Kesan Masalah Bahasa Dan Komunikasi Terhadap an Kanak-kanak

download Kesan Masalah Bahasa Dan Komunikasi Terhadap an Kanak-kanak

of 2

Transcript of Kesan Masalah Bahasa Dan Komunikasi Terhadap an Kanak-kanak

KESAN MASALAH BAHASA DAN KOMUNIKASI TERHADAP PERKEMBANGAN KANAK-KANAK.

Bahasa adalah lambang lambang yang dijadikan sebagai simbol-simbol khusus untuk mewakili sesuatu. ( Reed,C.A,1994) Lambang lambang pertuturan yang dikeluarkan secara sewenang-wenang dan dipersetujui dan digunakan untuk berkomunikasi. ( Bloom,1988) Daripada pendapat yang diberikan ini bolehlah kita rumuskan betapa pentingnya bahasa untuk kita berkomunikasi dan digunakan dalam kehidupan seharian. Terdapat beberapa kesan masalah bahasa dan komunikasi terhadap perkembangan kanakkanak.Anataranya ialah: 1. Kanak-kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi akan bertindak balas secara tidak konsisten terhadap bunyi atau percakapan. 2. Mempunyai tumpuan singkat walaupun terhadap perkara yang diminati. 3. Belum bercakap walaupun sudah mencapai umur 2 tahun dan pertuturan yang tidak difahami walaupun sudah berumur 3 tahun serta pertuturan yang tidak lancar walaupun berumur 5 tahun. 4. Kadang-kadang tidak menunjukkan sebarang reaksi( blank) ketika orang lain bercakap dengannya.Berbanding dengan kanak-kanak lain, kanak kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi menghadapi masalah-masalah seperti sukar mengikut arahan,sukar untuk bercakap tentang sesuatu,sukar menyebut perkataan serta gagal memahami arahan. 5. Kerap memberi jawapan yang tidak sesuai dan menunjukkan masalah memahami apa yang didengari. 6. Selain itu kanak kanak yang mempunyai masalah bahasa dan komunikasi ini sukar mengingat kembali perkataan dan daya ingatan yang lemah untuk mengingat maklumat yang telah diterima serta agak ketinggalan banyak bunyi awalan dalam pertuturan walaupun sudah berumur 3 tahun dan kebanyakan bunyi bunyi pertuturan terdiri dari bunyi vocal sahaja. 7. Bunyi bunyi akhir ditinggalkan. 8. Sukar memaklumkan maklumat kepada orang lain dan sukar menggunakan bahasa untuk memenuhi kehidupan seharian. 9. sukar menggunakan ayat yang betul dan lengkap dan rasa malu tentang pertuturannya.

10. Menghasilkan mesej yang kompleks dari segi sintaksis. 11. Sukar memahami perkataan yang mempunyai pelbagai makna dan tidak boleh memahami bahasa humor,kiasan atau arahan yang tersirat. 12. Kanak kanak di dalam golongan ini tidak boleh menunjukkan tingkah laku yang sesuai dan tidak boleh memberi perhatian dan kerjasamadalam kumpulan serta menolak interaksi sosial.