Keutamaan Mempelajari Adab Dan Akhlak Dalam Menuntut Ilmu _ Sony Al Jazary
KESEDIAAN PELAJAR MEMPELAJARI … · 2013-11-19 · 4.2.3 Keputusan Bahasa ... Mempelajari...
Transcript of KESEDIAAN PELAJAR MEMPELAJARI … · 2013-11-19 · 4.2.3 Keputusan Bahasa ... Mempelajari...
KESEDIAAN PELAJAR MEMPELAJARI MATAPELAJARAN PENGAJIAN
KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TERENGGGANU,
TERENGGANU.
NOR SYAHIRAH BINTI MOHD AZMI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
KESEDIAAN PELAJAR MEMPELAJARI MATAPELAJARAN PENGAJIAN
KEJURUTERAAN AWAM DI SEKOLAH MENENGAH TEKNIK TERENGGGANU,
TERENGGANU.
NOR SYAHIRAH BINTI MOHD AZMI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
( Kejuruteraan Awam )
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
APRIL, 2008
DEDIKASI
Dititipkan buat insan-insan tersayang pemangkin kejayaanku ,
Teristimewa Buat ,
Bonda yang dikasihi…..
(Siti Ruhani Bt Mat Imah)
Yang sentiasa mendoakan kejayaanku…..
Tidak jemu mendorong aku ke puncak kejayaan,
menjagaku dan mendidikku sehingga ku tahu mengenal erti kejayaan
sehingga aku megah berdiri di kalangan bijak pandai….
Khas buat,
Kakakku yang disayangi…..
(Ainun Kamilah Bt Mohd Azmi)
Kejayaanmu menjadi pendorong semangatku…
Yang memjadikan ku terus mara menggapai cita-cita….
Juga tidak dilupa,
Buat teman-teman SPA 2004/08....
Kenang daku dalam doa kalian
Semoga hidup kita sentiasa diberkati Allah s.w.t
Amin…
ii
PENGHARGAAN
Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT. kerana dengan limpah dan
izinNya memberi kekuatan dan ketabahan kepada saya dalam menyempurnakan
Projek Sarjana Muda (PSM) bagi memenuhi syarat penganugerahan Ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam) dengan jayanya.
Kejayaan ini tidak akan dapat dicapai tanpa tunjuk ajar, bantuan, kerjasama,
sokongan, galakan dan pengorbanan beberapa orang tertentu di sekeliling saya.
Justeru itu, saya merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada
Penyelia Dr Abdul Rahim bin Hamdan di atas segala tunjuk ajar, bimbingan,
teguran dan nasihat yang berterusan sehingga laporan projek ini berjaya disiapkan.
Ucapan terima kasih juga ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan serta
semua pihak sama ada yang terlibat secara langsung atau tidak langsung, yang
banyak memberi sokongan dan dorongan dalam merealisasikan projek ini dengan
sempurna.
Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih juga dirakamkan kepada guru-
guru Sekolah Menengah Teknik Terengganu, Terengganu yang telah memberi
kebenaran dan kerjasama kepada saya untuk menjalankan kajian di sekolah tersebut..
iii
ABSTRAK
Kajian ini dilakukan bertujuan untuk kesediaaan pelajar dalam mempelajari
matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Kajian ini dilakukan di Sekolah
Menengah Teknik Terengganu, Terengganu. Sampel kajian terdiri daripada 110
orang pelajar tingkatan empat sesi 2007 yang mengambil mata pelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam. Instrumen kajian yang digunakan dalam kajian ini ialah soal
selidik kerana ia lebih praktikal dan menjimatkan masa. Nilai kebolehpercayaan
instrumen kajian ini adalah α = 0.906. Data dan maklumat yang diperolehi telah
dianalisis dengan menggunakan “Statical Package For Social Science” (SPSS) Versi
13.0 serta analisis deskriptif berbentuk frekuensi, peratusan dan min serta analisis
inferensi dalam ujian-t. Hasil kajian mendapati min keseluruhan bagi semua aspek
iaitu minat pelajar, kemahiran bahasa Inggeris dan juga pengetahuan sedia ada di
kalangan pelajar berada ditahap sederhana dalam mengenalpasti kesediaan pelajar
dalam mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Ujian-t mendapati
terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada dan tidak terdapat perbezaan minat serta
kemahiran bahasa Inggeris di antara jantina dalam mempelajari matapelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam. Hasil kajian ini boleh dilanjutkan lagi kajian-kajian
yang melibatkan bilangan sampel yang lebih besar dan kajian yang lebih meluas lagi
pada masa akan datang.
iv
ABSTRACT
This survey was carried out to identify student’s willingness in learning Civil
Engineering subject. This survey was carried out at Sekolah Menengah Teknik
Terengganu, Terengganu. The samples of this survey were 110 Form four students
who studied Civil Engineering Studies in 2007. Questionnaires were used as an
instrument in this survey which was more practical and time saving. The reliability
of this instrument was α = 0.906. Data and information were analyzed using the
Statical Package for Social Science (SPSS) version 13.0 and descriptive analysis
based on frequency, percentage, and mean along with inferences analysis using t-test.
The finding revealed that overall mean in every aspect which is student’s interest,
English skills and previous knowledge of the student’s willingness in learning Civil
Engineering Studies subject in medium level. The t-test result showed there were a
significant difference in previous knowledge and no significant differences in interest
and English skills between student’s genders in learning Civil Engineering Studies
subject. This survey result would be better if it can be extend with a bigger sample in
future.
v
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
PENGESAHAN STATUS TESIS
PENGESAHAN PENYELIA
JUDUL KAJIAN i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xii
SENARAI SINGKATAN xiv
SENARAI LAMPIRAN Xv
I PENDAHULUAN 1
1.1 Pengenalan
1.2 Latar Belakang Masalah
1.3 Penyataan Masalah
1.4 Objektif Kajian
1
3
6
7
vi
1.5 Persoalan Kajian
1.6 Hipotesis Kajian
1.7 Kepentingan Kajian
1.8 Skop Kajian
1.9 Batasan Kajian
1.10 Definisi Istilah
1.10.1 Kesediaan
1.10.2 Kejuruteraan Awam
1.10.3 Minat
1.10.4 Pengetahuan Sedia Ada
1.10.5 Kemahiran
1.10.6 Bahasa Inggeris
1.10.7 Pelajar
8
9
9
10
11
11
11
12
12
12
13
13
14
II SOROTAN KAJIAN 15
2.1 Pengenalan
2.2 Minat
2.3 Kemahiran Bahasa Inggeris
2.4 Pengetahuan Sedia Ada
15
18
22
25
III METODOLOGI 28
3.1 Pengenalan
3.2 Rekabentuk Kajian
3.3 Tempat Kajian
3.4 Populasi dan Sampel Kajian
3.5 Instrumen Kajian
28
29
30
30
31
vii
3.6 Kajian Rintis
3.7 Prosedur Kajian
3.8 Kaedah Analisis Data
33
36
37
IV ANALISIS DATA 41
4.1 Pengenalan
4.2 Analisis Bahagian A
4.2.1 Jantina
4.2.2 Keputusan PMR
4.2.3 Keputusan Bahasa Inggeris dalam
PMR
4.2.4 Tempat Tinggal
4.2.5 Pekerjaan Bapa
4.3 Analisis Bahagian B
4.3.1 Analisis Tahap Minat Pelajar Dalam
Mempelajari Matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam
4.3.2 Analisis Tahap Kemahiran Bahasa
Inngeris Pelajar Dalam Mempelajari
Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam
4.3.3 Analisis Tahap Pengetahuan Sedia
Ada Pelajar Dalam Mempelajari
Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam
4.3.4 Analisis Perbezaan Minat Pelajar
41
42
42
43
44
44
45
46
46
52
57
62
viii
Dalam Mempelajari Matapelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam
4.3.5 Analisis Perbezaan Kemahiran
Bahasa Inggeris Pelajar Dalam
Mempelajari Matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam
4.3.6 Analisis Perbezaan Pengetahuan
Sedia Ada Pelajar Dalam
Mempelajari Matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam
4.4 Rumusan
63
64
65
V PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN
CADANGAN
67
5.1 Pengenalan
5.2 Perbincangan dan Rumusan
5.2.1 Minat pelajar dalam mempelajari
matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Terengganu.
5.2.2 Kemahiran bahasa Inggeris pelajar
dalam mempelajari matapelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di
Sekolah Menengah Teknik
Terengganu
5.2.3 Pengetahuan sedia ada pelajar dalam
67
68
69
72
75
ix
mempelajari matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan awam di Sekolah
Menengah Teknik Terengganu
5.3 Cadangan Tindakan
5.3.1 Pelajar
5.3.2 Guru
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan
5.5 Penutup
78
78
79
80
81
BIBLIOGRAFI
Bibliografi 82
LAMPIRAN
Lampiran A - F 88
x
SENARAI JADUAL
NO JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Taburan Soalan Mengikut Persoalan Kajian 32
3.2 Skor Item Bahagian B 32
3.3 Pembaikan Item 35
3.4 Jadual Peringkatan 5 Mata Kepada 3 Mata 38
3.5 Tahap Kesediaan Pelajar Mempelajari
Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
39
3.6 Jadual Ringkasan Pengujian Statistik Objektif
Kajian
39
4.1 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.2 Taburan Responden Mengikut Keputusan PMR 43
4.3 Taburan Responden Mengikut Keputusan Bahasa
Inggeris Dalam PMR
44
4.4 Taburan Responden Mengikut Tempat Tinggal 45
4.5 Taburan Responden Mengikut Pekerjaan Bapa 45
4.6 Taburan Responden Mengikut Tahap Minat Pelajar
Dalam Mempelajari Matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam
47
4.7 Taburan Responden Mengikut Tahap Kemahiran 52
xi
Bahasa Inggeris Pelajar Dalam Mempelajari
Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
4.8 Taburan Responden Mengikut Tahap Pengetahuan
Sedia Ada Pelajar Dalam Mempelajari
Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
57
4.9 Analisis Ujian-t Terhadap Minat Pelajar Dalam
Mempelajari Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan
Awam
62
4.10 Analisis Ujian-t Terhadap Kemahiran Bahasa
Inggeris Pelajar Dalam Mempelajari Matapelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam
63
4.11 Analisis Ujian-t Terhadap Pengetahuan Sedia Ada
Pelajar Dalam Mempelajari Matapelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam
64
4.12 Taburan Purata Min Keseluruhan 65
xii
SENARAI SINGKATAN
% - Peratus
f - Frekuensi
KPM - Kementerian Pelajaran Malaysia
PKA - Pengajian Kejuruteraan Awam
PMR - Penilaian Menengah Rendah
PTK - Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan
S - Setuju
SMT - Sekolah Menengah Teknik
SMV - Sekolah Menengah Vokasional
SPSS - Statistical Package For Social Science
SS - Sangat Setuju
STS - Sangat Tidak Setuju
TP - Tidak Pasti
TS - Tidak Setuju
xiii
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Borang Soal Selidik 88
B Analisis Nilai Alpha Kajian Rintis 94
C Surat Kebenaran Dari Fakulti Pendidikan 96
D Surat Kebenaran Bahagian Perancangan Dan
Penyelidikan Dasar Pendidikan, KPM
97
E Surat Kebenaran Kajian Jabatan Pendidikan Negeri
Terengganu
99
F Analisis Data Kajian ( Statistik Deskriptif & Jadual
Frekuensi)
100
BAB I
PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara maju yang sedang membangun dan pesat
seiring dengan negara-negara maju yang lain. Pembangunan yang pesat dalam sektor
perindustrian mendorong kerajaan untuk menambah peruntukan belanjawan.
Peruntukan yang dinyatakan ini adalah khusus kepada Kementerian Pelajaran
Malaysia (KPM) bagi membina lebih banyak Sekolah Menengah Teknik (SMT) di
seluruh negara.
Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan (PTK) adalah sebahagian daripada
sistem pendidikan negara. Sistem pendidikan ini penting bagi melahirkan tenaga
kerja separa mahir dan mahir yang diperlukan untuk menjayakan program
industrialisasi negara. PTK memberi peluang kepada pelajar yang lulus dalam
peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) agar menyambung pelajaran ke
tingkatan empat mengikut kelayakan masing-masing iaitu Pendidikan Teknik dan
Kejuruteraan (PTK)
2
Bahagian Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan, Kementerian Pelajaran
Malaysia ditubuhkan pada 1964 berperanan untuk membangunkan Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan di dalam negara. Bagi membantu negara ini menjadi
sebuah negara perindustrian yang maju setanding dengan negara lain, Pendidikan
Teknik dan Kejuruteraan akan terus berkembang bagi memenuhi matlamatnya.
Sekolah Menengah Teknik (SMT) dan Sekolah Menengah Vokasional (SMV)
serta matapelajaran lain berasaskan teknologi telah diperkenalkan pada tahun 1992
dan dilaksanakan di peringkat menengah atas seperti Pengajian Kejuruteraan Awam,
Pengajian Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik, Pengajian Kejuruteraan Jentera dan
Perdagangan. Tajul Ariffin dan Nor’aini (1992) telah menyatakan bahawa fokus
utama penubuhan ini ditujukan kepada para pelajar yang sedang menuntut di bangku
sekolah. Ini adalah bertujuan celik dengan sains dan teknologi sebagai persediaan
untuk memimpin negara agar seiring dengan negara maju yang lain.
Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam (PKA) telah diperkenalkan
pada tahun 1994 bagi pelajar Tingkatan Empat dan Tingkatan Lima di semua Sekolah
Menengah Teknik (SMT). Matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam ini
bertujuan untuk memberikan pengetahuan asas mengenai bidang kejuruteraan awam
serta cabangnya dan mendedahkan pelajar kepada faktor yang mempengaruhi
pembangunan serta kesannya terhadap kehidupan seharian. Selaras dengan matlamat
KBSM, matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam ini ditawarkan untuk
memenuhi minat dan kecenderungan pelajar.
3
1.2 Latar Belakang Masalah
Bidang kejuruteraan merupakan salah satu bidang yang menjadi tumpuan
ramai pelajar lepasan Penilaian Menengah Rendah (PMR) untuk melanjutkan
pelajaran di peringkat menengah atas di Sekolah Menengah Teknik (SMT). Minat
merupakan perhatian, kesukaan, kecenderungan dan kegemaran seseorang terhadap
sesuatu seperti yang dinyatakan oleh Mohd Sukor (1994)
Pelajar-pelajar seharusnya mempunyai minat yang tinggi terhadap bidang
kejuruteraan awam. Ini kerana minat merupakan faktor yang penting bagi setiap
pelajar untuk melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik, di samping
kesediaan dan keyakinan pelajar itu sendiri. Pelajar juga haruslah sentiasa bersedia
kerana kesediaan untuk belajar mempunyai pengaruh yang kuat terhadap proses
pengajaran dan pembelajaran.
Jika pelajar tidak bersedia, maka pelajar tidak akan dapat menerima apa yang
mereka pelajari atau setiap isi pelajaran yang disampaikan oleh guru. Pengajaran
guru hanya akan berlaku apabila terhasilnya pembelajaran melalui proses pengajaran
dan pembelajaran.
Mengikut Ab Rahim (1989), seorang pelajar yang bersedia untuk belajar,
bermakna pelajar itu telah bersedia untuk menerima pengalaman pembelajaran dan
dapat memanfaatkan pengajian yang diterima untuk kebaikan diri sendiri, masyarakat
dan negara. Ini jelas membuktikan bahawa faktor kesediaan diri pelajar itu penting
untuk menghasilkan satu tindakbalas yang baik dalam pengajaran dan pembelajaran.
4
Menurut Mok Song Sang (2002), kesediaan pelajar merujuk kepada keadaan
dalaman individu yang bersedia dan berupaya untuk mempelajari sesuatu dengan
tujuan memperolehi pengalaman pembelajaran yang baru. Kesediaan belajar ialah
kombinasi kematangan, pergerakan, kebolehan, persepsi, kecenderungan dan faktor-
faktor lain yang membuatkan seseorang itu bersedia.
Konsep kesediaan belajar jelas difahami sebagai kerelaan menerima
pengalaman pembelajaran iaitu pelajar dapat menerima setiap ilmu yang diajar pada
bila-bila masa dan keadaan ini seharusnya diaplikasikan oleh setiap pelajar Sekolah
Menengah Teknik. Mereka seharusnya mempunyai kesediaan untuk mempelajari
matapelajaran Pengajian Kejuruteran Awam agar setiap ilmu yang diajar dapat
difahami dengan jelas dan mudah. Kesediaan belajar berlaku apabila apa jua perkara
dapat disampaikan secara berkesan kepada pelajar.
Pelajar yang membuat permohonan untuk melanjutkan pelajaran ke Sekolah
Menengah Teknik (SMT) haruslah mempunyai minat dan kesediaan untuk
menceburkan diri dalam bidang kejuruteraan awam sebagai persediaan menempuhi
alam kerjaya di masa hadapan. Pelajar yang terpilih ini juga haruslah menghargai
peluang yang diberikan dan haruslah membuktikan bahawa langkah yang mereka
ambil untuk memasuki Sekolah Menengah Teknik (SMT) merupakan satu langkah
yang bijak dan tepat.
Minat boleh dianggap pendorong yang mengekalkan usaha dalam permainan,
pelajaran dan tugasan-tugasan kerana minat menyebabkan seseorang itu memilih
sesuatu perkara atau pekerjaan. Menurut Ee Ah Meng (1988), apabila seseorang itu
berminat dengan apa yang dilakukannya, maka beliau akan bersedia belajar dengan
tekun sehingga mencapai apa yang dicita-citakan. Ini bermakna proses pengajaran
guru akan berjalan dengan lebih lancar sekiranya pelajar mempunyai minat lebih
5
daripada yang lain terhadap pengajaran dan pembelajaran matapelajaran tersebut.
Minat yang tinggi dapat mempengaruhi dan mendorong seseorang itu berusaha dan
gigih untuk menguasai apa yang dikehendaki. Proses pengajaran dan pembelajaran
hanya akan berlaku jika pelajar dapat menerima pengajaran guru.
Penguasaan kemahiran pelajar dalam bahasa Inggeris pula, memberi
kelebihan kepada pelajar itu sendiri dalam menerokai pelbagai ilmu secara mendalam
dan memudahkan pelajar tersebut apabila melanjutkan pelajaran ke peringkat yang
lebih tinggi. Pelajar yang menguasai dua bahasa mempunyai kelebihan kognitif
berbanding pelajar yang boleh bertutur dalam satu bahasa sahaja (Boncher, 1996).
Pengetahuan dan pengalaman memainkan peranan penting dalam proses
pembelajaran seseorang. Sekiranya seseorang yang tidak mempunyai pengetahuan
asas dalam sesuatu matapelajaran, proses pembelajaran yang berkaitan akan terbantut
dan akan mengambil masa yang panjang untuk berlaku. Pengalaman dan
pengetahuan merupakan kesan yang terhimpun di dalam ingatan seseorang hasil
daripada penerimaan rangsangan, pembelajaran dan tingkahlaku ( Atan Long, 1981 ).
Pengetahuan dan kemahiran akan membuka jalan untuk percubaan, dan
percubaan ini akan berterusan sehingga pengetahuan yang baru ini disepadukan
sepenuhnya dengan pengetahuan lalu. Pengetahuan ini juga asas untuk mendapatkan
kemahiran. Malah dengan pengetahuan, ia membolehkan manusia untuk terus hidup
kerana fikiran kita dapat menyimpan bahan dan mengingat kembali bila diperlukan
(Farrant, 1985)
Persoalan yang timbul sekarang, adakah pelajar-pelajar yang terpilih untuk
melanjutkan pelajaran di Sekolah Menengah Teknik dalam bidang kejuruteraan
6
awam ini mempunyai kesediaan yang cukup dalam mempelajari matapelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam dan adakah mereka sudah cukup bersedia dari segi
minat, kemahiran Bahasa Inggeris dan pengetahuan sedia ada mereka bagi
memastikan mereka dapat mengikuti matapelajaran ini dengan baik di Sekolah
Menengah Teknik.
1.3 Penyataan Masalah
Dari tahun ke tahun, bilangan kemasukan pelajar ke sekolah menengah teknik
terus meningkat. Di dalam kajian Ab Hadi, (2004) menyatakan seramai 49300 orang
pelajar telah ditawarkan memasuki tingkatan empat di sekolah menengah teknik di
seluruh negara pada tahun 2002. Jumlah kemasukan ini telah meningkat sebanyak
3040 orang berbanding dengan tahun sebelum ini.
Keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam matapelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam bergantung kepada kesediaan pelajar itu dalam
mempelajari matapelajaran tersebut. Justeru, satu kajian yang melibatkan pelajar-
pelajar tingkatan 4 bagi sesi pembelajaran 2007 di Sekolah Menengah Teknik
Terengganu dipilih bagi menentukan kesediaan mereka dalam mempelajari
matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam. Kajian ini menyelidik kesediaan
pelajar untuk mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam dari tiga
aspek yang berkaitan iaitu minat, kemahiran bahasa Inggeris, dan pengetahuan sedia
ada pelajar.
7
1.4 Objektif Kajian
Secara khususnya, kajian ini dijalankan untuk:
i) Mengenalpasti tahap minat pelajar dalam mempelajari matapelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Terengganu.
ii) Mengenalpasti tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar dalam
mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Terengganu.
iii) Mengenalpasti tahap pengetahuan sedia ada pelajar dalam
mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Terengganu.
iv) Mengenalpasti perbezaan minat antara pelajar lelaki dan perempuan
dalam mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di
Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
v) Mengenalpasti perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar
lelaki dan perempuan dalam mempelajari matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
vi) Mengenalpasti perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki
dan perempuan dalam mempelajari matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
8
1.5 Persoalan Kajian
i) Apakah tahap minat pelajar dalam mempelajari matapelajaran
Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik
Terengganu?
ii) Apakah tahap kemahiran bahasa Inggeris pelajar dalam mempelajari
matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah
Teknik Terengganu?
iii) Apakah tahap pengetahuan sedia ada pelajar dalam mempelajari
matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah
Teknik Terengganu?
iv) Adakah terdapat perbezaan minat antara pelajar lelaki dan perempuan
dalam mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di
Sekolah Menengah Teknik Terengganu?
v) Adakah terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar
lelaki dan perempuan dalam mempelajari matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Terengganu?
vi) Adakah terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki
dan perempuan dalam mempelajari matapelajaran Pengajian
Kejuruteraan Awam di Sekolah Menengah Teknik Terengganu?
9
1.6 Hipotesis Kajian
Kajian ini telah menguji beberapa hipotesis yang berkaitan dengan objektif
kajian. Di antara hipotesis yang telah dikenal pasti ialah berdasarkan persoalan kajian
empat, lima dan enam iaitu:
Ho1 : Tidak terdapat perbezaaan minat antara pelajar lelaki dan perempuan dalam
mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam di Sekolah
Menengah Teknik Terengganu.
Ho2 : Tidak terdapat perbezaan kemahiran bahasa Inggeris antara pelajar lelaki dan
perempuan dalam mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
di Sekolah Menengah Teknik Terengganu.
Ho3 : Tidak terdapat perbezaan pengetahuan sedia ada antara pelajar lelaki dan
perempuan dalam mempelajari matapelajaran Pengajian Kejuruteraan Awam
di Sekolah Menengah Teknik Terengganu.