Kesimpulan Essay Sosio

2
Kesimpulan Syukur alhamdulillah, kumpulan kami telah menyiapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah kami iaitu, Dr Khairi bin Ariffin. Beliau telah banyak memberi panduan dan ilmu kepada kami untuk menjalankan kajian di FELDA Sg. Behrang untuk mengenal pasti aktiviti sosioekonomi masyarakat setempat. Hasil daripada kajian ini, kami mendapati kegiatan ekonomi di Kampung Banjar tertumpu pada sektor perladangan kelapa sawit, diikuti dengan tanaman getah yang merupakan nadi utama penduduk kampung Banjar. Selain itu juga, aktiviti keusahawanan juga membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. Dalam sektor perkhidmatan pula, kemudahan yang terdapat di Kampung Banjar amat memuaskan. Perkhidmatan seperti Klinik Kerajaan, Dewan, sekolah dan kemudahan yang lain telah memudahkan penduduk. Antara kaedah yang telah kami gunakan untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan pengumpulan data daripada pihak . Dalam kajian ini, kami telah meneliti hubung kait aktiviti ekonomi yang berbeza terhadap kehidupan masyarakat kampung Banjar. Kami juga berkesempatan untuk beristirehat di rumah ketua kampung semasa menjalankan kajian ini. Layanan yang diberikan oleh warga kampung Banjar sepanjang kajian kami, sangat baik dan mereka sentiasa meraikan kehadiran kami pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, kajian ini membuatkan kami lebih faham secara terperinci mengenai perkembangan sosioekonomi masyarakat kampung Banjar. Kami dapat mengenal pasti jenis- jenis ekonomi yang dijalankan dan impaknya kepada mereka serta

description

mn

Transcript of Kesimpulan Essay Sosio

KesimpulanSyukur alhamdulillah, kumpulan kami telah menyiapkan kajian ini dalam tempoh masa yang ditetapkan oleh pensyarah kami iaitu, Dr Khairi bin Ariffin. Beliau telah banyak memberi panduan dan ilmu kepada kami untuk menjalankan kajian di FELDA Sg. Behrang untuk mengenal pasti aktiviti sosioekonomi masyarakat setempat. Hasil daripada kajian ini, kami mendapati kegiatan ekonomi di Kampung Banjar tertumpu pada sektor perladangan kelapa sawit, diikuti dengan tanaman getah yang merupakan nadi utama penduduk kampung Banjar. Selain itu juga, aktiviti keusahawanan juga membantu meningkatkan taraf hidup keluarga. Dalam sektor perkhidmatan pula, kemudahan yang terdapat di Kampung Banjar amat memuaskan. Perkhidmatan seperti Klinik Kerajaan, Dewan, sekolah dan kemudahan yang lain telah memudahkan penduduk. Antara kaedah yang telah kami gunakan untuk mendapatkan maklumat dengan menggunakan kaedah pemerhatian, temu bual dan pengumpulan data daripada pihak . Dalam kajian ini, kami telah meneliti hubung kait aktiviti ekonomi yang berbeza terhadap kehidupan masyarakat kampung Banjar. Kami juga berkesempatan untuk beristirehat di rumah ketua kampung semasa menjalankan kajian ini. Layanan yang diberikan oleh warga kampung Banjar sepanjang kajian kami, sangat baik dan mereka sentiasa meraikan kehadiran kami pada masa akan datang. Secara keseluruhannya, kajian ini membuatkan kami lebih faham secara terperinci mengenai perkembangan sosioekonomi masyarakat kampung Banjar. Kami dapat mengenal pasti jenis-jenis ekonomi yang dijalankan dan impaknya kepada mereka serta dapat mengetahui aktiviti/kegiatan sosial yang dilalui oleh penduduk kampung ini. Hasil kerjasama kami berlima, bimbingan daripada pensyarah, dan kerjasama daripada warga masyarakat Kampung Banjar yang menerangkan sedikit sebanyak tentang sosioekonomi kawasan kajian telah membantu kami menyiapkan tugasan ini dengan jayanya. Sekian, Terima Kasih.