KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN · PDF fileReka Bentuk dan Penghasilan Projek Bagi Mata...
Transcript of KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN · PDF fileReka Bentuk dan Penghasilan Projek Bagi Mata...
KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM
BAHAGIAN TERAS BAGI SUKATAN PELAJARAN BARU TINGKATAN
SATU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
KAWASAN SKUDAI.
LIM AI HUI
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
PSZ 19:16 (Pind. 1/97)
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS♦
JUDUL: KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN
HIDUP DALAM BAHAGIAN TERAS BAGI SUKATAN PELAJARAN BARU TINGKATAN SATU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH KAWASAN SKUDAI.
SESI PENGAJIAN: 2003/2004
Saya LIM AI HUI
(HURUF BESAR)
mengaku membenarkan tesis (PSM/Sarjana/Doktor Falsafah)* ini disimpan di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut:
1. Tesis adalah hakmilik Universiti Teknologi Malaysia. 2. Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja. 3. Perpustakaan dibenarkan membuat salinan tesis ini sebagai bahan pertukaran antara institusi pengajian tinggi. 4. **Sila tandakan ( √ )
SULIT (Mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau
kepentingan Malaysia seperti yang termaktub di dalam AKTA RAHSIA RASMI 1972)
TERHAD (Mengandungi maklumat TERHAD yang telah ditentukan oleh
organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan) TIDAK TERHAD
Disahkan oleh
_____________________________ _______________________________ (TANDATANGAN PENULIS) (TANDATANGAN PENYELIA)
Alamat Tetap: 208, JALAN F, TONGKANG PECHAH, 83010 BATU PAHAT, PN. NOR FADILA BTE MOHD AMIN JOHOR DARUL TAKZIM. NAMA PENYELIA
Tarikh: March, 2004 Tarikh: March, 2004
CATATAN: * Potong yang tidak berkenaan.
** Jika tesis ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis ini perLu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD.
♦ Tesis dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah dan Sarjana secara penyelidikan, atau disertasi bagi pengajian secara kerja kursus dan penyelidikan, atau Laporan Projek Sarjana Muda (PSM).
√
“Saya akui bahawa saya telah membaca karya ini dan pada pandangan saya karya ini
adalah memadai dari segi skop dan kualiti untuk tujuan penganugerahan ijazah Sarjana
Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup).”
Tandatangan : ________________________________
Nama Penyelia : PN. NOR FADILA BTE MOHD AMIN
Tarikh : MARCH, 2004 .
KEUPAYAAN MENGAJAR GURU-GURU KEMAHIRAN HIDUP DALAM
BAHAGIAN TERAS BAGI SUKATAN PELAJARAN BARU TINGKATAN
SATU: SATU TINJAUAN DI SEKOLAH-SEKOLAH MENENGAH
KAWASAN SKUDAI.
LIM AI HUI
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan ijazah Sarjana Muda Teknologi
serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)
Fakulti Pendidikan
Universiti Teknologi Malaysia
MARCH, 2004
ii
“Saya akui bahawa karya ini adalah hasil kerja saya sendiri kecuali nukilan dan
ringkasan yang tiap-tiap satunya telah saya jelaskan sumbernya”.
Tandatangan : ________________________________
Nama Penulis : LIM AI HUI .
Tarikh : MARCH, 2004 .
iii
DEDIKASI UNTUK:
Nenek yang dihormati:
Ng Leh
Ayah dan ibu yang disanjungi:
Lim Kian Kah
Kek Kwee Tin
Adik-beradik yang dikasihi:
Lim Lian Heng
Lim Jin Nuan
Lim Ai Hun
Khas untuk kawan terbaik saya:
Wong Weng Kong
iv
PENGHARGAAN
Saya ingin merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada beberapa
pihak yang telah banyak membantu saya dalam menyiapkan serta menyempurnakan
Projek Sarjana Muda ini. Di sini saya mengambil kesempatan untuk merakamkan
jutaan terima kasih kepada penyelia saya, Pn. Nor Fadilah bte Mohd. Amin kerana
telah memberi tunjuk ajar, dorongan, bimbingan dan nasihat kepada saya sepanjang
tempoh menyiapkan Projek Sarjana Muda ini. Kajian ini tidak akan dapat dijalankan
dengan lancar tanpa bantuan seliaan daripada beliau.
Seterusnya penghargaan turut ditujukan kepada pihak JPN dan pihak Jabatan
Perancangan Bandar (MPJBT) yang sudi membantu dan bekerjasama dengan saya
dalam pembekalan maklumat yang saya perlukan untuk melengkapkan kajian ini.
Tidak ketinggalan juga penghargaan ditujukan kepada pengetua-pengetua,
penyelia petang, guru-guru terutama responden saya iaitu guru KHB yang mengajar
Tingkatan Satu di kawasan Skudai di mana mereka telah banyak memberi kerjasama
dan bantuan kepada saya untuk menyiapkan kajian ini.
Saya juga ingin merakamkan setinggi-tinggi terima kasih kepada rakan
seperjuangan dan pensyarah-pensyarah yang pernah memberi tunjuk ajar dan
bimbingan kepada saya sepanjang pengajian saya di Universiti Teknologi Malaysia.
Akhir sekali, saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang
pernah memberi sokongan dan bantuan sama ada secara langsung atau tidak
langsung dalam proses menjayakan Projek Sarjana Muda.
v
ABSTRAK
Selaras dengan pembaharuan sukatan pelajaran KHB Tingkatan Satu,
perubahan dan penambahan isi kandungan dalam bahagian teras turut berlaku. Jadi,
dalam bahagian teras yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian,
keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup menjadi satu persoalan yang perlu
dibincangkan. Dengan demikian, kajian dijalankan bertujuan untuk meninjau
keupayaan guru KHB yang mengajar bahagian teras dalam sukatan pelajaran baru
Tingkatan Satu di Kawasan Skudai, negeri Johor. Objektif utama bagi kajian ini
adalah menentukan tahap penguasaan pengetahuan dan kemahiran guru mencukupi
untuk mengajar bahagian teras dalam mata pelajaran KH serta menentukan tahap
kepentingan pengalaman guru dalam memberi pengajaran KHB. Keseluruhan
populasi dijadikan persampelan iaitu guru KHB yang mengajar bahagian teras
Tingkatan Satu seramai 30 orang di 7 buah sekolah menengah kawasan Skudai.
Kaedah kajian yang digunakan adalah kaedah tinjauan yang berbentuk kuantitatif.
Instrumen kajian yang digunakan ialah soal selidik yang merangkumi dua bahagian
iaitu 10 item pada bahagian A yang mengenai demografi responden dan bahagian B
yang meliputi 76 item dari sembilan persoalan kajian. Data yang diperolehi dianalisis
dengan statistik deskriptif iaitu kekerapan, peratusan, min dan perbandingan min.
Secara keseluruhannya, dapatan kajian yang diperolehi menunjukkan guru-guru
KHB mempunyai tahap pengetahuan dan kemahiran yang tinggi. Selain itu, guru-
guru KHB ini juga menganggap bahawa pengalaman adalah sangat penting bagi
seseorang guru dalam melaksanakan pengajaran KHB dengan lebih efisyen.
vi
ABSTRACT
As syllabus of Integrated Living Skill subject amended, the content of the
core component of the subject was also modified and added. Thus, aspects in the
core component such as technical, sewing, and agriculture and the teaching ability
among the Living Skills teachers should be discussed. This research was conducted
in order to identify the ability of Living Skills teachers in teaching the core
component of Form One new Integrated Living Skills subject at secondary schools in
Skudai, Johor. The main objectives of sufficient knowledge and skills to teach the
core component of Living Skills subjects and the importance of teachers’ working
experience in teaching the subject effectively. This is quantitative survey research
where the sample was thirty Living Skills teachers from seven secondary schools in
Skudai. Questionnaire, as a research instrument, was developed into two major parts.
Part A consisted of ten demographical items of respondents and Part B comprised
seventy-six items which answered nine research’s questions. The data was analyzed
to get the value of frequency, percentage, mean and compare mean. The results
showed that the teachers have the high level of knowledge and skills in Living Skills
subject. Besides that, the teachers also agreed that working experience was very
important for them to teach the subject efficiently.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT
HALAMAN JUDUL i
PENGAKUAN ii
DEDIKASI iii
PENGHARGAAN iv
ABSTRAK v
ABSTRACT vi
KANDUNGAN vii
SENARAI JADUAL xi
SENARAI RAJAH xiii
SENARAI SINGKATAN/ SIMBOL xiv
SENARAI LAMPIRAN xv
BAB I PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan 1
1.1 Latar Belakang Masalah 3
1.2 Pernyataan Masalah 5
1.3 Objektif Kajian 6
1.4 Persoalan Kajian 6
1.5 Kepentingan Kajian 7
1.6 Batasan Kajian 9
1.7 Definisi Terminologi 9
1.8 Penutup 12
viii
BAB II SOROTAN KAJIAN
2.0 Pengenalan 13
2.1 Kurikulum Bersepadu Sekolah
Menengah (KBSM) 14
2.1.1 Prinsip KBSM 15
2.1.2 Kemahiran Hidup Bersepadu
(KHB) 17
2.1.3 Sukatan Pelajaran KHB Bahagian
Teras Tingkatan Satu Yang Sedia
Ada 18
2.1.4 Sukatan Pelajaran KHB Bahagian
Teras Tingkatan Satu Edisi
Penyemakan 21
2.1.5 Perubahan Dalam Sukatan Pelajaran
KHB Bahagian Teras Tingkatan Satu
Yang Sedia Ada Dengan Sukatan
Pelajaran KHB Bahagian Teras
Tingkatan Satu Edisi Penyemakan 23
2.2 Keupayaan Mengajar 24
2.2.1 Aspek Pengetahuan 25
2.2.2 Aspek Kemahiran 27
2.2.3 Aspek Pengalaman 29
BAB III METODOLOGI KAJIAN
3.0 Pengenalan 32
3.1 Reka Bentuk Kajian 32
3.2 Populasi dan Sampel 33
3.3 Instrumen Kajian 34
3.3.1 Kajian Rintis 37
ix
3.4 Prosedur Kajian 38
3.5 Analisa Data 39
BAB IV ANALISIS DATA
4.0 Pengenalan 40
4.1 Analisis Bahagian A: Data Demografi
bagi 30 Responden 41
4.1.1 Taburan Responden Mengikut
Sekolah 41
4.1.2 Taburan Responden Mengikut
Jantina 42
4.1.3 Taburan Responden Mengikut
Pengkhususan 42
4.1.4 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar 43
4.1.5 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Mengajar KH 43
4.1.6 Taburan Responden Mengikut
Pengalaman Bekerja Di Sektor
Industri 44
4.2 Analisis Bahagian B: Data
Persoalan Kajian. 45
4.2.1 Analisis Data Persoalan
Kajian Pertama 46
4.2.2 Analisis Data Persoalan
Kajian Kedua 48
4.2.3 Analisis Data Persoalan
Kajian Ketiga 50
4.2.4 Analisis Data Persoalan
Kajian Keempat 52
x
4.2.5 Analisis Data Persoalan
Kajian Kelima 54
4.2.6 Analisis Data Persoalan
Kajian Keenam 57
4.2.7 Analisis Data Persoalan
Kajian Ketujuh 60
4.2.8 Analisis Data Persoalan
Kajian Kelapan 61
4.2.9 Analisis Data Persoalan
Kajian Kesembilan 62
4.3 Analisis Keseluruhan 63
BAB V RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN
CADANGAN
5.0 Pengenalan 66
5.1 Rumusan 67
5.2 Perbincangan 69
5.3 Cadangan Kajian 73
5.4 Cadangan Kajian Lanjutan 75
5.5 Kesimpulan 76
BIBLIOGRAFI 77
LAMPIRAN
Lampiran A - E 82-99
xi
SENARAI JADUAL
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
3.1 Senarai sekolah-sekolah menengah di
kawasan Skudai 33
3.2 Taburan item-item soal selidik 35
3.3 Perubahan Markat dan Skala 39
3.4 Markat Skala 3 Mata 39
4.1 Taburan Responden Mengikut Sekolah 41
4.2 Taburan Responden Mengikut Jantina 42
4.3 Taburan Responden Mengikut Pengkhususan 42
4.4 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar 43
4.5 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Mengajar
KH 44
4.6 Taburan Responden Mengikut Pengalaman Bekerja Di
Sektor Industri 44
4.7 Taburan Responden Mengikut Sektor Industri Yang
Pernah Diceburi 44
4.8 Taburan No. Item Bagi Setiap Persoalan Kajian. 45
4.9 Tahap Pengetahuan Guru KHB Dalam Komponen
Reka Bentuk dan Penghasilan Projek Bagi Mata
Pelajaran KH. 47
4.10 Tahap Pengetahuan Guru KHB Dalam Komponen
Teknikal Bagi Mata Pelajaran KH 49
4.11 Tahap Pengetahuan Guru KHB Dalam Komponen
Jahitan Bagi Mata Pelajaran KH 51
4.12 Tahap Pengetahuan Guru KHB Dalam Komponen
Tanaman Hiasan Bagi Mata Pelajaran KH 53
xii
NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT
4.13 Tahap Penguasaan Kemahiran Teknikal Oleh
Guru Perempuan Dan Guru Lelaki KHB
(Bahagian Teras) 56
4.14 Tahap Penguasaan Kemahiran Menjahit Oleh
Guru Perempuan Dan Guru Lelaki KHB
(Bahagian Teras) 59
4.15 Tahap Penguasaan Kemahiran Mengawal Kelas
Amali Bagi Guru KHB (Bahagian Teras) 60
4.16 Kepentingan Pengalaman Mengajar Bagi Guru
KHB Dalam Pengajaran KHB 61
4.17 Kepentingan Pengalaman Bekerja Bagi Guru
KHB Dalam Pengajaran KHB 62
4.18 Analisis Keseluruhan Bagi Objektif Kajian 65
4.19 Analisis Keseluruhan Bagi Persoalan Kajian 66
xiii
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
3.1 Skala 5 mata di Bahagian B soal selidik 36
xiv
SENARAI SIMBOL/SINGKATAN
% - Peratus
f - Frekuensi/ Kekerapan
ABM - Alat Bantu Mengajar
EPRD - Bahagian Penyelidikan Dasar Pendidikan
ERT - Ekonomi Rumahtangga
ICT - Teknologi Maklumat dan Komunikasi
J.I.P - John Innes Potting Compost
JPN - Jabatan Pendidikan Negeri Johor
KBSM - Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah
KH - Kemahiran Hidup
KHB - Kemahiran Hidup Bersepadu
KHSR - Kemahiran Hidup Sekolah Rendah
KLSM - Kurikulum Lama Sekolah Menengah
KMT - Kemahiran Manipulatif Teknikal
KPM - Kementerian Pendidikan Malaysia
PPD - Pejabat Pendidikan Daerah
PPK - Pusat Perkembangan Kurikulum
PSM - Projek Sarjana Muda
PTV - Pendidikan Teknik dan Vokasional
PVC - Polivinil-klorida
SMK - Sekolah Menengah Kebangsaan
SPN - Sains Pertanian
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A Surat kebenaran daripada Universiti 82
B Surat kebenaran menjalankan kajian daripada
Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar
Pendidikan (EPRD) 83
C Surat kebenaran menjalankan kajian daripada
Jabatan Pendidikan Negeri Johor 85
D Surat pengesahan soal-selidik 86
E Borang soal-selidik 91
BAB I
PENDAHULUAN
1.0 Pengenalan
Dalam era globalisasi yang begitu pesat ini, negara kita kian mengorak
langkah untuk menuju ke arah pembangunan negara yang lebih sempurna. Salah satu
perancangan pembangunan negara adalah idea Wawasan 2020 yang telah
dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr. Mahathir Mohamad.
Dalam idea Wawasan 2020, terdapat 9 cabaran yang perlu direalisasikan.
Salah satu daripada 9 cabaran Wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang
memberi penekanan kepada sains, berdaya cipta serta berpandangan jauh (Paimah
Atoma, et.al, 2001). Cabaran ini telah menegaskan bahawa rakyat Malaysia perlu
menghasilkan sebuah masyarakat yang maju dalam sains dan teknologi. Dengan itu,
kurikulum baru Kemahiran Hidup Bersepadu (KHB) diwujudkan dan bermatlamat
untuk melahirkan insan yang berdikari, kenal faham teknologi dan ekonomi serta
kreatif, berinisiatif dan yakin diri dalam keadaan teknologi yang sentiasa berubah
untuk kehidupan harian (Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002).
Salah satu objektif Kurikulum KHB adalah untuk mengamalkan daya usaha,
kreatif dan inovatif dalam mereka bentuk dan menghasilkan produk daripada
pelbagai bahan seperti kayu, papan lapis dan bahan komposit (Sukatan Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Ini telah mendorong pelajar-pelajar menjadi
seorang pencipta dan bukannya pengguna lagi.
2
Mata pelajaran KHB merupakan sebahagian usaha pendidikan ke arah
mempertingkatkan kemahiran teknologi dan keusahawanan (Sukatan Pelajaran
Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Maka, ia digubal untuk menuju ke arah
membekalkan tenaga kerja yang berpengetahuan dan mahir dalam teknologi dan
ekonomi serta sanggup bekerjasama dan sentiasa bersedia untuk belajar dalam
suasana bekerja (Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002).
Jadi, pekerja yang berpengetahuan (K-Pekerja) dan berkemahiran akan dipupuk
dengan penggubalan kurikulum yang sesuai seperti kurikulum baru KHB Tingkatan
Satu supaya dapat memenuhi inspirasi, aspirasi dan keperluaan negara yang sedang
membangun dalam zaman yang sedang menyaksikan kemajuan teknologi maklumat
dan komunikasi (ICT).
Mata pelajaran KHB terdiri daripada dua bahagian iaitu bahagian teras dan
bahagian pilihan elektif. Dalam bahagian teras, pengetahuan dan kemahiran asas
teknologi yang membolehkan pelajar mereka bentuk dan menghasilkan produk yang
kreatif dan inovatif disediakan. Produk yang dihasilkan boleh berfungsi secara
berkesan khususnya di tempat tinggal dan di tempat kerja. Selain itu, bahagian teras
ini merangkumi teknik, operasi dan proses pembuatan yang melibatkan aktiviti
seperti pemasangan, penyenggaraan dan baik pulih dalam kerja elektrik dan paip
(Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Pelajar juga berpeluang
mereka bentuk dan menghasilkan artikel jahitan dengan menggunakan mesin jahit, di
samping menghiaskan kawasan persekitarannya dengan tumbuhan hiasan yang
dihasilkan. (Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002).
Manakala bahagian pilihan elektif bertambah dari 3 kepada 4 komponen iaitu
Kemahiran Teknikal, Ekonomi Rumah Tangga, Pertanian dan Perdagangan dan
Keusahawanan. Daripada kandungan mata pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu,
bahagian teras meliputi banyak aspek maka guru yang mengajarnya perlulah
berkeupayaan supaya dapat menjadikan seorang penyampai maklumat yang baik dan
pembelajaran yang berkesan dapat dihasilkan.
3
1.1 Latar Belakang Masalah
Dalam sukatan pelajaran KHB baru (Tingkatan Satu), tajuk besar bahagian
teras “Kemahiran Manipulatif” diubah kepada “Reka Bentuk dan Teknologi”, yang
meliputi Organisasi Bengkel dan Keselamatan, Reka Bentuk dan Penghasilan Projek,
Elektrik, Kerja Paip, Jahitan dan Tanaman Hiasan. Sebahagian besar isi kandungan
dalam bahagian teras adalah gabungan daripada topik-topik bahagian teras dan
elektif Tingkatan Satu dan Tingkatan Dua dalam kurikulum KHB yang lama
(Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Bersepadu, 2002). Jadi, dalam bahagian teras
yang terdiri daripada aspek teknikal, jahitan dan pertanian, persoalan timbul iaitu
adakah guru-guru Kemahiran Hidup berkeupayaan melaksanakan pengajarannya
dengan baik dalam mengajar bahagian teras KHB?
Dalam Seminar Kebangsaan Pendidikan Guru Ke-10 pada tahun 1995, Siva
Subramaniam telah membentangkan kertas kerja yang bertajuk “Mempertingkatkan
Martabat Profesion Keguruan.” Menurutnya dalam kertas kerja tersebut, terdapat
kes-kes opsyen guru tidak diambil kira semasa sesi penempatan dan pertukaran guru
dan ini telah menyebabkan guru-guru terpaksa mengajar mata pelajaran di luar
bidang pengkhususannya. Guru-guru tersebut tidak pakar dan tidak mempunyai
pengetahuan dalam mata pelajaran yang diajarnya maka masalah-masalah akan
timbul dan pengajaran yang berkesan tidak akan tercapai.
Menurut Abd. Rahim (1995) dalam kertas kerja yang bertajuk
“Perkembangan Profesionalisma Keguruan Dalam Konteks Sekolah”, guru yang
pakar dalam mata pelajaran yang diajar biasanya dapat menguasai pengetahuan dan
mampu menyampaikan pengajaran dengan lebih berkesan. Tambahan lagi, cara
penyampaian guru pakar dalam mata pelajaran yang diajarnya adalah lebih mudah
difaham dan menarik minat pelajar. Dalam kajiannya, majoriti guru iaitu 82.8%
berpendapat bahawa amat penting guru menguasai pengetahuan dalam mata
pelajaran yang diajarnya. Dengan demikian, guru-guru yang kurang pengetahuan
dalam mata pelajaran yang diajarnya tidak dapat menjalankan pengajaran yang
berkesan terutamanya dalam bahagian teras KHB yang merangkumi pelbagai aspek.
4
Menurut Robiah Sidin (1998), guru harus mempunyai pengetahuan yang
kukuh sekurang-kurangnya dalam satu pengkhususan. Pernyataan ini telah disokong
oleh Zaidatol Akmaliah dan Ramlah (1995). Menurut mereka, pengajaran yang
berkesan memerlukan seseorang guru yang mempunyai pengetahuan yang mendalam
tentang mata pelajaran yang akan diajar. Menurut Zulkiflee (1997), pengetahuan
yang mendalam mengenai isi kandungan adalah penting dalam mengajar sebarang
mata pelajaran. Dengan itu, pengetahuan seseorang guru amat penting dalam
menjayakan pengajarannya.
Sebagai penyinar ilmu, guru juga perlu dibekalkan dengan kemahiran supaya
dapat menjadi penyampai ilmu yang berkesan, mampu memilih kaedah pengajaran
yang sesuai dengan kebolehan dan minat pelajar (Abd. Main dan Abdulah Mohd.
Noor, 1995). Menurut Marsh (1996), guru perlu mempunyai kemahiran yang
mencukupi untuk mempraktikannya dalam situasi yang baru dengan berkesan
khasnya dalam kurikulum baru. Dengan mempunyai kemahiran yang mencukupi,
barulah guru dapat memberi pengajaran yang lebih jelas dan berkesan.
Menurut Zulkiflee (1997), kemahiran amat diperlukan oleh seseorang guru
untuk memantapkan lagi kebolehan guru mengembangkan isi kandungan mata
pelajaran semasa mengajar. Isi kandungan mata pelajaran KH kebanyakannya
mengandungi aspek mengenai kemahiran teknikal. Oleh itu, guru bukan sahaja
memerlukan pengetahuan mengenai kemahiran tersebut malah mereka perlu mahir
dan berkeyakinan menunjukkannya kepada murid-murid (Ramlah Hamzah, 1992).
Berdasarkan kajiannya, guru lelaki lebih berkeupayaan mengajar topik yang
mengenai Kerja Paip dan Logam, Elektrik dan Elektronik berbanding dengan guru
wanita. Sementara itu, guru wanita lebih berkeupayaan mengajar topik mengenai
pengurusan diri termasuk jahitan.
Selain itu, pengalaman seseorang guru juga memainkan peranan penting
untuk menguji keupayaan pengajaran mereka. Guru-guru yang berpengalaman luas
lebih mudah dan yakin memberi contoh atau penerangan yang senang untuk
kefahaman pelajar. Menurut Lim Ah Juan (2002), seseorang guru yang
berpengalaman lebih senang menimbulkan minat belajar bagi pelajarnya. Contohnya
seseorang guru yang pernah terlibat dalam latihan industri atau bekerja di kedai
5
menjahit baju maka guru itu lebih faham dengan topik Jahitan yang akan diajarnya
serta mempunyai cara penyampaian topik pengajaran secara berkesan. Dengan
pengajaran yang berkesan, pelajar akan lebih faham mengenai isi pelajaran yang
disampaikan guru. Oleh itu, pengajaran dan pembelajaran yang berkesan dapat
diwujudkan di antara guru dan pelajar.
Merujuk kepada konteks tersebut, keupayaan guru KHB yang mengajar
bahagian teras perlu dilihat daripada beberapa aspek iaitu pengetahuan, kemahiran
dan pengalaman guru itu sendiri.
1.2 Pernyataan Masalah
Pelaksanaan sesuatu kurikulum bergantung kepada keupayaan guru
melaksanakannya dengan berkesan. Guru harus memahami perubahan yang berlaku
dan sekaligus bersedia melaksanakan tuntutan daripada perubahan tersebut (Noor
Azlan dan Mat Jizat, 1995). Dengan demikian, keupayaan mengajar guru amat
penting dalam melaksanakan kurikulum baru dan pengajaran yang berkesan khasnya
dalam bahagian teras sukatan pelajaran KHB Tingkatan Satu yang meliputi bidang
teknikal, jahitan dan pertanian. Dengan itu, kajian ini dijalankan untuk meninjau
keupayaan mengajar guru-guru Kemahiran Hidup dalam bahagian teras bagi sukatan
pelajaran baru Tingkatan Satu. Kajian ini mengkaji guru KHB yang mengajar
bahagian teras Tingkatan Satu sahaja kerana sukatan pelajaran bagi mata pelajaran
KHB Tingkatan Satu baru sahaja disemak semula dan digantikan dengan sukatan
pelajaran baru iaitu Sukatan Pelajaran KHB Tingkatan Satu Edisi Penyemakan pada
tahun 2002.
6
1.3 Objektif Kajian
Kajian ini bertujuan untuk meninjau keupayaan mengajar guru Kemahiran
Hidup Bersepadu dalam bahagian teras bagi sukatan pelajaran baru Tingkatan Satu di
sekolah-sekolah menengah kawasan Skudai, negeri Johor. Objektif kajian ini adalah
untuk:-
1.3.1 Menentukan tahap penguasaan pengetahuan guru mencukupi untuk mengajar
bahagian teras dalam mata pelajaran KH.
1.3.2 Menentukan tahap penguasaan kemahiran guru mencukupi untuk mengajar
bahagian teras dalam mata pelajaran KH mengikut jantina.
1.3.3 Menentukan tahap kepentingan pengalaman guru dalam mengajar bahagian
teras bagi mata pelajaran KH.
1.4 Persoalan Kajian
Persoalan kajian yang dikemukakan oleh penyelidik dalam kajian ini ialah:
1.4.1 Adakah pengetahuan guru KHB mencukupi untuk mengajar komponen Reka
Bentuk dan Penghasilan Projek dalam mata pelajaran KH?
1.4.2 Adakah pengetahuan guru KHB mencukupi untuk mengajar komponen
Teknikal dalam mata pelajaran KH?
1.4.3 Adakah pengetahuan guru KHB mencukupi untuk mengajar komponen
Jahitan dalam mata pelajaran KH?
1.4.4 Adakah pengetahuan guru KHB mencukupi untuk mengajar komponen
Tanaman Hiasan dalam mata pelajaran KH?
1.4.5 Adakah kemahiran teknikal dikuasai oleh guru perempuan dan guru lelaki
KHB (bahagian teras)?
7
1.4.6 Adakah kemahiran menjahit ada pada guru perempuan dan guru lelaki KHB
(bahagian teras)?
1.4.7 Adakah guru KHB (bahagian teras) berkemahiran untuk mengawal kelas
amali?
1.4.8 Adakah pengalaman mengajar bagi guru penting dalam pengajaran KHB
(bahagian teras)?
1.4.9 Adakah pengalaman bekerja bagi guru penting dalam pengajaran KHB
(bahagian teras)?