KETUA JABATAN - ipgktb.edu.my · Maklumat dan Komunikasi (TMK), ... kerja kursus yang penting serta...
Transcript of KETUA JABATAN - ipgktb.edu.my · Maklumat dan Komunikasi (TMK), ... kerja kursus yang penting serta...
1. * Perkhidmatan kepakaran. Di samping menjadi tenaga pengajar kepada subjek yang berkaitan dengan Teknologi Pendidikan (TP) dan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), JTP juga berperanan untuk memberi khidmat nasihat dalam bidang Teknologi Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Komunikasi dan Pengurusan Sumber Pengajaran dan Pembelajaran.
2. * Perkhidmatan Rakam Salin. Jabatan Teknologi Pendidikan bersedia untuk membuat rakaman aktiviti utama institut untuk tujuan dokumentasi dan menyediakan salinan kepada pihak yang memerlukan.
3. * Pembelajaran Atas Talian. JabatanTeknologi Pendidikan diberi tanggungjawab memberi kursus, latihan dan bimbingan berkaitan dengan “Learning Management System” (LMS) untuk tujuan “Online Learning” kepada tenaga pengajar dan juga pelajar.
4. * Jabatan Teknologi Pendidikan bertanggungjawab terhadap arahan yang diberikan oleh Pengarah yang berkaitan dengan peranan Jabatan TekP dari semasa ke semasa.
TN. HJ. AHMAD
BASRI BIN
HASHIM
EN ABU KASSIM BIN
ALI MUSA
(PKJ)
EN MOHD
HADLIEZAM
BIN GHAZALI
(PEMB. OP)
TN. HJ. ABD
RAHMAN BIN
SYED ABU TAHIR
KETUA JABATAN
TUAN HJ
MOHD DARIAH
BIN IBRAHIM
EN AHMAD
JIHADI BIN ABU
SAMAH
PN HJH.
ZABEDAH BT
A. AZIZ
SITI FATIMAH
BT ANWAR
(PEG. GRAFIK)
PN SURIATY
BT MD AROF
Untuk maklumat sila hubungi: Unit Latihan Dalam Perkhidmatan
Tel: 04-5215227 Faks: 04-5214955
Laman sesawang: http://www.ipgktb.edu.my
INSTITUT PENDIDIKAN GURU
KAMPUS
TUANKU BAINUN
Jabatan Teknologi Pendidikan berperanan mengintegrasian teknologi dalam pengajaran dan pembelajaran. Ini selaras dengan usaha Kementeran Pelajaran Malaysia untuk merealisasikan Misi Nasional melalui Pelan Induk Pembangunan Pendidkan (PIPP) iaitu membina negara bangsa, membangunkan modal insan, memartabatkan profesion keguruan dan melonjakkan kecemerlangan institusi pendidikan. Sejajar dengan itu, Jabatan Teknologi Pendidikan telah diamanahkan untuk menerajui pengisian agenda melahirkan modal insan yang berketerampilan, sentiasa relevan dan dapat bersaing di persada dunia. Dalam merealisasikan hasrat ini, Jabatan Teknologi Pendidikan memikul tanggungjawab dalam pengisian dalam empat bidang utama iaitu Bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK), Bidang Teknologi Pendidikan, Bidang Sains Perpustakaan dan Bidang Pembestarian Sekolah. Jabatan Teknologi Pendidikan IPG Kampus Tuanku Bainun mula ditubuhkan pada tahun 1993 yang terletak di Bangunan Jabatan Teknologi Pendidikan berhadapan dengan kantin institut. Terdapat tiga buah Makmal Multimedia dan sebuah Bilik Sever yang terletak di Bangunan Pentadbiran. Semua makmal multimedia ini dikendalikan oleh Unit Teknologi Maklumat
Sistem pendidikan guru yang bertaraf dunia dari segi kualiti yang dapat memenuhi
aspirasi negara Malaysia.
Membudayakan penggunaan ICT dalam kalangan pelajar dan warga pendidik bagi mempertingkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran.
Schoology • Merupakan salah satu aplikasi dalam Sistem Pengurusan Pembelajaran (LMS) . • merupakan satu aplikasi yang menarik. • Aplikasi ini ditawarkan secara percuma dan mudah digunakan. • Schoology juga hampir sama fungsinya dengan laman web yang lain seperti WebCT dan Blackboard. • Melalui schoology guru boleh memuat naik segala kerja kursus yang penting serta bahan pembelajaran yang diperlukan oleh pelajar dalam mata pelajaran mereka. • membantu guru menyediakan peluang kepada pelajar ke dalam persekitaran dalam talian untuk mengambil bahagian dalam perbincangan, projek kumpulan. • meningkatkan keupayaan guru dan kesediaan untuk berkomunikasi dan bekerjasama dengan pelajar. • Schoology boleh dilayari melalui laman sesawang :
www.schoology.com
1. Makmal- makmal komputer yang dilengkapi dengan kemudahan capaian internet jalur lebar. Semua Makmal Komputer dan Bilik Server dikendalikan oleh Unit Teknologi Maklumat yang diketuai oleh Pegawai Teknologi Maklumat dan dibantu oleh Juruteknik Komputer. Para pelajar boleh mengakses kepada internet melalui talian tanpa wayar (wireless) seluruh kawasan institut melalui komputer riba masing- masing secara percuma
2. Bilik Utiliti dan Bilik Previu yang menyediakan kemudahan rakaman video untuk pembelajaran mikro.
3. Bilik “Green Screen” untuk sesi pengambaran fotografi dan rakaman video.
4. Dewan Kuliah dan Bilik Kuliah yang digunakan secara kekal ataupun melalui tempahan bergantung kepada keperluan dan ketetapan pihak pentadbiran dari semasa ke semasa.
5. Bilik Audio. Bilik rakaman yang kedap bunyi ini boleh digunakan untuk aktiviti rakaman audio.
6. Peralatan untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran. Jabatan Teknologi Pendidikan menyediakan peralatan seperti kamera foto (DSLR), kamera video dan LCD untuk tujuan pengajaran dan pembelajaran dan juga untuk tujuan dokumentasi.