Ketas Keje Benchmark

download Ketas Keje Benchmark

of 11

description

benchmark

Transcript of Ketas Keje Benchmark

ISI KANDUNGAN

BILPERKARA/ TAJUK

1SEKAPUR SIRIH/ PENGENALAN/

2MAKLUMAT DIRI PELAJAR PPG WAHIDA SUKERMAN

3- KERTAS CADANGAN PROGRAM LAWATAN BENCHMARKING

4SURAT MENYURAT BERKAITAN PROGRAM LAWATAN BENCHMARKING

5MINIT MESYUARAT PROGRAM

6AGIHAN TUGAS DAN JAWATANKUASAJADUAL PROGRAM

7LAPORAN KEWANGAN

8- REFLEKSI KENDIRI-DOKUMENTASI/ SWOT

9LAMPIRAN-GAMBAR-GAMBAR KENANGAN-CAKERA PADAT

SEKAPUR SIRIH/PENGENALAN

Bersyukur ke hadrat Allah berkat limpah kurniaan-Nya, dapatlah kami menyiapkan laporan Bina Insan Guru Fasa ke 5 pada kali ini. Dalam kesibukan menjalankan tugas sebagai pendidik, dengan masa yang begitu mencemburui, saya bersyukur kerana dengan bantuan semua pihak dapat menyelesaikan tugasan mengikut jadual pelaksanaannya.Tugasan ini umumnya memerlukan saya memahami realiti persekitaran sekolah berprestasi tinggi dan harapan negara. Guru akan menjadi kebanggaan serta boleh memberi faedah secara maksimum kepada pihak sekolah dan murid-murid. Pada tahun ini, sekolah saya telah berjaya menyempurnakan beberapa aktiviti yang saya rasakan sesuai dijadikan sumber dan laporan berkaitan tugasan yang diamanahkan memandangkan saya terlibat secara langsung dalam menjayakannya. Alhamdulillah, berkat kerjasama daripada semua pihak terutama pentadbir sekolah, rakan-rakan guru dan rakan-rakan kuliah amat membantu dalam menjalankan program tersebut. Sambutan yang amat menggalakkan daripada murid-murid, guru-guru dan ibu bapa membantu melengkapkan lagi program yang telah dirancangkan. Diharap program-program seperti ini dapat diteruskan lagi pada masa yang akan datang dan berjaya mencapai matlamat yang telah dirancang. Insyaallah. Terimalah hasil daripada program yang telah disempurnakan pada Mac2015. Semoga dapat memenuhi tuntutan Bina Insan Guru pada kali ini.

INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIAKAMPUS BAHASA MELAYU

BINA INSAN GURU FASA 5

NAMAWAHIDA BINTI SUKERMAN

NO. KAD PENGENALAN831007016548

ANGKA GILIRAN2012191360155

KUMPULAN / AMBILANPRASEKOLAH (A) / FEBRUARI 2012TAJUK KURSUSASAS KEPIMPINAN DAN PROFESIONAL GURU

TARIKH / MULA25 JANUARI 2014TARIKH SERAHAN28 MAC 2015

NAMA PENSYARAHEN. ZULIHAN BIN YUSUFSEMESTER 7

ISI KANDUNGAN

1.0 Pengenalan

2.0 Rasional

3.0 Matlamat

4.0 Objektif

5.0 Tentatif Pelaksanaan

6.0 Peserta Kursus

7.0 Mentor

8.0 Struktur Organisasi

9.0 Anggaran Perbelanjaan

10.0 0 Pengangkutan

11. Jadual Program

12.0 Penutup

13.0 Lampiran:Senarai Nama Peserta

II. Jadual Program

PENGENALAN

Program Bina Insan Guru merupakan suatu program yang dirangka khas untuk memenuhi syarat guru Program Pensiswazahan Guru ( PPG ) bagi memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perguruan. Program ini diletakkan di bawah komponen Asas Dinamika Guru (ADG), pelaksanaan program Bina Insan Guru merupakan suatu mekanisme Tambahan dalam pembentukan nilai jati diri guru-guru pelatih ke arah membentuk insan guru yang menepati keperluan negara dan juga senada dengan Falsafah Pendidikan Negara dan juga mematuhi prinsip-prinsip yang dijunjung dalam Rukun Negara.Proses pembinaan insan guru dibina berlandaskan kepada aspek kesedaran bahawa profession perguruan adalah profesion yang mulia dan memerlukan sikap dan tanggungjawab yang tinggi. Insan guru juga dilihat sebagai golongan yang dapat membina generasi yang cemerlang dan gemilang di samping menjadi insan contoh kepada masyarakat. Pada kali ini Bina Insan Guru berteraskan kepada pengurusan dan budaya sekolah. Lawatan Penanda Arasan atau Lawatan Benchmarking menjadi tugasan BIG yang merupakan lawatan yang menumpukan kepada sekolah cemerlang dan juga sekolah harapan. Selain daripada sekadar lawatan, program ini juga turut menekankan kepada pemerhatian terhadap kepimpinan, pengurusan, iklim, infrastruktur dan infostruktur di sekolah tersebut. Penekanan kepada aspek-aspek berikut amat penting sebagai hasil pemahaman insan guru terhadap tanggungjawab profesion perguruan.Oleh itu, guru memerlukan kekuatan dan kemantapan dalam diri dari aspek yang lengkap iaitu jasmani, emosi, rohani atau intelek. Sebagai insan yang bergelar guru adalah menjadi suatu kewajipan untuk menampilkan peribadi dan jati diri yang baik di samping meningkatkan kualiti dan ketrampilan diri. Oleh itu, pengisian-pengisian positif, penerapan nilai-nilai murni dan pengamalannya juga perlu disemai dalam diri guru agar ia menjadi contoh dan ikutan kepada anak didik khususnya dan masyarakat amnya dalam mengharungi cabaran di era globalisasi.

RASIONAL

Program ini dilaksanakan dengan harapan dapat membina insan guru yang berkualiti dan efektif bertepatan dengan tema lawatan yang ingin diadakan berorientasi kepada pengurusan dan budaya sekolah. Program ini merupakan batu asas kepada penterjemahan makna tugas guru yang lebih efisyen. Menurut Stephen Covey di dalam bukunya yang berjudul Stephen Covey's Seven Habits of Highly Effective People yang menekankan ke arah pembentukan manusia yang efeketif berlandaskan nilai-nilai dan prinsip-prinsip di antaranya adalah seperti proaktif, fokus kerja dan keutamaan kepada perkara yang lebih penting.Justeru, lawatan ini akan memberi pendedahan kepada bakal guru tentang gerak kerja dalam pengurusan di sekolah dengan lebih jelas serta dapat memberi gambaran awal tugas guru supaya dapat membina suatu stigma bahawa guru perlu lebih eifisyen di dalam pengurusan di sekolah. Guru efektif merupakan guru yang cemerlang di dalam pengurusan di sekolah seiring dengan pengajaran dan pembelajaran di kelas.Di samping itu, guru-guru dapat membina keyakinan diri dalam menghadapi cabaran semasa, menimbulkan kesedaran dan keinsafan dalam membentuk jati diri sebagai seorang guru. Ini bertujuan untuk mencapai cita-cita murni membentuk peribadi seorang insan yang berwawasan seterusnya membantu membina realiti wawasan negara.

MATLAMAT

Matlamat Program Bina Insan Guru (BIG) kali ini ialah bagi memupuk kesedaran tentang perkembangan kemahiran latihan dan penandarasan. Program ini bertujuan bagi mendedahkan pelajar kepada guru dan lawatan benchmarking, ciri-ciri kepimpinan, pengurusan sekolah, iklim sekolah, infrastruktur sekolah serta infrastrukturkurikulum di sekolah. Pelajar diharap dapat membina pemikiran dan motivasi kendiri terhadap kerjaya keguruan serta menghayati konsep kerja sebagai satu ibadat dalam hidup berbakti.

OBJEKTIF

Sasaran kepada guru selepas mengikuti lawatan agar dapat:Menghayati nilai-nilai dan sifat-sifat kepimpinan pengurusan sekolah cemerlang.

Mendalami pengurusan sekolah secara lebih efektif dan terancang.

Membudayakan elemen sekolah cemerlang dan penyesuaian iklim di sekolah.

Mengetahui kepentingan infrastruktur dan juga pengendaliannya.

Memahami perlaksanaan infostruktur di sekolah dengan lebih efisyen.

5.0 BUTIRAN PERLAKSANAAN:

Tarikh: 11 Februari 2015 (Rabu)

Masa: 1:00 tenghari hingga 4:00 petang

Tempat: Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr. Ismail ( 1), Jalan Aminuddin Baki, 60000 Kuala Lumpur.

Telefon: 03- 77273060

PESERTA

Seramai 11 orang guru .

*Sila rujuk LAMPIRAN I; senarai nama peserta.MENTOR

Mentor yang dilantik dan dipertanggungjawabkan oleh pihak pentadbiran IPGM Kampus Tun Hussein Onn adalah .

STRUKTUR ORGANISASI

Pengerusi: Pn. Wahida bt. SekermanNaib Pengerusi: Cik Zainuar bt. JamaluddinSetiausaha: Pn.Noraziatul Shima bt. BadrinBendahari: Pn. Norhaslina bt. HassanAhli Jawatankuasa

AJK Jurugambar: En Zalatef b MustafaAJK Pengangkutan: Puan Marywaty bt SamsuriAJK Perhubungan: Puan Wan Noraida bt Wan MahmodAJK Dokumentasi: Puan Zuriana bt Saut Pn.Rosemaria bt. Awang Puan Zahela bt Ismail Puan Johana bt Abdul Hadi

ANGGARAN PERBELANJAAN

Berikut dinyatakan anggaran kewangan secara keseluruhan untuk perbelanjaan program :

BILPERKARAJUMLAH

1Cenderahati= RM 100.00-

JUMLAHRM 100.00

PENGANGKUTAN

Pengangkutan peserta akan menggunakan kenderaan sendiri

JADUAL PROGRAM

Program Bina Insan Guru kali ini akan mengambil masa sehari yang melibatkan aktiviti berunsurkan ilmiah, dan interaksi sosial dan pengurusan seperti yang tertera di dalam Jadual program adalah seperti di LAMPIRAN II.

PENUTUP

Secara tuntasnya, kerjasama dan komitmen yang jitu daripada semua pihak yang terlibat dapat menjayakan program Lawatan Penanda Arasan ini dengan sempurna. Hasil daripada program ini dapat melahirkan guru yang memahami dan mendalami pengurusan yang lebih sistematik, mempraktikkan nilai-nilai kepimpinan dan pemahaman terhadap keperluan infrastruktur dan infostruktur sekolah. Justeru, membentuk guru yang efektif dalam bidang tugasnya serta mempunyai nilai tambah dan dalam masa yang sama memenuhi keperluan modal insan negara.

Disediakan Oleh:

...........................................(WAHIDA BT. SUKERMAN)Pengerusi, Program BIG Fasa V,IPG Kampus Bahasa Melayu,Kuala Lumpur.

,

SENARAI NAMA PESERTA KURSUS: PPG semester 7BILNAMA PELAJARNAMA SEKOLAH

1Cik Zainuar bt JamaludinSK Jalan Raja Muda

2Puan Zahela bt IsmailSK Jalan Raja Muda

3Puan Marywaty bt SamsuriSK Jalan Raja Muda

4Puan Johana bt Abdul Hadi SK Jalan Raja Muda

5Puan Wahida bt Sukerman SK Bandar Baru Sentul

6Puan Wan Noraida bt Wan MahmodSK Taman Tun Dr Ismail 2

7Puan Zuriana bt Saut SK Sri Hartamas

8Puan Noraziatul Shima Bt Mohd Badrin SK Bandar Baru Selayang

9Puan Norhaslina bt HassanSK 1 Taman Selayang

10En Zalatef b MustafaSK 1 Taman Selayang

11Pn.Rosemaria bt. AwangSK Sri Delima

LAMPIRAN IITENTATIF PROGRAM MasaPerkara

12.00 tghari- Bertolak dari sekolah masing-masing

1.00 tghari- Berkumpul di SKTTDI 1- Mendengar taklimat ringkas daripada pihak pengurusan sekolah

2.00 petangSesi 1- Lawatan ke Bilik bilik Khas Mata Pelajaran dan kawasan sekolah

2.45 petang- 4.00 petang

Sesi 2- Taklimatsejarah sekolah dan pencapaian sekolah dari aspek akademik dan kokurikulum oleh Guru Besar SKTTDI 1 Sesi 3Sesi soal jawab

4.10 petang- Pemberian cenderamata kepada pihak sekolah

4.15 petang- Jamuan

4.30 petang- Bertolak pulang