Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Menyediakan Kertas Kerja Perniagaan

download Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Menyediakan Kertas Kerja Perniagaan

of 3

Transcript of Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Menyediakan Kertas Kerja Perniagaan

  • 8/12/2019 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Menyediakan Kertas Kerja Perniagaan

    1/3

    Kesilapan yang biasa dilakukan semasa menyediakan Kertas Kerja Perniagaan

    Berikut saya senaraikan perkara-perkara yang mesti anda elakkan semasa memasukkan perkara-perkara

    yang penting di dalam Kertas Kerja Perniagaan:

    i. Mengambil sikap sambil lewa.

    Terlalu ramai usahawan menyediakan Rancangan Perniagaan apabila mereka terdesak. Setelah pihak bank

    atau pelabur memerlukan Rancangan Perniagaan, mereka tidak dapat menyediakannya.

    Jangan tunggu sehingga anda memiliki masa yang cukup, barulah terfikir untuk menyediakannya. Saya

    tidak boleh membuat perancangan. Saya terlalu sibuk untuk menyiapkannya, kata usahawan.

    Semakin anda sibuk, semakin itulah anda lebih memerlukan perancangan. Anda tidak boleh menggadaikan

    masa depan perniagaan anda kerana memberi perhatian yang lebih terhadap satu perkara yang remeh.

    ii. Aliran tunai.

    Ramai orang memikirkan keuntungan semata-mata berbanding dengan tunai yang ada. Apabila anda

    berfikir tentang sebuah perniagaan yang baharu, anda hanya memikirkan berapa kos untuk mengeluarkan

    sesuatu produk, berapa harga yang patut dijual dan berapa keuntungan yang bakal diperolehi.

    Sebenarnya, perniagaan adalah jualan setelah ditolak kos dan perbelanjaan, yang mana bersamaan dengan

    keuntungan. Malangnya, kita tidak membelanjakan keuntungan itu di dalam perniagaan. Kita hanya

    membelanjakan tunai.

    Jadi, pemahaman tentang aliran tunai adalah amat penting. Sekiranya anda hanya menyediakan hanya satu

    carta di dalam Rancangan Perniagaan anda, pastikan ianya hanyalah cara aliran tunai.

    iii. Kekurangan idea.

    Jangan terlebih anggaran tentang kepentingan sesebuah idea. Anda tidak memerlukan idea yang hebat

    untuk memulakan perniagaan; anda perlukan masa, wang, perseverance, dan common sense. Hanya

    segelintir sahaja usahawan yang berjaya bermula dari idea yang baharu.

    Sebuah idea yang baharu lebih susah untuk dijual berbanding yang sedia ada, kerana orang tidak faham

    tentang idea yang baharu dan mereka ragu-ragu tentang keberkesanannya.

    Ciri-ciri utama sebuah Kertas Kerja Perniagaan yang berkualti

    Apakah faktor yang menyumbang kepada penghasilan sebuah Kertas Kerja Perniagaan yang baik?

    Adakah kerana panjangnya? Adakah kerana maklumat yang banyak? Atau berapa baiknya ia ditulis, atau

    kehebatan strategi persembahannya? Jawapannya adalah TIDAK!

    Rancangan Perniagaan adalah satu proses dan bukan sekadar perancangan semata-mata. Baik atau

    http://koleksi-kertas-kerja.blogspot.com/2009/12/kesilapan-yang-biasa-dilakukan-semasa.htmlhttp://koleksi-kertas-kerja.blogspot.com/2009/12/ciri-ciri-utama-sebuah-kertas-kerja.htmlhttp://koleksi-kertas-kerja.blogspot.com/2009/12/ciri-ciri-utama-sebuah-kertas-kerja.htmlhttp://koleksi-kertas-kerja.blogspot.com/2009/12/kesilapan-yang-biasa-dilakukan-semasa.html
  • 8/12/2019 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Menyediakan Kertas Kerja Perniagaan

    2/3

    buruknya sesuatu Rancangan Perniagaan adalah isi kandungan Rancangan Perniagaan itu sendiri.

    Kriteria sesebuah Rancangan Perniagaan yang menunjukkan ianya menampakkan hasil amatlah penting.

    Namun begitu, adalah lebih baik sekiranya ia dilihat sebagai sebahagian dari proses penghasilan keputusan

    kerana sehebat mana pun Rancangan Perniagaaan, ia tidak akan bermakna jika tiada yang mematuhinya.

    Siapa yang memerlukan Kertas Kerja Perniagaan?

    i. Anda

    Sekiranya anda sedang mengorak langkah bagi menceburi sesuatu perniagaan, anda perlu mendapatkan

    seberapa banyak maklumat tentang perniagaan tersebut.

    Ini perlu bagi mengelakkan dari anda tersalah langkah dan mengalami kerugian dari sejumlah wang yang

    dilaburkan.

    ii. Usahawan

    Sebagai seorang usahawan atau pemilik perniagaan, anda perlu memahami selok-belok perniagaan yang

    diceburi dengan terperinci.

    Oleh itu, penyediaan Kertas Kerja Perniagaan yang baik amatlah penting kerana ia akan membantu

    usahawan membuat keputusan dengan cekap & berkesan.

    Selain itu, usahawan juga akan dapat menilai daya maju sesebuah perniagaan dari aspek pemasaran,

    pengurusan, operasi & kewangan dengan lebih sistematik.

    iii. Institusi Pemberi Pinjaman (Bank, TEKUN, PUNB, MARA, PNB, SMIDEC dll.)

    Kertas Kerja Perniagaan atau Rancangan Perniagaan?

    Kertas Kerja Perniagaan & Rancangan Perniagaan merujuk kepada dokumen yang sama.

    Ia merupakan dokumen bertulis yang menerangkan perkara berkaitan perniagaan yang hendak dijalankan.

    Kandungan asas dokumen tersebut adalah produk atau perkhidmatan yang ditawarkan, penerangan tentang

    aspek pemasaran, pengurusan operasi & kewangan.

    Selain dari digunakan sebagai garis panduan menjalankan perniagaan, ia juga merupakan syarat utama

    bagi kelulusan pinjaman dari institusi kewangan untuk membina perniagaan yang baharu atau

    memperkembangkan perniagaan yang sedia ada.

    Kenapa koleksi kertas kerja kami?

    Koleksi Kertas Kerja Perniagaan atau Rancangan Perniagaan kami disediakan secara PERCUMA untuk anda

    memulakan perniagaan atau mendapatkan pinjaman bank, TEKUN, MARA, PNB, PUNB, SMIDEC &

    sebagainya..

    http://koleksi-kertas-kerja.blogspot.com/2009/12/siapa-yang-memerlukan-kertas-kerja.htmlhttp://koleksi-kertas-kerja.blogspot.com/2009/12/kertas-kerja-perniagaan-atau-rancangan.htmlhttp://www.koleksikertaskerja.com/http://www.koleksikertaskerja.com/http://koleksi-kertas-kerja.blogspot.com/2009/12/kertas-kerja-perniagaan-atau-rancangan.htmlhttp://koleksi-kertas-kerja.blogspot.com/2009/12/siapa-yang-memerlukan-kertas-kerja.html
  • 8/12/2019 Kesilapan Yang Biasa Dilakukan Semasa Menyediakan Kertas Kerja Perniagaan

    3/3

    Panduan dari mereka yang berpengalaman luas dalam sektor berkaitan amatlah diperlukan supaya anda

    sentiasa berada di landasan yang betul dalam menguruskan sesebuah perniagaan.

    Berdasarkan kaji selidik yang telah dijalankan ke atas pelanggan-pelanggan kami, 85% daripada mereka

    telah berjaya mendapatkan pinjaman kewangan dan kini mereka sedang mengembangkan perniagaan.

    Kos penyediaan Kertas Kerja Perniagaan & Pinjaman oleh pihak ketiga boleh mencecah sehingga ratusan

    malahan ribuan ringgit. Di sini, kami hanya sediakan secara PERCUMA untuk anda..

    Pilihlah mana-mana kertas kerja dari koleksi kami yang bersesuaian dengan keperluan anda.

    Selamat Maju Jaya!