Keusahawanan (rekacipta+memasak)

5
Sekretariat KRSTKRS JB KADET REMAJA SEKOLAH MODUL KEUSAHAWANAN-Rekacipta ELEMEN : KEUSAHAWANAN TAJUK : REKACIPTA SPESIFIKASI : MEMBUAT BEKAS ALAT TULIS Sasaran : Anggota kadet putera dan puteri Masa : 1 jam 30 minit Bil. Peserta : Ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS) Objektif : 1) Memantapkan kemahiran rekacipta dan kitar semula 2) Memahirkan keupayaan perniagaan dan perakaunan 3) Menjadikan individu sebagai ahli perniagaan. Tahap 1: a.Merekacipta bahan-bahan buangan b.Merekacipta kraftangan mudah c.Mencetak baju d.Bertugas di koperasi sekolah. Tahap 2: a.Merekacipta bahan kitar semula b.Membuat kraftangan kayu/logam c.Membina logo bertemakan KRS/TKRS d.Merekacipta 1 projek elektronik e.Memasarkan hasil ciptaan untuk tabung KRS/TKRS Tahap 3: a.Membaikpulih perkakas elektrik/enjin mudah b.Membina 1 projek kayu untuk taman/bilik KRS/TKRS c.Membuat Projek Rantai Kunci(key-chain) d.Mempelajari penulisan buku akaun/simpan kira

Transcript of Keusahawanan (rekacipta+memasak)

Sekretariat KRSTKRS JB

KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL KEUSAHAWANAN-Rekacipta

ELEMEN : KEUSAHAWANAN

TAJUK : REKACIPTA

SPESIFIKASI : MEMBUAT BEKAS ALAT TULIS

Sasaran : Anggota kadet putera dan puteri

Masa : 1 jam 30 minit

Bil. Peserta : Ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Objektif : 1) Memantapkan kemahiran rekacipta dan kitar semula

2) Memahirkan keupayaan perniagaan dan perakaunan

3) Menjadikan individu sebagai ahli perniagaan.

Tahap 1:

a.Merekacipta bahan-bahan buangan

b.Merekacipta kraftangan mudah

c.Mencetak baju

d.Bertugas di koperasi sekolah.

Tahap 2:

a.Merekacipta bahan kitar semula

b.Membuat kraftangan kayu/logam

c.Membina logo bertemakan KRS/TKRS

d.Merekacipta 1 projek elektronik

e.Memasarkan hasil ciptaan untuk tabung KRS/TKRS

Tahap 3:

a.Membaikpulih perkakas elektrik/enjin mudah

b.Membina 1 projek kayu untuk taman/bilik KRS/TKRS

c.Membuat Projek Rantai Kunci(key-chain)

d.Mempelajari penulisan buku akaun/simpan kira

Sekretariat KRSTKRS JB

Tahap 1 : Merekacipta bahan buangan

CONTOH: BAHAN-BAHAN BUANGAN

Tin minuman Botol mineral Straw

Contoh Projek : Membuat bekas alatulis daripada botol mineral

Bahan yang diperlukan

1. Botol mineral

2. Gunting/pisau

3. Pita pelekat

4. Riben/kertas warna

5. Pen marker

Langkah-langkah

1. Potong botol mineral di bahagian atas lebih kurang 1/3 dari atas.

2. Balut riben atau kertas warna dengan pita pelekat.

3. Tulis nama atau labelkan botol itu.

4. Lukis dibahagian botol dengan corak mengikut kreativiti.

Aktiviti Pengukuhan

1. Apakah bahan buangan lain yang boleh dijadikan bekas alat tulis?

_____________________________________________________

2. Di manakah tempat-tempat lain yang bersesuaian untuk diletakkan bekas alat tulis tersebut?

_____________________________________________________________________

Sekretariat KRSTKRS JB

KADET REMAJA SEKOLAH

MODUL KEUSAHAWANAN- Masakan

ELEMEN : KEUSAHAWANAN

TAJUK : MASAKAN

SPESIFIKASI : MEMBUAT CUCUR IKAN BILIS

Sasaran : Anggota kadet putera dan puteri

Masa : 1 jam 30 minit

Bil. Peserta : Ahli Kadet Remaja Sekolah (KRS)

Objektif : 1) Memantapkan kemahiran membuat kuih

2) Memahirkan keupayaan perniagaan dan perakaunan

3) Menjadikan individu sebagai ahli perniagaan.

Tahap 1:

a.Pengurusan Dapur- alat, kedudukan, keselamatan, sanitasi

b.Makanan dan Pemakanan- nutrien, diet, kekurangan dan kelebihan

c.Bahan asas makanan- jenis tepung, beras, perasa

d. Prinsip masak- merebus, menggoreng, membakar, mengukus

e. Masakan darurat

Tahap 2:

a.Etika di pasar- mengenal bahan

b.Kepenggunaan

c. Makanan pencuci mulut

d. Keperluan nasi dan lauk-pauk

Tahap 3:

a.Membuat kuih, pastri

b.Hiasan hidangan

Sekretariat KRSTKRS JB

Tahap 3 : Membuat kuih, pastri

Contoh Projek : Memasak Cucur Ikan Bilis

Bahan

1. Tepung gandum

2. Ikan bilis

3. Bawang merah

4. Garam

5. Air

Langkah-langkah

1. Bancuhkan tepung gandum dengan menggunakan air mati.

2. Gaulkan ikan bilis yang telah dibersihakn bersama bawang yang telah dimayang.

3. Campurkan garam secukup rasa.

4. Panaskan minyak di dalam kuali.

5. Masukkan tepung yang telah digaul dengan bahan-bahan yang lain sedikit demi sedikit mengikut

ukuran yang disukai.

6. Goreng sehingga tepung masak keseluruhannya.

7. Toskan dengan menggunakan alat penapis minyak.

8. Hidangkan didalam pinggan dengan disalutkan dengan sos pencicah.

Cucur ikan bilis Cucur udang dengan sos pencicah

Sekretariat KRSTKRS JB

Aktiviti Pengukuhan

1. Apakah jenis masakan darurat yang sering disediakan?

_____________________________________________________

2. Senaraikan 4 jenis masakan yang sesuai dijual semasa Hari Kokurikulum?

_____________________________________________________________________