaran individu, iaitu samada bersifat aktif atau reflektif semasa memproses maklumat, lebih menggemari input visual atau input verbal, lebih bersifat global atau sekuential dalam memahami sesuatu perkara, serta lebih menggunakan deria

Page 2: KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang ... lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis ...

811 1st International Malaysian Educational Technology Convention

berbanding gerak hati dalam persepsi mereka (Felder, 1993). Kajian ini bertujuan melihat gaya pembelajaran pelajar berdasarkan dimensi visual – verbal. Pelajar visual belajar dengan lebih berkesan apabila diberikan sebarang bentuk ilustrasi atau kiu visual seperti imej, video, gambarajah, visual organizer, dan sebagainya. Sementara itu, pelajar verbal belajar dengan lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis berbanding melalui visual. Maka, kepelbagaian dari aspek gaya belajar ini perlu dipertimbangkan dalam mereka bentuk dan melaksanakan sebarang instruksi, termasuklah koswer multimedia. PENYATAAN MASALAH Walaupun mata pelajaran Literasi Komputer telah lama diperkenalkan di sekolah-sekolah menengah di negara ini, ketiadaan koswer khusus yang sesuai menjadi satu faktor kenapa matapelajaran ini mungkin kurang diminati pelajar. Guru-guru hanya bergantung kepada pembelajaran berbantukan modul yang dibukukan atas inisiatif sendiri serta lebih menekankan kepada pengajaran mengikut panduan dan urutan tertentu. Pelajar perlu mengikuti langkah-langkah dalam modul, menjawab soalan-soalan yang dikemukakan berdasarkan penerangan guru dan bahan-bahan bantuan yang berkaitan. Memandangkan modul secara bercetak tidak mempunyai elemen-elemen pelbagai media seperti koswer multimedia interaktif yang boleh menyokong pembelajaran pelajar, perkembangan pembelajaran pelajar berkenaan topik ini mungkin agak kurang berkesan. Di samping itu, dengan bilangan pelajar yang ramai di dalam sesebuah kelas, guru sering mengalami kesukaran memberikan tumpuan terhadap setiap individu dan pengajaran seringkali terpaksa dilakukan dengan kaedah tutorial yang berpusatkan guru. Analisis keputusan peperiksaan mata pelajaran ini di sebuah sekolah di Manjung, Perak selama tiga tahun (2004-2006) menunjukkan pencapaian pelajar yang lemah (Lihat Jadual 1). Peratusan pelajar yang gagal mata pelajaran ini terus meningkat, manakala peratus mereka yang memperolehi gred A, B dan C semakin berkurangan saban tahun. Situasi ini adalah sesuatu yang merisaukan, dan perlu ditangani sebaik mungkin bagi mempastikan pencapaian pelajar tidak terus merudum. Jadual 1: Analisis Peperiksaan Literasi Komputer Tingkatan Satu sebuah sekolah di daerah

Manjung, Perak (Tahun 2004-2006)

Bil % Bil % Bil % Bil % Bil % Bil %Akhir Tahun 2004 143 111 77.62 32 22.38 13 9.09 45 31.47 38 26.57 15 10.49Akhir Tahun 2005 173 131 75.72 42 24.28 15 8.67 34 19.65 52 30.06 30 17.34Akhir Tahun 2006 196 102 52.04 94 47.96 10 5.10 23 11.73 41 20.92 28 14.29

CBilPeperiksaan

DLulus Gagal A B

Salah satu cadangan bagi mengatasi masalah ini ialah melalui penggunaan koswer dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Bukan sahaja ia dapat merealisasikan pengajaran diindividukan, tetapi penggunaan pelbagai elemen media (gabungan teks, imej, animasi, dan sebagainya) dijangka dapat membantu pembelajaran pelajar berkenaan. Ini adalah penting bagi memberi lebih banyak peluang untuk belajar melalui koswer yang dapat memberikan kepelbagaian kepada pembelajaran mereka. KERANGKA TEORI Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Teori Kognitif Pembelajaran Multimedia Mayer (2001) ini menyatakan bagaimana individu belajar dalam persekitaran multimedia serta input maklumat yang relevan dipilih untuk menghasilkan pembelajaran berkesan. Teori ini terhasil daripada kajian serta gabungan pelbagai teori berkaitan seperti Teori Pengekodan-dual Paivio (Clark & Paivio, 1991), Teori Psikologi Gestalt (Rieber, 1994, Shunk 2000), Teori Beban Kognitif Sweller (Sweller, 1999, Chandler & Sweller, 1991) dan Model Beban Ingatan Kerja Baddeley (Baddeley, 1992). Terdapat tiga andaian dalam teori ini yang berkaitan bagaimana individu belajar atau memproses maklumat: (a) pengalaman atau maklumat visual dan audio diproses melalui saluran tertentu secara berasingan, (b) setiap saluran tersebut bersifat terhad dari segi keupayaannya memproses maklumat atau pengalaman, dan (c) pemprosesan maklumat

Page 3: KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang ... lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis ...

812 1st International Malaysian Educational Technology Convention

melalui saluran-saluran ini merupakan proses kognitif yang aktif bagi pembinaan perwakilan logik mental. Di samping itu, teori ini mencadangkan lima langkah kognitif yang melibatkan proses-proses berikut: (i) perkataan yang relevan dipiih melalui ingatan sensori untuk diproses dalam ingatan kerja verbal. Jumlah maklumat verbal yang diproses adalah terhad, (ii) imej yang relevan dipiih melalui ingatan sensori untuk diproses dalam ingatan kerja visual. Jumlah maklumat visual yang diproses adalah terhad, (iii) menyusun pecahan perkataan yang dipilih kepada struktur yang logik di dalam ingatan kerja mod verbal, (iv) menyusun pecahan imej yang dipilih kepada struktur visual yang logik di dalam ingatan kerja mod visual, dan (v) mengintegrasikan perwakilan visual dan perwakilan verbal dengan pengetahuan sedia ada pelajar. Model Pemprosesan Maklumat Model pemprosesan maklumat Gagne (1985) menerangkan proses kognitif yang berlaku semasa individu belajar. Ia mengkelaskan ingatan manusia kepada tiga bahagian utama, iaitu: (i) ingatan deria atau sensori, (ii) ingatan jangka pendek atau ingatan kerja, dan (iii) ingatan jangka panjang. Ingatan deria atau sensori menerima rangsangan atau stimuli dari luar. Memandangkan terlalu banyak rangsangan yang diterima, maka ianya perlu diproses terlebih dahulu. Untuk maklumat tersebut diproses, ianya mesti menarik perhatian individu tersebut supaya perhatian dapat diberikan kepadanya. Dalam proses penerimaan ini, memori akan terhasil tetapi hanya untuk satu tempoh yang singkat. Bagi membolehkannya dipindahkan ke peringkat seterusnya iaitu ke ingatan jangka pendek, individu perlu memberi perhatian terhadap input tersebut, dan perhatian akan lebih diberikan sekiranya perkara tersebut adalah dalam bentuk atau corak yang difahaminya. Setelah memilih data untuk dihantar ke ingatan jangka pendek, ia akan disimpan di situ untuk beberapa saat. Jika dalam tempoh beberapa saat ini individu berkenaan mula untuk memanipulasi data tersebut, maka sekurang-kurangnya sebahagian data tersebut boleh dikekalkan seketika. Ingatan jangka pendek ini akan menyimpan data berkenaan supaya proses asimilasi dan akomodasi maklumat baru ke ingatan jangka panjang dapat dilaksanakan. Maklumat baru selepas proses ini kemudiannya akan disimpan dalam ingatan jangka panjang dan ia seterusnya boleh dicapai untuk digunakan. TUJUAN KAJIAN Kajian ini dijalankan bagi melihat perbezaan dari segi pencapaian pelajar-pelajar yang menerima koswer menggunakan mod hipermedia berbanding pencapaian pelajar yang menjalani koswer pembelajaran mod linear. Di samping itu, ia turut ingin melihat perbezaan pencapaian antara kumpulan pelajar gaya pembelajaran visual dan pelajar verbal dalam kedua-dua kumpulan hipermedia dan linear. METODOLOGI PENYELIDIKAN Reka bentuk penyelidikan yang digunakan ialah Reka bentuk Eksperimen Kuasi dengan menggunakan faktorial 2 x 2 yang melibatkan kumpulan rawatan dan kumpulan kawalan yang menjalani Ujian Pra dan Ujian Pasca. Reka bentuk eksperimen ini akan melihat mod koswer sebagai pembolehubah bebas iaitu yang menggunakan mod hipermedia dan mod linear. Pembolehubah moderator pula merupakan gaya pembelajaran pelajar sama ada visual atau verbal. Pembolehubah bersandar merujuk kepada pembolehubah pencapaian pelajar (gainskor) yang diukur melalui Ujian Pra dan Ujian Pasca. Sampel kajian ini merupakan pelajar-pelajar Tingkatan Satu seramai 100 orang yang dipilih secara rawak dari dua buah sekolah menengah di negeri Perak Darul Ridzuan yang mempunyai kemudahan makmal komputer dan sistem komputer. Seramai 50 orang pelajar dipilih secara rawak sebagai kumpulan rawatan menggunakan koswer hipermedia dan sebahagian lagi iaitu seramai 50 orang menggunakan koswer menggunakan mod linear. Sampel kajian ini sedang mengikuti kelas Literasi Komputer dan agak mahir mengendalikan peralatan sistem komputer. Semasa menggunakan koswer kajian, sampel mengikuti kelas Literasi Komputer seperti biasa dan tidak dimaklumkan bahawa mereka dijadikan sampel kajian

Page 4: KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang ... lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis ...

813 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Ujian pra dan ujian pasca mengandungi 20 item aneka pilihan dan ia dibina untuk menguji pencapaian pelajar dalam tajuk Pengenalan Kepada Komputer bagi mata pelajaran Literasi Komputer Tingkatan 1. Item-item ini disemak dua orang guru yang mempunyai pengalaman mengajar Literasi Komputer selama lebih daripada tujuh tahun. Masa yang diperuntukkan bagi setiap ujian ini adalah selama 25 minit. Perbezaan skor atau gainskor antara ujian pasca dan ujian pra ini dijadikan sebagai ‘pencapaian pelajar’ yang juga merupakan pembolehubah bersandar kajian ini. Instrumen kajian bagi mengenalpasti gaya pembelajaran pelajar sama ada secara verbal atau visual adalah menggunakan soal selidik Index of Learning Style yang dibangunkan oleh Felder dan Soloman (1988). Soal selidik ini mengandungi 18 item yang telah diubahsuai oleh penyelidik. Item-item soal selidik ini telah disemak oleh guru pakar Bahasa Melayu untuk menilai dari segi tatabahasa dan juga disemak oleh guru pakar Bahasa Inggeris untuk memastikan item soal selidik yang diterjemah oleh penyelidik selari dengan item asal. Ujian rintis terhadap soal selidik ini dijalankan ke atas 30 orang pelajar. Dua versi koswer instruksi bagi topik Pengenalan kepada Komputer dalam mata pelajaran Literasi Komputer Tingkatan 1 telah dibangunkan oleh penyelidik. Topik ini terdiri daripada dua komponen utama iaitu (i) Apakah dia komputer? dan (ii) bahagian-bahagian utama sistem komputer. Kedua-dua versi mengandungi isi kandungan yang sama, tetapi ia berbeza dari segi mod persembahan isi kandungan koswer yang digunakan. Versi pertama memaparkan isi kandungan secara linear, sementara versi kedua memaparkan isi kandungan dalam bentuk hipermedia. Koswer mod hipermedia memanipulasikan konsep pautan di mana gambar dan teks yang relevan atau sukar difahami akan dipautkan ke bahagian yang berkaitan di samping menggunakan butang bagi setiap sub topik. Peta navigasi disediakan untuk memudahkan pengguna memilih topik-topik yang dikehendaki. Koswer mod linear pula akan menggunakan konsep berturutan di mana maklumat dipaparkan secara urutan bagi topik-topik tertentu. Butang-butang bagi setiap topik disediakan untuk pelajar memilih topik tertentu dan butang menu untuk pergi ke menu utama. PROSEDUR KAJIAN Seramai 100 orang pelajar dipilih secara rawak dari dua buah sekolah dengan pecahan 50 orang bagi setiap sekolah. Mereka kemudiannya diberi soal selidik Index of Learning Style untuk dijawab dalam masa 15 minit. Di setiap sekolah, pelajar ditentukan gaya pembelajaran masing-masing dan jumlah pelajar dari dua kumpulan gaya pembelajaran ini dipecahkan kepada dua kumpulan iaitu yang mengikuti koswer mod hipermedia atau mod linear. Ujian pra kemudiannya ditadbir di mana mereka dikehendaki menjawab soalan-soalan yang dikemukakan selama 25 minit. Seterusnya, penerangan diberikan kepada pelajar tentang prosedur pembelajaran melalui koswer. Setiap kumpulan menjalani pembelajaran berbantukan koswer mod hipermedia atau mod linear selama satu jam. Setiap pelajar menjalankan proses pembelajaran melalui koswer ini secara individu. Akhirnya, selepas mengikuti pembelajaran melalui koswer, ujian pasca dijalankan selama 25 minit. DAPATAN DAN PERBINCANGAN Ujian-t telah dijalankan terhadap data ujian pra bagi menguji samada terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan kawalan (mod linear) dan kumpulan rawatan (mod hipermedia) sebelum rawatan dijalankan. Keputusan ujian ini menunjukkan tidak terdapat perbezaan signifikan (nilai-t: 1.88, p: 0.063) dalam pencapaian ujian pra antara kumpulan kawalan (N: 50; min: 34.00) dengan kumpulan rawatan (N: 50, min: 37.30). Dapatan ini menunjukkan bahawa sampel kajian adalah homogenous atau setara dari segi pencapaian sebelum rawatan dijalankan. Jadual 2 menunjukkan statistik deskriptif dan analisis ujian-t data gainskor bagi kedua-dua kumpulan mod persembahan serta kumpulan gaya pembelajaran. Aras keertian bagi kajian ini telah ditetapkan pada 0.05.

Page 5: KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang ... lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis ...

814 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Jadual 2: Statistik Deskriptif dan Analisis Ujian-t gainskor kumpulan-kumpulan kajian

Persoalan Kajian

Mod Persembahan/

Gaya Pembelajaran

n Min SD t Nilai-p

Keputusan

RQ1 Mlinear

vs. Mhipermedia

Hipermedia Linear

50 50

16.10 9.20

9.11 7.09

4.23

0.00

Signif.

RQ2 Mvisual

vs Mverbal

Visual Verbal

60 40

15.17 8.88

8.49 8.05

3.71

0.00

Signif.

RQ3 Mvisual-hipermedia

vs Mvisual-linear

Visual-hipermedia Visual-linear

30 30

19.67 10.67

7.98 6.39

4.82

0.00

Signif.

RQ4 Mverbal-hipermedia

vs Mverbal-linear

Verbal-hipermedia

Verbal-linear

20 20

10.75 7.00

8.16 7.68

1.50

0.14

Tidak signif.

RQ5 Mvisual-hipermedia

vs Mverbal-hipermedia

Visual-hipermedia

Verbal-hipermedia

30 20

19.67 10.75

7.98 8.16

3.84

0.00

Signif.

* aras signifikan pada 0.05 Persoalan Kajian 1: Adakah terdapat perbezaan signifikan dari segi pencapaian pelajar yang menerima koswer mod hipermedia berbanding mereka yang menggunakan koswer mod linear? Analisis data dalam Jadual 2 menunjukkan kumpulan mod hipermedia memperolehi pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan berbanding kumpulan mod linear (t: 4.23, p<0.05; Mhipermedia: 16.10; Mlinear :9.20). Dapatan ini membuktikan koswer mod hipermedia berupaya meningkatkan kefahaman dan pencapaian pelajar tentang topik Pengenalan Asas Komputer. Peningkatan ini kerana koswer mod hipermedia mempunyai elemen-elemen pemudah carian dan capaian maklumat dalam bentuk jaringan dan ini lebih membantu dalam pembelajaran. Ikon pautan yang digunakan tidak terhad kepada penggunaan butang menu sahaja tetapi meliputi ikon visual, teks dan peta navigasi. Sebarang masalah untuk memahami sesuatu istilah, proses, komponen dan sebagainya dapat terus dicapai oleh pelajar dengan mudah dan cepat. Koswer hipermedia dalam kajian ini memanafaatkan keseluruhannya penggunaan elemen-elemen hipermedia tersebut bagi membantu pelajar memudahkan pencarian maklumat dalam persekitaran yang terhad, di mana akses pelajar hanyalah terhadap bahan yang terkandung dalam CD-ROM yang disediakan. Ini bermakna, tiada pautan ke sumber luar sama ada dalam bentuk networking atau Internet. Dapatan ini adalah selari dengan dapatan Jonassen dan Reeves (1996) iaitu penggunaan hipermedia sebagai alat kognitif dapat memberi peluang kepada pelajar untuk membina pemahaman mereka sendiri dalam pembelajaran. Kajian ini mendapati, elemen-elemen hipermedia yang digunakan dalam koswer ini dapat membantu pelajar memudahkan pencarian maklumat serta membentuk cara belajar mereka sendiri. Persoalan Kajian 2: Adakah terdapat perbezaan signifikan dari segi pencapaian pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran visual berbanding pencapaian pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran verbal dalam persekitaran pembelajaran berasaskan multimedia? Dapatan dalam Jadual 2 menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian antara kumpulan pelajar yang berbeza gaya pembelajaran (nilai-t : 3.71, <0.05, Mvisual : 15.17; Mverbal : 8.88). Kumpulan pelajar gaya pembelajaran visual didapati memperolehi pencapaian lebih baik secara signifikan berbanding pencapaian kumpulan

Page 6: KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang ... lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis ...

815 1st International Malaysian Educational Technology Convention

pelajar bergaya verbal. Menurut Felder dan Silverman (1988), pelajar gaya visual dapat mengingati sesuatu lebih baik melalui apa yang mereka lihat seperti gambar, diagram, carta, filem dan animasi. Kecenderungan pembelajaran mereka adalah memanafaatkan elemen-elemen visual dan melaluinya mereka mudah memahami dan mengingati fakta-fakta yang dinyatakan. Koswer multimedia yang digunakan kajian ini sebahagiannya menggunakan elemen-elemen visual seperti gambar, animasi dan carta untuk menerang dan menggabungkan konsep tertentu memberi kesan yang lebih baik kepada pelajar gaya visual. Pelajar gaya verbal sukar memproses maklumat dalam bentuk visual memandangkan kumpulan pelajar ini lebih memahami sesuatu melalui maklumat yang disampaikan dalam bentuk teks atau pertuturan. Oleh itu, kajian ini membuktikan bahawa bentuk penyampaian maklumat samada secara visual atau verbal mempunyai perkaitan dengan pencapaian kognitif pelajar dalam memberi maklumbalas semasa proses pembelajaran berlaku. Persoalan Kajian 3: Adakah terdapat perbezaan signifikan dari segi pencapaian kumpulan pelajar gaya visual yang menerima koswer mod hipermedia berbanding pencapaian pelajar visual yang menggunakan koswer mod linear? Jadual 2 menunjukkan terdapat perbezaan signifikan antara kumpulan pelajar visual yang menerima mod hipermedia dengan kumpulan pelajar visual yang menerima mod linear (nilai-t : 4.82, p<0.05, Mvisual-hipermedia : 19.67; Mvisual-linear : 10.67). Dapatan ini menunjukkan bahawa dalam kalangan pelajar gaya pembelajaran visual, mereka yang menerima mod hipermedia memperolehi pencapaian yang lebih baik secara signifikan berbanding rakan mereka yang menerima mod linear. Dapatan ini memberi tanggapan bahawa pelajar gaya visual dapat belajar dengan lebih berkesan dengan persekitaran koswer mod hipermedia berbanding kumpulan pelajar yang sama belajar dengan mod linear. Walaupun kedua-dua mod koswer menggunakan visual sebagai penyampaian maklumat, namun kesan hipermedia memberikan kemudahan pelajar untuk meneroka dan memperoleh maklumat dengan lebih baik, cepat dan tepat. Walaupun kadangkala penggunaan hiperteks secara tidak terkawal boleh menyukarkan pelajar, pautan yang betul dan penggunaan butang kembali kepada skrin asal berkesan membantu pelajar. Tambahan pula, peta navigasi disediakan bagi membantu pelajar mencari skrin maklumat yang diperlukan. Menurut Allen (2003), struktur navigasi dalam e-pembelajaran bukan setakat memberikan peluang kepada pelajar pergi dari satu skrin ke skrin lain tetapi kemudahan navigasi sebagai komponen pelengkap dalam pengalaman pembelajaran. Kemudahan ini bukan sahaja meningkatkan mod persembahan dan sebagai komponen interaktif tetapi juga melengkapkan pengalaman pembelajaran secara terus dengan membenarkan pelajar untuk membanding dan membuat penerokaan. Bagi koswer mod linear, walaupun maklumat yang disampaikan kebanyakannya dalam bentuk visual, namun kesukaran mencari maklumat yang berkaitan membantutkan proses pembelajaran. Dalam sesuatu topik atau sub topik yang dipaparkan, terdapat istilah yang sukar difahami oleh pelajar dan terpaksa mengambil masa untuk mencari maklumat dalam persekitaran paparan skrin koswer yang berurutan. Sebaliknya koswer mod hipermedia adalah lebih mudah di mana disediakan sistem pautan untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan. Dapatan ini selari dengan kajian yang telah dijalankan oleh Webster dan Ahuja (2006) serta Tsandilas dan Schraefel (2004), yang mendapati sistem navigasi meningkatkan pencarian maklumat pelajar dengan lebih efisien. Persoalan Kajian 4: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian kumpulan pelajar gaya pembelajaran verbal yang menerima koswer pembelajaran menggunakan mod hipermedia berbanding pelajar verbal yang menjalani pembelajaran menggunakan koswer pembelajaran mod linear? Jadual 2 menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian antara kumpulan pelajar verbal yang menerima mod hipermedia dengan pencapaian kumpulan pelajar verbal yang menerima mod linear (nilai-t : 1.50 , p : 0.14, Mverbal-hipermedia : 10.75; Mverbal-

linear : 7.00). Dapatan ini menunjukkan bahawa dalam kalangan pelajar yang mempunyai gaya pembelajaran verbal, mereka yang menerima rawatan mod hipermedia memperolehi pencapaian yang hampir sama berbanding rakan mereka yang menerima mod linear. Berdasarkan dapatan ini, koswer yang banyak menggunakan imej atau visual kurang memberi kesan kepada pembelajaran pelajar gaya verbal. Walaupun tidak signifikan, pelajar

Page 7: KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang ... lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis ...

816 1st International Malaysian Educational Technology Convention

gaya verbal yang menggunakan koswer mod hipermedia menunjukkan pencapaian yang lebih baik berbanding pelajar gaya verbal yang menggunakan koswer mod linear. Pencapaian yang lebih baik ini disebabkan koswer mod hipermedia menyediakan kemudahan akses maklumat yang lebih mudah dan cepat. Persoalan Kajian 5: Adakah terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian kumpulan pelajar gaya pembelajaran visual yang menerima koswer pembelajaran menggunakan mod hipermedia berbanding kumpulan pelajar gaya pembelajaran verbal yang menjalani pembelajaran menggunakan koswer yang sama? Berdasarkan Jadual 2, adalah didapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan dari segi pencapaian antara kumpulan pelajar visual yang menerima mod hipermedia dengan pencapaian kumpulan pelajar verbal yang menerima mod yang sama (nilai-t : 3.84 , p<0.05, Mvisual-hipermedia : 19.67; Mverbal-hipermedia : 10.75). Dapatan ini menunjukkan bahawa dalam kalangan pelajar yang menerima mod hipermedia, mereka yang memiliki gaya pembelajaran visual telah memperolehi pencapaian yang lebih tinggi secara signifikan berbanding rakan mereka yang memiliki gaya pembelajaran verbal. Pencapaian yang lebih baik ini disebabkan bentuk persembahan koswer mod hipermedia yang banyak menggunakan gambar dan jadual untuk menerangkan tentang Sistem Komputer selari dengan gaya belajar pelajar visual yang lebih cenderung kepada paparan visual. Butang-butang pautan juga banyak menggunakan imej atau ikon untuk kemudahan pengguna. Berbanding dengan gaya belajar pelajar verbal yang lebih cenderung kepada teks, lisan dan pertuturan, bahan pembelajaran yang berasaskan gambar kurang memberikan kesan. Kajian Felder dan Brent (2005) menunjukkan suasana pembelajaran yang berkesan akan berlaku bila gaya pengajaran sepadan dengan gaya pembelajaran pelajar berbanding keadaan sebaliknya berlaku jika bentuk pengajaran tidak selari dengan gaya belajar pelajar. Kandungan dan paparan bahan pembelajaran perlu mengambil kira kecenderungan pelajar supaya pencapaian pelajar bertambah baik. KESIMPULAN Kajian menunjukkan koswer yang menggunakan struktur hipermedia yang memberikan kuasa kawalan kepada pengguna dan membenarkan pengguna berinteraksi dengan bahan pembelajaran mampu menjadi bahan pembelajaran yang berkesan. Pelbagai bentuk pautan yang disediakan samada butang, ikon gambar, teks, frasa atau ayat memberikan peluang seluas-luasnya kepada pelajar untuk meneroka di samping disediakan butang kembali dan peta navigasi untuk mengelak pelajar ‘tersesat’ serta memudahkan pelajar mencari maklumat dari sub topik tertentu. Keadaan ini tidak mengongkong pelajar dan secara tidak langsung menimbulkan minat pelajar untuk belajar berbanding koswer mod linear yang memerlukan mereka mendapatkan maklumat secara urutan dan kurang merangsang minat belajar. Namun begitu, keberkesanan penggunaan struktur hipermedia ini bergantung kepada reka bentuknya yang menepati keperluan pelajar dan bersandarkan kepada teori-teori yang sesuai. Kajian juga menunjukkan bahawa keberkesanan sesuatu cara dan kaedah pembelajaran bergantung kepada bagaimana seseorang itu belajar. Sekiranya gaya pembelajaran pelajar selari dengan kaedah dan bentuk bahan pembelajaran yang sesuai, pendekatan yang dapat diterima oleh pelajar ini akan memberi kesan yang positif terhadap pencapaian mereka. Oleh itu faktor gaya pembelajaran pelajar yang pelbagai harus diambilkira dalam mereka bentuk dan membangunkan sesuatu bahan instruksi seperti koswer multimedia.

RUJUKAN Allen, M.W. (2003). Michaael Allen’s guide to e-learning. Hoboken, NJ: John Wiley & Sons Baddeley, A.D. (1992). Working memory. Science, 255, 556-559. Clark, J.M. & Paivio, A. (1991). Dual coding theory and education. Educational Psychology

Review, 3, 149-210 Chandler, P. & Sweller, W. (1991). Cognitive load theory and the format of instruction.

Cognition and Instruction, 8, 293-332. Felder, R.M. (1993). Reaching the second tier: Learning and teaching styles in college

science education. Journal of College Science Teaching, 23(5). 286-290. Felder, R.M. & Brent, R. (2005). Understanding student differences. Diakses pada 25 Feb.

2007 dari www4.ncsu.edu/unity/lockers/users/f/felder/public/Papers/ Understanding_Differences.pdf

Page 8: KESAN KOSWER INTERAKTIF BERKONSEPKAN … · Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris yang ... lebih baik melalui pendengaran dan perkataan bertulis ...

817 1st International Malaysian Educational Technology Convention

Felder, M.R. & Silverman, L.K. (1988). Learning and teaching styles in engineering education. Engineering Education, 78(7), 674-681 (1988).

Felder, R.M. & Soloman, B.A. (1988). Index of Learning Styles, Diakses pada 5 Ogos 2007 dari www.engr.ncsu.edu/learningstyles/ilsweb.html

Gagne, R.M. (1985). The conditions of learning (4th ed.). New York: Holt, Rinehart & Winston. Jonassen, D. H. & Reeves, T. C. (1996). Learning with technology: Using computers as

cognitive tools. Dalam D. H. Jonassen (Ed.), Handbook of Research for Educational Communications and Technology (pp. 693-719). New York, NY: Mc Millan

Mayer, R.E. (2001). Multimedia learning. Cambridge, UK: Cambridge University Press. Reiber, L.P. (1994). Computers, graphics, and learning. Dubuque, LA: Brown

Communications. Sweller, W. (1999). Instructional design in technical areas. Australia: ACER Press. Tsandilas, T. & Schraefel, M.C. (2004). Usable adaptive hypermedia systems. Toronto:

University of Toronto. Webster, J. & Ahuja, J.S. (2006). Enhancing the design of web navigation systems. Diakses

pada 15 Okt. 2006 dari www.ebscohost.com/ehost.pdf