Ketaksamaan Peluang Pendidikan - present1.ppt

8
Ketaksamaan Peluang Pendidikan Kelas Sosial Jantina Kumpulan Minoriti

Transcript of Ketaksamaan Peluang Pendidikan - present1.ppt

  • Ketaksamaan Peluang Pendidikan

    Kelas SosialJantinaKumpulan Minoriti

  • Kelas SosialKonsep kelas sosial ini tidak lepas daripada kejadian social inequality atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeza akibat sistem strasifikasi. Rohand Meighan (1986) menggambarkan perbezaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama.

  • Max Weber mengatakan ada lima kelas sosial :Golongan atasan : orang kaya dan ahli korporat.Pertengahan atasan : orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi.Kelas Pertengahan Bawahan : Mereka daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang sijil dan diploma. Kelas Pekerja : Terdiri daripada pekerja kolar biru yang mempunyai latar belakang pendidikan PMR sehingga SPM. Cth buruh binaan, tukang paip, pekerja kilang, pemandu kenderaan.Golongan Bawahan : Terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan tidak pernah langsung melalui pendidikan secara formal. Mereka menjalani kehidupan seperti makan pagi, kais pagi dan makan petang, kais petang

  • Saifuddin Hj Masduki (1977) mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan ibu bapa. Dapatan beliau menunjukkan kedua-dua hubungan adalah positif. Ini bermakna semakin tinggi pendapatan ibu bapa dan tahap pendidikan mereka, maka semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka.Rusli Md Zain (1998) melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini kerana mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka.

  • Faktor kelas sosial yang mempengaruhi pencapaian akademik pelajarEkonomi pelajar miskin dan pelajar berada.Kesihatan rawatan, makanan, penyakit.Tempat tinggal kemudahan asas, rumah, persekitaran.Struktur keluarga jumlah ahli keluarga, perceraian.Tahap pendidikan ibu bapaPengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rakan sebaya. Guru dan sekolah tidak memberi perhatian, garang, lokasi sekolah, kekurangan kemudahanHome

  • JantinaTerdapat segelintir sahaja penyelidik tempatan dan luar negara yang telah membuat kajian berkaitan dengan segregasi pekerjaan mengikut gender dengan menjurus kepada aspek pendidikanKadar pencapaian pelajar perempuan di peringkat tertiari telah meningkat daripada 0.5 peratus pada tahun 1970 kepada 4.9 peratus pada tahun 1991 sementara bagi pelajar lelaki adalah daripada 1.2 peratus kepada 6.0 peratus bagi tempoh yang sama (Malaysia 1970: 67-70 & Malaysia 1995: 368-379).Peningkatan pencapaian dalam pendidikan formal telah mempengaruhi kadar penglibatan guna tenaga.

  • Penyelidik Aminah Ahmad (2000) menyatakan penglibatan wanita dalam pendidikan sangat menggalakkan tetapi masih wujud segregasi mengikut gender dalam pendidikan di peringkat menengah, terutama di sekolah vokasional dan teknik dan juga di institusi pengajian tinggi, khususnya di politeknik.Menggunakan data sekunder, Shamsulbahriah (1989) mendapati wujud ketaksamaan gender dalam proses pembangunan ekonomi negara Malaysia.

  • Dalam proses pendidikan, pelajar perempuan dan lelaki masing-masing memilih matapelajaran yang bersifat keperempuanan dan kelelakian.Siti Rohani Yahya (1989 & 1998) melihat secara makro penyertaan tenaga kerja wanita dalam proses pembangunan. Menurut beliau,terdapat tiga faktor yang menyumbang kepada peningkatan status ekonomi wanita. Faktor pertama ialah kemudahan dan peluang pendidikan yang sama antara wanita dan lelaki. Faktor kedua pula ialah pertumbuhan ekonomi yangpesat dan perubahan dalam proses perindustrian. Faktor ketiga ialah pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (1971-1990) yang telah mempercepatkan peralihan penglibatan wanita Melayu luar bandar ke kawasan bandarHome