Kesan pembakaran hutan

1
Nama: Tingkatan : Kesan pembakaran hutan Pembakaran hutan berlaku kerana kilat, pertanian pindah dan pembukaan hutan untuk pertanian komersial. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia. Pembakaran hutan akan menyebabkan pencemaran udara. Gas karbon dioksida, monoksida, wap air dan hidrokarbon yang lain akan terapung di udara. Jika gas terdapat dalam kuantiti yang banyak ia akan menyebabkan berlakunya jerebu seterusnya akan menyebabkan pencemaran udara Selain itu juga pembakaran hutan juga akan meningkatkan suhu bumi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan di kawasan hutan merupakan liputan hijau yang melindungi permukaan bumi dari sinaran matahari secara langsung. Oleh itu pembakaran hutan menyebabkan tumbuhan tidak dapat berfungsi sebagai pelindung sinaran matahari seterusnya akan menyebabkan peningkatan suhu di sesuatu kawasan yang mengalami kebakaran hutan. Di samping itu juga, pembakaran hutan juga memberi kesan negatif kepada manusia iaitu ekonomi sesuatu negara akan merosot. Hal ini kerana, hutan mempunyai banyak kayu keras seperti cengal, meranti, dan sebagainya. Oleh itu, sesuatu negara itu tidak dapat menjalankan aktiviti eksport kayu balak tersebut jika hutan dibakar secara berleluasa seterusnya menyebabkan ekonomi negara tersebut akan merosot. Selain itu juga pembakaran hutan akan menyebabkan kesihatan manusia akan terganggu. Hal ini disebabkan pembakaran hutan akan menyebabkan berlakunya jerebu. Gas-gas jerebu akan menyerang paru-paru dan saluran pernafasan manusia. Selain itu juga ia juga menyebabkan sakit mata dan penyakit kulit. Soalan Berdasarkan maklumat diatas, sediakan satu peta minda yang ringkas tentang kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia yang disebabkan oleh kesan pembakaran hutan?

Transcript of Kesan pembakaran hutan

Page 1: Kesan pembakaran hutan

Nama: Tingkatan :

Kesan pembakaran hutan

Pembakaran hutan berlaku kerana kilat, pertanian pindah dan pembukaan hutan untuk pertanian komersial. Keadaan ini memberi kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia.

Pembakaran hutan akan menyebabkan pencemaran udara. Gas karbon dioksida, monoksida, wap air dan hidrokarbon yang lain akan terapung di udara. Jika gas terdapat dalam kuantiti yang banyak ia akan menyebabkan berlakunya jerebu seterusnya akan menyebabkan pencemaran udara

Selain itu juga pembakaran hutan juga akan meningkatkan suhu bumi. Hal ini kerana tumbuh-tumbuhan di kawasan hutan merupakan liputan hijau yang melindungi permukaan bumi dari sinaran matahari secara langsung. Oleh itu pembakaran hutan menyebabkan tumbuhan tidak dapat berfungsi sebagai pelindung sinaran matahari seterusnya akan menyebabkan peningkatan suhu di sesuatu kawasan yang mengalami kebakaran hutan.

Di samping itu juga, pembakaran hutan juga memberi kesan negatif kepada manusia iaitu ekonomi sesuatu negara akan merosot. Hal ini kerana, hutan mempunyai banyak kayu keras seperti cengal, meranti, dan sebagainya. Oleh itu, sesuatu negara itu tidak dapat menjalankan aktiviti eksport kayu balak tersebut jika hutan dibakar secara berleluasa seterusnya menyebabkan ekonomi negara tersebut akan merosot.

Selain itu juga pembakaran hutan akan menyebabkan kesihatan manusia akan terganggu. Hal ini disebabkan pembakaran hutan akan menyebabkan berlakunya jerebu. Gas-gas jerebu akan menyerang paru-paru dan saluran pernafasan manusia. Selain itu juga ia juga menyebabkan sakit mata dan penyakit kulit.

Soalan

Berdasarkan maklumat diatas, sediakan satu peta minda yang ringkas tentang kesan negatif kepada alam sekitar dan manusia yang disebabkan oleh kesan pembakaran hutan?