Keselamatan Di Taman Permainan

download Keselamatan Di Taman Permainan

of 1

description

bahasa melayu tahun 3

Transcript of Keselamatan Di Taman Permainan

KESELAMATAN DI TAMAN PERMAINANKanak-kanak memang gemar bermain di taman permainan. Ia seolah-olah syurga bagi mereka. Di situlah tempat mereka bermain, beriadah dan bersosial bersama teman sebaya. Bahagimanapun kita mesti mestilah mengikut panduan keselamatan di sana.Jangan bergaduh atau menolak semasa menggunakan peralatan di kawasan permainan yang disediakan.Pakai pakaian yang sesuai untuk melakukan aktiviti luar bagi mengelakkan diri terjatuh akibat pakaian yang tersangkut pada peralatan permainan.Pastikan tidak membawa basikal ke dalam kawasan permainan bagi mengelakkan kemalangan berlaku.Periksa sama ada alat permainan yang rosak sudah dibaiki atau belum.Elakkan bermain jika alat permainan ada bucu yang tajam atau bergerigi.