Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

13
TUGASAN TERAKHIR 2012 1 Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran Dalam Urusan Perkahwinan Al-Faqir Ibn El-Merg Abstraks Perkahwinan adalah satu bentuk syariat dalam Islam. Perlaksanaan syariat ini diajarkan oleh Rasulullah saw berdasarkan sunnah fiqliyyah dan sunnah qauliyyah Baginda saw. Antara etika dalam pelaksanaan syariat ini ialah mahar dan walimah al- c urus, Selepas abad berubah, khususnya di Malaysia telah terbentuk satu etika tambahan dalam urusan perkahwinan yang bersumberkan adat iaitu hantaran perkahwinan berupa wang. Islam menuntut umatnya bersederhana dalam setiap urusan termasuk juga ibadah, khususnya perkahwinan. Darsawarsa, lahir budaya yang menyulitkan perlaksanaan syariat perkahwinan disebab meminggirkan dasar kesederhanaan yang dituntut Islam. Dengan itu lahir pelbagai persoalan dan isu yang memerlukan jawapan dari sudut pandang Islam. Mahar, walimah al- c urus dan hantaran kini menjadi kompenen utama untuk berkahwin, sejauhmanakah batas yang ditetapkan syarak berkaitan tiga hal tersebut. Bertolak dari itu, maka konsep kesederhanaan memainkan peranan yang sangat penting untuk menghadapi cabaran tersebut. Kata Kunci Islam, Kesederhanaan, Mahar, Walimah dan Hantaran

description

munakahat: syariat dan adat

Transcript of Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

Page 1: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

1

Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan

Hantaran Dalam Urusan

Perkahwinan

Al-Faqir Ibn El-Merg

Abstraks

Perkahwinan adalah satu bentuk syariat dalam Islam. Perlaksanaan syariat ini diajarkan oleh Rasulullah saw berdasarkan sunnah fiqliyyah dan sunnah qauliyyah Baginda saw. Antara etika dalam pelaksanaan syariat ini ialah mahar dan walimah al-curus, Selepas abad berubah, khususnya di Malaysia telah terbentuk satu etika tambahan dalam urusan perkahwinan yang bersumberkan adat iaitu hantaran perkahwinan berupa wang. Islam menuntut umatnya bersederhana dalam setiap urusan termasuk juga ibadah, khususnya perkahwinan. Darsawarsa, lahir budaya yang menyulitkan perlaksanaan syariat perkahwinan disebab meminggirkan dasar kesederhanaan yang dituntut Islam. Dengan itu lahir pelbagai persoalan dan isu yang memerlukan jawapan dari sudut pandang Islam. Mahar, walimah al-curus dan hantaran kini menjadi kompenen utama untuk berkahwin, sejauhmanakah batas yang ditetapkan syarak berkaitan tiga hal tersebut. Bertolak dari itu, maka konsep kesederhanaan memainkan peranan yang sangat penting untuk menghadapi cabaran tersebut.

Kata Kunci

Islam, Kesederhanaan, Mahar, Walimah dan Hantaran

Page 2: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

2

Kandungan: Kesederhanaan Dalam Mahar, Walimah dan Hantaran

Abstraks

Pengenalan

1. Konsep Mahar, Walimah dan Hantaran1.1 Definisi1.2 Hukum dan Dalil

2. Isu Mahar, Walimah dan Hantaran 2.1 Penetapan Mahar Oleh Pihak Berwajib2.2 Hantaran Perkahwinan Yang Tinggi2.3 Walimah Secara Besar-Besaran

3. Islam Lebih Mengutamakan Kesederhanaan: Kesan Terhadap Masyarakat

3.1 Kesan Terhadap Sosio-Psikologi3.2 Kesan Terhadap Tarbiyah Islam

4. Saranan dan Cadangan

Kesimpulan

Rujukan

Page 3: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

3

Pengenalan

ولقد أرسلنا رسال من قبلك وجعلنا لھم أزوٲجا وذریة

Firman Allah swt: Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan beberapa Rasul sebelum-mu dan Kami memberikan kepada mereka isteri-isteri dan keturunan.1

Wahai para pemuda, barangsiapa diantara kalian yang mampu bernikah, maka menikahlah. Kerana menikah lebih dapat menahan pandangan dan lebih memelihara kemaluan. Dan barangsiapa yang tidak mampu, maka hendaklah dia berpuasa, kerana puasa dapat menekan syahwatnya (sebagai benteng).2

Dalil diatas adalah antara unjuran syarak yang menyeru kepada pernikahan. Perhubungan jenis merupakan fitrah bagi setiap manusia. Sebagai Dīn al-Haq, agama Islam menghalalkan hubungan jenis melalui ikatan pernikahan. Dalam memenuhi tuntutan kehidupan sebagai manusia yang waras, Rasulullah saw telah mengajarkan dan menjelaskan kaedah-kaedah pernikahan yang sepatutnya dilakukan oleh setiap Muslim. Diantara kaedah yang terkandung dalam ajaran Islam adalah pemberian Mahar atau dikenali sebagai mas kahwin dan Walimah al-cUrus yang juga dikenali sebagai kenduri perkahwinan. Namun dalam adat nusantara khususnya di Malaysia, telah lahir suatu konsep yang dikira juga sebagai etika tambahan untuk melakukan sesebuah perkahwinan, iaitu wang hantaran atau wang belanja perkahwinan.

Tugasan yang diamanahkan ini akan membincangkan tentang tiga perihal utama diatas. Disamping menyatakan respons agama terhadap isu-isu semasa yang melibatkan perkara tersebut serta memperhalusi hikmah-hikmah daripada anjuran Islam yang menekankan konsep kesederhanaan dalam segala sesuatu, termasuk soal perkahwinan.

1 al-Qurān. ar-Racdu. 13 : 38

2 HR Bukhari. No. 5066. Kitāb an-Nikāh

Page 4: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

4

1. Konsep Mahar, Walimah al-cUrus dan Wang Hantaran

Pada bahagian ini akan dibincangkan mengenai tiga aspek munakahattersebut pada konsepnya iaitu berkaitan definisi, dalil dan hukum.

1.1 Mahar

Mahar ialah pemberian wajib yang diberikan oleh suami kepada isterinya dengan sebab berkahwin, melakukan persetubuhan (Abd. Razak. 183: 1997). Mengikut tafsiran Akta Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984 menyatakan mas kahwin bererti pembayaran perkahwinan yang wajib dibayar di bawah Hukum Syarak oleh suami kepada isteri pada masa perkahwinan diakadnikahkan, sama ada berupa wang yang sebenarnya dibayar atau diakui sebagai hutang dengan atau tanpa cagaran, atau berupa sesuatu yang menurut Hukum Syarak, dapat dinilai dengan wang.3 Dalil mahar adalah;

وءاتوا ٱلنساء صدقـتہن نحلة فإن طبن لكم عن شىء منھ نفسا فكلوه ھنیـا مریـا

Firman Allah swt: Dan berikanlah kepada perempuan-perempuan (isteri) akan mas kahwin mereka itu sebagai pemberian (yang wajib). Kemudian jika mereka menyerahkan kepada kamu sebahagian dari mas kahwinnnya, maka makanlah (gunakanlah) pemberian tersebut sebagai nikmat yang baik lagi lazat.4 Hukum Mahar adalah Wajib.

1.2 Walimah al-cUrus

Walimah al-cUrus adalah sebagai tanda pengumuman untuk pernikahan yang menghalalkan hubungan suami isteri dan perpindahan status kepemilikan. Manakala sebahagian ulama menyatakan, Bahawasanya walimah merujuk kepada segala bentuk makanan yang dihidangkan bagi meraikan kegembiraan yang berlangsung. Dari penjelasan definisi ini

3 http://www.islam.gov.my/sites/default/files/mahar.pdf

4 al-Qurān. An-Nisa’. 4 : 4

Page 5: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

5

dapat kita fahami bahawa yang dimaksudkan dengan walimah al-curus itu adalah jamuan makan yang diadakan bagi meraikan pernikahan pasangan pengantin.5

Ini adalah sebagaimana hadith yang diriwayatkan oleh Anas r.a, di mana beliau berkata, Ketika tiba waktu pagi hari setelah Nabi s.a.w menjadi seorang pengantin dengannya (Zainab bin Jahsy), beliau mengundang masyarakat, lalu mereka dijamu dengan makanan dan setelah itu mereka pun bersurai. 6 Hukum walimah al-curus yang disepakati oleh jumhur ulamak adalah Sunat Muakkad (Abd. Razak. 198: 1997). Dan Wajib disisi Imam Syafie ra.

1.3 Wang Hantaran

Merujuk kepada Kamus Dewan edisi ke-4, wang hantaran adalah wang yang dihantar oleh pihak pengantin lelaki kepada pihak pengantin perempuan dalam perkahwinan.7 Wang Hantaran bukanlah suatu yang disyariatkan melalui sumber utama Islam. Ia adalah berdasar sumber Urufyang pada awalnya bersifat Masalih al-Mursalih iaitu ingin membantu pihak perempuan untuk turut mengadakan walimah di pihak perempuan. Walaubagaimanapun, tujuan asal susuatu walimah adalah untuk pemberitahuan adanya perkahwinan antara seorang lelaki dan wanita, dan ia tidak menjadi kewajipan untuk mengadakan walimah berkali-kali. Tetapi, ia tidak dilarang oleh Islam selagimana tidak melampaui batas yang ditetapkan syarak seperti pembaziran, membebankan dan sebagainya. Hukum wang hantaran adalah harus dengan tujuan membantu meringankan pihak perempuan dan selagimana tidak melebihi batas syarak.

5 http://syahirul.com/walimatul-urus-antara-sunnah-dan-adat/

6 HR Bukhari. No. 4768. Kitāb an-Nikāh

7 http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=wang+hantaran

Page 6: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

6

2. Isu Mahar, Walimah dan Hantaran

Pada bahagian ini akan dibincangkan beberapa isu yang melibatkan tiga aspek munakahat diatas.

2.1 Penetapan Mahar Oleh Pihak Ketiga

Di Malaysia kadar mahar sebahagian negeri ditentukan oleh Masjis Agama Islam Negeri, sedangkan berdasar dalil riwayat al-Hakim ra, Rasulullah saw pernah mengahwinkan seorang lelaki dengan seorang wanita dengan mas kahwinnya sebentuk cincin besi (Abdul Razak. 184 : 1997). Persoalannya adakah wajar kadar mahar ditetapkan oleh pihak tertentu.

Islam tidak menetapkan kadar serta had yang paling maksima dan minima dalam menentukan mahar bagi seseorang wanita. Ianya bergantung kepada Uruf iaitu keadaan semasa dan suasana sesuatu tempat dan masyarakat. Sungguhpun demikian, Islam menganjurkan agar kita mengambil jalan tengah iaitu tidak meletakkan mahar terlalu tinggi dan tidak pula terlalu rendah. Rasulullah saw menggalakkan kita agar mempermudahkan mahar sebagaimana dalam sabdanya melalui riwayat Ahmad ra;

اعظم النساء برآة أیسرھن مؤنة

Maksudnya: Kebanyakan perempuan yang berkat perkahwinannya ialah yang mudah (rendah) tentang perbelanjaan (mahar).8

Penetapan kadar mahar yang dilakukan oleh Majlis Agama Islam Negeri adalah berdasarkan suasana dan kebolehmampuan umat Islam setempat iaitu tidak terlalu tinggi dan tidak terlalu rendah mengikut kesesuaian masyarakat. Jika tujuannya untuk memutlakkan kadar mahar oleh sesetengah pihak adalah tidak wajar, namun jika bertujuan memberi garis

8 http://www.islam.gov.my/sites/default/files/mahar.pdf

Page 7: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

7

panduan yang sepatutnya dilakukan oleh masyarakat, ia adalah suatu yang wajar. Syarat kepada sesuatu mahar adalah berfaedah dan bernilai pada syarak. Oleh kerana rata-rata masyarakat Malaysia khususnya umat Islam disini menggunakan dan mampu memperolehi wang, maka maharyang disepakati umum adalah wang. Manakala kadar mahar yang disepakati di Malaysia tertakluk kepada takzir dan penerimaan umum.

2.2 Walimah Secara Besar-Besaran

Suatu yang kini semakin menjadi budaya di dalam masyarakat Malaysia khususnya Muslim saat ini adalah menetapkan bahawa pasangan pengantin di ketika majlis perkahwinan mereka mestilah mengadakan walimah sebagaimana orang lain mengadakan majlis perkahwinan. Seandainya tidak dapat menyediakan sebagaimana majlis orang lain ia dianggap janggal dan dipandang sinis dengan anggapan tidak mengenal atau tidak menghormati adat.

Adapun sebenarnya penetapan seperti ini termasuk di dalam perbuatan berlebih-lebihan dan boleh menjurus kepada larangan agama. Yang menjadi ukuran kepada sesuatu walimah adalah menurut kadar kemampuan mereka yang berkahwin demi memperolehi pahala sunat bukan untuk membebankan. Di dalam Islam, kita dituntut untuk bersederhana di dalam segala perkara yang kita laksanakan. Kita juga tidak digalakkan untuk membazir dan berlebih-lebihan,

إنھ ۥ لا یحب ٱلمسرفین

Firman Allah swt: Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.9

Sedangkan dalam sabda Baginda saw melalui riwayat Muslim ra. menyatakan, Hendaklah engkau mengadakan kenduri kahwin walaupun dengan hanya menyembelih seekor kambing (Abdul Razak. 198 : 1997).

2.3 Hantaran Perkahwinan Yang Tinggi

9 al-Qurān. al-A’raaf 7: 31

Page 8: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

8

Pendapat yang menyatakan wang hantaran adalah simbolik kepada ‘menjual anak perempuan’ adalah tidak tepat. Secara dasarnya, wang hantaran adalah bantuan daripada pihak lelaki kepada pihak perempuan untuk mengadakan majlis perkahwinan (walimah). Memandangkan suasana masyarakat Malaysia yang sering kalinya mangadakan walimahsecara berasingan tempat, iaitu di pihak lelaki dan di pihak perempuan, Dengan itu secara tidak langsung pemberian wang hantaran bagi tujuan membantu itu menjadi budaya dalam sesebuah perkahwinan. Berdasarkan maslahah iaitu pihak lelaki membantu pihak perempuan maka ia tidak dilarang oleh syarak.

Meskipun urusan wang hantaran tidak dikekang oleh syarak untuk melakukannya, namun penetapan atau menetapkan ia sebagai suatu yang wajib dan membawa kepada situasi yang membebankan serta kadar wang hantaran yang tinggi, ini yang menjadi perhatian kepada syarak untuk dibincangkan. Terdapat dua kandungan utama didalam isu wang hantaran iaitu mewajibkan sesuatu yang tidak dituntut syarak dan pihak perempuan meminta wang hantaran yang tinggi.

Wang hantaran tidak pernah disyariatkan oleh syarak, ia adalah hukum adat yang tidak dihalang oleh syarak selagimana tidak menimbulkan keburukan. Jika muncul illah keburukan seperti membebankan urusan syarak (perkahwinan), maka hukum adat itu adalah salah.

.تركت فیكم امرین ما لن تضل بعده ان اعتصمتم بھ كتاب اهللا وسنة رسولھ

Maksudnya: Aku tinggalkan kepada kamu dua perkara kamu tidak akansesat selagi mana kamu berpegang dengan kedua-duanya iaitu Kitab Allah (al-Quran) dan sunnah nabinya. 10

10 HR Muslim. No. 2137. Kitāb al-Haj

Page 9: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

9

Dalam konteks pihak perempuan meminta wang hantaran yang tinggi dan dalam masa yang sama pihak lelaki mempunyai kemampuan, hal ini tidaklah dihalang oleh syarak. Kerana perkiraan syarak dalam isu ini adalah ‘tidak membebankan’ urusan syarak iaitu perkahwinan. Walaubagaimanapun, kembali kepada prinsip asal perlaksanaan sesebuah walimah tersebut iaitu; Laksanakanlah walimah walaupun hanya dengan seekor kambing.11 Dan daripada Anas bin Malik r.a di mana beliau menyatakan, “Ketika Rasulullah s.a.w menikahi seorang perempuan, beliau meminta aku supaya mengundang beberapa orang (lelaki) untuk makan.12 Jelas berdasarkan dalil-dalil tersebut, walaupun syarak tidak menghalang namun etika perlaksanaan yang dituntut oleh Islam adalah bersifat sederhana.

إنھ ۥ لا یحب ٱلمسرفین

Firman Allah swt: Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang berlebih-lebihan.13

3. Kesan Islam Menyeru Kepada Kesederhanaan Dalam Urusan Perkahwinan

Dibahagian ini akan membincangkan hal berkaitan kesan yang lahir melalui tuntutan kesederhaan yang dialu-alukan oleh syarak. Terdapat dua bahagian yang diketengahkan dalam bahagian ini iaitu kesan pada aspek sosio-psikologi dan kesan pada aspek tarbiyah Islam.

11 HR Bukhari. No. 4769 Kitāb an-Nikāh,

12 HR Bukhari. No. 4772 Kitāb an-Nikāh,

13 al-Qurān. al-A’raaf 7: 31

Page 10: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

10

3.1 Sosio-Psikologi

Selain daripada menghalalkan hubungan lelaki dan perempuan, adalah juga tujuan perkahwinan itu untuk mengembangkan institusi kekeluargaan Islam dengan erti kata lain merapatkan silaturrahim antara keluarga yang terlibat. Dasar kesederhanaan yang diunjurkan dalam Islam mempunyai impak yang sangat positif dalam usaha toleransi sesama pihak keluarga lelaki dan perempuan. Bersederhana dalam urusan perkahwinan bererti tidak membebankan mana-mana pihak untuk menjalankan syariat. Faktor persekitaran semasa menjadikan urusan perkahwinan sulit dilakukan jika tanpa adanya toleransi antara pihak, khususnya pada faktor kewangan. Misalnya dalam konteks pendapatan pihak lelaki kini, adalah tidak seimbang dengan budaya menetapkan kadar untuk sesebuah perkahwinan oleh pihak perempuan sepertimana yang kebiasaannya berlaku pada hari ini, apatah lagi jika kadar yang ditetapkan itu adalah tinggi. Justeru, dasar kesederhanaan yang dituntut dalam Islam ini, mampu menangani masalah itu melalui perbincangan yang berhikmah antara pihak lelaki dan perempuan untuk melaksanakan syariat tersebut.

وتعاونوا على ٱلبر وٱلتقوى ولا تعاونوا على ٱلإثم وٱلعدوٲن

Firman Allah swt: Dan tolong menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan takwa, dan jangan tolong menolong dalam (berbuat) dosa dan bermusuhan.14

Manakala bagi perkahwinan yang berbeza-beza kadar dan harganya, tidaklah ia menjadi isu yang besar kerana kemampuan manusia berbeza-beza. Namun disini, dasar kesederhanaan yang cuba dibangkitkan oleh Islam adalah demi menjaga maslahat sesama masyarakat. Jika ia tidak dibendung dengan hikmah, secara tidak langsung ia akan mewujudkan sistem status dalam masyarakat. Misalnya perempuan yang mempunyai kelulusan akademik yang tinggi memerlukan kadar atau nilaian harga yang tinggi. Begitu juga berlaku pada kelas elit dalam sosial yang beranggapan setiap perkahwinan perlu dilakukan besar-besaran disebabkan status dalam masyarakat.

14 al-Qurān. al-Maidah 5 : 2

Page 11: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

11

Sedangkan hal tersebut bukanlah keperluan yang sebenar untuk sesebuah perkahwinan malah tanpa kesederhanaan mungkin akan membawa kecenderungan kearah pembaziran.

3.2 Tarbiyah Islam

Bukanlah agama Islam jika apa yang disyariatkan itu tiada manfaat dan hikmah. Tuntutan kesederhanaan pada setiap perkara dalam kehidupan, khususnya dalam urusan perkahwinan mempunyai nilai hikmah yang sangat tinggi. Sudah tentu sandaran utama terhadap apa yang dilakukan itu adalah Barkah Allah iaitu keberkatan dan keredhaan daripada Allah swt. Namun sebahagiannya pasti ada rasional yang mampu menjelaskan mengapa demikian dituntut. Antara kesan dasar kesederhanaan ialah mendidik jiwa manusia agar yakin bahawa agama Islam bukanlah agama yang menyusahkan, bahkan memudahkan.

وما جعل علیكم فى ٱلدین من حرج

Mafhumnya: dan Dia tidak menjadikan kesukaran dalam agama atas diri kalian.15

Antara lain, dasar kesederhanaan tersebut juga boleh dimanifestasikan sebagai usaha Islam menggalakkan hubungan halal antara umat Islam. Tidak hanya mengeluarkan undang-undang ‘Islam haramkan zina’ dan ‘Muslim wajib menjaga nasab’ tanpa memberi sebarang alternatif untuk memberi jalan keluar kepada hal tersebut. Tuntasnya, melalui dasar kesederhanaan itu ia menggambarkan bahawa syariat perkahwinan mudah dilaksanakan untuk umatnya dan bukan menyusahkan umatnya untuk melaksanakan syariat, yang pada masa sama merupakan fitrah untuk manusia. Kegagalan memahami konsep kesederhanaan dan menyulitkan urusan perkahwinan akan memberi kesan yang sangat negatif dalam kehidupan.

15 al-Qurān. al-Haj 22 : 78

Page 12: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

12

Manakala dalam keadaan yang lain, dasar kesederhanaan ini mampu bertindak sebagai panduan agar tidak cenderung kepada budaya berlebih-lebihan dan pembaziran dalam melaksanakan urusan perkahwinan. Di samping menjaga hati daripada menunjuk-menunjuk dan sikap bersaing atas niat yang fasad. Misalnya setiap perkahwinan perlu dijalankan sebagaimana perkahwinan yang kebiasaannya diadakan dalam masyarakat, sedangkan syariat tidak menggariskan sedemikan rupa. Dan sekiranya gagal, budaya pandangan serong menular dalam masyarakat. Hal ini akan berlaku sekiranya dasar kesederhanaan dilupakan dalam masyarakat, disebabkan sikap berlebih-lebihan menjadi budaya dan diutamakan dalam urusan perkahwinan.

4. Saranan dan Cadangan

i. Seorang bapa sebagai ketua keluarga wajib menuntut dan terapkan nilai didikan agama dalam keluarganya, agar dapat membezakan antara syariat dan adat.

ii. Mudahkan urusan perkahwinan, kedua-dua pihak lelaki dan perempuan perlu berbincang secara hikmah dan zahirkan sikap toleransi berdasarkan budaya Islam.

iii. Pihak berkuasa perlu mendedahkan secara umum melalui media-media utama perihal keburukan menyulitkan perkahwinan dan kelebihan dasar kesederhanaan.

5. Penutup

ومن ءایـتھۦ أن خلق لكم من أنفسكم أزوٲجا لتسكنوا إلیھا وجعل بینڪم مودة ورحمة إن فى ذٲلك لأیـت لقوم یتفكرون

Firman Allah swt: Dan diantara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaanNya dan rahmatNya, bahawa Ia menciptakan untuk kamu

Page 13: Kesederhanaan; Mahar, Walimah dan Hantaran dalam Perkahwinan

TUGASAN TERAKHIR 2012

13

(wahai kaum lelaki), isteri-isteri dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya, dan dijadikannya diantara kamu (suami isteri) perasaan kasih sayang dan belas kasihan. Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi keterangan-keterangan (yang menimbulkan kesedaran) bagi orang-orang yang berfikir.

Perkahwinan adalah suatu syariat yang menyenangkan hati dan ia merupakan kurniaan Allah swt untuk menghiburkan fitrah manusia. Adalah tidak wajar seandainya suatu yang Allah swt memudahkan, lalu kita menyusahkan. Berdasarkan panduan syarak terhadap mahar dan walimah yang disyariatkan tidak ada suatupun yang menggambarkan suasana berlebih-lebihan, bahkan memudahkan. Manakala hantaran perkahwinan atau wang hantaran, tidaklah dihalang oleh syarak, namun jika ia melampaui dan menyusahkan maka etika yang dilahirkan melalui sumber adat tersebut perlu diketepikan. Kerana ia bukan suatu kefardhuan yang disyariatkan Islam. Kebahagiaan dan keberkatan rumahtangga adalah milik Allah swt dan Allah swt membenci sikap berlebih-lebihan.

Rujukan

al-Quran al-Karim.

Abdul Razak Muhammad. 1197. Fiqh. Kuala Lumpur: Pustaka Abdul Majid.

al-Bukhari. 1986. Shahih al-Bukhari. Jil. 7. Kaherah: Darul Kitab al-Misri.

http://syahirul.com/walimatul-urus-antara-sunnah-dan-adat/ 01:30 a.m. 9.11.2012.

http://www.islam.gov.my/sites/default/files/mahar.pdf 01:30 a.m. 9.11.2012

http://www.quranexplorer.com/quran/

Kamus Dewan Edisi Keempat. 2005. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa danPustaka.

Muslim. 1995. Shahih Muslim. Jil. Beirut: Dar Ibn Hazm.