Kesan Pkm Sebelum Dan Selepas

3
Kesan-kesan politik akibat kedatangan Parti Komunis Malaya (PKM) penubuhan MCA atas cadangan Malcolm MacDonald, Malayan Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tan Cheng Lock menjadi presiden pertama. Orang-orang cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang cina yang akan memperjuangkan hak dan kepentingan orang cina. Wujud juga penubuhan parti perikatan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum, Parti Perikatan telah ditubuhkan pada 1952 di mana UMNO telah bergabung dengan MCA. Parti Perikatan UMNO-MCA kemudiannya bergabung dengan MIC pada 1954 untuk membentuk Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC yang lebih besar. Kesan pergabungan mempercepatkan kemerdekaan dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai, British telah bertolak- ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana, misalnya Pilihanraya Pulau Pinang telah diadakan pada 1 Disember 1951 dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16 Februari 1952. Pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya itu, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. PKM makin berleluasa ini menyebabkan pembesaran pasukan keselamatan dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan. Bilangan anggota polis ditambah hingga 70,000 anggota. Tentera dari Negara Komanwel seperti Australia, New Zealand,Afrika Timur,dan Fiji dibawa masuk ke Tanah Melayu. Home Guard ditubuhkan pada peringkat kampung bagi membantu polis Dan tentera. Anggotanya terdiri daripada lelaki dan wanita. SC (Special Constable s) atau mata-mata khas seramai 24,000 anggota dilatih dan dihantar bagi mengawal ladang serta lombong yang terpencil. Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk menyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat. Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung. Lahirnya, pemimpin sederhana dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM,. Daripada parti-parti ini, lahirlah pemimpin sederhana seperti Tan Cheng Lock, Thuraisingam, Tunku Abdul Rahman dan sebagainya. Mereka memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran Tanah Melayu. Terbentuknya Undang-undang Darurat semasa pemberontakan PKM, Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada 23 Julai 1948 dan diperkenalkan pada Julai 1949. Undang-undang ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Keselamatan ISA (terutamanya yang berkaitan dengan penangkapan tanpa

description

karangan

Transcript of Kesan Pkm Sebelum Dan Selepas

Kesan-kesan politik akibat kedatangan Parti Komunis Malaya (PKM) penubuhan MCA atas cadangan Malcolm MacDonald, Malayan Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tan Cheng Lock menjadi presiden pertama. Orang-orang cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang cina yang akan memperjuangkan hak dan kepentingan orang cina. Wujud juga penubuhan parti perikatan untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum, Parti Perikatan telah ditubuhkan pada 1952 di mana UMNO telah bergabung dengan MCA. Parti Perikatan UMNO-MCA kemudiannya bergabung dengan MIC pada 1954 untuk membentuk Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC yang lebih besar. Kesan pergabungan mempercepatkan kemerdekaan dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai, British telah bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana, misalnya Pilihanraya Pulau Pinang telah diadakan pada 1 Disember 1951 dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16 Februari 1952. Pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya itu, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.

PKM makin berleluasa ini menyebabkan pembesaran pasukan keselamatan dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan. Bilangan anggota polis ditambah hingga 70,000 anggota. Tentera dari Negara Komanwel seperti Australia, New Zealand,Afrika Timur,dan Fiji dibawa masuk ke Tanah Melayu. Home Guard ditubuhkan pada peringkat kampung bagi membantu polis Dan tentera. Anggotanya terdiri daripada lelaki dan wanita. SC (Special Constables) atau mata-mata khas seramai 24,000 anggota dilatih dan dihantar bagi mengawal ladang serta lombong yang terpencil. Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk menyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat. Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung. Lahirnya, pemimpin sederhana dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM,. Daripada parti-parti ini, lahirlah pemimpin sederhana seperti Tan Cheng Lock, Thuraisingam, Tunku Abdul Rahman dan sebagainya. Mereka memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran Tanah Melayu. Terbentuknya Undang-undang Darurat semasa pemberontakan PKM, Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada 23 Julai 1948 dan diperkenalkan pada Julai 1949. Undang-undang ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Keselamatan ISA (terutamanya yang berkaitan dengan penangkapan tanpa bicara). Langkah yang diambil bagi melumpuhkan parti kiri undang-undang Darurat bukan sahaja mengharamkan PKM, telah juga mengharamkan parti-parti kiri yang merupakan penyokong PKM seperti Malayan Democratic Union, AWAS, API dan sebagainya. (Ramlah Binti Adam et al, 2010). Akibatnya, ini telah melumpuhkan parti-parti kiri di Tanah Melayu. Undang-undang Darurat pada 23 Julai 1948 telah mengharamkan PKM. Mengikut undang-undang ini, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan menahan tanpa perbicaraan bagi mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi kuasa untuk membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya membahayakan keselamatan Tanah Melayu.

Kegiatan politik terbantut semasa pemberontakan PKM di Tanah Melayu, parti-parti kiri telah diharamkan. Walaupun kerajaan membenarkan penubuhan parti-parti sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC tetapi parti-parti ini diawasi oleh kerajaan dan tidak mempunyai kebebasan untuk berkembang. Akibatnya, kegiatan politik Tanah Melayu terbantut. Kerjasama dengan Siam pemberontakan PKM di Tanah Melayu juga membuka jalan kepada Tanah Melayu untuk mengadakan kerjasama dengan Siam. Pada ketika itu, kerajaan Tanah Melayu telah menantangani perjanjian dengan Siam untuk membolehkan pasukan keselamatan Tanah Melayu melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM. Dasar luar Tanah Melayu selepas merdeka pemberontakan PKM juga mempengaruhi dasar luar Tanah Melayu selepas kemerdekaan. Selepas merdeka, Tanah Melayu langsung tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Keadaan ini berterusan sehinggalah tahun 1974 dimana Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu telah mengubah dasar tersebut. Perkembangan parti sederhan dalam pemberontakan PKM, PKM telah diharamkan oleh British dan ini diikuti dengan pengharaman parti-parti kiri.

Pada masa yang sama penubuhan parti sederhana dibenarkan. Akibatnya ini telah memberi peluang kepada parti sederhana berkembang tanpa saingan parti-parti kiri. Rundingan Baling dalam usaha menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. Pihak PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan ini gagal kerana Chin Peng tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahamn iaitu membubarkan PKM dan Tunku Abdul Rahman pula tidak dapat menerima kehendak Chin Peng iaitu mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah. Perubahan pucuk pimpinan UMNO pemberontakan PKM turut merintis jalan kepada perubahan pucuk pimpinan UMNO. Sebelum itu, Dato Onn Bin Jaafar ingin membuka UMNO kepada orang bukan Melayu supaya mereka dapat menyertainya. Namun, cadangan ini ditentang oleh ahli-ahli dalam UMNO. Akibatnya, Dato Onn Bin Jaafar keluar dari UMNO dan menubuhkan parti politik baru, iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Sementara di UMNO, pucuk pimpinan diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman. Hubungan rakyat dengan kerajaan dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menangkap rakyat yang disyaki. Tindakan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan hubungan rakyat dengan kerajaan.

RUJUKAN

Ramlah Binti Adam et al (2010). Sejarah Tingkatan 3. DBP & KPM

Mahfuzah (2011). Ancaman Parti Komunis Malaya dan Darurat. From

https://cikgumahfuzah.files.wordpress.com/2011/07/31.pdf Accessed on 5 April 2015.

Maruwiah Ahmat (2012). Komunis di Tanah Melayu. From

http://maruwiah.com/category/artikel/komunis-di-tanah-melayu/ Accessed on 5 April 2015.