Kesan Penyalahgunaan Dadah (Sains)

22
KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2 PROGRAM PRA DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN SEMESTER 1 2015 SAINS A04 100 KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP KOORDINASI BADAN DAN KESIHATAN Disediakan oleh: Nama: Munirah Binti Yusoff
  • date post

    19-Nov-2015
  • Category

    Documents

  • view

    200
  • download

    13

description

folio sains

Transcript of Kesan Penyalahgunaan Dadah (Sains)

KOLEJ VOKASIONAL SUNGAI PETANI 2

PROGRAM PRA DIPLOMA PENGURUSAN PERNIAGAAN SEMESTER 1

2015

SAINS

A04 100

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP KOORDINASI BADAN DAN KESIHATAN

Disediakan oleh:

Nama: Munirah Binti Yusoff

No. K/Pengenalan: 981109-07-5040

Nama Pensyarah: Puan Sariah Binti RusliISI KANDUNGANBILTAJUKM/S

1PENDAHULUAN1

2DEFINISI2

3JENIS-JENIS DADAH,CONTOH DAN CIRI-CIRI/KESAN3-5

4KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH TERHADAP KOORDINASI BADAN DAN KESIHATAN6-7

5PERANAN BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PENYALAHGUNAAN DADAH8-9

6PERANAN PELAJAR UNTUK MEMASTIKAN MEREKA BEBAS DARIPADA DADAH10

7PERANAN IBU BAPA DAN AHLI MASYARAKAT UNTUK MEMBANTU MEMULIHKAN PENAGIH DADAH11

8KESIMPULAN12

9RUJUKAN13

PENDAHULUANDewasa ini, gejala penyalahgunaan dadah dalam kalangan masyarakat negara kita semakin serius dan tidak dapat dibendung lagi. Hal ini demikian kerana, dadah yang pada asalnya menjadi ubat penahan sakit sebenarnya tidak berbahaya jika tidak disalahgunakan. Dadah dapat didefinisikan sebagai sejenis bahan kimia, sama ada asli atau tiruan, apabila dimasukkan ke dalam tubuh secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.Masalah penagihan dadah merupakan masalah global yang dihadapi hampir semua Negara didunia. Bilangan penagih dadah semakin meningkat dari tahun ke tahun sehingga Malaysia mengisytiharkan dadah sebagai musuh Negara pada tahun 1983.

Menurut perangkaan yang dikeluarkan oleh Agensi Antidadah Kebangsaan, penagih dadah bukan sahaja melibatkan golongan dewasa tetapi melibatkan golongan remaja yang berusia 13 hingga 20 tahun. Golongan belia merupakan golongan terbesar yang didapati menagih dadah iaitu kira kira 70.54%. ini amat membimbangkan kerana mereka adalah bakal mewarisi kepimpinan negara pada masa akan datang.

1DEFINISIDadah merupakan satu istilah khas kepada sejenis bahan yang mendatangkan kemudaratan kepada kesihatan seseorang dari segi rohani(mental dan emosi) dan fizikal(jasmani) serta tingkah laku pengguna apabila digunakan . Selain itu, dadah juga bermaksud bahan yang digunakan untuk merawatpenyakit, mengurangkan simptom atau mengubasuai proseskimiadi dalam badan untuk tujuan-tujuan tertentu. Walau bagaimanapun, bukan semua bahan yang dimakan dianggap dadah. Misalnya,makananyang dimakan secara normal tidak dianggap sebagai dadah melainkan makanan tersebut diambil khas untuk tujuan tertentu (contohnya kafeina sebagai perangsang).Dari sudut agama, dadah juga dibincangkan secara khusus. Di dalam kitab suci Al-Quran, istillah Khamar yang diharamkan digunakan bagi semua bahan yang memabukkan atau boleh menghilangkan fikiran. Oleh yang demikian, dadah boleh dikategorikan sebagai satu daripada jenis Khamar kerana ia boleh memabukkan, mengkhayalkan, dan menyebabkan penagihan, dan pergantungan, perubahan tingkah laku, emosi, ragam dan pemikiran.

Secara umumnya, dadah bermaksud sebarang bahan kimia yang psikoaktif, samada berbentuk asli atau tiruan, apabila dimasukkan kedalam tubuh badan secara disuntik, dihidu, dihisap atau dimakan boleh mengubah fungsi tubuh badan seseorang atau organisma dari segi fizikal atau mental.Hal ini akan menyebabkan seseorang yang menggunakan dadah akan terus bergantung kepada dadah untuk meneruskan kehidupan mereka . 2

JENIS-JENIS DADAH

OpiatContoh : Candu,morfin,heroin dan kodein

Sejenis bahan perubatan untuk menidur atau melegakan kesakitan

CanabinoidContoh : Ganja ,hashish dan manjuana.

Semua bentuk dadah yang diperolehi daripada pokok genus canabis Tetra Hydrocannibol(TCH)

3

StimulanContoh : Phetamine kokain Sejinis daun koko,paste koka, freebase dan crack kokain .

DepreseoContoh : Methakualon,traquliser dan rohypnol Merupakan bahan perubatan ,ubat penenang untuk menukarkan sistem saraf pusat .

HalusinogenContoh : Lysergic acid,halluceno-genic mushroom,dietthylamide (LSD),trymethyltrp tamine (DMT) ,phenlyclidine(PCP) dan katamine . Merupakan dadah asli dan sintatik

Mengubah pandangan visual iaitu susah untuk membezakan yang benar atau tidak ,4

PsikotrapikContoh :Methamphetamine,amphetamine,Methylene Dioxymetham Phetamine(MDMA),dan pil ecstasy (XTC) . Merupakan dadah yang bertindak balas dengan otak dan merangsang fizikal .

InhalantContoh: Gam,ubat nyamuk ,minyak petrol,cat cair,thinner,cecair pemetik api,sprayrambut,krim pencuci,marker pen,dan lain-lain.

Tidak ditakrifkan sebagai dadah .

Walau bagaimanapun, Inhalant mempunyai banyak persamaan dengan dadah dari segi kesannya .

5

KESAN PENYALAHGUNAAN DADAH Dadah adalah bahan kimia yang boleh mengubah fungsi dan fisiologi badan

digunakan untuk merawat pesakit

penyalahgunaan berlaku bila digunakan selain dari tujuan perubatan

penyalahgunaan dadah boleh menyebabkan ketagihan dan menjejaskan kesihatan Jenis Dadah Kesan Buruk

Heroin & Morfin Mata & hidung berair

badan menggigil

ketagihan

berat badan menurun

koordinasi badan terjejas

mata menonjol

loya & muntah

cirirt-birit

kekejangan abdomen

tidak dapat tidur

Kokain Tidak dapat tidur

gangguan psikologi

LSD Depresi

Keinginan membunuh diri

Barbiturat Kekejangan yang boleh menyebabkan maut

Amfetamin Tidak dapat tidur

penyakit kulit

gangguan psikologi

6

7

PERANAN BADAN KERAJAAN DAN BUKAN KERAJAAN DALAM MENANGANI ISU PENYALAHGUNAAN DADAH Pihak kerajaan mengenakan hukuman yang berat.

Misalnya di berikan hukuman mati (gantung) bagi pengedar dadah. Hal ini adalah kerana tanpa pengedar dadah ini sudah tentu penagih akan sukar memperolehi bekalan dadah. Begitu juga kepada penagih dadah dikenakan hukuman yang berat. Sebagai contoh, hukuman bagi penyalahgunaan dadah jenis Syabu. Kesalahan mengedar dadah Syabu iaitu antara 20 gram hingga 50 gram (di bawah seksyen 3 (a) Akta Penyalahgunaan Dadah, Penggal 27). Hukuman minima adalah 20 tahun penjara dan 15 kali sebat dan hukuman maksima pula adalah 30 tahun penjara dan 15 kali sebat. Jika melebihi daripada 50 gram akan dikenakan hukuman mati (gantung). Manakala kesalahan bagi memakan dadah Sybu di bawah Seksyen 6 (b) Akta Penyalahgunaan Dadah Penggal 27, boleh dijatuhka hukuman maksima 10 tahun penjara atau $20,000.00 atau kedua-duanya sekali. Melaksanakan pendidikan untuk mencegah dari penyalahgunaan dadah.

Pihak yang berkenanaan sama ada kerajaan mahupun swasta dalam usaha untuk membanteras isu penyalahgunaan dadah perlu mengadakan pendidikan untuk mencegah.

Perlu mewujudkan kerjasama di antara orang awam dan kerajaan.

Hal ini bertujuan supaya sentiasa berganding bahu bagi sama-sama membanteras isu penyalahgunaan dadah. Sebagai contoh, masyarakat dan pihak kerajaan perlu memata-matai serta bertindak pantas dalam melaporkan kegiatan-kegiatan yang mencurigakan. Selain itu, kawalan kastam yang ketat perlu dilaksanakan.

8 Penubuhan pusat-pusat pemulihan.

Pihak kerajaan juga telah menubuhkan rumah-rumah pemulihan yang bertujuan untuk memberi rawatan bagi penagih-penagih sama ada dari berbagai peringkat umur, bangsa dan lain-lain. Sebagai contoh, kerajaan Brunei telah menubuhkan sebuah rumah pemulihan yang dikenali sebagai Rumah Al-Islah untuk merawat serta memulihkan pemikiran mental serta tingkah laku mereka kepada jalan yang benar serta di redhai Allah.

9

PERANAN PELAJAR UNTUK MEMASTIKAN MEREKA BEBAS DARIPADA DADAHSatu realiti yang memang tidak dapat diketersampingkan lagi bahawa pihak sekolah turut membantu mencegah penagihan dadah. Impian untuk mendapat murid yang bebas daripada gejala dadah boleh dihasilkan melalui Falsafah Pendidikan Kebangsaan iaitu melahirkan pelajar yang seimbang dari aspek rohani,jasmani dan intelek. Melalui falsafah ini,murid akan menjadi seorang yang berdisiplin dan tidak mudah terlibat dengan kancah gejala sosial kerana jati diri yang telah dipupuk dalam diri. Selain itu,penerapan unsur nilai murni dalam mata pelajaran Pendidikan Sivik dan Pendidikan Moral juga turut membantu mencegah amalan penagihan dadah. Tamsilnya,pelajar tidak akan mendekati najis dadah setelah mengetahui kesannya daripada pembelajaran mata pelajaran di atas. Hal ini secara tidak langsung dapat merealisasikan misi kerajaan untuk melahirkan sekolah bebas dadah menjelang tahun 2012. Lazimnya,kita mengetahui rakan merupakan tempat mengadu masalah dan meluahkan perasaan. Sebagai rakan yang mengambil perhatian,mereka akan membantu rakan mereka untuk menyelesaikan masalah. Namun di sini,titik mulanya seseorang itu menghisap dadah ialah apabila rakan mereka yang jahat cuba mengajak mereka terlibat dengan kancah dadah. Mengikut sumber Agensi Anti Dadah Kebangsaan ( AADK ),54.21 peratus penagih dadah berpunca daripada pengaruh rakan. Oleh hal yang demikian,seseorang individu perlulah bijak memilih rakan. Seseorang individu itu juga perlu memantapkan diri mereka dengan jati diri yang kukuh bagi menghadapi arus rintangan yang cuba untuk merobohkan jati diri mereka. Penerapan ilmu agama dalam diri dan pendekatan diri kepada TUHAN dapat membantu meningkatkan jati diri. Oleh hal yang demikian,seseorang individu itu perlulah bijak memilih rakan bijak untuk memikirkan alasan untuk menolak ajakan untuk melibatkan diri dalam kancah penagihan dadah. Ingatlah peribahasa Melayu yang mengatakan janganlah sudah terhantuk baru hendak terngadah yang bermaksud janganlah sudah terlibat dengan gejala dadah baru hendak menyesal. 10

PERANAN IBU BAPA DAN AHLI MASYARAKAT UNTUK MEMBANTU MEMULIHKAN PENAGIH DADAHPeranan keluarga amat penting bagi membantu memulihkan penagih ini kembali ke pangkuan masyarakat. Sokongan yang dimaksudkan mencakupi sokongan dan belaian emosi, kasih sayang dan ambil berat semua ahli keluarga. Peranan Ibu bapa Ibu bapa seharusnya tidak jemu dan sentiasa memberi galakan kepada anak-anak mereka yang terlibat dalam penagihan agar terus berhenti menagih. Janganlah anggap ia sebagai beban tapi anggaplah ia satu amanah yang perlu dipikul selagi hayat dikandung badan. Peranan ibu bapa amat memberi manfaat dan keberkatan kepada seorang anak untuk berjuang.

Penagih perlu terus diberi sokongan selepas rawatan. Begitu juga penagih yang dihantar ke pusat serenti atau institusi pemulihan lain tidak sewajarnya dipinggirkan daripada keluarga dan diserahkan kepada institusi untuk mengatasi masalah penagihan mereka. ii.Peranan ahli masyarakat

Stigma masih menebal di kalangan masyarakat termasuk keluarga terhadap penagih turut menggagalkan usaha itu. Walaupun penagih diberi peluang untuk pulih, mereka tidak mendapat rawatan sewajarnya akibat stigma ini.Di sinilah penting peranan ahli keluarga supaya bekas penagih tidak terus tersisih.11

KESIMPULANSecara keseluruhannya, kita mendapati bahawa penyalahgunaan dadah adalah amat sukar untuk dibendung tanpa kerjasama daripada semua pihak terutamanya ibu bapa, sekolah dan masyarakat. Sebagai pewaris kepada kepimpinan Negara pada masa hadapan tumpuan haruslah diberikan kepada remaja dari segenap aspek perkembangan mereka. Di sini, kita boleh mengambil petikan kata-kata`mencegah lebih baik daripada mengubati`. Oleh itu,semua pihak samada kerajaan mahupun masyarakat mesti berganding bahu dalam mencegah penyalahgunaan dadah ini daripada terus menjadi barah kepada negara amnya serta masyarakat khususnya. 12RUJUKANSUMBER INTERNET http://www.myhealth.gov.my/index.php/my/sokongan-keluarga http://www.slideshare.net/ShukriSuib/kesan-penyalahgunaan-dadah-terhadap-kesihatan http://sblm1053k14.blogspot.com/2010/08/pengenalan.html https://elmoolover.wordpress.com/isi-kandungan/definisi-dan-jenis-dadah/ http://presentgroup.blogspot.com/13Kesan buruk penyalahgunaan

dadah terhadap

koordinasi badan & kesihatan

Meransangkan gerak balas badan

# Aktifkan sel-sel otak dan tingkatkan

kadar metabolisma

#sukar tidur, agresif dan terlalu aktif

#contoh: afetamin

Halusinasi

# Mengganggu fungsi otak dari

segi persepsi jarak dan lain-lain

# Menyebabkan khayal

# Contoh: ganja

Melambatkan gerak balas badan

# melambatkan gerak balas sistem

saraf terhadap ransangan

# mudah mengantuk, kurang sedar

terhadap persekitaran

#contoh: heroin, morfin, barbiturat

Jangkitan penyakit

# perkongsian peralatan menagih

dan ot sedutan

# Aids, Hepatitis B