Teras Pengetahuan Mengajar Guru Mata

24
TERAS PENGETAHUAN MENGAJAR GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATANG PADANG, PERAK Julismah Jani [email protected] Pendidikan TERAS PENGETAHUAN MENGAJAR GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATANG PADANG, PERAK Abstrak Teras pengetahuan dalam mengajar (Shulman, 1987), ialah elemen- elemen pengetahuan mengajar yang perlu ada pada seseorang guru untuk melaksanakan pengajarannya. Guru perlu mempunyai elemen (a) ilmu konten, (b) ilmu pedagogi am, (c) ilmu konten pedagogi, (d) pengetahuan dalam kurikulum, (e) pengetahuan dalam konteks pendidikan, (f) pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri murid, dan (g) pengetahuan dalam matlamat pendidikan untuk pengajaran yang berkesan, menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani (Christensen, 1996). Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana guru menguasai elemen-elemen teras pengetahuan dalam melaksanakan proses pengajaran dalam Pendidikan Jasmani, mengenalpasti perbandingan teras pengetahuan mengajar di antara guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani dan menentukan hubungan di antara teras pengetahuan mengajar dengan pelaksanaan pengajaran guru Pendidikan Jasmani di sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak. Sampel kajian adalah seramai 189 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di tingkatan satu hingga lima sama ada opsyen atau bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah Daerah Batang Padang, Perak yang melibatkan kawasan Tanjong Malim, Slim River, Sungkai dan Tapah. Keputusan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil guru (16 orang atau 8.5 %) yang menguasai teras pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahap tinggi manakala (173 orang atau 91.5 %) guru menguasai teras pengetahuan dalam mengajar Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana. Sehubungan itu, terdapat perbezaan yang signifikan (p < .05) di antara guru opsyen dengan bukan opsyen terhadap penguasaan elemen-elemen teras pegetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani t (189) = 11.625. Keputusan kajian ini juga mendapati bahawa pada keseluruhannya wujud hubungan yang kuat (r = .903) dan positif serta signifikan (p < .01) di antara penguasaan teras pengetahuan mengajar guru dengan

description

teras pengetahuan guru

Transcript of Teras Pengetahuan Mengajar Guru Mata

TERAS PENGETAHUAN MENGAJAR GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATANG PADANG, PERAK Julismah [email protected] PENGETAHUAN MENGAJAR GURU MATA PELAJARAN PENDIDIKAN JASMANI DI SEKOLAH MENENGAH DAERAH BATANG PADANG, PERAKAbstrak

Teras pengetahuan dalam mengajar (Shulman, 1987), ialah elemen-elemen pengetahuan mengajar yang perlu ada pada seseorang guru untuk melaksanakan pengajarannya. Guru perlu mempunyai elemen (a) ilmu konten, (b) ilmu pedagogi am, (c) ilmu konten pedagogi, (d) pengetahuan dalam kurikulum, (e) pengetahuan dalam konteks pendidikan, (f) pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri murid, dan (g) pengetahuan dalam matlamat pendidikan untuk pengajaran yang berkesan, menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani (Christensen, 1996). Kajian ini bertujuan untuk melihat sejauhmana guru menguasai elemen-elemen teras pengetahuan dalam melaksanakan proses pengajaran dalam Pendidikan Jasmani, mengenalpasti perbandingan teras pengetahuan mengajar di antara guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani dan menentukan hubungan di antara teras pengetahuan mengajar dengan pelaksanaan pengajaran guru Pendidikan Jasmani di sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak. Sampel kajian adalah seramai 189 orang guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di tingkatan satu hingga lima sama ada opsyen atau bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah Daerah Batang Padang, Perak yang melibatkan kawasan Tanjong Malim, Slim River, Sungkai dan Tapah. Keputusan keseluruhan kajian menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil guru (16 orang atau 8.5 %) yang menguasai teras pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahap tinggi manakala (173 orang atau 91.5 %) guru menguasai teras pengetahuan dalam mengajar Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana. Sehubungan itu, terdapat perbezaan yang signifikan (p < .05) di antara guru opsyen dengan bukan opsyen terhadap penguasaan elemen-elemen teras pegetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani t (189) = 11.625. Keputusan kajian ini juga mendapati bahawa pada keseluruhannya wujud hubungan yang kuat (r = .903) dan positif serta signifikan (p < .01) di antara penguasaan teras pengetahuan mengajar guru dengan pelaksanaan mengajar dalam Pendidikan Jasmani. Dapatan tersebut menggambarkan bahawa guru Pendidikan Jasmani yang dikaji masih kurang menguasai teras pengetahuan mengajar dalam bidang yang diajar. Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan terutamanya ilmu konten pedagogi untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Ilmu konten pedagogi sangat penting kerana matlamat pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.

Pengenalan

Pendidikan Jasmani adalah mata pelajaran teras dalam kurikulum sekolah. Mata pelajaran tersebut merupakan bidang ilmu yang seharusnya dapat memenuhi keperluan pertumbuhan dan perkembangan individu dari aspek fizikal, mental, emosi dan sosial melalui proses pengajaran dan pembelajaran (KPM, 1999). Bagi memenuhi keperluan tersebut, guru seharusnya mempunyai pengetahuan terhadap pelaksanaan proses pengajaran dan pembelajaran dalam Pendidikan Jasmani. Guru Pendidikan Jasmani seharusnya pakar dalam pelbagai bidang sama ada secara langsung atau tidak langsung bagi menentukan bagaimana cara mereka menyampaikan ilmu dan sejauhmana murid belajar dalam satu-satu unit konten pelajaran. Salah satu aspek penting pengajaran seseorang guru ialah mempunyai penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar terutamanya dalam ilmu konten pedagogi secara interaktif dan mendalam.

Teras pengetahuan mengajar bermaksud segala jenis pengetahuan yang perlu ada pada seseorang guru untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Elemen teras pengetahuan yang dikemukakan oleh Shulman (1987) mengandungi ilmu konten, ilmu pedagogi am, ilmu konten pedagogi, pengetahuan dalam kurikulum, pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan terhadap murid dan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan.

Christensen (1996) melaporkan bahawa di negara Amerika, kebanyakan guru menggunakan elemen teras pengetahuan dalam mengajar bagi program pendidikan yang dianjurkan oleh the National Council on Accreditation for Teacher Education (NCATE). Kebaikan yang dapat dihasilkan apabila guru menggunakan elemen-elemen teras pengetahuan dalam proses pengajarannya ialah:

a)

Guru dapat melaksanakan pengajaran dan pembelajaran yang pelbagai berdasarkan ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten pedagogi ke arah mencapai objektif pelajaran.

b)

Aktiviti-aktiviti pengajaran dilaksanakan dengan berkesan erdasarkan pengetahuan dalam kurikulum sekolah, pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan tentang murid dan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan.

c)

Proses pengajaran dan pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.

Teras Pengetahuan Mengajar (Shulman, 1987)

Elemen-elemen teras pengetahuan yang perlu ada pada seseorang guru untuk melaksanakan pengajarannya ialah:

a)

Ilmu Konten (content knowledge) iaitu pengetahuan tentang kandungan subjek bidang yang hendak di ajar.

b)

Ilmu Pedagogi Am (general pedagogical knowledge) merujuk kepada pengetahuan tentang kaedah mengajar yang melibatkan semua mata pelajaran dan dalam pelbagai situasi.

c)

Ilmu Konten Pedagogi (pedagogical content knowledge) bermaksud pengetahuan tentang bagaimana cara mengajar sesuatu kandungan atau topik pelajaran kepada sekumpulan murid tertentu dalam konten yang spesifik.

d)

Pengetahuan dalam Kurikulum (curriculum knowledge) adalah pengetahuan tentang perkembangan konten yang sesuai dan program-program bagi setiap aras dan gred pencapaian murid.

e)

Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan (knowledge of educational contexs) bermaksud pengetahuan tentang impak dalam konteks mengajar.

f)

Pengetahuan terhadap Murid dan Ciri-Ciri Murid (knowledge of learners and their characteristics) merujuk kepada pengetahuan tentang pembelajaran seseorang murid yang diaplikasikan dalam mengajar.

g)

Pengetahuan tentang Matlamat Pendidikan (knowledge of educational goals) ialah pengetahuan tentang matlamat, tujuan dan struktur sistem pendidikan di Malaysia.

Hasil Kajian Lampau yang Berkaitan

Craft (2002), mendapati dalam usaha menyampaikan pengajaran dalam Pendidikan Jasmani, guru Pendidikan Jasmani memerlukan daya kreativiti yang tinggi. Menurut beliau apabila memperkatakan tentang kreativiti, ia boleh dibahagikan kepada dua bahagian iaitu mengajar secara kreatif dan mengajar murid menjadi kreatif. Mengajar secara kreatif bermaksud guru mengajar dengan menggunakan pendekatan imaginasi untuk menjadikan proses pengajaran lebih menarik, menyeronokkan dan efektif. Sementara mengajar murid kreatif pula bermaksud guru menyampaikan pengajaran dengan kaedah tertentu untuk membentuk dan mengembangkan pemikiran kreatif serta tingkahlaku di kalangan murid.

Selain itu, guru juga perlu bersifat profesional terhadap kerjayanya. Beliau menyarankan bahawa untuk menjadi pendidik yang profesional, seorang guru perlu peka terhadap inisiatif pendidikan yang terkini. Penguasaan terhadap kompetensi dan pengetahuan tentang stail pengajaran adalah penting. Guru yang profesional juga sentiasa mengikuti perkembangan terhadap kajian-kajian lampau dan terkini. Ia bertujuan mengemaskinikan pengetahuan guru ke tahap terkini. Apapun, menurut beliau, aspek yang terpenting ialah guru tersebut menyedari kepentingan menyediakan pengajaran dan pembelajaran serta melakukan perancangan dan perlaksanaan. Ini melibatkan persediaan yang rapi terhadap semua aktiviti pembelajaran, perlaksanaan yang fleksibel serta mengadakan penilaian selepas aktiviti pembelajaran.

Craft (2002), mendapati walaupun kaedah guru mempunyai impak yang besar dalam pembelajaran pelajar, terdapat bukti yang menunjukkan bahawa sifat dan ciri-ciri yang dimiliki oleh guru juga mempunyai hubungan dengan keberkesanan pengajaran. Beliau menyenaraikan beberapa contoh sifat dan ciri-ciri guru, iaitu; a) sikap guru terhadap aktiviti murid, b) hubungan sosial guru dengan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran, c) persediaan yang optima terhadap peralatan, dan d) tahap pendidikan guru.

Stephens dan Crawley (1994) menyatakan terdapat beberapa bentuk kompetensi yang perlu dikuasai oleh seorang guru untuk memantapkan lagi peguasaan kaedah mengajar. Menurut beliau terdapat lima kompetensi utama iaitu;

1.

Pengetahuan terhadap mata pelajaran yang di ajar Guru perlu menguasai keseluruhan perkara berkenaan mata pelajaran yang diajar termasuklah konten ilmu, kandungan sukatan dan huraian sukatan pelajaran.

2.

Aplikasi kepada muridStail dan pendekatan mengajar guru yang terbaik sangat diperlukan supaya murid memperolehi konten ilmu pelajaran secara optimum.

3.

Pengurusan kelasLaksanakan pengajaran dalam suasana kondusif dan persekitaran yang selamat supaya pembelajaran lebih efektif.

4.

Buat penilaian dan rekodkan peningkatan muridKenalpasti aras pencapaian murid dan rekodkan prestasi secara sistematik.

5.

Meningkatkan profesionalismeGuru perlu menyedari bahawa pengajian di maktab perguruan dan institusi pengajian tinggi hanyalah merupakan tapak permulaan kepada proses memantapkan kaedah mengajar guru. Aspek yang paling penting dalam meningkatkan profesionalisme ialah melalui pengalaman secara langsung dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Stephens dan Crawley (1994) juga menegaskan bahawa guru yang berkesan bukanlah guru yang hanya mampu mendokumentasikan segala idea dan perancangannya. Menurut beliau, guru yang berkesan ialah guru yang boleh merancang dan melaksanakan pengajaran dengan menggunakan kaedah mengajar yang sesuai.

Di samping penggunaan kaedah yang sesuai, guru yang berkesan juga perlu memikirkan ilmu dan nilai yang akan diperoleh murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Guru juga perlu menunjukkan komitmen yang tinggi pada mata pelajaran yang diajar. Biarlah murid menyedari sendiri betapa guru yang mengajar mata pelajaran tersebut komited terhadap semua aspek berkaitan mata pelajaran yang diajar.

Selain memperlihatkan sifat tersebut, guru yang berkesan dalam pengajaran juga dapat menjadikan pengajaran suatu pengalaman yang menyeronokkan kepada murid. Di samping itu, guru perlu mahir dan berupaya mengaitkan ilmu konten pelajaran dengan kehidupan sebenar murid. Dengan itu, murid akan lebih berminat dan merasa bahawa pelajaran yang mereka ikuti mempunyai manfaat kepada kehidupan mereka.

Gripps, McCallum, dan Hargreaves (2001), mengkaji tentang kaedah mengajar serta strategi pengajaran guru. Beliau mendapati guru pakar menyampaikan pengajaran dengan menggunakan tiga jenis strategi iaitu dengan memberi maklumat, memberi peneguhan dan memberi galakan.

Ornstein (1995), mengkaji tentang jenis-jenis guru Pendidikan Jasmani. Dapatan mereka menunjukkan guru Pendidikan Jasmani terbahagi kepada dua kategori iaitu guru matang (expert) dan guru baru (novis). Perkara paling utama yang membezakan kedua-dua kategori ini ialah aspek pedagogi dan pengalaman mengajar. Kedua-dua perbezaan inilah yang memberi kesan yang besar terhadap pemilihan kaedah mengajar guru Pendidikan Jasmani.

Orlich (1998) berpendapat, sepatutnya pengajaran dan pengajaran Pendidikan Jasmani melibatkan interaksi yang dinamik di antara guru dengan guru, guru dengan murid dan murid dengan murid. Semua yang terlibat dalam proses pengajaran dan pembelajaran perlu juga dilibatkan dalam membuat keputusan. Ketika merancang kaedah yang hendak digunakan, guru juga perlu menyedari bahawa proses memperolehi konten ilmu yang murid perlu kuasai adalah sama pentingnya dengan konten ilmu yang ada pada guru itu sendiri. Oleh yang demikian, guru perlu bijak menyusun dan memilih kaedah yang sesuai supaya murid memperolehi konten ilmu secara optimum. Untuk melicinkan penyampaian pengajaran, beliau menyarankan supaya guru mempunyai catatan ringkas di mana guru seharusnya membuat keputusan dan bila masanya keputusan dilakukan bersama murid.

Pernyataan Masalah

Mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah menengah sepatutnya diajar oleh guru-guru yang berkelayakan dalam bidang pendidikan jasmani atau sains sukan (guru opsyen) kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu konten dan pedagogi semasa dalam pengajiannya. Namun demikian, masih terdapat guru-guru yang bukan dalam bidang pendidikan jasmani atau sains sukan (guru bukan opsyen) diminta untuk mengajar mata pelajaran tersebut. Perkara ini berlaku kerana kurangnya guru opsyen pendidikan jasmani di sekolah-sekolah menengah. Tambahan, pihak sekolah masih beranggapan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani boleh diajar oleh semua guru kerana mata pelajaran ini tidak berunsur peperiksaan dan pendekatan mengajar lebih kepada bermain-main. Tanggapan tersebut tidak berasas kerana peranan guru ialah menyampaikan ilmu pengetahuan dalam pelbagai pendekatan kepada murid untuk mereka menimba pembelajaran yang berkesan. Selain daripada itu, salah satu aspek yang penting bagi seseorang guru ialah penguasaan dalam teras pengetahuan mengajar. Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan terutamanya ilmu konten pedagogi untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Persoalannya, adakah guru opsyen dan bukan opsyen yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah mempunyai ilmu konten dalam proses pengajaran dan pembelajarannya? Adakah guru opsyen dan bukan opsyen mempunyai ilmu konten pedagogi tentang bagaimana cara mengajar sesuatu kandungan atau topik pelajaran kepada sekumpulan murid tertentu dalam konten yang spesifik? Justeru itu, kajian ini ingin mengenal pasti sejauh mana penguasaan teras pengetahuan mengajar guru Pendidikan Jasmani (opsyen atau bukan opsyen) di sekolah menengah daerah Batang Padang, Perak.

Objektif

Kajian ini bertujuan untuk;

a)

Melihat sejauhmana guru menguasai elemen teras pengetahuan dalam melaksanakan proses pengajaran Pendidikan Jasmani di sekolah menengah daerah Batang Padang.

b)

Mengenalpasti perbandingan teras pengetahuan mengajar di antara guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani di sekolah menengah daerah Batang Padang.

c)

menentukan hubungan di antara teras pengetahuan mengajar dengan pelaksanaan pengajaran guru Pendidikan Jasmani di sekolah menengah daerah Batang Padang.

Metodologi

Rekebentuk KajianRekabentuk kajian ini adalah berupa deskriptif yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku melalui kaedah survey. Kajian deskriptif ini melibatkan proses perbandingan dan korelasi yang mengkaji penekanan kepada penentuan sejauh mana tahap keertian perbandingan dan perkaitan di antara pembolehubah-pembolehubah kajian.

Sehubungan itu, konseptual kajian memfokuskan kepada dua pembolehubah iaitu pembolehubah bebas (tak bersandar) yang mengandungi elemen-elemen teras pengetahuan mengajar dan pembolehubah bersandar yang mengandungi elemen pelaksanaan mengajar guru Pendidikan Jasmani. Pembolehubah moderator yang mengandungi latarbelakang dan jenis responden turut dikaitkan dalam kajian ini. Rajah 1 di bawah ini menjelaskan aliran hubungan di antara pembolehubah-pembolehubah kajian.

Rajah 1: Aliran hubungan di antara pembolehubah pembolehubah kajian

Instrumentasi Kajian

Alat ukur yang digunakan dalam kajian ini berupa soal selidik. Alat ukur tersebut mengandungi dua bahagian. Bahagian I mengandungi soalan-soalan tentang demografi responden. Bahagian ini dapat memberikan maklumat latar belakang sama ada guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani adalah guru opsyen atau guru bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani serta pengalaman mengajar guru dalam Pendidikan Jasmani.

Manakala bahagian II dalam soal selidik ini merupakan soalan-soalan (enam soalan bagi setiap satu elemen) yang mengandungi elemen ilmu konten, ilmu pedagogi am, ilmu konten pedagogi, pengetahuan dalam kurikulum, pengetahuan tentang konteks pendidikan, pengetahuan terhadap murid dan ciri-ciri murid dan pengetahuan tentang matlamat pendidikan sebagai gagasan kepada teras pengetahuan mengajar. Manakala soalan-soalan yang meliputi elemen pelaksanaan pengajaran dan penglibatan murid dalam Pendidikan Jasmani adalah maklumat yang menerangkan aplikasi pelaksanaan mengajar guru berkaitan teras pengetahuan yang ada pada responden itu.

Responden diminta membulatkan jawapan pada skala yang telah ditentukan bagi setiap pernyataan seperti berikut: Sangat Tidak Setuju (STS), Tidak Setuju (TS), Kurang Setuju (KS), Setuju (S), dan Sangat Setuju (SS). Bagi soalan-soalan berupa positif, nilai bagi skala Sangat Tidak Setuju adalah 1 dan seterusnaya sehingga skala Sangat Setuju nilainya adalah 5. Bagi soalan-soalan berupa negatif, nilai bagi skala Sangat Setuju adalah 1 dan seterusnaya sehingga skala Sangat Tidak Setuju nilainya adalah 5.

Soalan-soalan pada bahagian II dikelompokkan mengikut elemen-elemen teras pengetahuan mengajar seperti A adalah elemen Ilmu Konten yang mengandungi enam soalan, B adalah elemen Ilmu Pendagogi Am yang mengandungi enam soalan, C adalah elemen Ilmu Konten Pedagogi yang mengandungi enam soalan, D adalah elemen Pengetahuan dalam Kurikulum yang mengandungi enam soalan, E adalah elemen Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan yang mengandungi enam soalan, F adalah elemen Pengetahuan tentang murid dan Ciri-Ciri Murid yang mengandungi enam soalan, dan G adalah elemen Pengetahuan tentang Matlamat Pendidikan yang mengandungi enam soalan. Manakala H adalah elemen Pelaksanaan Pengajaran yang mengandungi enam soalan, dan I adalah elemen Penglibatan Murid yang mengandungi enam soalan yang menjelaskan tentang aplikasi dan pelaksanaan mengajar guru.

Kebolehpercayaan alat ukur kajian adalah r = .754 yang mana soalan-soalan direkacipta sendiri oleh penyelidik. Penyelidik telah mendapatkan kesahan konten daripada dua panel pakar bidang dan mengemukakan soal selidik kepada 20 orang guru Pendidikan Jasmani di kawasan Kuala Kubu Baru untuk analisis nilai kebolehpercayaan instrumen.

Sampel dan Tempat Kajian

Sampel kajian meliputi guru yang mengajar mata pelajaran Pendidikan Jasmani sama ada opsyen atau bukan opsyen dalam bidang Pendidikan Jasmani bagi tingkatan satu hingga tingkatan lima di sekolah-sekolah menengah. Daripada 240 orang sampel yang telah dikenalpasti, hanya 189 orang (78.8 %) yang mengambil bahagian dalam kajian ini.

Tempat kajian ialah sekolah-sekolah menengah Daerah Batang Padang, Perak yang melibatkan kawasan Tanjong Malim, Slim River, Sungkai dan Tapah. Jadual 1 di bawah ini adalah statistik sampel kajian yang diperoleh melalui edaran secara rawak kepada guru-guru Pendidikan Jasmani di setiap sekolah yang dikaji.

Jadual 1: Statistik taburan responden mengikut kawasan dan bidang

Kawasan Sekolah Guru Pendidikan Jasmani

JumlahOpsyenBukan Opsyen

Tanjong Malim

Slim River

Sungkai

Tapah

Jumlah 16

12

10

12

50 44

32

29

34

139 60

44

39

46

189

Keputusan

Penguasaan Teras Pengetahuan Mengajar Guru Pendidikan Jasmani

Jadual 2, menunjukkan keputusan analisis data tentang tahap penguasaan teras pengetahuan mengajar guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani. Hasil kajian mendapati bahawa pada keseluruhannya 8.5 % (16 orang) guru yang dikaji menguasai tahap tinggi teras pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani manakala 91.5 % (173 orang) guru menguasai teras pengetahuan dalam mengajar Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana. Dari keseluruhan teras tersebut, hanya 32.0 % (16 orang) yang terdiri daripada guru opsyen menguasai teras pengetahuan mengajar pada tahap tinggi manakala 68.0 % (34 orang) guru opsyen dan 100 % (139 orang) guru bukan opsyen menguasai teras pengetahuan mengajar pada tahap sederhana.

Sehubungan itu, elemen utama dalam teras pengetahuan mengajar iaitu ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten pedagogi yang dikuasai guru Pendidikan Jasmani pada tahap tinggi adalah sebanyak 27.5 %, 10.1 % dan 9.5 % mengikut urutan. Manakala guru Pendidikan Jasmani menguasai elemen ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten pedagogi pada tahap sederhana adalah sebanyak 70.4 %, 89.9 % dan 90.5 % mengikut urutan. Hanya 2.1 % guru Pendidikan Jasmani menguasai elemen ilmu konten pada tahap rendah. Huraian terperinci elemen-elemen teras pengetahuan mengajar bagi guru opsyen dan bukan opsyen Pendidikan Jasmani boleh dirujuk dalam Jadual 2 di bawah ini.

Pada keseluruhannya guru Pendidikan Jasmani yang dikaji menguasai teras pengetahuan mengajar pada tahap sederhana iaitu 91.5 % yang mencapai skor min di antara 2.34 hingga 3.66 dalam melaporkan pendapat mereka. Namun demikian, terdapat guru-guru yang opsyen Pendidikan Jasmani (32.0 %) yang menguasai teras pengetahuan mengajar pada tahap tinggi. Gambaran di atas menunjukkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu diajar oleh guru opsyen Pendidikan Jasmani kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu konten (bidang) supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna, bermakna dan berkesan.

Jadual 2: Tahap penguasaan elemen-elemen Teras Pengetahuan Mengajar guru Opsyen dan Bukan Opsyen Pendidikan Jasmani (N = 189)

Elemen Teras Pengetahuan Mengajar Frekuensi dan Peratus dalam ( )

Skor MinKese-luruhan SisihanPiawai TahapPenguasaan Skor Min 1.00 2.33Rendah Skor Min 2.34 3.66Sederhana Skor Min3.67 5.00Tinggi

Ilmu Konten

O BO K - 4 (2.9) 4 (2.1)

2 (4.0) 131 (94.2) 133 (70.4)

48 (96.0) 4 (2.9) 52 (27.5)

4.040 2.772 3.107

0.234 0.278 0.620

Tinggi Sederhana Sederhana

Ilmu Pedagogi Am

O BO K - --

34 (68.0) 136 (97.8) 170 (89.0)

16 (32.0) 3 (2.2) 19 (10.1)

3.729 3.477 3.544

0.283 0.155 0.226

Tinggi Sederhana Sederhana

Ilmu Konten Pedagogi

O BO K - - -

34 (68.0) 137 (98.6) 171 (90.5)

16 (32.0) 2 (1.4) 18 (9.5)

3.768 3.528 3.591

0.271 0.126 0.205

Tinggi Sederhana Sederhana

Pengetahuan dalam Kurikulum

O BO K - - -

34 (68.0) 138 (99.3) 172 (91.0)

16 (32.0) 1 (0.7) 17 (9.0)

3.777 3.525 3.591

0.282 0.121 0.209

Tinggi Sederhana Sederhana

Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan

OBO K - - -

34 (68.0) 138 (99.3) 172 (91.0)

16 (32.0) 1 (0.7) 17 (9.0)

3.807 3.563 3.627

0.273 0.112 0.201

Tinggi Sederhana Sederhana

Pengetahuan tentang Murid dan Ciri-Ciri Mrd

O BO K - - -

34 (68.0) 137 (98.6) 171 (90.5)

16 (32.0) 2 (1.4) 18 (9.5)

3.820 3.581 3.644

0.268 0.111 0.197

Tinggi Sederhana Sederhana

Pengetahuan tentang Matlamat Pendidikan

O BO K - - -

33 (66.0) 131 (94.2) 164 (86.8)

17 (34.0) 8 (5.8) 25 (13.2)

3.831 3.590 3.654

0.267 0.107 0.196

Tinggi Sederhana Sederhana

Keseluruhan Elemen Teras Penge. Mengajar

O BO K - - -

34 (68.0) 139 (100) 173 (91.5)

16 (32.0) 0 16 (8.5)

3.739 3.416 3.501

0.265 0.116 0.221

Tinggi Sederhana Sederhana

Nota: O: Opsyen Pendidikan Jasmani (N = 50)BO: Bukan Opsyen Pendidikan Jasmani (N = 139) K: Keseluruhan (Guru Opsyen dan Bukan Opsyen)

Perbandingan Teras Pengetahuan Mengajar Guru Pendidikan Jasmani Seterusnya, Jadual 3 menunjukkan keputusan kajian tentang perbandingan teras pengetahuan mengajar di antara guru opsyen dan bukan opsyen dalam Pendidikan Jasmani di sekolah menengah Daerah Batang Padang, Perak.

Jadual 3: Ujian-t Perbandingan Teras Pengetahuan Mengajar berdasarkan Opsyen Guru Pendidikan Jasmani

Elemen Guru Pendidikan Jasmani Bil. Min Sisihan Piawai Nilai-t Tahap Signifikan (p)

Ilmu Konten

Opsyen Bukan Opsyen

50 139

4.040 2.772

0.234 0.278

28.750

0.000

Ilmu Pedagogi Am

Opsyen Bukan Opsyen

50 139

3.729 3.477

0.283 0.155

7.757

0.000

Ilmu Konten Pedagogi

Opsyen Bukan Opsyen

50 139

3.768 3.528

0.271 0.126

8.248

0.000

Pengetahuan dalam Kurikulum

Opsyen Bukan Opsyen

50 139

3.777 3.525

0.282 0.121

8.554

0.000

Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan

Opsyen Bukan Opsyen

50 139

3.807 3.563

0.273 0.112

8.690

0.000

Pengetahuan tentang Murid dan Ciri-Ciri Murid

Opsyen Bukan Opsyen

50 139

3.820 3.581

0.268 0.111

8.648

0.000

Pengetahuan tentang Matlamat Pendidikan

Opsyen Bukan Opsyen

50 139

3.831 3.590

0.267 0.107

8.799

0.000

Keseluruhan Elemen Teras Pengetahuan Mengajar

Opsyen Bukan Opsyen

50 139

3.739 3.416

0.265 0.116

11.625

0.000

Keputusan analisis data pada Jadual 3 di atas secara keseluruhan menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan (p < .05) di antara guru opsyen dengan bukan opsyen terhadap penguasaan elemen-elemen teras pegetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani t (189) = 11.625. Pernyataan di atas menunjukkan perbezaan seramai 32 % (rujuk Jadual 1) guru opsyen Pendidikan Jasmani menguasai ilmu teras pengetahuan mengajar pada tahap tinggi berbanding guru bukan opsyen yang mana 100 % (rujuk Jadual 2) menguasai ilmu teras mengajar pada tahap sederhana.

Korelasi Teras Pengetahuan Mengajar dengan Pelaksanaan Pengajaran Guru Pendidikan Jasmani

Keputusan kajian ini juga mendapati bahawa pada keseluruhannya wujud hubungan yang kuat (r = .903) dan positif serta signifikan (p < .01) di antara penguasaan teras pengetahuan mengajar guru dengan pelaksanaan mengajar dalam Pendidikan Jasmani. Huraian terperinci dapatan kajian mengenai hubungan di antara teras pengetahuan mengajar guru dengan pelaksanaan dalam pengajaran Pendidikan Jasmani boleh dirujuk dalam Jadual 4 di bawah ini.

Jadual 4: Korelasi antara Teras Pengetahuan Mengajar dengan Pelaksanaan Pengajaran Guru dalam Pendidikan Jasmani

Elemen-Elemen Teras Pengetahuan Mengajar Pelaksanaan Pengajaran Pendidikan Jasmani

Ilmu Konten

r = 0.435** p = 0.000

Ilmu Pedagogi Am

r = 0.838** p = 0.000

Ilmu Konten Pedagogi

r = 0.871** p = 0.000

Pengetahuan dalam Kurikulum

r = 0.905** p = 0.000

Pengetahuan tentang Konteks Pendidikan

r = 0.911** p = 0.000

Pengetahuan tentang Murid dan Ciri-Ciri Murid

r = 0.920** p = 0.000

Pengetahuan tentang Matlamat Pendidikan

r = 0.926** p = 0.000

Keseluruhan Elemen Teras Pengetahuan Mengajar

r = 0.903** p = 0.000

Nota: ** Signifikan pada aras keertian 0.01

Dapatan kajian ini (Jadual 4), selaras dengan kajian Christensen (1996) yang mendapati bahawa wujud hubungan yang signifikan di antara teras pengetahuan mengajar guru dengan pelaksanaan pengajaran dan penglibatan pembelajaran murid dalam Pendidikan Jasmani. Hubungan tersebut lebih berkesan sekiranya guru menguasai ilmu konten pedagogi dengan menggunakan strategi mengajar yang dapat memotivasikan murid untuk belajar dalam unit konten pelajaran dalam kelas.

Perbincangan dan Kesimpulan

Keputusan keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil guru (16 orang atau 8.5 %) yang menguasai teras pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahap tinggi manakala (173 orang atau 91.5 %) guru menguasai teras pengetahuan dalam mengajar Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana. Dapatan tersebut menggambarkan bahawa guru Pendidikan Jasmani yang dikaji masih kurang menguasai ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten pedagogi dalam bidang yang diajar. Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan terutamanya ilmu konten pedagogi untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Ilmu konten pedagogi sangat penting kerana matlamat pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.

Sehubungan itu, Shanker (1985) telah melaporkan bahawa guru di Amerika Syarikat yang dikaji menggunakan kemahiran profesional am (ilmu pedagogi am) dengan lebih cenderung memilih tajuk dan kaedah pengajaran yang mudah semasa mengajar bagi menangani situasi yang mana guru merasakan mereka kurang pengetahuan dalam bidang yang diajar. Seharusnya guru perlu yakin menggunakan ilmu konten pedagogi daripada ilmu pedagogi am dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid di sekolah.

Merujuk kepada pernyataan di atas, hasil kajian ini telah mendapati bahawa seramai 18 orang atau 9.5 % guru Pendidikan Jasmani yang benar-benar menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap tinggi. Manakala seramai 171 orang atau 90.5 % guru Pendidikan Jasmani menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap sederhana. Guru yang menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap tinggi kesemuanya adalah guru opsyen dalam Pendidikan Jasmani. Maklumat tersebut telah mendapati terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara guru opsyen dengan bukan opsyen terhadap penguasaan ilmu konten pedagogi dalam Pendidikan Jasmani. Justeru itu, penguasaan ilmu konten pedagogi mempunyai hubungan dengan keberkesanan pelaksanaan pengajaran guru Christensen (1996). Hubungan tersebut lebih berkesan sekiranya guru menguasai ilmu konten pedagogi dengan menggunakan strategi mengajar yang dapat memotivasikan murid untuk belajar dalam unit konten pelajaran dalam kelas.

Hasil keputusan kajian ini telah mendapati bahawa sebilangan kecil (8.5 %) sahaja guru Pendidikan Jasmani yang menguasai teras pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani. Sehubungan itu, penguasaan teras pengetahuan mengajar sangat berbeza di antara guru opsyen dengan bukan opsyen Pendidikan Jasmani. Walau bagaimanapun, bagi guru yang menguasai teras pengetahuan mengajar, mereka dapat melaksanakan pengajaran yang baik dan berkesan dengan melibatkan murid dalam proses pembelajarannya dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah yang dikaji.

Justeru itu, adalah disimpulkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu diajar oleh guru opsyen Pendidikan Jasmani kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu konten (bidang) supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna, bermakna dan berkesan.

Kesimpulan

Keputusan keseluruhan kajian ini menunjukkan bahawa hanya sebilangan kecil guru (16 orang atau 8.5 %) yang menguasai teras pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani pada tahap tinggi manakala (173 orang atau 91.5 %) guru menguasai teras pengetahuan dalam mengajar Pendidikan Jasmani pada tahap sederhana. Dapatan tersebut menggambarkan bahawa guru Pendidikan Jasmani yang dikaji masih kurang menguasai ilmu konten, ilmu pedagogi am dan ilmu konten pedagogi dalam bidang yang diajar. Menurut Shulman (1987), seseorang guru perlu menguasai teras pengetahuan terutamanya ilmu konten pedagogi untuk mengajar dengan berkesan dalam bidang pelajarannya di sekolah. Ilmu konten pedagogi sangat penting kerana matlamat pengajaran seseorang guru ialah untuk melaksanakan sebaik mungkin proses pembelajaran yang berkesan agar pembelajaran menjadi lebih menarik dan dapat memotivasikan murid dengan mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti Pendidikan Jasmani.

Sehubungan itu, Shanker (1985) telah melaporkan bahawa guru di Amerika Syarikat yang dikaji menggunakan kemahiran profesional am (ilmu pedagogi am) dengan lebih cenderung memilih tajuk dan kaedah pengajaran yang mudah semasa mengajar bagi menangani situasi yang mana guru merasakan mereka kurang pengetahuan dalam bidang yang diajar. Seharusnya guru perlu yakin menggunakan ilmu konten pedagogi daripada ilmu pedagogi am dalam proses pengajaran dan pembelajaran kepada murid di sekolah.

Merujuk kepada pernyataan di atas, hasil kajian ini telah mendapati bahawa seramai 18 orang atau 9.5 % guru Pendidikan Jasmani yang benar-benar menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap tinggi. Manakala seramai 171 orang atau 90.5 % guru Pendidikan Jasmani menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap sederhana. Guru yang menguasai ilmu konten pedagogi pada tahap tinggi kesemuanya adalah guru opsyen dalam Pendidikan Jasmani. Maklumat tersebut telah mendapati terdapatnya perbezaan yang signifikan di antara guru opsyen dengan bukan opsyen terhadap penguasaan ilmu konten pedagogi dalam Pendidikan Jasmani. Justeru itu, penguasaan ilmu konten pedagogi mempunyai hubungan dengan keberkesanan pelaksanaan pengajaran guru Christensen (1996). Hubungan tersebut lebih berkesan sekiranya guru menguasai ilmu konten pedagogi dengan menggunakan strategi mengajar yang dapat memotivasikan murid untuk belajar dalam unit konten pelajaran dalam kelas.

Hasil keputusan kajian ini telah mendapati bahawa sebilangan kecil (8.5 %) sahaja guru Pendidikan Jasmani yang menguasai teras pengetahuan mengajar dalam Pendidikan Jasmani. Sehubungan itu, penguasaan teras pengetahuan mengajar sangat berbeza di antara guru opsyen dengan bukan opsyen Pendidikan Jasmani. Walau bagaimanapun, bagi guru yang menguasai teras pengetahuan mengajar, mereka dapat melaksanakan pengajaran yang baik dan berkesan dengan melibatkan murid dalam proses pembelajarannya dalam pelajaran Pendidikan Jasmani di sekolah-sekolah yang dikaji.

Justeru itu, adalah disimpulkan bahawa mata pelajaran Pendidikan Jasmani perlu diajar oleh guru opsyen Pendidikan Jasmani kerana mereka telah didedahkan dengan ilmu konten (bidang) supaya proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan dengan sempurna, bermakna dan berkesan.

Rujukan

Christensen, D. (1996). The profesional knowledge research base for teacher education. In M. W. Metzler. (2000). Instructional models for physical education (21). Boston: Allyn and Bacon.

Craft, A. (2002). Creativity and early years education: A life wide foundation. London: Continum.

Dunne, R., & Wragg, T. (1994). Effective teaching. London: Routledge.

Gripps, C., McCallum, B., & Hargreaves, E. (2001). What makes a good primary teachers? Expert classroom strategies. London: Routledge Falmer.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1999). Sukatan pelajaran Pendidikan Jasmani. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa Pustaka.

Orlich, D. C. (1998). Teaching strategies: A guide to better instruction (5th ed.). Boston: Houghton Mifflin Company.

Ornstein, A. C. (1995). Teaching theory into practice. USA: Allyn & Bacon.

Shanker, A. (1985). Educations dirty little secret. New York Times, October, 1986.

Shulman, L. S. (1987). Knowledge and teaching: Foundations of the new reform. Harvard Educational Review, 15(2), 4 14.

Stephens, P., & Crawley, T. (1994). Becoming an effective teacher. Wellington Street: Stanley Thomes (Publisher) Ltd.

E-Forum

Ke atas

Pernyataan Masalah Objektif MetodologiPerbincangan dan Kesimpulan

Keputusan Kesimpulantentang kami | panduan pemakalah | sidang editor | makalah | arkib | ulasan buku | penerbit upsi | halaman utama

PengenalanAbstrak Rujukan