KETERANGAN AM - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ZAutpheELq15... · AMALAN KULTUR...

6
KETERANGAN AM Nama Tempatan : Lada, Cabai, Cili Hijau, Cili Merah Nama Saintifik : Capsicum annum Komposisi Nutrien : KETERANGAN BOTANI Batang : Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau. . Buku warna hijau atau ungu . Akar : Sistem akar tunjang dan akar serabut. Daun : Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' . Kandungan Amaun/100g Protein 2.8 g Karbohidrat 9.5 g Lemak 0.7 g Serabut 0 g Kalsium 15.0 mg Besi 1.8 mg Fosforus 80 mg Kalium 0 mg Natrium 0 mg Karotena beta 2730.0 ug Vitamin B1 0.2 mg Vitamin B2 0.1 mg Vitamin C 175.0 mg Niacin 0.7 mg

Transcript of KETERANGAN AM - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ZAutpheELq15... · AMALAN KULTUR...

Page 1: KETERANGAN AM - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ZAutpheELq15... · AMALAN KULTUR Penyedian Kawasan : ... Pengurusan Air : Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan

KETERANGAN AM

Nama Tempatan : Lada, Cabai, Cili Hijau, Cili Merah

Nama Saintifik : Capsicum annum

Komposisi Nutrien :

KETERANGAN BOTANI

Batang :

Tumbuh menegak, bercabang dan berwarna hijau. . Buku warna hijau atau ungu .

Akar :

Sistem akar tunjang dan akar serabut.

Daun :

Berwarna hijau muda ke hijau tua.Bentuknya 'lanceolate' .

Kandungan Amaun/100g

Protein 2.8 g

Karbohidrat 9.5 g

Lemak 0.7 g

Serabut 0 g

Kalsium 15.0 mg

Besi 1.8 mg

Fosforus 80 mg

Kalium 0 mg

Natrium 0 mg

Karotena beta 2730.0 ug

Vitamin B1 0.2 mg

Vitamin B2 0.1 mg

Vitamin C 175.0 mg

Niacin 0.7 mg

Page 2: KETERANGAN AM - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ZAutpheELq15... · AMALAN KULTUR Penyedian Kawasan : ... Pengurusan Air : Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan

Bunga :

Berwarna putih, dari ketiak daun .

Buah :

Merah dan tirus dihujung .

Cara Pendebungaan :

Persenyawaan sendiri. Persenyawaan silang (30%)

Kultivar :

Varieti Ciri-ciri

Kulai

(Baris

15)

Tinggi pokok 70-80 cm, panjang buah 10-15 cm, 7-10 g/biji. Rasanya sangat

pedas. Sederhana tahan kepada antraknos dan virus. Tahan kepada layu

bakteria. Hasil sebanyak 15-20 tan/ha.

MC 4 Tinggi pokok 60-70 cm, panjang buah 7-10 cm, 10-15 g/biji, rasa kurang

pedas. Rentan pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 12-20 tan/ha.

MC 5 Tinggi pokok 100-200 cm, panjang buah 10-157 g/biji, rasanya pedas. Rentan

pada antraknos dan virus. Hasil sebanyak 15-25 tan/ha.

MC 11

Tinggi pokok 85-110 cm, panjang buah 8-20 cm, 7-10 g/biji, rasanya pedas.

Rentan pada antraknos dan virus dan sedikit tahan pada Choanephora . Hasil

sebanyak 17-24 tan/ha.

MC 12

Tinggi pokok 60-80 cm, panjang buah 10-13 cm, 12-14 g/biji, rasanya pedas.

Rentan pada antraknos dan Choanephora dan 'escape' pada virus. Hasil 15-

29 tan/ha.

KEPERLUAN ASAS TANAMAN

Suhu :

20-33° C .

Taburan hujan :

1500-2000 mm/tahun.

Ketinggian :

Sehingga 500 m atas parat laut

Page 3: KETERANGAN AM - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ZAutpheELq15... · AMALAN KULTUR Penyedian Kawasan : ... Pengurusan Air : Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan

Jenis tanah :

Berbagai jenis tanah termasuk tanah gambut, BRIS dan tanah bekas lombong.

pH tanah :

5.5 - 6.8

AMALAN KULTUR

Penyedian Kawasan :

Kawasan dibajak dan digembur. Batas dibentuk selebar 1.2 m dan tinggi 20-30 cm. Pengapuran

dilakukan tidak kurang dari 14 hari sebelum menanam semasa pembajakan. Kadar mengapur adalah

20-25 tan/ha. Batas ditutup dengan sungkupan plastik selepas pembajakan asas dengan baja organik

Penyediaan anak benih:

Jenis bahan tanaman : Biji benih

Keperluan biji benih: 300-500 gm

Rawatan biji benih : Guna racun captan pada kadar 3g/ 1000 g biji benih .

Masa menyemai: Enam minggu sebelum menanam

Tempat menyemai: Di atas batas, polibeg atau di dalam kotak semaian

Penanaman di ladang :

Umur anak benih : 6 minggu

Jarak tanaman: 90 cm di antara pokok di dalam satu baris dan 120 cm di antara baris

Kepadatan tanaman : 8,570 pokok.

Menyulam: 1 minggu selepas menanam

Junjung pokok: Gunakan kayu pancang untuk sokong 1 bulan selepas menanam

Pengurusan Air :

Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan sistem pengairan renjis. Kos bahan bagi

sistem ini adalah RM5,000-RM8,000 sehektar. Perparitan diperlukan bagi kawasan yang menghadapi

masalah saliran. Parit ladang dibina untuk menyalir air bertakung ke parit utama .

Page 4: KETERANGAN AM - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ZAutpheELq15... · AMALAN KULTUR Penyedian Kawasan : ... Pengurusan Air : Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan

Pembajaan :

Pembajaan yang disyorkan adalah seperti berikut :

Jenis

Tanah Jenis Baja

Kadar

(t/ha/musim)

Masa

(Minggu lepas

tanam)

Cara

1. Bris

Rudua Tahi ayam

NPK12:12:17:2

10Â

2

-1 *

2,8 & 14

Gaul dalam tanah

keliling pokok

Baging Tahi ayam

NPK12:12:17:2

30Â

3

-1 *

2,8 & 14

Gaul dalam tanah

keliling pokok

2. Bekas Lombong

Pasir Tahi ayam

NPK12:12:17:2

20

3

-1 *

2,8 & 14

Gaul dalam tanah

keliling pokok

3. Gambut NPK12:12:17:2 2 2,8 & 14 Keliling pokok

4. Mineral Tahi ayam

NPK12:12:17:2

5

1.5

-1 *

2,8 & 14Â

Gaul dalam tanah

keliling pokok

* Satu minggu sebelum tanam

Page 5: KETERANGAN AM - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ZAutpheELq15... · AMALAN KULTUR Penyedian Kawasan : ... Pengurusan Air : Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan

PENGURUSAN PEROSAK

Jenis Serangga/Penyakit Simptom Cara Kawalan

Kutu Daun

(Aphis spp.)

[Vektor virus]

Daun kerekot, bunga gugur dan

buah terbantut .

Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid

selepas mengubah ke ladang. Selepas 2.5 bulan

di ladang, sembur dengan permethrin,

cypermethrin atau dimethoate apabila

serangan virus melebihi 20% populasi pokok

yang ditanam.

Kutu Trips

(Thrips spp.)

[Vektor virus]

Daun kerekot dan bunga gugur .

Sembur dengan chlorpyrifos atau imidachloprid

selang 7-10 hari sehingga pokok berumur 2.5

bulan. Sembur racun chlorpyrifos atau

malathion jika serangan virus melebihi 20%

selepas pokok berumur 2.5 bulan

Lalat buah

(Bactrocera spp.)

Daun bertukar menjadi

kekuningan, akhirnya perang,

kering serta berkedut. .

Sembur dengan chloryrifos pada masa mula

berbuah. Sembur dengan 'protien bait' yang

dicampur dengan racun perosak.

Antraknos

(Colletotrichum capsici)

Bintik yang lekok dan berpusar

berwarna keperangan terdapat di

kulit buah. Bintik bertukar

menjadi kehitaman. .

Rawat biji benih dengan captan . Musnah buah

yang diserang Sembur mancozeb (0.01 % b.a)

Bintik daun

(Cercospora capsici)

Bintik kecil berwarna perang pada

daun.

Musnah bahagian yang diserang penyakit.

Sembur dengan benomyl. Amalkan tanaman

giliran dengan sayuran lain.

Reput pangkal

(Sclerotium rolfsii)

Daun-daun kelihatan layu.

Pangkal dan akar menjadi hitam

dan reput.

Cabut dan bakar pokok yang diserang.

Layu bakteria

(Pseudomonas

solanacearum)

Daun-daun kelihatan layu dan

menjadi kuning. Jika akar atau

batang dipotong dan direndam

dalam air, ianya mengeluarkan

cecair jaluran putih.

Cabut dan bakar pokok yang berpenyakit.

Tentukan saliran baik. Gilirkan tanaman.

Page 6: KETERANGAN AM - 103.8.163.254103.8.163.254/document/upload/ZAutpheELq15... · AMALAN KULTUR Penyedian Kawasan : ... Pengurusan Air : Pengairan dilakukan dengan menyiram atau menggunakan

KUTIPAN HASIL DAN PENGENDALIAN PASCATUAI

Masa kutipan hasil :

2.0 - 2.5 Bulan selepas menyemai .

Hasil (kg/ha) :

15000

Tempoh kutipan hasil :

3 - 6 bulan

Ciri buah masak :

Hijau tua kemerahan - pasaran segar. Merah sepenuhnya.

Cara memungut :

Buah dipetik dengan tangkainya.

Masa mengutip :

Pagi atau lewat petang.

Pengendalian hasil :

Pemilihan, pembasuhan, penggredan an pembungkusan.

Penyimpanan :

Suhu 5 - 8 °C dan kelembapan relatif 90 - 95%, boleh tahan selama 3-6 minggu.

EKONOMI PENGELUARAN

Kos Pengeluaran/ha RM 7,570 (Tenaga Keluarga)

RM 11,560 (Tenaga Upah)

Pendapatan Kasar/ha RM 30,000 (@ RM2.00/kg)

Pendapatan Bersih/ha RM 22,430 (Tenaga Keluarga)

RM 18,440 (Tenaga Upah)

Sumber ;

Jabatan Pertanian Negeri Pulau Pinang