Kesihatan Mental-Takrif Dan Teori

download Kesihatan Mental-Takrif Dan Teori

of 9

Transcript of Kesihatan Mental-Takrif Dan Teori

KESIHATAN MENTAL

TAKRIF & TEORI

Kesihatan Mental________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Ajaran Islam memberi penekanan kuat terhadap persoalan kesihatan dan kebersihan peribadi. Dalam teori dan praktiknya, kedoktoran Islam memandang perintah agama tentang masalah kesihatan dan kebersihan ini sebagai satu cara yang paling baik untuk mencegah penyakit. (Osman Bakar: 1995:196). Menurut Dr Sharol Lail Sujak (2000:6) kesihatan mental adalah berkaitan dengan minda. Minda ialah cara kita berfikir dan beremosi. Secara umumnya, kesihatan mental adalah berkenaan dengan kesejahteraan hidup iaitu:

Menghargai diri sendiri dan merasakan dirinya sangat berharga. Mempunyai daya tahan dalam menghadapi masalah

Berbaik sangka terhadap manusia.

Zakiah Daradjat (1983: 11-13), menyebut beberapa definisi tentang kesihatan mental antaranya: Kesihatan mental adalah: terhindarnya orang dari gejala-gejala gangguan jiwa (neurose) dan gejala-gejala penyakit jiwa (psychose). Gangguan jiwa seperti cemas, malas, tiada keghairahan bekerja, lesu dan sebagainya; manakala penyakit/sakit jiwa seperti kepala angin, gila dan sebagainya. Kemampuan untuk menyesuaikan diri dengan diri sendiri, dengan orang lain dan masyarakat serta lingkungan dimana ia hidup. Pengetahuan dan perbuatan yang bertujuan untuk mengembangkan dan memanfaatkan segala potensi, bakat dan pembawaan yang ada semaksimal mungkin, sehingga membawa kepada kebahagiaan diri dan orang lain; serta terhindar dari gangguan-gangguan dan penyakit jiwa. Terwujudnya keharmonian yang sungguh-sungguh antara fungsi-fungsi jiwa, serta mempunyai kesanggupan untuk menghadapi masalah-masalah biasa yang terjadi, dan merasakan secara positif kebahagiaan dan kemampuan dirinya. Dalam bukunya Islam dan Kesihatan Mental, Dr Zakiah Darajat(1986:9) menyatakan tentang beberapa pendapat para ahli bahawa: i) kesihatan mental ialah terhindar dari gangguan penyakit kejiwaan (pendapat ini paling banyak diterima para psikiatris.______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Othman Alkaff

2

Kesihatan Mental________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

ii) kesihatan mental ialah kemampuan menyesuaikan diri dalam menghadapi masalah dan kegoncongan-kegoncangan biasa. iii) kesihatan mental harus mengandung keserasian fungsi-fungsi jiwa. iv) kesihatan mental ialah kemampuan merasa kebahagiaan, kekuatan dan kegunaan harga dirinya. Dr Hassan Langgulung(1983:232) pula menyebut beberapa definisi antaranya: Kesihatan Mental adalah :

bebas atau sembuh dari segala tanda-tanda penyakit. Keadaan dan paras dinamisme seorang dari segi sosial yang membawa kepada Yang sanggup mencapai apa yang ingin dipuaskannya menerusi pengaruh yang

pemuasan keperluan-keperluannya.(Boehm, 1955)

dibuatnya terhadap masyarakat, di mana penyesuaian sosial dianggap salah satu gejala sosial. (Kilander, 1965)

Pemaduan antara berbagai fungsi-fungsi psikologis dengan kebolehan menghadapi

krisis-krisis psikologi yang biasa yang biasanya menimpa manusia dan dengan perasaan positif terhadap kebahagiaan dan kepuasaan.(Al-Quassy, 1970) Istilah baharu yang dimaksudkan adalah kebahagiaan Katannya(1983:225) lagi Mazhab psikoanalisa mentakrifkan kesihatan mental sebagai: Kekuatan ego dari tarikan dua kutub yang berlawanan, iaitu id yang primitif dan superego yang terlalu idealistik. Sejahuh mana si Aku (ego) dapat mempertahankan keakuannya menghadapi dua kekuatan itu. Behaviourisme menyatakan kesihatan mental bermakna kebolehan menyesuaikan diri dengan tuntutan-tuntutan alam sekitar termasuk manusia atau masyarakat yakni penyesuaian seseorang menghadapi cabaran-cabaran yang selalu berubah dari masa ke semasa. Mazhab Kemanusiaan mentakrifkan kesihatan mental sebagai kebolehan mewujudkan potensi sebesar mungkin. Sebab manusia semulajadi adalah baik, jadi kesihatan mental adalah

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Othman Alkaff

3

Kesihatan Mental________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

pada kesanggupannya mewujudkan potensi-potensinya itu, di mana kebebasan merupakan intinya. Teori kemahuan wujud (menurut Abd Ghaffar) yang merupakan kelanjutan dari mazhab kemanusiaan, dengan mengambil kira kebudayaan Islam, mentakrifkan kesihatan mental sebagai perwujudan kemahuan wujud, yakni bahawa segala tingkah laku manusia ini didorong oleh suatu keperluan asas yang diberinya nama kemahuan wujud. Kalau kemahuan wujud ini tidak dilaksanakan disitulah timbulnya penyakit. Pemikir Islam dari kalangan ilmu kalam, ahli feqeh, ahli tasawwuf dan ahli falsafah, mentakrifkan tidak hanya dikhususkan untuk kesihatan mental tetapi meliputi kebahagiaan yang lebih luas dan mencakup kebahagiaan di hari akhirat, malah kebahagiaan di dunia yang kita beri nama kesihatan mental itu hanyalah pendahuluan kepada kebahagiaan yang lebih kekal itu. Tetapi walaupun hanya pendahuluan ia juga menentukan sama ada kebahagiaan yang lebih kekal itu akan dicapai atau tidak.(Langgulung, 1983: 225-226) Menurut A Kamal Manaf (1996:78), kesihatan mental merupakan satu darjat atau sejauh mana seseorang itu berjaya menyesuaikan diri dengan alam sekitar di sekelilingnya, termasuklah objek atau manusia tetapi penyesuaian itu bergantung kepada tempat dan perbezaan antara kesihatan mental dan jasmani.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Othman Alkaff

4

Kesihatan Mental________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

TEORI-TEORI KESIHATAN MENTAL Ahli psikologi Barat rata-rata mengatakan bahawa sesorang akan menghadapi sakit mental apabila ia mengalami masalah yang disebabkan oleh:(Kamal A Manaf, 1996:62-63) (a) Faktor Libido (b) Faktor Kerisauan (c) Wujudnya pertarungan jiwa. Psikoanalisis mengatakan apabila libido dihalang, ia akan memberi gerak balas dengan menggunakan helah bela diri yang akhirnya memberi kesan kepada reaksi, identiti, kerisauan, kekecewaan dan pertarungan. Mazhab Behaviorisme pula menyatakan bahawa kerisauan disebabkan oleh gerak balas perasaan takut yang tiba-tiba muncul. Gerak balas yang dirangsang akan menimbulkan ketakutan. Sebaliknya rangsangan yang tidak sepatutnya wujud merupakan kerisauan sebagai rasa takut pada masa depan, di mana peristiwa-peristiwa itu mengancam sifat kemanusiaan individu. Sementara psikoanalisis pula menyebut kerisauan adalah akibat amaran yang ditunjukkan kepada ego terutama kepada perasaan yang tertekan dan tertimbus di bawah keadaan tidak sedar. Mengenai pertarungan pula, mazhab Kemanusiaan memberi sebab berlakunya pertarungan tersebut iaitu apabila terhalangnya kewujudan manusia. Manusia sentiasa positif untuk mencapai self-actualisation iaitu satu pertarungan di antara memenuhi kewujudan manusia itu dan halangan-halangan yang ditempuhinya. Sementara Mazhab Behaviorisme pula menekankan bahawa pertarungan rangsangan yang memiliki kekuatan dan membawa kepada gerak balas yang bertentangan iaitu satu menuju ke kanan dan satu lagi ke kiri. Lain pula pendapat psikoanalisis yang mengatakan bahawa pertarungan adalah akibat pertarungan di antara penggerak-penggerak bagi memuaskan keinginan atau kerana ingin memenuhi tuntutan sosial hati atau super ego.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Othman Alkaff

5

Kesihatan Mental________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Jadi nyata sekali perbezaan pendapat antara psikologi Barat dan Islam jauh berbeza di mana menurut pandangan Islam, sesorang akan mendapat sakit mental apabila gagal menyempurnakan ibadat yang merupakan dorongan manusia, sedangkan ahli psikologi Barat mengatakan bahawa sakit mental akan timbul hanya apabila seseorang gagal mengawal, memenuhi tuntutan, libido, kerisauan dan pertarungan dalam jiwa mereka. Hassan Langgulung(1983:238) menyatakan bahawa mazhab-mazhab psikologi Barat yang di bawa oleh Psikoanalisis, Behaviourisme dan Kemanusiaan yang kita pelajari tidak mengkaji jiwa tetapi akibatnya iaitu tingkahlaku. Apakah jiwa itu ada atau tiada, apakah dia, dari mana asalnya dan bagaimana bentuknya tidak menjadi tumpuan Barat, yang mementingkan tingkahlaku daripada jiwa, yang mengakibatkan psikologi Barat digolongkan sebagai sains tingkahlaku(Behavioural Science). Para Pengkaji Barat telah menyediakan Buku Panduan Diagnostik dan Statistik Kekacauan Mental (DSM) dicetak oleh Persatuan Psychiatric Amerika dan menyediakan satu bahasa bersama dan kriteria standard untuk pengelasan gangguan mental. Digunakan di Amerika Syarikat dan di kebanyakan negara di seluruh dunia, oleh para klinisian, penyelidik-penyelidik, agensi-agensi undang-undang dadah psikiatri, syarikatsyarikat insurans kesihatan, syarikat-syarikat farmaseutikal dan pembuat-pembuat dasar.

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Othman Alkaff

6

Kesihatan Mental________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

DSM telah meraih kontroversi dan kritikan serta pujian. Terdapat lima semakan sejak ia mula-mula diterbitkan dalam 1952, dan secara beransur-ansur memasukkan gangguan mental yang semakin bertambah, serta mengeluarkan beberapa yang tidak dianggap lagi sebagai gangguan mental, yang paling ketara termasuk homoseksual. Gambar kulit buku DSM IV dan laporan akhbar:

Buku panduan(DSM) ini berkembang dari sistem untuk mengutip statistik banci dan hospital psikiatri , dan dari sebuah buku panduan dibangunkan oleh US Army , dan secara mendadak menyemak dalam 1980. Penyemakan terakhir ialah edisi keempat ("DSM-IV"), diterbitkan pd tahun 1994. Satu teks semakan" juga telah dihasilkan pada tahun 2000. Edisi kelima ("DSM-V") kini dalam perundingan, perancangan dan persediaan, dan dijangkakan penerbitannya pada bulan Mei 2013 .

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Othman Alkaff

7

Kesihatan Mental________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Berbeza dengan Islam psikologi masih di panggil ilmu nafs iaini ilmu jiwa sejak awal lagi. Dalam Islam, istilah jiwa digunakan untuk nafs(jiwa), qalb(hati), roh dan aql (akal): Nafs dalam alQuran (Q.2:48) zat keseluruhan , unsur penggerak dan aktiviti sedar atau berfikir manusia. (367kali). Qalb digunakan berkaitan dengan emosi dan akal pada manusia. Ia tidak menunjukkan pengerak-pengerak naluri tetapi terhad bagi bahagian yang disedari (144kal dalam AlQuran). Roh digunakan dengan bermacam makna: pemberian hidup; wahyu & malaikat yang membawanya. (25 kali). Aql tidak disebut tetapi kata kerja aqala bererti unsur pemikiran kepada manusia. (49kali) Hassan Langgulung(1983:206-222) menyatakan menurut pandangan (teori) Islam pula, oleh kerana kesihatan mental adalah istilah baru di mana maksudnya menurut pemikir Islam ialah kebahagiaan atau keselamatan. Di dalam AlQuran, perbincangan ialah tentang dua kebahagiaan iaitu kebahagiaan di dunia iaitu terhindar dari segala macam kecelakaan, penganiayaan, ketidakadilan, bala bencana, siksaan, huru-hara dan segala macam penyakit dan bahaya; dan kebahagiaan di akhirat iaitu terhindar dari siksaan neraka dan memperolehi ganjaran syurga dari Allah SWT. Mengenai kebahagiaan di akhirat, AlQuran bermaksud terdiri daripada jiwa dan badan kerana manusia adalah gabungan jiwa dan badan yang akan menanggungnya samada celaka atau bahagia. Cuma kehidupan sesudah mati untuk berperingkat-peringkat dan akhirnya berkekalan tiada kesudahan samada di syurga atau di neraka. Dan jalan ke arah keselamatan atau kebahagiaan itu adalah melalui dua jalan iaitu keimaanan dan amal perbuatan. Begitu terdapat dua lagi perkara yang dapat menyelamatkan manusia iaitu syafaat dan rahmat Allah, Tuhan yang Agung.(Hassan, 206-221)

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Othman Alkaff

8

Kesihatan Mental________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Perbezaan Kesihatan Mental antara pandangan Islam dan Psikologi Barat. Kesihatan Mental ialah : (A Kamal Manaf, 1986:9,10,78) a) Psikologi Barat Manusia dilahirkan semata-mata untuk memenuhi desakan-desakan naluri seks dan kelangsungan sahaja (Psikoanalisis). Proses pengembangan potensi manusia. b) (Kemanusiaan) Manusia boleh bertingkah laku sama ada secara positi atau negatif kerana manusia terdedahkan Pengembangan kepada potensi manipulasi merupakan persekitaran. (Mazhab Behaviourisme). tujuan akhir pendidikan dan merupakan c) tujuan akhir manusia.(Kemanusiaan) Manusia memiliki kebebasan tetapi terbatas perbuatan batas. (Mazhab manusia Behaviourisme). dilakukan tanpa Sesetengah mereka mengatakan bahawa Cuma Mazhab Kemanusiaan Memberi kebebasan kepada umatnya tetapi dibatasi dengan sifat amanah, jika tidak ia akan merosakkan diri. Nota: untuk mengatur manusia supaya tunduk dan patuh dalam ketertiban sosial, AlQuran & Sunnah memberi garis panduan secara sistematik yang di sebut sebagai undang-undang syariah, yang termasuk di dalamnya Rukun Iman, Rukun Islam, akhlak (moral), solat dan uqubat (hukum hakam hudud, jinayat, sebagainya. tazir) dan Melihat Pandangan Islam pengembangan sifat-sifat

Tuhan pada manusia, di mana ibadat merupakan tujuan penciptaan alam ini. Pengembangan potensi sifat Allah adalah ibadat dan ibadat adalah pendidikan.

sahaja mengatakan manusia itu bebas tetapi ada batasan kerana manusia itu alat atau memiliki tangggungjawab yang bersifat moral. Juga ia mengatakan bahawa orang tidak sakit bukan bermakna ia sihat. Cuma dalam hal mental, seorang yang sihat boleh dilihat apabila seorang itu tidak mengalami gangguan jiwa dan penyakit mental Sekian

______________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________________

Othman Alkaff

9