KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)

3
KESIMPULAN Kebelakangan ini banyak berita-berita yang menyiarkan mengenai gejala sosial. Gejala sosial adalah satu fenomena yang melanda masyarakat kita dan juga masyarakat antarabangsa. Walaupun tahap gejala sosial di Negara ini masih belum diperingkat serius terutamanya dikalangan kanak-kanak dan remaja sekolah, namun kita haruslah mengambil perhatian dalam pemantauan isu tersebut sebelum parah dan menular kepada anak-anak kita pada masa akan datang. Diantara gejala sosial yang sering melanda masyarakat hari ini ialah pergaulan bebas, penyalahgunaan dadah, rogol, khalwat, sumbang mahram, tidak menghormati ibu bapa, ajaran sesat, pengugut, budaya lepak, mencuri, minum arak, rasuah dan lain-lain lagi. Ada diantara gejala ini yang telah menular kepada anak-anak remaja kita yang telah pun melakukannya. Daripada sinilah perlunya etika diterapkan dari zaman persekolahan malahan juga di universiti agar mereka akan lebih banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu yang tidak mempunyai faedah terhada diri mereka sendiri di masa akan datang. Di alam persekolahan, guru memainkan tugas dalam menerapkan etika, disiplin serta pendidikan agama dan juga moral kepada kanak-kanak ini. Murid-murid didedahkan dengan disiplin sekolah agar murid akan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan di

description

KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)

Transcript of KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)

Page 1: KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)

KESIMPULAN

Kebelakangan ini banyak berita-berita yang menyiarkan mengenai gejala sosial. Gejala

sosial adalah satu fenomena yang melanda masyarakat kita dan juga masyarakat antarabangsa.

Walaupun tahap gejala sosial di Negara ini masih belum diperingkat serius terutamanya

dikalangan kanak-kanak dan remaja sekolah, namun kita haruslah mengambil perhatian dalam

pemantauan isu tersebut sebelum parah dan menular kepada anak-anak kita pada masa akan

datang.

Diantara gejala sosial yang sering melanda masyarakat hari ini ialah pergaulan bebas,

penyalahgunaan dadah, rogol, khalwat, sumbang mahram, tidak menghormati ibu bapa, ajaran

sesat, pengugut, budaya lepak, mencuri, minum arak, rasuah dan lain-lain lagi. Ada diantara

gejala ini yang telah menular kepada anak-anak remaja kita yang telah pun melakukannya.

Daripada sinilah perlunya etika diterapkan dari zaman persekolahan malahan juga di

universiti agar mereka akan lebih banyak berfikir sebelum melakukan sesuatu yang tidak

mempunyai faedah terhada diri mereka sendiri di masa akan datang.

Di alam persekolahan, guru memainkan tugas dalam menerapkan etika, disiplin serta

pendidikan agama dan juga moral kepada kanak-kanak ini. Murid-murid didedahkan dengan

disiplin sekolah agar murid akan mengikut peraturan-peraturan yang ditetapkan di sekolah.

Sejajar dengan usaha kerajaan untuk membangunkan modal insan, pendidikan memainkan

peranan penting dalam usaha membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,

berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berlemahiran tinggi bagi mengisi

keperluan negara maju 2020. Modal insan yang ingin dilahirkan perlu mampu untuk berfikir

secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah, berkeupayaan mencipta peluang-

peluang baru, mempunyai ketahanan serta kebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran

dunia global yang sering berubah-ubah.

Page 2: KESIMPULAN (GEJALA SOSIAL)

Selain daripada itu, kepentingan serta kekuatan pegangan agama seseorang itu adalah

perlu kerana tanpa pegangan agama, maka akan goyahlah kehidupan manusia. Peranan agama

yang paling dominan adalah ia dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan manusia.

Pegangan agama juga dapat menjadi asas kepada ketamadunan dan acuan kepada latar belakang

budaya masyarakat. Agama adalah merupakan landasan utama bagi manusia untuk menjadi

manusia yang baik dan membentuk sebuah masyarakat yang bertamadun. Tiada satu pun agama

di dunia ini mengajar dan menyuruh pengikutnya membuat perkara jahat seperti rasuah,

membunuh, menipu, berzina dan sebagainya. Pendidikan agama perlulaha diterapkan dalam diri

anak-anak sejak kecil lagi seperti kata pepatah “melentur buluh biarlah dari rebungnya” bagi

mengelakkan masalah yang lebih serius berlaku kepada anak-anak kita pada masa akan datang.

Kesimpulannya, kekacauan dan masalah yang berlaku dalam masyarakat dan negara pada

hari ini boleh dikatakan berada pada tahap yang agak membimbangkan kerana apa yang telah

kita dapat lihat di sini, jenayah etika begitu berleluasa berlaku. Maka dengan ini, kami bersetuju

bahawa pengajaran etika perlulah diterapkan ke atas pelajar sejak dari zaman persekolahan lagi

agar mereka akan menjadi seorang yang berguna serta mempunyai nilai-nilai yang murni sejajar

dengan Dasar Pendidikan Negara kita Malaysia serta dapat menghasilkan modal insan yang

berguna kepada agama, bangsa dan negara sejajar dengan kehendak kerajaan Malaysia dalam

Rancangan Malaysia yang ke Sembilan (RMK9).