KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

63
KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK Nuarrual Hilal bin Md. Dahlan Kolej Undang-undang, Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa Universiti Utara Malaysia

Transcript of KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Page 1: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Nuarrual Hilal bin Md. DahlanKolej Undang-undang,

Kerajaan dan Pengajian Antarabangsa

Universiti Utara Malaysia

Page 2: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Topik-Topik Pengenalan Dewasa Kontrak Oleh Kanak-Kanak Salahnyataan Mengenai Umur Pemulihan Semula/Restitusi Berakal Sempurna Tidak Hilang Kelayakan

Page 3: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

1. Pengenalan Seksyen 10(1) AK:

‘Semua perjanjian adalah kontrak jika dibuat atas kerelaan bebas pihak-pihak yang layak membuat kontrak, untuk sesuatu balasan yang sah dan dengan tujuan yang sah dan tidak ditetapkan dengan nyata di bawah peruntukan akta ini bahawa ianya batal’

Page 4: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 1 A berjanji kepada B untuk menjual tanahnya

di Changlun seluas satu ekar dengan harga RM 50,000.00. Ini dipersetujui oleh B

Kontrak A adalah sah Kontrak A boleh jadi tidak sah sekiranya:

1. A dipaksa oleh B agar menjual tanah tersebut dengan harga RM 50,000 sedangkan harga pasaran adalah RM 200,000, sekiranya tidak B akan mencederakan A; atau2. A dipaksa oleh B untuk menjual tanahnya itu tanpa apa-apa balasan dari B; atau

Page 5: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

3. Tanah A di Changlun adalah tanah simpanan melayu. Tiada mana-mana tanah simpanan melayu boleh dijual kepada orang-orang yang bukan melayu. Sekiranya A adalah orang melayu dan B bukan melayu, sedangkan tanah A tersebut adalah tanah simpanan melayu, maka penjualan tanah A kepada B adalah tidak sah

Page 6: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Seksyen 11 AK:‘Setiap orang adalah layak membuat kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang yang ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk’

Page 7: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 2 Seperti contoh 1 Kontrak antara A dan B akan menjadi

tidak sah/batal sekiranya:1. A dan B berumur kurang daripada 18

tahun. Umur 18 tahun adalah umur dewasa – Akta Umur Dewasa 1971; atau,

2. A adalah orang yang kurang waras – orang gila – tidak sempurna akal;atau,

3. Tanah A adalah tanah simpanan melayu. B bukan melayu. Penjualan tanah simpanan melayu kepada bukan melayu – batal

Page 8: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

2. Dewasa Menurut Akta Umur Dewasa 1971,

seseorang itu dikatakan sebagai telah dewasa sekiranya telah mencapai umur 18 tahun.

Page 9: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 3 Seperti contoh 1 Penjualan tanah A kepada B akan

batal sekiranya A masih lagi berumur 17 tahun

Page 10: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

3. Kontrak oleh Kanak-Kanak

Menurut seksyen 11: kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak (umur kurang dari 18 tahun) BATAL

Kes: Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat Seorang kanak-kanak telah pindah milik

(jual) tanahnya kepada orang lain. Selepas pindah milik itu selesai kanak-kanak itu memohon melalui wakilnya agar pindah miliknya itu dibatalkan. Mahkamah: pindah milik itu batal kerana pihak yang berkontrak berumur kurang dari 18 tahun

Page 11: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Pengecualian

Kontrak yang dibuat oleh kanak-kanak adalah sah sekiranya kontrak itu adalah:

Kontrak Perkahwinan Kontrak Keperluan Hidup Kontrak Biasiswa Kontrak Insurans

Page 12: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kontrak Perkahwinan Kontrak perkahwinan yang dibuat oleh

kanak-kanak adalah sah Sekiranya kanak-kanak itu selepas

menjadi dewasa mungkir atau enggan berkahwin dengan pihak yang satu lagi itu, pihak yang satu lagi itu itu boleh mengambil tindakan undang-undang ke atasnya – tindakan pelaksanaan spesifik @ gantirugi @ perintah deklarasi

Page 13: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 4 Pada 1/1/1980, A seorang kanak-kanak

lelaki berumur 10 tahun telah memasuki perjanjian dengan B, seorang kanak-kanak perempuan, bahawa A apabila mencecah umur 30 tahun akan mengahwini B

Pada 2/1/2000, A setelah menjadi dewasa tertarik kepada C seorang gadis di kampungnya. A enggan untuk berkahwin dengan B

B boleh mengambil tindakan undang-undang ke atas A dengan memohon perintah mahkamah agar A mematuhi perjanjiannya(pelaksanaan spesifik) atau gantirugi

Page 14: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kes Rajeswary & Anor lwn Balakrishnan & Ors A dan B adalah dari kaum Hindu Ceylon A telah ditunangkan dengan B dan satu

perjanjian telah dibuat Semasa perjanjian itu, A dan B masih lagi

kanak-kanak Kemudian A enggan berkahwin dengan B B minta agar A bayar ganti rugi dan minta

balik hadiah yang telah diberikan kepada A A enggan patuh atas alasan: semasa

kontrak itu dibuat A masih lagi kanak-kanak

Mahkamah: Kontrak yang dibuat oleh A sah walaupun masih kanak-kanak

Page 15: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kontrak Keperluan Hidup Seksyen 69 AK ‘Jika seorang yang tidak berdaya

membuat kontrak, atau sesiapa yang dianya terikat di sisi undang-undang untuk menanggung, dibekalkan oleh seorang lain dengan keperluan yang sesuai dengan keadaan hidupnya, maka orang yang membekalkan sedemikian berhak diganti bayar dari harta orang yang tidak berdaya itu’

Page 16: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Ciri-Ciri Seksyen 69 AK Kontrak mestilah dibuat oleh pihak kanak-

kanak; Kanak-kanak atau tanggungan kanak-

kanak dibekalkan dengan keperluan hidup; Keperluan tersebut mestilah yang sesuai

dengan keadaan hidup kanak-kanak tersebut;

Kanak-kanak akan bertanggungan hanya sekiranya mempunyai harta;

Keperluan yang dibekalkan kepada kanak-kanak atau tanggungan kanak-kanak hanya boleh dikenakan harga yang munasabah

Page 17: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 5 A seorang doktor membekalkan ubatan

kepada B seorang kanak-kanak yang menghidapi penyakit lelah dan asma

Nilai ubatan yang dibekalkan kepada B bernilai puluhan ribu ringgit

Ubatan yang diberikan oleh A kepada B adalah satu keperluan B

B terikat untuk membayar jumlah bayaran yang diminta oleh A

Tindakan A dengan membekalkan ubatan yang diperlukan adalah sebagai balasan sekiranya B membayar nilai ubatan tersebut kepada A

Page 18: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kes-kes Nash lwn Inman A, yang masih lagi belum dewasa (kanak-

kanak) seorang pelajar universiti telah dibekalkan pakaian mahal oleh B

Pakaian ini adalah keperluan hidup A B menuntut bayaran atas perbekalan yang

diberikan kepada A. A enggan bayar Mahkamah:B gagal dalam tuntutannya

terhadap A. Ini adalah kerana A telah mendapat keperluan secukupnya menurut keadaan hidupnya. Perbekalan yang diberikan oleh B bukan merupakan ‘keperluan hidup’ A

Page 19: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kerajaan Malaysia lwn Gucharan Singh & Ors

A seorang pelajar yang masih belum dewasa mendapat biasiswa dari kerajaan Malaysia – suatu kontrak telah dimasuki oleh A dan kerajaan Malaysia, di mana selepas A menyelesaikan pengajiannya A dikehendaki untuk berkhidmat dengan kerajaan selama 10 tahun

Apabila A tamat pengajiannya, A berkhidmat dengan kerajaan tetapi hanya untuk 3 tahun setengah sahaja

Page 20: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

A enggan untuk berkhidmat selama 10 tahun.

Mahkamah: A terikat dengan kontrak dahulu. Walaupun A semasa itu seorang kanak-kanak (belum dewasa), disebabkan biasiswa adalah keperluan hidup A bagi membolehkan A mengikuti pengajiaannya, A terikat dengan kontrak tersebut

Page 21: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Doyle lwn White City Stadium, Ltd A seorang kanak-kanak telah bersetuju untuk

mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh Lembaga Kawalan Tinju bagi membolehkan A mendapat keahlian profesional dan lesen peninju.

Pada suatu perlawanan tinju A telah melanggar satu peraturan Lembaga itu. Bayaran deposit yang dipegang oleh Lembaga itu telah dirampas oleh Lembaga itu menurut peraturan yang telah dibuat dan dipersetujui oleh A

A menuntut bayaran deposit itu dan menyatakan bahawa kontrak yang dimasukinya dengan Lembaga itu adalah tidak sah kerana A masih lagi kanak-kanak

Mahkamah: Lembaga itu berhak untuk merampas deposit tersebut dan kontrak itu adalah sah kerana peraturan yang dibuat dan keahlian profesional serta lesen peninju itu adalah keperluan A

Page 22: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kontrak Biasiswa Definisi Perjanjian Biasiswa – seksyen 2

Akta Kontrak (pindaan) 1976 ‘perjanjian biasiswa’ ertinya apa-apa

kontrak atau perjanjian di antara sesuatu pihak berkuasa yang berkenaan dengan seseorang (siswa) mengenai apa-apa biasiswa, hadiah, bantuan, dermasiswa, pinjaman, anjuran, atau perlantikan ke sesuatu kemudahan lain, sama ada diberi secara langsung oleh pihak berkuasa yang berkenaan itu atau oleh mana-mana orang atau badan lain atau mana-mana kerajaan di luar Malaysia bagi maksud pelajaran atau pengajian daripada apa-apa jenis’

Page 23: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 7 A adalah pegawai kerajaan di pejabat

tanah Sibu, Sarawak melanjutkan pelajaran ke UUM

selama 3 tahun secara sepenuh masa

Di sepanjang pengajiannya A mendapat cuti dengan separuh gaji

Bentuk kemudahan ‘cuti dan separuh gaji’ itu dianggap sebagai BIASISWA

Page 24: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 8 Seperti contoh 7, A juga dianggap

sebagai menerima biasiswa sekiranya dia:

A. mendapat hadiah dari kerajaan Sarawak; atau,

B. mendapat dermasiswa dari kerajaan Kedah;atau,

C. mendapat pinjaman PTPTN; atau, D. mendapat hadiah dan bantuan

pengajian dari the ‘British Chevening Award’ suatu bentuk bantuan pelajaran dari UK

Page 25: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Seksyen 4(a) AK (pindaan) 1976: ‘ Walau apa jua yang berlawanan

yang terkandung dalam Akta ibu, tiada perjanjian biasiswa boleh menjadi tidak sah atas alasan bahawa siswa yang membuat perjanjian itu belum berumur dewasa’

Page 26: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 9 Seperti contoh kes Kerajaan

Malaysia lwn Gucharan Singh & Ors

Page 27: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Seksyen 5(a) AK (pindaan) 1976 ‘Jika sekiranya sesuatu perjanjian biasiswa telah

dimungkiri oleh seseorang siswa jika sesuatu jumlah wang ada disebutkan dalam perjanjian itu amaun yang kena dibayar dalam hal kemungkiran itu, walau apa jua yang berlawanan yang terkandung dalam Akta ibu, maka siswa dan penjamin itu bersesama dan masing-masing bertanggungan membayar dan pihak berkuasa yang berkenaan adalah berhak dibayar kesemua jumlah wang yang disebutkan itu sama ada atau tidak kerosakan atau kerugian sebenarnya telah disebabkan oleh kemungkiran itu, dan tiada apa-apa potongan boleh dibuat dari jumlah yang disebutkan itu oleh kerana apa-apa bahagian tempoh perkhidmatan yang dilaksanakan oleh siswa itu apabila tamat kursus pengajiannya’

Page 28: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 10 A adalah pelajar tahun 1 kursus BBA, UUM A mendapat biasiswa Jabatan

Perkhidmatan Awam (JPA) A telah memasuki perjanjian dengan JPA B dan C bapa-bapa saudara A menjadi

penjamin Biasiswa JPA berjumlah RM 18,000.00 A dikehendaki bekerja dengan kerajaan

selama 7 tahun selepas menamatkan pengajiaannya di UUM

Setelah tamat pengajian A mungkir untuk bekerja dengan kerajaan tetapi telah memasuki firma swasta di Kuala Lumpur

Page 29: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

A dikehendaki membayar RM 18,000 kepada kerajaan kerana kemungkirannya itu

Sekiranya A gagal bayar, B dan C sebaliknya, masing-masing perlu membayar RM 18,000 kepada kerajaan kerana mereka adalah penjamin

Ini adalah kerana tanggungan B dan C berbentuk ‘secara bersesama dan masing-masing bertanggungan membayar’ – s. 5(a)

Page 30: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kontrak Insuran Akta Insurans 1963(disemak pada tahun

1972) menyenaraikan keadaan-keadaan di mana kanak-kanak boleh membuat kontrak insurans untuk menginsurankan diri dan harta daripada apa-apa kontigensi. Seorang kanak-kanak adalah dibenarkan membuat kontrak insurans sekiranya ia berusia 10 tahun ke atas. Walaupun begitu keizinan bertulis daripada ibu bapa atau penjaga adalah diperlukan sekiranya kanak-kanak tersebut berusia 16 tahun ke bawah

Page 31: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 11 A seorang kanak-kanak berumur 11

tahun telah memasuki satu kontrak insuran kemalangan dengan Syarikat Kurnia Insurans Berhad

A mengalami kemalangan selepas itu Syarikat Kurnia Insurans perlu membayar

pampasan ke atas kecederaan yang dialami oleh A

Kontrak insurans yang dimasuki oleh A dan Sykt. Kurnia adalah sah

Walau bagaimanapun, disebabkan umur A kurang daripada 16 tahun A perlu mendapatkan kebenaran bertulis ibubapanya sebelum A memasuki perjanjian insurans dengan Sykt. Kurnia

Page 32: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

4. Salah Nyataan Mengenai Umur

Persoalan: A berumur 17 tahun. A mempunyai wang

berjumlah RM 100,000.00 A hendak membeli sebuah motosikal berkuasa

besar Harley Davidson berharga RM 100,000.00 A memasuki perjanjian untuk membeli

motosikal itu. A bayar RM 10,000 dahulu dan berjanji akan membayar baki sebulan kemudian

A menipu dan menyatakan bahawa dia berumur 19 tahun

A menunjukkan akaun banknya kepada penjual motosikal itu bagi membuktikan bahawa A mempunyai wang yang banyak

Page 33: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Selepas 1 bulan, A gagal untuk membayar RM 90,000 lagi

Penjual mengambil tindakan undang-undang ke atas A

A membela bahawa A berumur 17 tahun semasa perjanjian itu dimasuki

Bolehkah peniaga itu mengatakan bahawa dia percaya bahawa umur A adalah 19 tahun sepertimana yang didakwa oleh A. Sekiranya peniaga itu tahu bahawa A hanya berumur 17 tahun, sudah tentu peniaga itu tidak akan berurusniaga dengan A?

Apakah kesan kontrak tersebut?

Page 34: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kes Nateson lwn Thanaletchumi & anor Mahkamah: Kanak-kanak yang telah

mempengaruhi atau memperdayakan orang lain untuk berkontrak dengannya dengan melakukan salah nyataan mengenai umurnya, tidak dihalang daripada membatalkan kontrak tersebut atas alasan ia masih kanak-kanak semasa kontrak tersebut dimasuki.

Page 35: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Mohamad Syedol Arifin lwn Yeok Ooi Gark

Seorang pemberi pinjaman telah membuat tuntutan ke atas seorang kanak-kanak yang diberi pinjaman.

Mahkamah: Tindakan undang-undang tidak boleh diambil terhadap kanak-kana yang menipu mengenai umurnya

Page 36: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

R Leslie Ltd lwn Sheil Mahkamah: Kanak-kanak tidak

boleh dituntut untuk membayar balik pinjaman yang didapati melalui salah nyataan umurnya

Page 37: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 12 Bagi menjawab persoalan di atas,

berdasarkan kes-kes adalah jelas peniaga itu tidak boleh mengambil tindakan ke atas A

Kontrak yang dimasuki oleh A adalah batal. Demi keadilan, A perlu pulangkan balik motosikal itu kepada peniaga tersebut dan peniaga itu perlu pulangkan RM 10,000 kepada A. Sebaliknya, peniaga itu tidak boleh menuntut RM 90,000 lagi dari A – sekysen 66 AK

Oleh itu peniaga perlu berhati-hati apabila berurusniaga – dia perlu dapatkan pengesahan mengenai umur kanak-kanak itu dengan memintanya memberikan surat beranak dan kad pengenalannya

Page 38: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

5. Pemulihan Semula/Restitusi Seksyen 66 AK: ‘Bila suatu perjanjian itu didapati batal,

atau bila suatu kontrak menjadi batal, sesiapa jua yang telah menerima sebarang faedah daripada perjanjian atau kontrak sedemikian, adalah terikat untuk memulangkannya atau memberi pampasan untuknya, kepada orang dari siapa ia menerima faedah itu’

Page 39: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 13 Seperti contoh 11

Page 40: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Seksyen 37 Akta Relif Spesifik 1950(ARS): ‘Apabila memutuskan penamatan

kontrak, mahkamah boleh meminta pihak kepada siapa relif itu diberi membuat apa jua pampasan yang diperlukan demi keadilan’

Seksyen 40 ARS:‘Apabila memutuskan pembatalan sesuatu instrumen, mahkamah boleh meminta pihak kepada siapa relif itu diberi membuat apa-apa jua pampasan yang diperlukan demi keadilan’

Page 41: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 14 Sila lihat contoh 11 dahulu

Page 42: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kes Tan Hee Juan lwn Teh Boon Keat A seorang kanak-kanak telah menjual

tanahnya kepada B. B bayar harga belian kepada A

Penjualan tanah tersebut telah didaftarkan di pejabat tanah. Nama B dimasukkan ke dalam geran tanah

A kemudian memohon agar penjualan tanah itu dibatalkan atas alasan A masih lagi kanak-kanak

Mahkamah: kontrak jual beli tanah A dan B batal. Walau bagaimanapun, B tidak mendapat kembali wangnya yang telah dibayar oleh A

Page 43: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

PADA PENDAPAT SAYA: B BOLEH MENDAPATKAN KEMBALI WANGNYA. INI ADALAH KERANA DEMI KEADILAN DAN MENURUT SEKSYEN 66 AK DAN S. 37 DAN 40 ARS

Page 44: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Leha Jusoh lwn Awang Johari Hashim A seorang kanak-kanak A membeli tanah dari B dan telah

membayar harga belian A menduduki tanah tersebut Mahkamah Persekutuan: Kontrak jual

beli tanah antara A dan B adalah batal. A perlu kosongkan dan tinggalkan tanah itu dan B perlu pulangkan bayaran yang diterima dari A

Page 45: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

6. Berakal Sempurna Seksyen 12(1) AK ‘Seseorang adalah dikatakan berakal

sempurna untuk membuat kontrak jika, pada masa ia membuat kontrak itu, ia berkeupayaan memahami kontrak yang diperbuatnya dan berkeupayaan membuat pertimbangan yang rasional terhadap kesan atas kepentingannya’

Page 46: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 15 A ingin membeli tanah dusun dengan

harga RM 10,000 di Felda Guar Napai A jumpa dengan B pemilik dusun itu A memasuki perjanjian dengan B A faham bahawa apabila A bayar

kepada B, RM 10,000, A akan dapat tanah dusun B. Sekiranya A gagal bayar B berhak mengambil tindakan undang-undang ke atas A bagi mendapatkan RM 10,000 atau meminta ganti rugi dari A dan menghalau A dari menjadi pemilik dusun itu

A dikatakan sebagai mempunyai akal sempurna

Page 47: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Seksyen 12(2): ‘Seseorang yang lazimnya tak

berakal sempurna, tetapi sekali sekala berakal sempurna, boleh membuat kontrak bila ia berakal sempurna’

Page 48: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 16 A telah mendapat pengesahan doktor

bahawa A mengalami penyakit ‘Major Depression’

Kesan penyakit ini, A tidak boleh berfikiran waras dan apabila penyakit ini berlaku, A akan mengamuk dan bergaduh – A perlu mendapatkan pil ubatan bagi meredakan tekanan yang dialaminya

Semasa A waras dan sihat, A memasuki satu kontrak – kontrak yang dimasukinya itu sah – seksyen 12(2)

Page 49: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Seksyen 12(3): ‘Seseorang yang lazimnya berakal

sempurna, tetapi sekali sekala tak berakal sempurna, tidak boleh membuat kontrak bila ia tak berakal sempurna’

Page 50: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 17 Seperti contoh 16 tetapi di sini, A

memasuki kontrak semasa ia mengalami tekanan hebat dan mengamuk

Kontrak A batal dan tidak sah – seksyen 12(3)

Page 51: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Beban Pembuktian A mengalami penyakit mental A memasuki satu perjanjian beli

rumah dengan harga RM 100,000 A bayar RM 100,000 kepada pemaju A dapat rumah Kontrak A itu menjadi kontrak BOLEH

BATAL – kerana A tidak sempurna akal Maksud boleh batal adalah pemaju

yang menerima RM 100,000 itu boleh membatalkan atau tidak membatalkan kontrak itu atas pilihannya sendiri

Page 52: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kes Imperial Loan lwn Stone Mahkamah: Kontrak yang dibuat

oleh orang tidak sempurna akal itu tidak boleh batal atas opsyennya sekiranya pihak yang satu lagi mempercayai bahawa beliau membuat kontrak dengan orang yang sempurna akal

Page 53: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Che Som bt Yip & Ors lwn Maha Pte Ltd & Ors

Mahkamah: pihak bank yang tidak mengetahui ia berurusan dengan pihak plaintif yang tidak sempurna akal semasa plaintif menandatangani perjanjian gadaian. Oleh itu kontrak di antara kedua-dua pihak adalah sah

Page 54: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 18 Latif adalah seorang yang mengalami

tekanan perasaan akibat ‘major depression’ oleh doktor

Latif adalah orang yang tidak waras dan tidak sempurna akal

Apabila datang penyakit mentalnya, Latif akan bertindak secara agresif dan tidak mengetahui apakah kesan tindakannya serta menyusahkan orang lain

Pada suatu hari, Latif walaupun seorang yang tidak sempurna akalnya, ingin memohon pinjaman peribadi berjumlah RM 30,000 dari Bank Rakyat Malaysia Berhad

Page 55: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Latif telah menandatangani surat perjanjian. Dengan kata lain Latif dan Bank Rakyat telah memasuki perjanjian

Latif dikehendaki membayar RM 500 sebulan selama 7 tahun atas pinjaman RM 30,000 nya itu dari Bank Rakyat

Bank Rakyat tidak mengetahui bahawa Latif adalah yang tidak waras dan tidak sempurna akalnya

Kontrak yang dimasuki oleh Latif dan Bank Rakyat itu sah selagi mana Bank Rakyat itu tidak menyatakan sebaliknya atau dengan kata lain Bank Rakyat tidak menganggap bahawa kontrak itu boleh membawa masalah kepadanya.

Page 56: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kes Asia Commercial Finance(M) Bhd

lwn Yap Bee Lee & Ors Mahkamah: Defendan yang tidak

sempurna akal itu, ingin membatalkan kontraknya dengan pihak plaintif, defendan hendaklah membuktikan bahawa ia tidak sempurna akal dan plaintif menyedari mengenai ketidakwarasan defendan semasa kontrak itu dimasuki

Page 57: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Siapa Perlu Buktikan Bahawa Seseorang itu Tidak Sempurna Akalnya dan Boleh Batalkan Kontrak Beban membuktikan seseorang itu tidak

sempurna akal adalah pada pihak yang ingin membatalkan kontrak itu

Bukti itu mestilah: A. Menunjukkan bahawa seseorang itu

tidak sempurna akal semasa berkontrak; dan,

B. pihak lain yang berkontrak dengannya mengetahui bahawa ia tidak sempurna akal ketika kontrak dimasuki

Page 58: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 19 Seperti contoh 18 tadi Di sini sekiranya Bank Rakyat

mahu membatalkan kontrak yang telah dimasukinya dengan Latif, Bank Rakyat perlu membuktikan bahawa Latif adalah seorang yang tidak sempurna akalnya semasa kontrak ditandatangani oleh Latif dan Bank Rakyat mengetahui bahawa Latif adalah seorang yang tidak sempurna akalnya semasa kontrak itu ditandatangani

Page 59: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Bagaimana Cara Membuktikannya?

Biasanya perlu ada laporan perubatan yang menyatakan bahawa Latif itu adalah seorang yang tidak sempurna akal atau melalui maklumat-maklumat yang diperoleh berdasarkan sumber-sumber yang sah dan dipercayai

Page 60: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

7. Tidak Hilang Kelayakan

Seksyen 11 AK: ‘Setiap orang adalah layak membuat

kontrak sekiranya ia dewasa menurut undang-undang di mana ia tertakluk, dan sekiranya ia berakal sempurna, dan tidak hilang kelayakan untuk membuat kontrak menurut mana-mana undang-undang yang mana ia tertakluk’

Page 61: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Contoh 20 Hazmi seorang dewasa dan sempurna

akalnya ingin membeli sebuah rumah berharga RM 130,000.00

Hazmi memasuki satu kontrak jual beli rumah dengan pemaju

Hazmi meminjam daripada CIMB Bank Bhd Kontrak yang dimasuki oleh Hazmi adalah

sah kerana ia adalah seorang yang dewasa, ia seorang yang sempurna akalnya dan tiada apa-apa faktor yang boleh menyebabkan ia hilang kelayakan daripada berkontrak

Page 62: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

Kontrak yang dimasuki oleh Hazmi boleh jadi BATAL sekiranya ia kehilangan kelayakan untuk berkontrak

Contohnya Hazmi adalah seorang yang gila semasa kontrak itu ditandatangani atau Hazmi adalah seorang penjenayah yang telah dijatuhkan hukuman di Mahkamah kerana mengedar dadah

Page 63: KEUPAYAAN UNTUK BERKONTRAK

SEKIAN