Kesan pembuangan sisa industri

6
Kesan Pembuangan Sisa Industri Pencemaran: kemasukan bahan pencemaran seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam & ekosistem, serta mengganggu ameniti & penggunaan halal alam sekitar. Bentuk Pencemaran Terdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi: Pencemaran Udara , iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klurofluorokarbon(CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri. Pencemaran air, seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik. Pencemaran Tanih, iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan. Pencemaran Radioaktif , iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling. Pencemaran Bunyi , yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB. Pencemaran Cahaya yang disebabkan penyinaran(iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar. Pencemaran Terma , iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dan papan iklan, Pencemaran Visual , iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam.

Transcript of Kesan pembuangan sisa industri

Page 1: Kesan pembuangan sisa industri

Kesan Pembuangan Sisa IndustriPencemaran: kemasukan bahan pencemaran seperti bahan kimia, hingar, haba, cahaya dan tenaga ke dalam alam sekitar yang mengakibatkan kesan yang memusnahkan sehingga membahayakan kesihatan manusia, mengancam sumber alam & ekosistem, serta mengganggu ameniti & penggunaan halal alam sekitar.Bentuk PencemaranTerdapat beberapa bentuk pencemaran yang mengancam bumi:Pencemaran Udara, iaitu pembebasan bahan kimia berbahaya atau benda asing lain ke dalam atmosfera. Contoh-contoh bahan pencemar termasuk karbon monoksida, sulfur dioksida, klurofluorokarbon(CFC), nitrogen dioksida yang dikeluarkan oleh kenderaan dan kilang industri.Pencemaran air,seperti kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau fenomena eutropikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya sama ada dari segi biologi, kimia atau fizik.Pencemaran Tanih,iaitu peresapan bahan kimia bahaya seperti logam berat, hidrokarbon dan racun serangga ke dalam tanih, sehingga terjadinya pertukaran warna, kesuburan dan hakisan.Pencemaran Radioaktif, iaitu pelepasan bahan radioaktif ke dalam alam sekeliling.Pencemaran Bunyi, yang disebabkan hingar jalan raya, pesawat dan industri, biasanya melebihi 80 dB.Pencemaran Cahayayang disebabkan penyinaran(iluminasi) lebihan, lazimnya di bandar besar.Pencemaran Terma, iaitu perubahan suhu akibat kegiatan manusia, seperti penggunaan air sebagai bahan pendingin dan papan iklan,Pencemaran Visual, iaitu pemusnahan alam fizikal dan penghakisan keindahan alam. Ia termasuk sampar tebiar dan papa iklan.

Page 2: Kesan pembuangan sisa industri

Kesan Pembuangan Bahan Sisa Industri Terhadap Alam SekitarTakrifan pencemaran yang lebih bermaklumat adalah menurut Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 yang menyatakan bahawa pencemaran adalah sebarang perubahan sama ada secara lansung/tidak lansung kepada sifat-sifat fizik, kimia, biologi/aras sinaran mana-mana bahagian alam sekeliling dengan melepaskan, mengeluarkan/meletakkan keadaan berbahaya atau mungkin berbahaya kepada kesihatan, keselamatan/kebajikan awam atau organisma organisma lain, tumbuhan & haiwan.Cara berlaku pencemaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu pencemaran oleh faktor semula jadi, seperti akibat bencana alam dan pencemaran oleh faktor manusia. Pencemaran ini juga disebabkan sikap segelintor golongan manusia yang tidak mempunyai sikap bertanggungjawab cinta akan negara.Objektif ProjekMenyenaraikan jenis-jenis pencemaran.Mengenalpasti aktiviti perkilangan yang merupakan punca pencemaran.Menerangkan kesan pembuangan bahan sisa industri yang berleluasa.Menjelaskan kesan pembuangan bahan industri yang tidak terkawal dan tidak teratur.Mengenalpasti bahan pencemar yang dihasilkan melalui perindustrian.Menyenaraikan maklumat tentang langkah-langkah pengawalan yang perlu diambil untuk mengatasi masalah pencemaran yang berlaku.Mengetahui tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar.

Page 3: Kesan pembuangan sisa industri

KESAN PEMBAKARAN BAHAN API FOSIL.1. Korbon monoksida mengurangkan keupayaan sel darah merah mengangkut oksigen meyebabkan sakit kepala, keletihan, kerosakan minda, membawa maut.2. Sulfur dioksida dan nitrogen dioksida larut dalam air hujan, hujan asid akan berlaku. Hujan asid memusnahkan hutan dan ekosistem akuatik.3. Karbon dioksida dan gas rumah hijau yang tinggi dalam atmosfera menyebabkan pemanasan global.Cara Mengatasi~ Memasang cerobong asap yang tinggi

KESAN INDUSTRI SISA TOKSIK1. Logam berat seperti merkuri merosakkan otak dan ginjal. Logam ini juga menyebabkan kecacatan pada bayi.2. Kawalan yang tidak cekap membahayakan nyawa manusia.3. Pendedahan kepada toksik seperti merkuri menyebabkan masalah penyakit saraf, masalah pergerakan, kehilangan selera makan, masalah pendengaran dan penglihatan.

Cara Mengatasi~ Proses biologi ( Tindak balas mikroorganisma menghuraikan komponen organik kepada karbon dioksida, air dan sisa organik lain dalam sisa berkenaan) ~ Proses fisiko-kimia ( Pencampuran bahan penambah tertentu dengan sisa untuk menghadkan perebakan sisa dan kurangkan tahap ketoksikan sisa contohnya; pengekstrakan wap tanah, penyerapan karbon & pengoksidaan oksigen)~ Proses terma (penimbusan tanah ke atas sisa toksik supaya pelepasan bahan pencemar kepersekitaran dapat diminimumkan. 

Page 4: Kesan pembuangan sisa industri

KESAN SISA INDUSTRI PERTANIAN1. Pendedahan kepada pestisid dalam jangka masa yang panjang menyebabkan kanser dan kecacatan pada bayi. 2. Baja berlebihan menyebabkan eutrofikasi (pertumbuhan alga yang pesat di dalam tasik @ sungai yang disebabkan oleh pembajaan berlebihan)3. Pembuangan sisa organik menggalakan pembiakan vektor penyakit seperti tikus dan lalat. Gas metana akan dibebaskan apabila sisa organik diuraikan oleh mikroorganisma.

Cara Mengatasi~ Sisa indutri pertanian boleh digunakan semula oleh industri yang lain. Contohnya sisa organik daripada pemprosesan kelapa boleh digunakan untuk membuat perabot~ Penguatkuasaan undang-undang. Akta-Akta yang berkaitan dengan pengawalan sisa industri telah diluluskan oleh parlimen Malaysia antaranya, Akta Racun Makhluk Perosak.

PUNCA PENCEMARAN ALAM SEKITARPUNCA PENCEMARAN TERMASUKLAH PEMBAKARAN API FOSIL, SISA DARI INDUSTRI KIMIA, SISA RADIOAKTIF, DAN SISA PERTANIAN. AKTIVITI-AKTIVITI INI MENGHASILKAN BAHAN SISA SEBAGAI HASIL SAMPINGAN.

PENGURUSAN BAHAN SISA INDUSTRI YANG TIDAK CEKAP AKAN MENYEBABKAN PENCEMARAN ALAM SEKITAR DAN SETERUSNYA MENGANCAM KESIHATAN HIDUPAN SERTA MENYEBABKAN PELBAGAI MASALAH PERSEKITARAN BERLAKU SEPERTI HUJAN ASID, PEMANASAN GLOBAL, DAN EUTROFIKASI (PERTUMBUHAN ALGA YANG PESAT DI DALAM TASIK ATAU SUNGAI YANG DISEBABKAN OLEH PEMBAJAAN YANG BERLEBIHAN). PENCEMARAN ALAM SEKITAR MENJEJASKAN KESIHATAN MANUSIA.

Page 5: Kesan pembuangan sisa industri

KESAN-KESAN BURUK PEMBINAAN EMPANGAN

              Pembinaan empangan tidak semestinya membawa kebaikan sahaja. Tetapi disebaliknya terdapat kesan buruk pembinaan empangan yang wujud sebelum dan selepas pembinaan yang harus dipertimbangkan. Ia bukan sahaja memberikan kesan terhadap persekitaran pembinaannya tetapi boleh sehingga muara sungai. Antaranya kesan pembinaan empangan adalah

     Masalah sistem ekologi

 Kemusnahan hutan

Kepupusan dan gangguan flora dan fauna

Masalah antropogenik

Masalah perubahan mikrocuaca persekitaran

Masalah pencemaran

 

     

Page 6: Kesan pembuangan sisa industri