KGT Geografi Form 3 Form
Transcript of KGT Geografi Form 3 Form
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
1/48
Page 1
SEKOLAH MENENGAH KEBANGSAAN LAKI-LAKI
METHODIST, KUALA LUMPUR.
Nama Pelajar : Lee Tze Howe Brandon
Kelas : 3M
No. Kad Pengenalan : 951109-14-6315
No. Angka Giliran :
Tandatangan Pelajar: Tandatangan Guru:
. ..
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
2/48
Page 2
2.0 SENARAI KANDUNGAN
PERKARA MUKA SURAT
3.0 Penghargaan 3
4.0 Pendahuluan 4
5.0Objektif Kajian 5
6.0 Kawasan Kajian 6
7.0Kaedah Kajian 9
8.0 Dapatan Kajian 11
9.0 Rumusan 22
10.0Lampiran 23
11.0Rujukan 48
12.0 Penilaian Umum 49
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
3/48
Page 3
3.0 PENGHARGAAN
Dalam penghasilan kajian ini, saya ingin saya merakamkan ribuan terimakasih kepada
pihak-pihak tertentu yang telah membantu saya dalam penghasilan kajian ini. Pertama
sekali,pihakpertama yang ingin saya ucapkan terima kasih ialahibu-bapa saya, Lee
Yee Fahdan Goh Wei Meng atas sokongan moral dan sumbangan kewangan
yangdiberikan kepada saya.Pihak kedua yang ingin saya ucapkan terima kasih ialahguru
Geografi saya, Pn. Lee Win Poh. Beliau telah memberi bimbingan dan tunjuk ajar.
Akhir sekali,pihak ketiga yang ingin saya ucapkan terima kasih adalahrakan-rakan
saya, PhoonChun Kit dan Yim Zhe Yang yang telah membantu saya dalam
menghasilkan projekyang sempurna.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
4/48
Page 4
4.0 PENDAHULUAN
Saya, Lee Tze Howe Brandon, pelajar tingkatan 3M telah menjalankan satu kajian
.Tajuk kajiansaya ialah Amalan Kitar Semula Di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala
Lumpur. Saya memilih Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur sebagai kawasan
kajian saya atas sebab-sebab tertentu.Sebabpertama ,terdapat pusat pengumpulan bahan
kitar semula di kawasan saya. Satu terletak di pusat membeli-belah Tesco dan satu lagi
terletak di luar kondominium Baiduri.Sebab kedua, di kawasan ini, terdapat ramai
daripada penduduk yang saya kenali kerana kesemua mereka ialah jiran saya dan ini
membolehkan saya mendapatkan maklumat dengan lebih senang.Sebab ketiga, saya
boleh mengetahui lebih tentang pandangan individu terhadap alam sekitar dan akhir
sekali, amalan kitar semula dijalankan secara giat di kawasan saya.Sebagai contoh, tong
kitar semula yang disediakan di Tesco, Ampang, yang terletak dalam hanya beberapa
meter. Kesemua ini, menyebabkan kawasan kajian saya sebuah kawasan ideal untuk
projek ini.Tempoh kajian ini dijalankan dalam masa 8 minggu, memberikan saya masa
yang mencukupi untuk menghasilkan sebuah projek yang bermutu.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
5/48
Page 5
5.0 OBJEKTIF KAJIAN
Kajian ini dijalankan untuk memenuhi objektif-objektif yang berikut:-
i. Menghuraikan konsep kitar semula dengan lengkap berserta contoh yang relevan.ii. Menyatakan dan menghuraikan jenis bahan serta amalan kitar semula di Taman Sri
Angsana Hilir, Kuala Lumpur berserta menerapkan nilai atau unsur patriotisme.
iii. Menjalankan soal selidik, memproses data mentah kepada jadual, mentafsirkepentingan kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur
iv. Mengkaji dan menghuraikan masalah kitaran semula di Taman Sri Angsana Hilir,Kuala Lumpur.
v. Mencadangkan dan menghuraikan langkah untuk mengatasi masalah dalammelaksanakan kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur serta
menerapkan nilai dan unsur patriotisme.
vi. Saya bersyukur dapat mengamalkan amalan kitar semula.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
6/48
Page 6
6.0 KAWASAN KAJIAN
Nama kawasan kajian saya ialah Taman Sri Angsana Hilir.Lokasi kawasan kajian saya
ialah di sebelah timur Bandar Kuala Lumpur dan terletak di zon Keramat.Kawasan kajian
saya di bawah pentadbiran MPAJ (Majlis Perbandaran Ampang Jaya). Kawasan kajian
saya ini terletak bersebelahan dengan Desa Pahlawan dan Taman Bakti.Pandang darat
fizikal yang dapat saya lihat ialah kawasan bertanah rata.Jarak dari Taman Sri
Angsana Hilir ke bandar Kuala Lumpur adalah kira-kira 10 km. Jarak relatif
kawasan saya ke bandar Kuala Lumpuradalah kira-kira 30 minit dan tambangnya RM
1 melalui bas manakala melalui teksi 15 minit dengan tambang RM 15.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
7/48
Page 7
Tajuk
Tajuk : Peta zon Kuala Lumpur.
Peta Zon Kawasan Kajian : Kuala Lumpur
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
8/48
Page 8
Tajuk: Peta lakaran Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur
Peta lakaran menunjukkan Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
9/48
Page 9
7.0 KAEDAH KAJIAN
Sebelum memulakan tugasan kajian, saya telah mengenalpasti beberapa kaedah yang
boleh digunakan untuk kajian saya. Kaedah-kaedah kajian yang saya gunakan adalah
seperti berikut :
7.1 KAEDAH RUJUKAN
Saya telah melayari Internet untuk merujuk dan mencari maklumat berkenaan amalan
kitar semula.Antaranya ialah mendapatkan maklumat tentang kepentingan dan masalah
kitar semula.
Saya juga merujuk buku teks Geografi yang ditulis oleh Abd Rahim Md Nordi muka
surat 170 dan 171 untuk mendapatkan konsep kitar semula dan buku referens Geografi
yang ditulis oleh Chong Mui Sen untuk mengetahui lebih tentang pengamalan kitar
semula di Malaysia.
7.2 KAEDAH PEMERHATIAN
Saya telah membuat pemerhatian di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir,
Kuala Lumpur untuk mengetahui tempat letaknya pusat pengumpulan kitar semula.
Terdapat sebuah pusat kitar semula yang didirikan oleh Tesco hampir 10 meter dari
kawasan kajian saya. Juga terletak beberapa tong-tong kebajikandisekitar kawasan kajian
saya.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
10/48
Page
10
7.3 KAEDAH SOAL SELIDIK
Seramai 20 orang responden yang merupakan penduduk di Taman Sri Angsana Hilir
telah disoal-selidik oleh saya untuk mendapatkan maklumat tentangkepentingan amalan
kitar semula.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
11/48
Page
11
8.0 DAPATAN KAJIAN
8.1.KONSEP KITAR SEMULA
Konsep kitar semula adalah satu proses mengitar semula yang melibatkan usaha mengumpul,
memproses dan mengguna semula bahan-bahan yang sebelum ini dianggap sebagai sampah-
sarap menurut sumber internet. Kitar semula juga ditakrifkan sebagai aktiviti memproses
barang-barang yang terbuang untuk dijadikan barang-barang yang berguna mengikut buku teks.
Selain itu, kitar semula juga berkaitan dengan konsep 3R iaituReduce, Reuse And
Recycle.Reducebermaksud mengurangkan bahan-bahan yang digunakan, Reuse
pulabermaksud menggunakan kembali sesuatu yang telah digunakan dan Recyclebermaksud
mengitar semula bahan-bahan untuk menjadikan sebuah produk baru.Bahan-bahan yang boleh
dikitar semula adalah seperti kertas,logam, plastik dantekstil.Melalui kitar semula juga, barangan
baru boleh dihasilkan.Contohnya, tin aluminium yang telah diguna dikitar semula untuk
membuat peralatan logam atau tin aluminium baru
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
12/48
Page
12
8.2(a) JENIS BAHAN KITAR SEMULA
8.2(a).1 KERTAS
Kertas adalah antara bahan yang paling banyak dikitar semula oleh penduduk di kawasan
kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir. Surat khabar, kertas-kertas dari pejabat dan pencetakan
serta risalah adalah contoh bahan yang dikitar semula. Item-item tersebut akan dikumpul dan
diasingkan mengikut gred tertentu.
8.2(a).2 PLASTIK
Selain kertas, barang-barang plastik juga dikitar semula di Taman Sri Angsana Hilir.Beg
membeli-belah, beg pasar raya, botol minuman, botol air mineral, bekas makanan, bekas sabun
dan bekas vitamin adalah barangan yang dikitar semula. Barangan plastik ini diasingkan dan
diletakkan ke dalam tong kitar semula kuning selain diguna semula.
8.2(a).3 LOGAM
Tidak ketinggalan, logam juga dikitar semula di Taman Sri Angsana Hilir.Contoh
barangan yang dikitar semula ialah tin minuman dan bekas makanan. Item-item sebegini
dikumpulkan dan diasingkan serta diletakkan ke dalam tong kitar semula merah.
8.2(a).4 KACA
Kaca juga merupakan salah satu bahan yang dikitar semula oleh penduduk di Taman Sri
Angsana Hilir . Bekas kaca berwarna atau jernih , botol minuman, bekas makanan, botol vitamin,
bekas alat solek dan seumpamanya adalah contoh barangan yang dikitar semula. Barangan kaca
diasingkan dan dimasukkan ke dalam tong kitar semula hijau selain diguna semula.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
13/48
Page
13
Terdapat juga banyak jenis bahan lain yang boleh dikitar semula.Ini boleh dirujuk daripada Peta
Minda 1.0 bertajuk Jenis bahan kitar semula di bawah.
Peta Minda 1.0 Jenis bahan kitar semula
JenisBahanKitar
Semula
Kertas
Logam
Kaca
Getah
Plastik
Tekstil
Sisamakanan
Kayu
Mineral
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
14/48
Page
14
8.2(b) AMALAN KITAR SEMULA
8.2(b).1 MENJUAL/ MEMBELI
Amalan menjual dan membeli dijalankan oleh penduduk di Taman Sri Angsana Hilir,
Kuala Lumpur. Antara barangan yang dijual termasuklah kertas, plastik, kaca dan bateri lama.
Bahan-bahan ini dijual kepada pihak tertentu.Pihak tersebutakan menjualkan barangan yang
dibeli daripada penduduk kepada kilang kitar semula.
8.2(b).2 MENGGUNA SEMULA
Selain amalan menjual dan membeli, penduduk di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala
Lumpur juga mengamalkan amalan mengguna semula. Sebagai contoh, botol-botol kaca
digunakan semula sebagai pasu bunga dan rak-rak besi yang tidak diperlukan dijadikan sebagai
tempat menggantung bunga. Selain itu, pihak Tesco, sebuah pusat membeli-belah juga
menggalakkan amalan ini. Misalnya, beg plastik tidak diberikan pada hari Sabtu dan Ahad. Oleh
itu, pengguna harus mengambil beg plastik dari rumah. Walaupun ini menyusahkan konsumer,
pihak Tesco menghadiahi pengguna yang menggunakan beg plastik dengan ganjaran.
8.2(b).3 MEMBERI SUMBANGAN KEPADA PIHAK LAIN
Di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur, penduduk juga memberi sumbangan kepada
pihak lain. Sebagai contoh, barangan terpakai seperti pakaian lama dan buku-buku lama diberi
kepada pihak lain seperti kebajikan melaluitong-tong kebajikan yang disediakan.
8.2(b).4 MENGHASILKAN BAHAN BARU
Akhir sekali, di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur, amalan menghasilkan bahan
baru diamalkan. Bahan kitar semula yang dikumpul seperti kertas dan botol plastik dikitar
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
15/48
Page
15
semuladan dijadikan produk yang baru seperti kertas baru dan botol plastik baru. Di samping itu,
terdapat juga penduduk yang mengubahsuaikan barang-barang yang tidak diperlukan kepada
sesuatu yang berguna.Contohnya, baju-baju yang lama dijadikan alas kaki dan botol-botol
terpakai digunakan untuk menampung air.
8.2(c) NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME
Sayaamatbangga kerana saya dapat melibatkan diri dalam amalan kitar semula yang telah saya
senaraikan seperti menjual atau membeli barangan seperti kertas dan kaca, mengguna semula
barang-barang seperti botol minuman, memberi sumbangan kepada pihak lain serta
menghasilkan bahan lain. Saya juga gembira kerana keprihatinan penduduk di kawasan ini
terhadap alam sekitar telah membolehkan kawasan kediaman mereka bersih dan selesa.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
16/48
Page
16
8.3 KEPENTINGAN KITAR SEMULA
Saya telah menjalankan satu kajian melalui kaedah soal-seidik (rujuk dalam Lampiran 1) di
kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur.Hasil daripada soal-selidik
tersebut terpapar dalam Jadual 1.0 Kepentingan Kitar Semula di bawah ini.
Jadual 1.0 Kepentingan Kitar Semula
KEPENTINGAN KITAR SEMULA BILANGAN RESPONDEN YANG SETUJU
Peluang pekerjaan 15
Mengurangkan pencemaran 11
Mengurangkan penggunaan sumber 13
Menggalkkan daya kreativiti dan inovasi 13
(Sumber: Soal selidik)
8.3.1 PELUANG PEKERJAAN
Berdasarkan keputusan soal-selidik di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur,15 responden
daripada 20 responden iaitu 75% peratus telah memilih kepentingan peluang pekerjaan. Hal ini
demikian kerana dalam sektor kitar semula, terdapat banyak pekerjaan yang terbuka kepada
penduduk. Contoh-contoh pekerjaan ialah sebagai pekerja di kilang mengitar semula dan pekerja
dalam pengumpulan bahan kitar semula.
8.3.2 MENGURANGKAN PENGGUNAAN SUMBER
Selain itu, kira-kira 65% iaitu 13 responden daripada 20 responden telah memilih kepentingan
mengurangkan penggunaan sumber. Ini adalah satu amalan yang baik. Hal ini kerana untuk
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
17/48
Page
17
menghasilkan satu tan kertas, 17 pohon pokok perlu ditebang.Mengurangkan penggunaan
sumber contohnya kertas akan mengurangkan bilangan pokok yang perlu ditebang.
8.3.3 MENGGALAKKAN DAYA KREATIVITI DAN INOVASI
Di samping itu, seramai 65% peratus iaitu 13 responden daripada 20 responden telah memilih
kepentingan menggalakkan daya kreativiti dan inovasi. Hal ini demikian kerana bahan-bahan
yang tidak diperlukan boleh ditukarkan kepada sesuatu yang boleh digunakan. Ini secara tidak
langsung menggalakkan daya kreativiti dan inovasi untuk mereka cipta sesuatu kerana daya
kreativiti diperlukan untuk mengubah sesuatu yang tidak berguna kepada sesuatu yang berguna.
8.3.4 MENGURANGKAN PENCEMARAN DARAT
Akhir sekali, 11 responden daripada 20 responden iaitu 55% peratus telah memilih kepentingan
mengurangkan pencemaran darat. Ini ialah satu amalan yang baik. Ini adalah sebab dengan
amalan kitar semula, kawasan-kawasan tidak perlu diterokai untuk mendapat sumber dan ini
akan mengurangkan pencemaran darat.
8.3.5 NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME
Saya berasa gembira kerana di kawasan kajian saya, terdapat responden di kawasan kajian saya
yang mempunyai kesedaran terhadap kepentingan kitar semula.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
18/48
Page
18
8.4 MASALAH/ HALANGAN AMALAN KITAR SEMULA
8.4.1 KURANG PUSAT PENGUMPULAN
Kurang pusat pengumpulan menyebabkan amalan kitar semula kurang dipraktikkan di kawasan
kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur. Berdasarkan pemerhatian saya di Taman
Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur, terdapat 2 pusat kitar semula iaitu satu daripadanya dekat
dengan kondominium Baiduri G, Kampung Pandan dan satu lagi di pusat membeli-belah Tesco
Ampang. Terdapat juga sebuah lori yang datang ke kawasan kajian saya 2 minggu sekali.
Didapati bahawa penduduk di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur
menghadapi masalah untuk meletak dan menghantar bahan kitar semula di pusat kitar semula.
8.4.2SIKAP
Sikap penduduk di Taman Sri Angsana Hilir juga merupakan antara masalah yang dialami.
Segelintir penduduk di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur tidak
mengendahkan amalan kitar semula. Mereka tidak mengambil inisiatif untuk mengitar semula.
Antara contoh sikap yang tidak baik ialah membuangkan bahan-bahan yang boleh dikitar semula
seperti tin dan botol kaca ke dalam tong sampah sedangkan bahan-bahan tersebut boleh dikitar
semula.
8.4.3 KURANG KERJASAMA
Selain itu, masalah yang dihadapi dalam amalan kitar semula di kawasan kajian saya ialah
kekurangan kerjasama. Kebanyakan mereka adalah golongan yang bekerja. Mereka hanya
mementingkan pekerjaan mereka. Apabila disuruh mengitar semula bahan-bahan seperti botol
kaca, mereka tidak akan memberi kerjasama dan meneruskan aktiviti mereka.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
19/48
Page
19
8.4.4 NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME
Saya berasa bangga terhadap penduduk di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala
Lumpur kerana masih ramai yang mengamalkan amalan kitar semula walaupun terdapat masalah
dan halangan dalam pengamalan amalan kitar semula. Kerjasama semua pihak adalah sangat
penting dalam menjayakan amalan kitar semula.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
20/48
Page
20
8.5 LANGKAH-LANGKAH/ CADANGAN UNTUK MENGATASI MASALAH DALAM
MELAKSANAKAN AMALAN KITAR SEMULA
8.5.1 MENYEDIAKAN KEMUDAHAN/ PUSAT PENGUMPULAN
Pihak berkuasa tempatan, DBKL (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) perlu menyediakan dua lagi
pusat kitar semula. Pusat kitar semula harus diletakkan di Jalan Hilir 4 dan satu lagi di bawah
jambatan MRR2 (Middle Ring Road 2). Ini memudahkan penduduk kawasan kajian saya, Taman
Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur untuk menghantar barangan terpakai untuk dikitar semula.
8.5.2 MENGADAKAN KEMPEN
Pihak kerajaan harus mengadakan kempen kitar semula dengan lebih giat. Kempen-kempen
tersebut haruslah membicarakan tentang amalan kitar semula dan bagaimanakah amalan kitar
semula boleh dilakukan. Kesannya terhadap alam sekitar dan bagaimanakah amalan kitar semula
dapat memelihara alam sekitar harus disertakan dalam kempen-kempen tersebut.
8.5.3 MENGADAKAN GOTONG ROYONG
Aktiviti gotong-royong merupakan penyelesaian kepada masalah kekurangan kerjasama. Ini
adalah sebab melalui aktiviti gotong-royong, hubungan silaturrahim antara satu dengan yang lain
boleh dijalinkan dan apabila itu berlaku, penduduk akan memberi kerjasama yang lebih banyak,
membolehkan amalan kitar semula senang dijalankan.
8.5.4 NILAI DAN UNSUR PATRIOTISME
Kerjasama yang berterusan oleh semua pihak iaitu individu, masyarakat, pihak berkuasa, media
massa, kerajaan dan pihak swasta amat dihargai untuk menjamin cadangan-cadangan yang
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
21/48
Page
21
dikemukakan boleh digunakan untuk mengurangkan masalah-masalah yang dihadapi oleh
penduduk di kawasan kajian saya, Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
22/48
Page
22
9.0 RUMUSAN
Dalam kajian ini, saya dapat menghuraikan konsep kitar semula dengan lengkap berserta
contoh yang relevan. Saya juga dapat menyatakan dan menghuraikan jenis bahan dan amalan
kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur berserta menerapkan nilai atau
unsur patriotisme. Selain itu, saya dapat menjalankan soal selidik, memproses data mentah
kepada jadual dan mentafsir kepentingan kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala
Lumpur serta mengkaji dan menghuraikan masalah kitaran semula di Taman Sri Angsana
Hilir, Kuala Lumpur. Akhir sekali, saya dapat mencadangkan dan menghuraikan langkah
untuk mengatasi masalah dalam melaksanakan kitar semula di Taman Sri Angsana Hilir,
Kuala Lumpur serta menerapkan nilai dan unsur patriotisme serta menerapkan nilai dan
unsur patriotisme dalam dapatan kajian di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala Lumpur.
Pada pandangan saya, masalah-masalah yang terdapat di Taman Sri Angsana Hilir, Kuala
Lumpur dapat diatasi dengan kerjasama masyarakat dan pihak yang berkenaan. Lantaran itu,
saya amat gembira kerana melalui kajian ini, saya dapat menyemarakkan lagi keprihatinan
saya terhadap alam sekitar selain mendapat kerjasama daripada penduduk di kawasan kajian
saya, Taman Sri Angsana Hilir.
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
23/48
Page
23
10.0 LAMPIRAN
1. Soal selidik2. Surat kad pengenalan diri3. Surat kebenaran membuat kajian.4. Surat makluman kepada ibu-bapa5. Surat kebenaran ibu-bapa
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
24/48
Page
24
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
25/48
Page
25
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
26/48
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
27/48
Page
27
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
28/48
Page
28
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
29/48
Page
29
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
30/48
Page
30
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
31/48
Page
31
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
32/48
Page
32
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
33/48
Page
33
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
34/48
Page
34
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
35/48
Page
35
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
36/48
Page
36
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
37/48
Page
37
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
38/48
Page
38
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
39/48
Page
39
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
40/48
Page
40
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
41/48
Page
41
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
42/48
Page
42
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
43/48
Page
43
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
44/48
Page
44
SURAT KAD PENGENALAN DIRI
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
45/48
Page
45
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
46/48
Page
46
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
47/48
Page
47
11.0 RUJUKAN
1.
BUKU TEKS
Abd. Rahim Md Nor, 2004, Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah Geografi
Tingkatan 3, Selangor : Cerdik Publications Sdn. Bhd.
2. INTERNET
-
8/7/2019 KGT Geografi Form 3 Form
48/48
2(a) http://my.opera.com/LA21MPS/blog/show.dml/392905
2(b) http://ms.wikipedia.org/wiki/Kitar_semula
2(c) http://www.kkk.org.my/melayu/index.php/tips-penggunaan-lestari/alam-sekitar/60-
amalan-3r-di-rumah.html
2(d) http://smkpenghulusaad.wordpress.com/2009/07/03/kitar-semula-recycle/
2(e) http://www.afn.org/~afn21661/Problems.htm (diterjemahkan ke bahasa melayu)
3. BUKU RUJUKANChong Mui Sen, 2010, Nexus Pro PMR 1.2.3. Geografi, Selangor : Sasbadi Sdn. Bhd.