KESEMPURNAAN AGAMA & RUKUN SOLAT YANG · PDF fileDalam erti kata lain niat itu ialah apa yang...
Transcript of KESEMPURNAAN AGAMA & RUKUN SOLAT YANG · PDF fileDalam erti kata lain niat itu ialah apa yang...
1 |PERTAMA/2017/FEB/003
KESEMPURNAAN AGAMA &
RUKUN SOLAT YANG TIGA
Bismillahirrahmaanirrahim.Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian Alam serta Selawat
dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad
Firman Allah :
نس إل لي عبدون ﴾ ﴿ وما خلقت الن وال
“Tidaklah Aku jadikan manusia dan jin itu melainkan untuk beribadah (menyembah) kepada-
Ku”. (51 : 56)
Kefahaman dari ayat tersebut menyatakan bahawa penciptaan manusia itu hanyalah
untuk menyembah dan beribadah kepada Tuhan Yang Maha Esa. Sekiranya kita teliti sedalam-
dalamnya, tahu lah kita bahawa darjat kita hanyalah seorang hamba yang tidak memiliki apa-
apa. Dia Allah tuhan yang kuasa, yang memiliki segala-galanya. Dialah zat yang wajib
wujud (ada), yang maha memiliki segala sifat-sifat kesempurnaan dan maha suci dari
segala sifat-sifat kekurangan. Dia yang maha kaya tidak berhajat kepada apa-apa atau
sesiapa selain Dia malah selain Dia itu yang berhajat kepada-Nya.
Sesungguhnya Allah telah menghadiahkan kepada umat Nabi Muhammad satu
peluang yang tidak ada pada nabi-nabi yang terdahulu iaitu satu penzahiran kehambaan dari
hamba kepada Pencipta-Nya melalui sujud. Ketahuilah bahawa tanda penyerahan hamba
kepada pencipta-Nya adalah melalui sujud dan Allah sangat menyukai hamba-Nya yang
banyak bersujud kepada-Nya.
Seperti mana yang kita tahu bahawa rukun solat mempunyai tiga kategori iaitu :
rukun qauli (diucap dengan lidah)
rukun qalbi ( diucap dengan hati)
rukun fi’li ( perbuatan)
2 |PERTAMA/2017/FEB/003
Ketiga-tiga rukun ini sebenarnya tidak dapat lari dari fitrah seorang manusia walaupun
berada di luar solat. Sebetulnya manusia tidak boleh memisahkan diri mereka dari berkata-
kata, melakukan sesuatu atau berfikir dengan akal dan merasai nikmat perbuatan.
Jika kita ringkaskan untuk mudah difahami manusia itu ialah apa yang dia ;-
Fikir
Rasa
Buat
Justeru itu fikir, rasa dan buat ini haruslah selari untuk terus maju di dalam hidup dan
menjadi insan yang cemerlang,gemilang dan terbilang. Janganlah kita menjadi sebagaimana
firman Allah :
{ ي أي ها الذين آمنوا ل ت قولون ما ل ت فعلون {
Maksudnya : Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu berkata apa yang tidak kamu
lakukan.(61 : 2)
Seharusnya kita perlu ada keselarasan dan kesatuan diantara fikir,rasa dan buat. Jika
tidak jadilah kita orang yang berfikir lain, rasa lain dan buat lain. Anologinya seperti orang
yang berfikir hendak membuat kek lobak merah, lalu rasa ingin membuat kek itu menyebabkan
dia menyediakan bahan-bahan untuk membuat kek. Selepas sahaja kek itu siap dia mendapati
kek itu menjadi kek oren. Lalu apa yang terhasil itu tidak seperti mana yang dia fikirkan.
Sabda Nabi Muhammad :
: عليه وسلم قال عن عمر أن رسول الل صلى اللهم
ا العمال بلن ية ولكل امرئ ما ن وى" "إن
Maksudnya: “ Sesungguhnya bermula amal itu dengan niat. Dan setiap yg diperoleh
adalah dengan apa yang diniatkan”.
Dalam erti kata lain niat itu ialah apa yang dia fikir dan rasa. Maka maksud
memperoleh dengan apa yang diniatkan itu ialah apa yang dia buat atau hasilnya. Jika hasilnya
seperti apa yang dia fikir dan rasa maka dia telah mendapat keselarasan sebagaimana kehendak
di dalam sabda nabi tersebut. Namun berapa ramai di antara kita yang tidak sama apa yang dia
buat dengan apa yang dia fikir dan rasa. Apabila ditanya adakah anda hendakkan syurga?
3 |PERTAMA/2017/FEB/003
Jawabnya tentulah hendak tetapi dia tidak mahu solat atau masih lagi melakukan maksiat.
Inilah yang dikatakan tidak ada keselarasan dan kesatuan di antara fikir,rasa dan buat.
Fikir itu adalah akal. Rasa itu adalah hati dan buat itu pula adalah anggota kita. Tiga
elemen ini dapat kita hubungkaitkan dengan Tauhid, Tasawwuf dan Feqah. Orang Islam yang
beriman tidak boleh memisahkan Tauhid, Tasawwuf dan Feqah dari diri mereka sebagaimana
fikir,rasa dan buat itu tidak boleh diceraikan dari diri seorang manusia.
Jalan kepada tauhid itu ialah dengan akal,manakala tasawwuf itu ialah dengan hati dan
feqah itu ialah dengan melalui anggota. Jadi bukanlah satu perkara yang asing dan janggal jika
kita dapat memahami konsep ini dengan baik.
Demikianlah di dalam solat jika seseorang yang hendak sujud contohnya tetapi dia terus
duduk bertasyahhud maka solatnya akan terbatal kerana tidak melaksanakan rukun fi’li
(perbuatan) dengan sempurna. Ini bermaksud perbuatan itu tidak mengikut apa yang dia fikir
dan rasa. Begitulah kehidupan kita ini jika masih lagi fikir,rasa dan buat kita itu tidak ada
keselarasan dan kesatuan maka kita tidak akan dapat menjadi orang yang benar-benar mengikut
kehendak Allah dan Rasul. Kita masih lagi mengikut kehendak diri kita yang mana ianya tidak
bertepatan dengan kehendak Allah dan Rasul. Jika ini tidak dititik beratkan maka sifat-sifat
mahmudah (terpuji) tidak dapat dibentuk di dalam diri seseorang manusia. Sebaliknya sifat-
sifat mazmumah (tercela) yang akan terbentuk di dalam jiwa insan itu.
Untuk mendapatkan keselarasan dan kesatuan itu kita hendaklah sentiasa hadir,ingat
dan tumpu. Tanpa hadir, ingat dan tumpu kita tidak akan dapat untuk menyelaraskan fikir,rasa
dan buat kita. Kerana jika tumpuan kita tidak sepenuhnya pada apa yang difikirkan,nescaya
kita akan mudah melakukan sesuatu yang lain dari apa yang kita fikirkan tadi. Orang beriman
sepatutnya memberi tumpuan yang lebih kepada kebesaran Allah dan kasih sayang Rasulullah
. Kerana sesungguhnya kita berada di dalam keadaan yang sentiasa berhadapan dengan
kebesaran Allah dan segala nikmat-Nya .
Oleh itu sepatutnya kita lebih mudah untuk memberi tumpuan kepada Allah dan Rasul
lebih lagi dari yang lain. Tetapi jika sebaliknya terjadi, maka ketahuilah bahawa keadaan kita
masih lagi lupa dan lalai. Berhentilah dari mendengar bisikan-bisikan yang tidak membawa
tumpuan kita kepada Allah dan Rasul. Kurangkanlah bercakap mengenai hal orang lain dan
selalulah muhasabah diri sekerap yang mungkin. Tanyalah diri kita ini dari pagi sampai ke
4 |PERTAMA/2017/FEB/003
malam siapakah yang lebih banyak kita memberi tumpuan adakah kepada Allah atau selain
dari-Nya? Perbanyakkanlah zikrullah agar kita dapat membina tumpuan kita lebih kepada
Allah dan Rasul.
Akhir zaman ini zikrullah amatlah penting sebagai benteng dan perisai diri dari fitnah
yang bermaharaja lela. Berpegang teguhlah dengan Akidah Ahlussunnah Wal Jama’ah dan
janganlah berpecah belah disebabkan hal-hal yang remeh. Berdampinglah dengan ulama-ulama
yang berada pada majoriti di sudut akidah dan feqahnya.
Sesungguhnya Rasul pernah bersabda dengan mafhumnya “Tetaplah kamu dengan
jama’ah (majoriti) dan janganlah kamu berpecah belah”. Hadis ini menunjukkan bahawa
Rasul menyuruh kita supaya bersama dengan golongan yang majoriti dan jangan kita
mengikut golongan yang minoriti. Secara ringkasnya golongan majoriti itu dari sudut
akidahnya ialah yang bermazhab dengan akidah Asya’irah dan Maturidiah dan feqahnya adalah
salah satu dari mazhab yang empat. Kenyataan untuk bersama mereka itu sebenarnya adalah
apa yang kita tuntut tujuh belas kali sehari semalam di dalam solat kita. Mereka orang-orang
yang diberi nikmat itu ialah para-para Anbiya’ (Nabi-nabi), Auliya’ (wali-wali), Siddiqin
(orang-orang yang benar), Syuhada (orang-orang yang syahid) dan Sholihin (orang-orang
sholeh).
Sehubungan itu marilah kita sama-sama terus berlatih tanpa merasa letih untuk beramal
sehingga kita dapat menyelaraskan fikir,rasa dan buat kita sepertimana kita meyelaraskan tiga
kategori rukun di dalam solat kita. Beramallah dengan rasa ‘hendak’ dan ‘kasih’ bukannya
dengan rasa ‘perlu’ atau ‘terpaksa’. Wallahu A’lam.
Disediakan oleh:
Suhaifullah bin Sulong,
Pegawai Jabatan Penyelidikan Dan Dakwah,
Pertubuhan Tarekat Muktabar Malaysia.
(PERTAMA)