Kesunyian Dan Keseorangan
description
Transcript of Kesunyian Dan Keseorangan
Nukilan: nor ifadah....
Kesunyian dan keseorangan ...Perasaan yang aku alami ketika iniKepedihan hati yang merantai jiwaHanya tetap ku simpan dalam hati
Mengapa perasaan sebegini menghantui dirikuAku mencari punca kenapa dan mengapa...
Apakah yang aku cari sebenar dalam nilai hidup iniPersoalan itu sentiasa berlegar-legar dalam fikiranku
Yang pastinya jawapan penuh ketidakpastian
Adakalanya aku terfikir...Adakah hidup aku berharga kepada orang lain
Selain dari keluargaku yang kucintai sepenuh jiwa ragakuAdakah orang menghargai kehadirankuDi celah-celah kesesakan kehidupan ini
Adakah akan menjelma seseorang yang mencintai dirikuDengan penuh kasih sayang,cinta,rindu dan kesetiaanCinta yang aku inginkan bukanlah nafsu semata-mata
Cinta yang aku impikan bukanlah keseronakan dunia semata-mataCinta yang aku hasratkan bukanlah sementara
Tetapi Cinta yang menjadi pilihankuAdalah cinta yang terbit dari hati yang ikhlas kerana ALLAH
Cinta yang berpanjangan sehinggalah hembusan nafas terakhirCinta yang penuh kenikmatan keseronakan, kegembiraan dan
kedukaanSegalanya dikongsi bersama-sama....
Barulah penggembaraan cintaku dipenuhi ketenangan dan kedamaianItulah pencarian sebenar yang kucari mengenai cinta
Yang pasti mengenai dirikuAku terlalu menyayangiku keluargaku
Memang semua menyayangi pada keluarganyaTetapi perasaan sebegini menakutkan aku
Kerna aku terlalu sayangAku takut menemui jalan penghujung
Aku takut tiada siapa yang akan pedulikan akuAku takut keseorangan
Aku takut kehilangan harta yang paling berhargaPintaku pada Illahi hanyalah
Lindungi keluargaku dari termasuk golongan orang yang rugiSerta yang dilaknat oleh ALLAH.
Berikanlah rahmat dan pintu rezeki yang halal meluas kepada ahli keluargaku
Semoga kasih sayang yang mengikat perhubungan kami akan terus berkekalan....
Ku memohon kemaafan pada ayahbondakuKerna sentiasa mengecewakan mereka
Yang pasti hidupku tidak akan mensia-siakanKasih sayang dan pengorbanan yang dikau curahkan
Adakalanya nasib hidupku tidak berpihak padakuTetapi aku tidak akan terus mengalah
Dan menyalahkan sesiapaKerna kesalahan hanyalah pada diriku
Ku mengerti aliran kehidupan ini...
KawanMerupakan kalimah yang kuidamkanUntuk mewarnai perjalanan hidupku
Tetapi apakah yang kutemuiHanyalah .....
Pintaku adalah kehadiranku dihargaiTolonglah fahami hatiku
Ku tak sanggup hatiku tergurisBuat sekali lagi
Keperitan yang aku alamiKupendam
Kesedihan hatikuKu simpanSegalanya
Menjadi terbuku dalam hati iniBukan niat untuk menyeksa jiwa dan menzalimi diri sendiri
Tapi prinsipAku menghalang
Biarlah hatiku terlukaTapi bukan aku melukakan hati orang
Itulah pegangan yang ku gengam sekuat hatiAku percaya dan yakin
Apabila kita buat baik,dibalas baikApabila buat jahat, dibalas jahat
Segala tindakan,tutur kataKu kawal
Tetapi adakalnyaYang ku jaga dengan hati-hati
Akhirnya terlepas juaKerna ku akui
Aku hanyalah insan biasaYang tidak lari dari melakukan kesilapan
Yang tidak lari dari dihantui masalah
Yang tidak lari dari merasa kehampaan,kedukaan,ketakutanMungkin apa yang berlaku ada hikmahnya
Walupun sejuta kaliAku cuba untuk mengerti
Tidak kutemui jawapannyaYang penting aku tidak akan melakukan kesilapan sekali lagi
Dan mengkaji kesilapan diriSegala perkara yang kita lakukan
Seharusnya fikir dahulu sebelum bertindakTakut ia akan memakan diri sendiri
Akhirnya diri sendiri merana dan terseksaSiapa yang susah
Tepuk dada tanya iman
IfadahMaknanya melimpah
Kuselami apa kelebihan nama iniBukan aku hendak menyesali nama ini
Tersurat sebagai namakuTetapi adakah dia akan membimbing ku arah
Kebaikan dan jauhi kemungkaran dan kejahatan duniaKusedari nasibku
Adakalanya tidak menyebelahi dirikuTetapi tidak pernah sesekali ku menyalahi takdir yang tersurat untuk
dirikuSebaliknya aku makin mencintai PenciptakuYang Maha Pemurah ,Yang Maha Penyayang
Segala kesempurnaan hanyalah untuk diriNyaSetiap hambaNya berhak menerima kasih dan rahmatNya
Itulah satu pernyataan yang mutlakYang tidak dapat diubah
Walau sejahat mana sekalipun manusia ituMasih ada ruang pintu untuk bertaubat
Terbuka untuk orang yang mencari kedamaian dan ketenangan diriSerta menyesali dengan sepenuh hati diatas dosa
Dan kesilapan yang dilakukanDi atas muka bumi ALLAH S.W.T
Sedarilah wahai manusia!!!!ALLAH itu Maha Adil
ALLAH itu Maha PengampunSetiap amalan kita akan dihisab
Dan itulah penentuan jalan syurga atau neraka.
Nor Ifadah Abdul NasirCahaya melimpah hamba pertolongan Maksud nama untuk diriku dan ayahku
Ku renung sejenakGabungan nama yang mempunyai pertalian yang kukuh
Bukan hanya disebabkan ikatan hubungan anak dan ayahTetapi mempunyai satu keunikan
Buat dirikuAku bersyukur ke atas hadrat ILAHI
Segala apa yang berlaku dalam hidupkuKusempat mengambil pengajaran
Liku-liku dan onak duri Yang seolah-olah menjadi teman
Mengajarku menghargai nilai kasih sayang yang terbinaKasih dan mencintai pada orang yang yang sepatutnya.
Ya ALLAH, Ya RabbiTitiplah kebahagian untuk dirikuUntuk menuju puncak cintaMu
Dan anugerahkanlah aku cintaMu Cinta yang takkan pernah akan pupus
Ditelan usia dan masa..
Penutup :Segala coretan hanyalah untuk diriku
Untuk ku renung Menginsafi diri ini
Yang mempunyai banyak kelemahanDan ia juga sebagai pedoman dan senjata
Untuk teruskan langkahku dengan penuh semangatSupaya jangan gentar untuk mengorak langkah
Wassalam nor ifadah abdul nasir