KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan,...
Transcript of KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : … · kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan,...
KEWUJUDAN CIRI-CIRI KREATIF DALAM MEREKA CIPTA : SATU TINJAUAN
TERHADAP PELAJAR TAHAP 2 SEKOLAH RENDAH DI SEKITAR DAERAH
SEGAMAT JOHOR
MUHAMMAD KHAIRIE B. ABD KARIM
Laporan projek ini dikemukakan
sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat
penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan
(Kejuruteraan Awam).
FAKULTI PENDIDIKAN
UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA.
SEPTEMBER, 2004
ii
iii
DEDIKASI
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Segala pujian atas limpah dan kurnia Allah S.W.T Tuhan seluruh alam.
Selawat dan salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Buat ayahanda dan bonda,
Abd Karim b. Sabid Khan, Siti Fatimah bt Ahmad,
Tiada apa yang dapatku bicarakan hanya doamu mengiringi setiap detik perjalanan hidup
anakandamu ini. Harapanmu lebih sedekad yang lalu kini telah ku tunaikan jua terima kasih atas segalanya.
Buat kekakanda-kekakanda ,
Siti Hajar bt Abd Karim,
Siti Mariam bt Abd Karim Siti Noraishah bt Abd Karim
Siti Norhamidah bt Abd Karim Siti Norashikin bt Abd Karim
Mohamed Farid b. Abd Karim ,
Segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak
termampu diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan membalasnya serta maafkanlah segala kekhilafan yang lalu.
iv
PENGHARGAAN
Segala puji-pujian kehadrat Allah S.W.T. kerana dengan limpah rahmat dan
hidayahNya, saya dapat menyiapkan Kajian in.
Setinggi-tinggi ucapan penghargan kepada penasihat penyelidikan, Prof. Madya
Dr. Muhammad Rashid b. Rajuddin yang tanpa jemu menghulurkan bimbingan, panduan,
tunjuk ajar dan nasihat. Terima kasih yang tidak terhingga dan hanya Allah S.W.T. yang
mengetahui dan membalas jasa-jasa yang sangat besar ini.
Tidak lupa juga ucapan penghargaan kepada penasihat akademik En. Kandar b.
Selamat, segala dorongan, pengorbanan dan keikhlasan bantuanmu tidak termampu
diungkapkan dengan kata-kata. Hanya Allah sahaja yang maha mengetahui dan
membalasnya serta maafkanlah segala kesilapan yang lalu.
Sekalung ucapan terima kasih kepada pensyarah bahagian Jabatan Teknik dan
Vokasional, pembantu-pembantu bengkel dan kepada yang terlibat secara langsung atau
tidak langsung membantu menjayakan projek penyelidikan ini
Akhir sekali, ucapan ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan kerana sudi
menghulurkan bantuan, pendapat dan idea dalam menjayakan projek penyelidikan ini.
Segala ganjaran dan pembalasan semuanya ku serahkan pada Yang Maha Esa.
v
ABSTRAK
Kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti sama ada para pelajar sekolah rendah
Tahap 2 memilikki ciri-ciri seorang yang kreatif dalam mereka cipta. Lima persoalan
kajian telah dibina bagi menyelidik tahap kreatif para pelajar. Ciri-ciri kreatif yang dikaji
adalah dari segi sifat ingin tahu pelajar,daya imaginasi pelajar, kebolehan memanipulasi
idea, keberanian pelajar dan minat pelajar terhadap seni. Temubual berstruktur
digunakan untuk mengumpul data bagi kajian berbentuk Ya dan Tidak. Responden kajian
terdiri daripada 111 orang pelajar Tahun 4 dan 5 dari tiga buah sekolah rendah di sekitar
daerah Segamat Johor . Analisis data dilakukan dengan menggunakan perisian SPSS (
Statistical Package for the Social Science ) Versi 10.0. Hasil analisis mengikut item
diterjemahkan dalam bentuk frekuensi dan peratus. Hasil kajian menunjukkan para
pelajar mempunyai ciri-ciri seorang yang kreatif sebagaimana yang dikehendaki dalam
reka cipta dan berada pada tahap sederhana. Namun analisis terdapat juga data yang
menunjukkan para pelajar ini mempunyai ciri-ciri sifat ingin tahu dan berada pada tahap
yang tinggi. Adalah dicadangkan agar kajian-kajian seperti ini dijalankan pada tahap
umur yang lebih tinggi iaitu bagi para pelajar di peringkat sekolah menegah di Malaysia.
vi
ABSTRACT
The purpose of this study is to identify the creativity in invention among the
second level of Primary school students. Five research questions were constructed to
identify the level of creativity among the students. The types of creativity were; self
inquiries, imagination, skill of manipulation ideas, courage and interested in art.
Structured interview was used as a mean of collecting data. A total of 111 Standard 4 and
Standard 5 students from three Segamat Primary Schools were selected. Items analysis
were done using SPSS (Statistical Package for the Social Science) version 10.0 which
were then interpreted into frequencies and percentages. Results showed that the
achievement of students in those levels were at average level. However through the item
analysis, specific high levels in self inquiries were identified. It is recommended for
future research, this similar research should be conducted at the Secondary level students
in Malaysia.
vii
KANDUNGAN
BAB PERKARA MUKA SURAT BAB 1
JUDUL PENGAKUAN DEDIKASI PENGHARGAAN ABSTRAK ABSTRACT KANDUNGAN SENARAI JADUAL SENARAI RAJAH SENARAI LAMPIRAN PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan 1.2 Latar Belakang Masalah 1.3 Pernyataan Masalah 1.4 Objektif kajian 1.5 Persoalan Kajian
i
ii
iii
iv v
vi
vii
xii
xiv
xv
1 3 5 6 6
viii
BAB II BAB III
1.6 Kepentingan Kajian 1.7 Batasan Kajian 1.8 Definisi Istilah SOROTAN KAJIAN 2.1 Pengenalan
2.2 Keperluan Asas Untuk Mereka Cipta
2.2.1 Prasyarat Pada Diri Seorang
Pereka Cipta 2.2.2 Galakan Daripada Masyarakat Dan
Negara 2.3 Menilai Potensi Diri Untuk Mereka Cipta 2.4 Kreativiti dan Peranannya Dalam Reka
Cipta 2.5 Sifat-sifat Orang Yang Kreatif
2.5.1 Sifat ingin tahu Kanak-kanak 2.5.2 Daya Imaginasi Kanak-kanak 2.5.3 Kebolehan Memanipulasi Idea 2.5.4 Keberanian 2.5.5 Minat Terhadap Seni
2.6 Kepentingan Kemahiran Berfikir Dalam
Reka Cipta
2.6.1 Kemahiran Berfikir Secara Kreatif 2.7 Aspek Perkembangan Kanak-kanak. METODOLOGI PENYELIDIKAN 3.1 Pengenalan
7 8 8
10
10
11
11
11
12
12
13 14 14 15 16
17
18
20
22
ix
BAB IV
3.2 Reka Bentuk Kajian 3.3 Populasi dan Sampel Kajian 3.4 Instrumen Kajian 3.5 Pembinaan Soal Selidik
3.5.1 Bahagian A 3.5.2 Bahagian B 3.6 Kesahan 3.7 Tatacara Kajian 3.8 Analisis Data ANALISA DATA 4.1 Pengenalan 4.2 Dapatan Kajian bahagian A 4.2.1 Taburan Responden Mengikut
Umur 4.2.2 Taburan Responden Mengikut
Jantina 4.2.3 Taburan Responden Mengikut
Bangsa 4.2.4 Taburan Responden Mengikut
Agama 4.2.5 Taburan Responden Mengikut
Darjah Kelas Dan Sekolah 4.3 Dapatan Kajian Bahagian B 4.3.1 Persoalan Kajian 1 4.3.2 Persoalan Kajian 2
22
23
25
25
26
26
27
27
28
30
31
31
32
32
33
34
35
35
37
x
BAB V
4.3.3 Persoalan Kajian 3 4.3.4 Persoalan Kajian 4 4.3.5 Persoalan Kajian 5 4.4 Kesimpulan PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN CADANGAN 5.1 Pengenalan 5.2 Rumusan 5.2.1 Latar Belakang Responden 5.2.2 Sifat Ingin Tahu 5.2.3 Daya Imaginasi 5.2.4 Kebolehan Memanipulasi Idea
Yang Sedia Ada 5.2.5 Keberanian 5.2.6 Minat Dalam Seni 5.2.7 Keseluruhan Rumusan 5.3 Perbincangan 5.4 Cadangan 5.4.1 Cadangan Kepada Ibu Bapa 5.4.2 Cadangan Kepada Guru Serta Pihak
Sekolah 5.4.3 Cadangan Kepada Kementerian
Pendidikan Malaysia
39
41
44
46
48
50
50
50
51
52
53
53
54
54
59
59
59
60
xi
5.5 Cadangan Kajian Lanjutan 5.6 Penutup RUJUKAN LAMPIRAN Lampiran A ( Borang Soal Selidik) Lampiran B ( Borang Keesahan Isi Kandungan Instrumen Kajian) Lampiran C (Surat Kebenaran EPRD) Lampiran D ( Surat Kebenaran SRK Dato Wan Idris) Lampiran E (Surat Kebenaran SRK Bukit Hampar) Lampiran F ( Surat Kebenaran SRK Kampung Tengah) Lampiran G ( Surat Kebenaran UTM)
60
61
62
64
68
70
73
75
77
79
xii
SENARAI JADUAL NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 3.2 3.3 4.1 4.2 4.3 4.4 4.5 4.6 4.7
Pemilihan Sampel mengikut sekolah-sekolah yang dikaji Taburan Soalan Mengikut Setiap Pembolehubah Analisis Skor Markah dan Tahap Pencapaian Kreatif Secara Keseluruhan Mengikut Peratus Bilangan responden yang terlibat dalam kajian. Taburan Responden mengikut umur Taburan Responden Mengikut Jantina Taburan Responden Mengikut Bangsa Taburan Responden Mengikut Agama Taburan Responden Mengikut Darjah kelas dan
Sekolah
Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
yang menjawab Persoalan Kajian 1
24
27
29
31
32
32
33
33
34
36
xiii
4.8 4.9 4.10
4.11 4.12
Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
yang menjawab Persoalan Kajian 2
Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
yang menjawab Persoalan Kajian 3
Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
yang menjawab Persoalan Kajian 4
Taburan Bilangan dan Peratusan Responden
yang menjawab Persoalan Kajian 5
Kesimpulan keseluruhan persoalan kajian
38
40
42
44
47
xiv
SENARAI RAJAH
NO. RAJAH TAJUK MUKA SURAT
2.1
Dua Komponen Kemahiran Berfikir secara Kreatif
20
xv
SENARAI LAMPIRAN
LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT
A
Borang Soal selidik
64
B Borang Keesahan Isi Kandungan
Instrumen
68
C Surat Kebenaran EPRD
70
D Surat Kebenaran SRK Dato Wan Idris
73
E Surat Kebenaran SRK Bukit Hampar
75
F Surat Kebenaran SRK Kampung Tengah
77
G Surat Kebenaran UTM 79
BAB 1
PENDAHULUAN 1.1 Pengenalan
Semenjak pendidikan pravokasional diperkenalkan dalam sistem Aneka Jurusan
pada tahun 1965, banyak perubahan yang dinamik telah berlaku bagi memenuhi hasrat
kerajaan dan hala tuju pendidikan Negara sejajar dengan perkembangan sains dan
teknologi. Empat mata pelajaran elektif ditawarkan dalam sistem tersebut iaitu Seni
Perusahaan, Perdagangan dan Keusahawanan, Sains Pertanian dan Ekonomi Rumah
Tangga (Bidang Perancangan Dasar dan Penilaian Kurikulum :1996).
Selain itu, Laporan Jawatankuasa Kabinet (1979) mendapati bahawa mata-mata
pelajaran elektif ini menjurus pelajar kepada pengkhususan terlalu awal. Oleh kerana itu
Kementerian Pendidikan telah menggubal dan melaksanakan mata pelajaran Kemahiran
Hidup pada tahun 1989 yang bercorak umum dan lebih berguna kepada kehidupan
seharian.
Bagi usaha ke arah menanamkan celik teknologi, kesedaran ekonomi dan
kemahiran sosial di kalangan pelajar, maka mata pelajaran Kemahiran Hidup mula
diperkenalkan bermula pada Tahap 2 di sekolah rendah lagi . Ia juga ditawarkan di
sekolah menengah rendah sebagai kesinambungan dalam persediaan pelajar menangani
cabaran-cabaran menjelang abad ke 21 (Bidang Perancangan Dasar dan Penilaian
Kurikulum : 1996).
Menurut (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pendidikan Malaysia
1996) terdapat komponen baru yang diperkenalkan dalam kurikulum Kemahiran Hidup
sekolah rendah dan menengah rendah serta elektif baru untuk sekolah menengah atas,
komponen baru tersebut ialah Reka Cipta . Ia mula dilaksanakan sepenuhnya di semua
sekolah rendah dan menengah rendah serta beberapa buah sekolah menengah atas terpilih
mulai tahun 1996. Reka Cipta diperkenalkan bertujuan melahirkan generasi Malaysia
yang lebih kreatif, inovatif dan inventif agar mereka dapat menyumbang ke arah
merealisasikan Wawasan 2020 (Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia: 1996)
Berdasarkan pernyataan dari Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian
Pendidikan Malaysia (1996). Setiap manusia mempunyai potensi diri masing-masing.
Melalui pemerhatian dan perbincangan kita boleh menilai potensi seseorang dalam reka
cipta. Sikap, sifat dan perlakuan seseorang dapat menggambarkan minat dan potensi
dirinya. Antara ciri-ciri seorang yang berpotensi untuk mereka cipta ialah sentiasa kreatif
di dalam menyuarakan pendapat dan idea. Selain itu kita dapat melihat kreativiti
daripada tiga aspek iatu sikap, atau tabiat seseorang , proses minda dan dan produk yang
dihasilkan. Berdasarkan pernyataan tersebut maka kita dapat menilai dan melihat
kreativiti kanak-kanak melalui sikap atau tabiat kanak-kanak tersebut. Oleh itu tujuan
utama kajian ini dijalankan adalah untuk menilai potensi seseorang tersebut sejak dari
peringkat sekolah rendah lagi.
1.2 Latar belakang masalah
Menurut Som dan Dahalan (1998) bekas Perdana Menteri Malaysia, Y.A.B Dato’
Seri Dr Mahathir Mohamed mengatakan bahawa Malaysia mempunyai sistem pendidikan
yang terbaik di kalangan dunia ketiga. Tetapi disebaliknya untuk perjalanan yang akan
kita tentukan untuk generasi kedua, piawai baru perlu kita tetapkan dan kejayaan perlu
kita capai. Kejayaan yang kita hasratkan, dan ada kaitan langsung dengan pendidikan
antara lain termasuklah cabaran yang keenam dalam wawasan 2020, iaitu mewujudkan
masyarakat yang saintifik dan progresif, masyarakat yang inovatif dan memandang jauh
ke hadapan. Masyarakat yang bukan sahaja menjadi pengguna teknologi tetapi juga
memberi sumbangan kepada kemajuan teknologi masa hadapan.
Menurut Pusat Perkembangan Kurikulum (1996) Reka cipta adalah mata
pelajaran yang berasaskan kemahiran teknologi dan kreativiti. Namun bagi memenuhi
kehendak dan menangani cabaran kurikulum abad ke 21, hala tuju dan perkembangan
teknologi Negara perlu dijadikan sebagai landasan. Oleh itu kurikulum Reka cipta harus
lebih bersepadu dari segi pendekatan dan juga relevan bagi memenuhi kehendak semasa.
Ini kerana dunia sentiasa berubah dan perubahan tersebut berlaku terlalu pantas. Ilmu,
kemahiran dan maklumat berkembang berlipat ganda dalam masa yang singkat. Tidak
ketinggalan perkembangan sebegini juga berlaku di negara kita.
Sebagaimana yang kita ketahui, golongan yang mereka cipta adalah golongan
yang mempunyai pemikiran yang kreatif. Menurut Som dan Dahalan (1998) lagi,
manusia dilahirkan kreatif dan unsur-unsur kreatif itu memang wujud dalam diri kita.
Cuma apa yang berlaku ialah ia tidak dipupuk dan dikembangkan kerana kita tidak
menyedari bahawa diri kita itu ada mempunyai daya kreatif. Kadang kala susasana dan
persekitaran yang tidak menggalakkan mematikan kreativiti kita. Kenyataan tersebut juga
turut disokong oleh Ainon dan Abdullah (1994) yang mengatakan sebilangan tokoh
kreativiti percaya bahawa semua orang kreatif, tetapi kepintaran kreatif mereka kemudian
tertekan dan terbantut dan ia mula-mula berlaku di sekolah. Maka untuk melahirkan
individu-individu yang kreatif yang mempunyai ciri-ciri yang disebutkan di atas,
persekitaran dan suasana yang menggalakkan perlu disediakan agar idea-idea yang kreatif
dapat dijanakan. Ini amat penting terutama sekali di sekolah bermula dari sekolah rendah
lagi.
Selain itu menurut Ab Rahim (2000), minat untuk kreatif tidak semestinya timbul
dengan adanya bakat sebaliknya ia perlu dipupuk dan dididik. Oleh itu kemahiran-
kemahiran menuju ke arah pemikiran kreatif perlulah diberikan penekanan dalam
pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Ini adalah supaya potensi murid untuk berkreatif
terutama dalam reka cipta dapat dikembangkan kepada tahap yang sewajarnya mengikut
kesesuaian umur pelajar.
Sesungguhnya kajian-kajian tentang ciri-ciri kreatif atau perkara yang berkaitan
dengannya amat kurang dijalankan. Selain itu penyelidikan terhadap pelajar sekolah
terutama pelajar sekolah rendah juga kurang terutama dalam mengkaji tentang ciri-ciri
seorang yang kreatif. Sebagaimana yang dinyatakan oleh Hassan (1997) bahawa bahan-
bahan rujukan terutama dalam bidang kreativiti atau daya cipta amat berkurangan.
Maka ini telah mendorong pengkaji untuk mejalankan kajian bagi mengenalpasti
ciri-ciri yang wujud dikalangan pelajar sekolah rendah supaya kita dapat melahirkan
lebih ramai pereka cipta bagi merealisasikan wawasan 2020 dan juga untuk memberi
sumbangan kepada mereka yang memerlukan dan juga yang berminat mengkaji bidang
kreatif ini.
1.3 Pernyataan masalah
Cabaran ke enam dalam wawasan 2020 ialah mewujudkan masyarakat yang
saintifik dan progresif, berdaya cipta dan berpandangan jauh ke hari muka, yakin sebuah
masyarakat yang bukan sahaja dapat memanfaatkan teknologi kini tetapi turut menjadi
penyumbang terhadap pembentukan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan.
Bidang reka cipta adalah merupakan salah satu bidang yang mampu memenuhi
cabaran tersebut. Reka cipta telah diserapkankan ke dalam kemahiran hidup dan mula
diperkenalkan di kalangan pelajar Tahap 2 di sekolah rendah dan pelajar sekolah
menengah rendah selain dijadikan mata pelajaran elektif di sekolah menengah atas.
Oleh itu bidang reka cipta ini harus dipupuk sejak dari peringkat awal
persekolahan lagi terutama bagi pelajar sekolah rendah dari Tahap 2. Namun adakah
pelajar sekolah rendah Tahap 2 ini mempunyai ciri-ciri seseorang yang kreatif terutama
dalam bidang reka cipta supaya dapat melahirkan generasi yang dikehendaki
sebagaimana yang dinyatakan di dalam Cabaran Wawasan 2020 tersebut
Dari pernyataan di atas, maka timbul minat pengkaji untuk mengkaji dan
mengenalpasti ciri-ciri kreatif yang wujud di kalangan para pelajar sekolah rendah tahap
dua ini.
1.4 Objektif kajian Objektif kajian ini adalah untuk:
i) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai sifat ingin tahu.
ii) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai daya imaginasi yang tinggi.
iii) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai kebolehan memanipulasi idea
yang sedia ada.
iv) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai keberanian.
v) Mengenalpasti sama ada pelajar mempunyai minat dalam seni.
1.5 Persoalan kajian Kajian ini dijalankan untuk menjawab persoalan-persoalan berikut:
i. Adakah pelajar ini mempunyai sifat ingin tahu?
ii. Adakah pelajar ini mempunyai daya imaginasi yang tinggi?
iii. Adakah pelajar ini mempunyai kebolehan memanipulasi idea yang sedia ada?
iv. Adakah pelajar ini mempunyai keberanian?
v. Adakah pelajar ini mempunyai minat dalam seni?