kesimpulan

download kesimpulan

of 2

description

psv

Transcript of kesimpulan

PSV 3053 PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN PENDIDIKAN SENI VISUAL 7.0 KESIMPULANPendidikan Seni Visual menekankan kepada aspek perkembangan kognitif selaras dengan emosi murid-murid untuk melahirkan atau mencetuskan idea kepada penciptaan baru atau meluahkan ideaidea yang tersemat di dalam diri mereka dalam pelbagai bentuk demi mempertingkatkan kemahiran pelajar. Selain itu, murid-murid akan lebih menghargai diri sendiri dan alam sekitarnya seterusnya menjadi inspirasi kepada mereka untuk menghasilkan karya yang bermutu dan menarik. Pengajaran dan pembelajaran Pendidikan Seni Visual akan menjadi lebih menarik sekiranya murid-murid dapat mengetahui dan mengenal pasti alat dan bahan serta teknik dalam setiap aktiviti penghasilan bagi setiap bidang kegiatan. Bidang-bidang kegiatan sukatan pelajaran Pendidikan Seni Visual sekolah rendah disusun dalam empat bidang kegiatan iaitu Menggambar, Membuat Corak dan Rekaan ,Membentuk dan Membuat Binaan serta Mengenal Kraf Tradisional. Setiap bidang ini menekankan keempat-empat aspek iaitu pemerhatian secara aktif, interaksi yang kritis dan kreatif dengan alat dan bahan, apresiasi seni visual serta menghargai nilai baik. Malah, pengajaran juga berlaku secara bersepadu.Secara umumnya, seni visual merangkumi aspek pengkaryaan yang dihubungkan dengan disiplin seni halus, dan perekaan, yang meliputi bidang-bidang komunikasi visual, reka bentuk teknologi, dan reka bentuk persekitaran. Ringkasnya, ia merangkumi seni lukis dan seni reka. Karya seni visual ialah suatu ekspresi visual akan sesuatu idea ataupun pengalaman yang dibentuk menerusi penggunaan sesuatu bahan ataupun medium dengan menggunakan teknik-teknik yang tertentu. Pengkarya dan pereka lazimnya memilih bahan yang sesuai dengan idea ataupun perasaan yang ingin disampaikannya. Karya seni visual yang terbentuk menerusi kombinasi bahan-bahan berbeza disebut sebagai bahan campuran ataupun mixed media. Selain daripada fotografi dan filem yang dirintis pada abad kesembilan belas, menjelang pertengahan abad kedua puluh, teknologi moden telah menghasilkan media seni visual yang baru seperti video dan komputer. Perkembangan budaya dan masyarakat telah banyak mempengaruhi bentuk seni visual. Sebagai contoh, istilah-istilah seni halus dan seni gunaan telah muncul pada abad ke-18. Seni halus merujuk kepada penghasilan seni yang berasaskan konsep keindahan ataupun estetika, dan merangkumi bentuk-bentuk seni seperti catan, lukisan, arca, cetakan, seni bina, puisi dan muzik (Osborne, 1979: 407), sementara seni gunaan pula merujuk kepada seni berasaskan fungsi seperti produk-produk seni grafik, tekstil, seramik, seni industri, fesyen, fotografi, seni logam halus, seni reka hiasan dalaman, seni landskap, multimedia dan animasi. Kesimpulanya, kepelbagaian ruang lingkup seni, sama ada dari segi bentuk, makna, teknik, bahan, dan hubungannya dengan konteks penghasilan, termasuklah pengkarya dan persekitaran, serta penghayatan khalayak terhadapnya menjadi perkara-perkara asas kepada bidang Pendidikan Seni Visual.

32