Kesilapan Bahasa.ppt

16
Kesilapan yang sering Kesilapan yang sering Pelajar Lakukan Pelajar Lakukan dalam dalam Karangan Karangan Harap jangan ulangi Harap jangan ulangi . .

Transcript of Kesilapan Bahasa.ppt

  • Kesilapan yang sering Pelajar Lakukan dalam KaranganHarap jangan ulangi.

  • Penggunaan Kata HubungTidak boleh mulakan ayat dengan Dan atau Tetapi.Jangan gunakan dua kata hubung pada masa yang sama.Contohnya, nasi lemak ialah makanan kegemaran saya tetapi kerana ia makanan yang tidak bagus untuk kesihatan, saya hanya makan sedikit sahaja.

  • Penggunaan Kata HubungJangan mulakan ayat dengan Kata Hubung Dan atau Tetapi. Contoh ayat yang salah :Dan saya ingin menyatakan bahawa dia juga seorang yang pemalas.Tetapi, saya tidak suka makan nasi goreng. (Gantikan tetapi di awal ayat dengan perkataan NAMUN)

  • Penggunaan Kata HubungJangan gunakan oleh kerana, yang betul ialah oleh sebab.Contoh, Oleh kerana abang gemuk, dia tidak boleh berjalan dengan pantas. Ayat yang betul ialah: Oleh sebab abang..

  • EjaanKata singkatan untuk -ku, -mu dan -nya harus dekat dengan perkataan yang sebelumnya.Contoh: Bajumu amat cantik. / Bukan baju mu / baju -mu atau baju ku / baju -ku.Tali kasutku terputus tadi.Harumnya bau bunga mawar ini.Kita harus bersyukur dengan anugerah-Nya. (Kata Ganti Nama utk Allah)

  • Kesilapan Ejaan dalam Kata BerimbuhanKemasukan, keburukan, kebaikan, kebanyakan, Jika apitan ke--an digunakan, JANGAN tambahkan huruf K lagi.Contohnya, kebaikkan, kebanyakkan

  • Kata Partikel kah / -lahHarus dieja dengan betul.Contohnya :Ke manakah kita akan pergi nanti?Awak mahu ikut sayakah? BUKAN - Awak mahu ikut saya ke?Janganlah marah! BUKAN Jangan lah marah!

  • Penulisan Dialog dalam KaranganPastikan setiap dialog ditulis dalam perenggan yang baharu.Contoh: Hamid bertanya Ali, Kamu hendak ke mana? Ke kedai Muthu, balas Ali.

  • Penulisan Dialog dalam KaranganKesilapan tanda baca dalam dialog amat ketara.Hamid menjerit, Buka pintu ini cepat!Buka pintu ini cepat! jerit Hamid.

  • Kata Ganti Nama Teliti ayat-ayat berikut:Jikalau seseorang itu lalai menjaga diet sendiri, mereka boleh menghidapi pelbagai penyakit.Ramai orang berpusu-pusu ke Geylang Serai termasuk aku dan kawan-kawanku. Kita semua hendak membeli baju kurung baharu.

  • Kesilapan ImbuhanMAKAN, MINUM, TIDUR tidak perlu imbuhan ber- atau me-.Contoh, Sebelum saya bermakan/memakan, saya mandi dahulu.Saya berminum/meminum air kopi yang hangat itu.Saya bertidur/menidur dengan nyenyaknya.

  • Kesilapan Imbuhan Biasanya kesilapan imbuhan dalam ayat pasif pelajar amat nyata.Lihat contoh berikut :1. Baju yang saya membeli itu sangat murah harganya.2. Lauk yang ibu memasakkan itu pedas rasanya.

  • Adalah & IalahIalah digunakan sebelum Frasa Nama Nama saya ialah Rafidah.Adalah untuk yang lain daripada Frasa Nama Bunga-bunga yang disediakan itu adalah untuk para tetamu kehormat.

  • Kata Sendi Nama Kesilapan sering terjadi bagi KSN di.Saya akan belajar bersungguh-sungguh supaya berjaya di masa hadapan.KSN di hanya digunakan untuk tempat, bukan untuk masa. KSN pada digunakan untuk masa.

  • Dari dan DaripadaIngat KSN dari digunakan untuk ATM, iaitu ARAH, TEMPAT dan MASA.Arah contohnya ~ belakang, depan, tepi, sana, sini dllTempat contohnya ~ sekolah, negeri, taman, bukit dllMasa contohnya ~ dahulu, sekarang, pukul dua petang, semalam

  • Sekian dahulu.Akan disambung pada masa lain!