Kewujudan telefon bimbit dan peningkatan penggunaan · PDF fileberkomunikasi melalui bahasa...

6
Singkatan cemar bahasa? "Kewujudan telefon bimbit dan peningkatan penggunaan SMS dalam komunikasi nampaknya memberi kesan kepada tahap penulisan pelajar," menurut laporan itu. Dalam banyak keadaan, laporan berkenaan menyatakan, pelajar gemar menggunakan perkataan ringkas, ayat mudah dan perbendaharaan kata terhad. Sementara itu, pensyarah bahasa Inggeris Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Raishah Abd Hamid, berkata masalah bahasa ringkasan di arus teknologi membabitkan semua bahasa di dunia dan mampu mengundang masalah jangka panjang. "Masyarakat gemar meringkaskan bahasa dengan menggunakan ayat tertentu, tetapi tidak menyedari ia dilakukan tanpa perbendaharaan tepat sehinggakan bahasa jadi tunggang terbalik," katanya. Menurut Raishah, ejaan yang digunakan dalam Yahoo Messenger, GoogleTalk, MSN Messenger dan sebagainya mempengaruhi kosa kata digunakan ketika belajar dan mengarang esei. "Saya sendiri berpengalaman memeriksa ayat ditulis pelajar mendapati ada antara mereka yang sudah biasa menggunakan bahasa ringkas melakukan perkara sama ketika belajar," katanya. Menurutnya, ia mengundang kesalahan ejaan yang ketara seperti penggunaan 'U' bagi menggantikan 'You' tanpa disedari akibat terlalu biasa dengan perbualan harian di ruang siber. "Tidak cukup dengan itu, pelajar yang mengaplikasikan bahasa teknologi malas untuk mengarang esei panjang apabila merasakan ia menyusahkan mereka," katanya. Raishah turut berpendapat tahap komunikasi masyarakat akan merudum kerana terlalu berhubung dengan mesin berbanding manusia. Pakar bahasa, Prof Dr Datuk Nik Safiah Karim pernah menceritakan keadaan di Amerika Syarikat satu ketika dulu apabila seorang guru mengeluh kerana tidak memahami perkara yang ditulis pelajarnya memandangkan bahasa digunakan tidak menyerupai bahasa Inggeris biasa. Beliau berkata, budaya bahasa dalam teknologi mempengaruhi pengguna komputer dan telefon bimbit sehingga lahir satu generasi yang amat gemar perhubungan melalui cara ini kerana beranggapan ia lebih cepat, ringkas dan canggih. Nik Safiah melahirkan kerisauan apabila dari sudut bahasa itu sendiri, ia boleh mengakibatkan bahasa yang buruk, ejaan tidak betul serta sifat bahasa yang terlalu ringkas sehingga melanggar kemurnian dan keaslian bahasa. Menurut Nik Safiah, pelajar perlu dipupuk supaya dapat membezakan antara bentuk rasmi dan bentuk tidak rasmi bagi mengelak timbulnya kerisauan mengenai kecacatan bahasa. Sebaliknya, terdapat kajian yang dilakukan pensyarah universiti tempatan suatu ketika dulu berpendapat bahasa ringkas melalui SMS mampu merevolusikan bahasa Melayu. Kajian Prof Madya Dr Supyan Husin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika itu yang dibentangkan beberapa tahun lalu beranggapan, bahasa ringkas tidak boleh menggantikan bahasa Melayu rasmi, tetapi memungkinkan komunikasi jadi lebih pantas berdasarkan beberapa kategori bahasa. Lima kategori singkatan yang boleh diterima pakai adalah singkatan lazim, singkatan gugur vokal atau konsonan, singkatan lazim kolokial, singkatan perwakilan bunyi dan singkatan kata ganda, sementara dua kategori lagi boleh mencemar bahasa. Sumber: Harian Metro, 2hb Februari 2009

Transcript of Kewujudan telefon bimbit dan peningkatan penggunaan · PDF fileberkomunikasi melalui bahasa...

Singkatan cemar bahasa?

"Kewujudan telefon bimbit dan peningkatan penggunaan SMS dalam komunikasi nampaknya memberi kesan kepada tahap penulisan pelajar," menurut laporan itu. Dalam banyak keadaan, laporan berkenaan menyatakan, pelajar gemar menggunakan perkataan ringkas, ayat mudah dan perbendaharaan kata terhad. Sementara itu, pensyarah bahasa Inggeris Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Raishah Abd Hamid, berkata masalah bahasa ringkasan di arus teknologi membabitkan semua bahasa di dunia dan mampu mengundang masalah jangka panjang. "Masyarakat gemar meringkaskan bahasa dengan menggunakan ayat tertentu, tetapi tidak menyedari ia dilakukan tanpa perbendaharaan tepat sehinggakan bahasa jadi tunggang terbalik," katanya. Menurut Raishah, ejaan yang digunakan dalam Yahoo Messenger, GoogleTalk, MSN Messenger dan sebagainya mempengaruhi kosa kata digunakan ketika belajar dan mengarang esei. "Saya sendiri berpengalaman memeriksa ayat ditulis pelajar mendapati ada antara mereka yang sudah biasa menggunakan bahasa ringkas melakukan perkara sama ketika belajar," katanya. Menurutnya, ia mengundang kesalahan ejaan yang ketara seperti penggunaan 'U' bagi menggantikan 'You' tanpa disedari akibat terlalu biasa dengan perbualan harian di ruang siber. "Tidak cukup dengan itu, pelajar yang mengaplikasikan bahasa teknologi malas untuk mengarang esei panjang apabila merasakan ia menyusahkan mereka," katanya. Raishah turut berpendapat tahap komunikasi masyarakat akan merudum kerana terlalu berhubung dengan mesin berbanding manusia. Pakar bahasa, Prof Dr Datuk Nik Safiah Karim pernah menceritakan keadaan di Amerika Syarikat satu ketika dulu apabila seorang guru mengeluh kerana tidak memahami perkara yang ditulis pelajarnya memandangkan bahasa digunakan tidak menyerupai bahasa Inggeris biasa.

Beliau berkata, budaya bahasa dalam teknologi mempengaruhi pengguna komputer dan telefon bimbit sehingga lahir satu generasi yang amat gemar perhubungan melalui cara ini kerana beranggapan ia lebih cepat, ringkas dan canggih. Nik Safiah melahirkan kerisauan apabila dari sudut bahasa itu sendiri, ia boleh mengakibatkan bahasa yang buruk, ejaan tidak betul serta sifat bahasa yang terlalu ringkas sehingga melanggar kemurnian dan keaslian bahasa. Menurut Nik Safiah, pelajar perlu dipupuk supaya dapat membezakan antara bentuk rasmi dan bentuk tidak rasmi bagi mengelak timbulnya kerisauan mengenai kecacatan bahasa. Sebaliknya, terdapat kajian yang dilakukan pensyarah universiti tempatan suatu ketika dulu berpendapat bahasa ringkas melalui SMS mampu merevolusikan bahasa Melayu. Kajian Prof Madya Dr Supyan Husin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika itu yang dibentangkan beberapa tahun lalu beranggapan, bahasa ringkas tidak boleh menggantikan bahasa Melayu rasmi, tetapi memungkinkan komunikasi jadi lebih pantas berdasarkan beberapa kategori bahasa.

Lima kategori singkatan yang boleh diterima pakai adalah singkatan lazim, singkatan gugur vokal atau konsonan, singkatan lazim kolokial, singkatan perwakilan bunyi dan singkatan kata ganda, sementara dua kategori lagi boleh mencemar bahasa.

Sumber: Harian Metro, 2hb Februari 2009

Saturday, March 14, 2009

Singkatan cemar bahasa?

Harian Metro, 28 Jan 2009 Oleh Afiq Hanif [email protected]

Sumber: CikguFauzi MASALAH bahasa ringkas dalam dunia digital seperti 'mn ko nk pegi?' atau ayat sebenarnya 'ke mana kau mahu pergi?' bukanlah isu baru namun ia belum mendapat perhatian ramai. Kalau dulu ringkasan melalui khidmat sistem pesanan ringkas (SMS) mungkin disebabkan had teks sebanyak 150 perkataan yang ditawarkan dalam telefon bimbit menjadi penghalang, namun apa pula alasannya jika bersembang atau chatting di ruang siber kerana jumlah teks tidak pula dihadkan? Tentunya, bahasa ringkas membawa implikasi besar dalam kehidupan manusia kerana ia membabitkan komunikasi harian serta membabitkan jati diri setiap bangsa diwakili. Pakar bahasa dan motivasi, Dr Rubiah K Hamzah, berkata bahasa singkatan menjadi amalan harian memandangkan ia sentiasa didengar, dilihat dan dipertontonkan terutama dalam teknologi semasa. "Amalan seharian yang diguna pakai ini menjadi ikutan remaja diperturunkan daripada ibu bapa sehingga mereka mengadaptasikan sebagai bahasa ringkas dalam perbualan siber," katanya. Menurut beliau, remaja akan sentiasa peka menggunakan setiap perkara yang didengar, ditonton dan dilihat setiap hari termasuk penggunaan bahasa ketika mereka menggunakan teknologi seperti ruang sembang siber, SMS dan blog. "Ledakan teknologi menyebabkan bahasa turut masuk dalam arus perkembangannya memandangkan ia bentuk komunikasi digunakan seharian. "Secara tidak langsung ia mempengaruhi komunikasi secara online apabila pengguna mahu menggunakan bahasa ringkas atau rojak untuk berhubung antara satu sama lain," katanya.

Katanya, penggunaan bahasa ringkas dan rojak secara berleluasa tanpa sekatan mengakibatkan remaja malas untuk mempelajari bahasa sebenar secara menyeluruh. "Bahasa ringkas dan rojak digunakan lebih meluas berbanding bahasa sebenar kerana penerimaannya lebih selari dengan aliran kini sehinggakan remaja kurang berminat untuk berkomunikasi melalui bahasa terutama bahasa Melayu yang memiliki tatabahasa dan frasa lebih tersusun," kata Rubiah. Beliau berkata, penggunaan ayat dalam ruang sembang siber seperti Yahoo Messenger, GoogleTalk dan MSN Messenger mengurangkan pengayaan bahasa dalam jiwa remaja. "Boleh dikatakan teknologi memperkenalkan bahasa yang kurang tersusun dari segi tatabahasa, frasa dan banyak aspek lain memandangkan ia tidak diambil berat dalam bidang terbabit," kata Rubiah. Menurutnya, jika keadaan itu berterusan, masyarakat akan membenarkan bahasa terutama bahasa Melayu rosak memandangkan keindahan ayat terkandung di dalamnya bakal terhakis. "Sebaik fenomena terbabit menular tanpa kawalan di kalangan remaja, mereka beranggapan tutur bahasa yang baik dipandang enteng kerana penggunaan bahasa ringkas lebih diutamakan dalam perbualan online," katanya. Rubiah berkata, amat sukar untuk mendidik remaja menggunakan bahasa dengan tepat dalam perbualan harian serta mengelak untuk mempelajari lenggok keindahan bahasa apabila beranggapan penggunaannya tidak perlu serius. "Tentunya ramai menyuarakan pandangan, apa perlunya bahasa yang dipelajari secara tersusun jika bahasa ringkas lebih mudah dan kerap digunakan seharian," katanya. Beliau berpendapat, generasi yang terhasil daripada pembangunan teknologi tidak seimbang boleh mengundang keanehan kaedah komunikasi lebih kasar berasaskan bahasa kurang sopan. "Malah, kedudukan bahasa itu sendiri akan tergugat mengakibatkan keindahannya terhakis dek campur aduk istilah sehingga mengganggu strukturnya sendiri yang secara tidak langsung memupuskan ketamadunan bangsa," kata Rubiah. Tambahnya, aspek jangka panjang akibat masalah bahasa ringkas di ruang sembang siber dan SMS boleh mengakibatkan generasi baru tidak lagi terliur untuk mempertahankan bahasa sebenar mereka memandangkan bahasa ringkas lebih sebati dalam jiwa. "Inilah virus lebih teruk daripada serangan virus yang menular ke sistem komputer apabila 'virus jiwa' dibawa teknologi itu sendiri tidak disedari manusia secara terang-terangan walaupun kita bukanlah mahu menidakkan perkembangannya," katanya. Menurutnya, manusia kerap berbicara mengenai tahap pemikiran tertinggi, tetapi terlupa memperkatakan tahap bahasa yang semakin rendah akibat perkembangan arus teknologi. "Hilang bahasa bermakna terhapuslah jati diri manusia itu sendiri seterusnya menghilangkan martabat yang sepatutnya dipertahankan. "Kita tidak dapat mengelak daripada ledakan teknologi, tetapi jika tidak terkawal, ia menyebabkan

orang ramai 'ditapaikan' dengan penggunaan bahasa kurang cantik sehingga adab sopan pun boleh terabai," katanya. Beliau menasihatkan masyarakat agar tidak menciplak bahasa ringkas atau rojak sebagai bahasa rasmi melalui ruang teknologi yang ada ke dunia sebenar sehingga menjadikan bahasa sendiri parah diserang tanpa disedari. "Semua pihak perlu memberi kerjasama dalam mempertahankan keindahan bahasa sendiri kerana ia adalah nadi bangsa seterusnya membina masyarakat berakhlak mulia di zaman letusan teknologi melanda dunia," katanya. Masalah bahasa ringkas membabitkan seluruh bahasa dituturkan masyarakat sedunia, malah terdapat laporan di Dublin sedikit masa lalu yang mendapati SMS mengancam kemampuan pelajar sekolah menulis, menurut ahli akademik. Menurut Suruhanjaya Peperiksaan Dublin, kesalahan nahu dan tatabahasa pelajar kini di tahap membimbangkan. "Kewujudan telefon bimbit dan peningkatan penggunaan SMS dalam komunikasi nampaknya memberi kesan kepada tahap penulisan pelajar," menurut laporan itu. Dalam banyak keadaan, laporan berkenaan menyatakan, pelajar gemar menggunakan perkataan ringkas, ayat mudah dan perbendaharaan kata terhad. Sementara itu, pensyarah bahasa Inggeris Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Raishah Abd Hamid, berkata masalah bahasa ringkasan di arus teknologi membabitkan semua bahasa di dunia dan mampu mengundang masalah jangka panjang. "Masyarakat gemar meringkaskan bahasa dengan menggunakan ayat tertentu, tetapi tidak menyedari ia dilakukan tanpa perbendaharaan tepat sehinggakan bahasa jadi tunggang terbalik," katanya. Menurut Raishah, ejaan yang digunakan dalam Yahoo Messenger, GoogleTalk, MSN Messenger dan sebagainya mempengaruhi kosa kata digunakan ketika belajar dan mengarang esei. "Saya sendiri berpengalaman memeriksa ayat ditulis pelajar mendapati ada antara mereka yang sudah biasa menggunakan bahasa ringkas melakukan perkara sama ketika belajar," katanya. Menurutnya, ia mengundang kesalahan ejaan yang ketara seperti penggunaan 'U' bagi menggantikan 'You' tanpa disedari akibat terlalu biasa dengan perbualan harian di ruang siber. "Tidak cukup dengan itu, pelajar yang mengaplikasikan bahasa teknologi malas untuk mengarang esei panjang apabila merasakan ia menyusahkan mereka," katanya. Raishah turut berpendapat tahap komunikasi masyarakat akan merudum kerana terlalu berhubung dengan mesin berbanding manusia. Pakar bahasa, Prof Dr Datuk Nik Safiah Karim pernah menceritakan keadaan di Amerika Syarikat satu ketika dulu apabila seorang guru mengeluh kerana tidak memahami perkara yang ditulis pelajarnya memandangkan bahasa digunakan tidak menyerupai bahasa Inggeris biasa.

Beliau berkata, budaya bahasa dalam teknologi mempengaruhi pengguna komputer dan telefon bimbit sehingga lahir satu generasi yang amat gemar perhubungan melalui cara ini kerana beranggapan ia lebih cepat, ringkas dan canggih. Nik Safiah melahirkan kerisauan apabila dari sudut bahasa itu sendiri, ia boleh mengakibatkan bahasa yang buruk, ejaan tidak betul serta sifat bahasa yang terlalu ringkas sehingga melanggar kemurnian dan keaslian bahasa. Menurut Nik Safiah, pelajar perlu dipupuk supaya dapat membezakan antara bentuk rasmi dan bentuk tidak rasmi bagi mengelak timbulnya kerisauan mengenai kecacatan bahasa. Sebaliknya, terdapat kajian yang dilakukan pensyarah universiti tempatan suatu ketika dulu berpendapat bahasa ringkas melalui SMS mampu merevolusikan bahasa Melayu. Kajian Prof Madya Dr Supyan Husin daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) ketika itu yang dibentangkan beberapa tahun lalu beranggapan, bahasa ringkas tidak boleh menggantikan bahasa Melayu rasmi, tetapi memungkinkan komunikasi jadi lebih pantas berdasarkan beberapa kategori bahasa. Lima kategori singkatan yang boleh diterima pakai adalah singkatan lazim, singkatan gugur vokal atau konsonan, singkatan lazim kolokial, singkatan perwakilan bunyi dan singkatan kata ganda, sementara dua kategori lagi boleh mencemar bahasa.

Menyorot perkembangan semasa bahasa Melayu Oleh Nazmi Yaakub SEMINAR Kebangsaan Linguistik Kajian Bahasa dan Korpus: Dimensi Linguistik Semasa di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, baru-baru ini, menyorot isu dan perkembangan semasa bahasa Melayu. Ketua Eksekutif Yayasan Karyawan, Datuk Dr Hassan Ahmad, nyata mahu kedudukan bahasa Melayu di Malaysia dalam bidang yang sudah dipersetujui sebagaimana dimaktubkan dalam Perlembagaan Negara dikekalkan. "Kemajuan manusia bergantung kepada penggunaan bahasa asal yang membolehkan pengguna bahasa terbabit berfikir secara kreatif selain persekitaran akan menggalakkan pertumbuhan fikiran," katanya dalam ucaptama, 'Ilmu Bahasa dan Cabaran Bahasa Melayu di Malaysia'. Isu pengguna telefon bimbit menghantar pesanan ringkas (SMS) dengan menggunakan bahasa singkatan dan ringkas pula mendapat perhatian Pensyarah Institut Alam dan Tamadun Melayu (Atma) UKM, Prof Madya Dr Supyan Hussin. Beliau melihat kecenderungan pengguna telefon bimbit itu sebagai perkara tabii dalam konteks teknologi maklumat dan ia bukan suatu yang perlu dibimbangkan selagi penggunaan singkatan tidak berlangsung dalam penulisan formal. "Pengguna pasti meringkaskan perkataan dan melanggar prinsip nahu mahupun sistem ejaan kerana kekangan ruang pada paparan telefon bimbit selain mengejar masa bagi menjimatkan perbelanjaan bil telefon," katanya ketika memperkatakan 'Korpus Bahasa SMS: Antara Kreativiti dan Ancaman

kepada Bahasa'. Beliau berkata, korpus bahasa SMS kategori singkatan lazim yang sudah diterima sebagai konvensional dan ada dalam 'Kamus Dewan' tidak menjadi ancaman kepada bahasa Melayu kerana sudah diterima pakai dalam penulisan formal. "Ada dua kategori korpus bahasa SMS yang tidak boleh digunakan dalam penulisan formal kerana mengelirukan pembaca dan merosakkan bahasa standard, iaitu singkatan keguguran vokal atau konsonan serta singkatan lazim kolokial," katanya. Kategori kedua membabitkan perkataan yang disingkatkan secara konsisten, iaitu satu atau dua huruf vokal dan huruf konsonan digugurkan selain amalan singkatan ini banyak bergantung kepada kreativiti pengguna serta konteks perbualan yang berlaku. Kategori ketiga pula, perkataan yang digunakan dalam bahasa SMS berasas bahasa kolokial dan keanak-anakan kerana didorong hubungan peribadi intim di antara pengguna telefon bimbit terbabit. "Kategori ini boleh dianggap mengancam jati diri bahasa Melayu sekiranya tidak dikawal seperti perkataan 'ari' untuk 'hari', 'pastu' (lepas itu), 'lak' (pula), 'amacam' (apa macam), 'fon' (telefon), 'cite' (cerita), 'kuar' (keluar) dan 'nape' (kenapa)," katanya. Dr Supyan mengakui ada bahasa SMS yang jelas mengancam jati diri bahasa Melayu kerana perkataan dieja secara keterlaluan sehingga mereka yang tidak biasa dengan penggunaan perkataan sedemikian tidak dapat menduga perkataan sebenarnya. Di antara bahasa SMS sedemikian ialah 'giler' untuk gila, 'aperr' (apa), 'summer' (semua) dan cayang cangat (sayang sangat) dan ada juga yang mencampuradukkan bahasa Melayu dengan bahasa Inggeris seperti kol (call) dan pu3 (puteri). Justeru Dr Supyan mencadangkan pemaparan teks pesanan SMS sedemikian di televisyen dihentikan segera kerana tiada kawalan penggunaannya oleh stesen televisyen tempatan. "Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) juga disarankan mengeluarkan senarai perkataan ringkas atau pendek untuk kategori pertama agar proses singkatan dan ringkasan perkataan tidak bercelaru," katanya. Pensyarah Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Prof Datuk Dr Abdullah Hassan, pula memberi perhatian kepada isu korpus bahasa Melayu dan berharap korpus bahasa yang dipungut dimurnikan kerana ada yang tidak sesuai dengan norma sedia ada. "Sekiranya kita menganalisis korpus yang dipungut, kita akan menemuiperingkat rumus tatabahasa yang erlainan daripada sedia ada seperti imbuhan 'me' dan 'di' mungkin tidak ditemui dalam korpus bahasa Melayu basahan," katanya ketika memperkatakan 'Bukan Sekadar Frekuensi'. Seminar anjuran Pusat Pengajian Bahasa dan Linguistik UKM dan DBP dihadiri lebih 50 pensyarah UKM, Universiti Malaya (UM), Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Malaysia Sabah (UMS) serta Universiti Malaysia Sarawak (Unimas). Nota * Singkatan lazim kolokial mengancam jati diri bahasa Melayu * Kedudukan bahasa Melayu dalam bidang yang sudah dipersetujui sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Negara dikekalkan * Stesen televisyen hentikan paparan SMS campur aduk bahasa Inggeris Melayu

(Sumber : Berita Harian (19/04/2005) )