KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi...

28

Transcript of KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi...

Page 1: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan
Page 2: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

2  

Page 3: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

INTEGRASI PROSES PEMBANGUNAN SPIRITUAL MELALUI

ILMU INTELEKTUAL DALAM JABATAN PENDIDIKAN TEKNIK

DAN KEJURUTERAAN, FAKULTI PENDIDIKAN, UTM

KHAIRUNNISA BINTI AZAHARI

Laporan projek ini dikemukakan sebagai memenuhi sebahagian daripada

syarat penganugerahan Ijazah Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

APRIL 2010

Page 4: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

ii  

Page 5: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

iii  

DEDIKASI

Alhamdullillah syukur ke hadrat

Allah S.W.T.

Dengan izinNya dan kebesaranNya mengurniakanku kekuatan untuk menyiapkan

Projek Sarjana Muda ini.

Terima kasih yang tidak terhingga buat penyeliaku yang amat dihormati

Dr. Rohana Hamzah

Seorang penyelia yang sangat membantu dan memotivasikanku dalam perjuangan

mencari kebenaran ini.

Jutaan terima kasih buat ayahanda dan bonda yang ku cintai

Hj. Azahari b. Yop

&

Hjh. Khalijah bt. Mustaffa

Di atas pengorbanan, kesabaran dan sokongan padu kepada perjuanganku.

Kekanda dan adinda tersayang,

Khairi & Khairil Azman.

Terima kasih di atas segala kefahaman dan pengorbanan kalian.

Tidak lupa rakan-rakan seperjuangan

Rakan-rakan seperjuangan

dan rakan-rakan seliaan Dr. Rohana

Terima kasih di atas segala bantuan dan sokongan kalian.

Semoga ukhwah ini kekal berpanjangan.

Page 6: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

iv  

PENGHARGAAN

ÉΟó¡ Î0 «! $# Ç⎯≈ uΗ ÷q§9 $# ÉΟŠ Ïm§9 $#

Alhamdulillah syukur yang setingginya dipanjatkan ke hadrat Allah S.W.T

kerana dengan limpah rahmat dan kasih sayangNya, maka saya dapat menyiapkan

kajian ini. Selawat dan salam untuk junjungan Rasullullah s.a.w serta para sahabat

baginda.

Pertamanya, saya ingin merakamkan ucapan terima kasih buat Dr. Rohana

Hamzah selaku penyelia PSM ini. Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek

masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang

tempoh kajian ini. Keikhlasan serta dedikasi beliau amat saya kagumi.

Teristimewa buat ayahanda dan bonda yang telah banyak berkorban mendidik

dan membimbing saya sedari kecil hingga kini. Jasa dan pengorbanan kalian tidak

dapat dilupakan. Moga Allah S.W.T melimpahkan rahmatNya buat kami seisi

keluarga.

Sekalung ucapan terima kasih buat teman-teman seperjuangan yang banyak

membantu memberikan sokongan, semangat, idea serta kritikan membina sehingga

terhasilnya penulisan kajian ini. Segala budi dan jasa kalian amat dihargai.

Terima kasih juga kepada individu yang terlibat secara langsung atau tidak

langsung dalam membantu menyiapkan penyelidikan ini. Semoga Allah S.W.T

membalas jaga baik kalian.

Jazakumullahu khairan kathiran.

Page 7: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

v  

ABSTRAK Kajian deskriptif ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti persepsi pelajar

terhadap tahap integrasi spiritual dengan ilmu teknikal di kalangan pensyarah-

pensyarah di Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (JPTK). Elemen yang

dikaji adalah kepercayaan kepada Tuhan dan bimbingan tujuan hidup sebagai

khalifah. Bimbingan tujuan hidup sebagai khalifah terbahagi kepada tiga iaitu

tanggungjawab terhadap diri sendiri, orang lain dan alam persekitaran. Sampel kajian

terdiri daripada 99 orang pelajar tahun akhir di JPTK pada semester 2 sesi

2009/2010. Instrumen yang digunakan adalah satu set soal selidik. Nilai

kebolehpercayaan item soal selidik adalah α=0.96. Data telah dikumpul dengan

menggunakan Statistical Package Social Science (SPSS) versi 17.0 untuk

mendapatkan nilai kekerapan, peratusan dan min. Hasil dapatan kajian menunjukkan

penerapan elemen ilmu spiritual yang pertama iaitu kepercayaan kepada Tuhan

berada pada tahap sederhana dengan min 3.33. Manakala elemen spiritual yang

kedua iaitu bimbingan tujuan hidup sebagai khalifah memperolehi min sebanyak

3.61, juga berada di tahap sederhana. Analisa terperinci menunjukkan bimbingan

tanggungjawab membaiki diri sendiri mempunyai min terendah (3.47), diikuti

bimbingan tanggungjawab terhadap alam sekitar (3.66) dan yang paling tinggi adalah

bimbingan tanggungjawab terhadap orang lain (3.69). Dapatan ini menunjukkan

pensyarah-pensyarah JPTK mengintegrasikan elemen spiritual dengan ilmu teknikal

pada tahap sederhana. Oleh itu, kajian ini mencadangkan agar pensyarah-pensyarah

di JPTK diberi pendedahan dan latihan tentang proses integrasi ilmu spiritual melalui

aktiviti pengajaran dan pembelajaran.

Page 8: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

vi  

ABSTRACT This descriptive study was carried out with purpose to determine students’

perception towards the integration level between spiritual and technical study among

Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (JPTK) lecturer. The elements have

been studied are believed in God and the purpose of life as a khalifah (leadership).

The purpose of life is divided into three which are responsibility to oneself, others

and the physical world. Research sample was consisted of 99 final year students of

JPTK on semester 2 sessions 2009/2010. A set of questionnaire has been used as the

research instrument. The reliability value for questionnaire items was α=0.96. The

result of this study has been analyzed using Statistical Packages for Social Science

(SPSS) version 17.0 software to obtain frequency, percentage and mean. Outcome

for the first spiritual element, which is encouragement to belief in God shows that

this element is at moderate level with mean 3.33. Otherwise, the second spiritual

element which is the encouragement to understand the purpose of life as a khalifah

also in moderate level with mean 3.61. The details analysis showed that

encouragement to responsible towards oneself was the lowest mean (3.47), followed

by responsible towards the physical world (3.66) and the highest was the

encouragement to responsible towards the others (3.69). Outcome of this study

showed that JPTK lecturers integrated spiritual elements with technical study in

moderate level. Thus, this study suggested to expose and train JPTK’s lecturer to

integrate spiritual elements with their teaching and learning activities.

Page 9: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

vii  

SENARAI KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKASURAT PENGESAHAN STATUS TESIS

PENGESAHAN PENYELIA

JUDUL

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

ISI KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xii

SENARAI RAJAH xiv

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL xv

SENARAI LAMPIRAN xvi

BAB 1 PENDAHULUAN MUKASURAT 1.1 PENGENALAN 1

1.2 LATARBELAKANG MASALAH 6

1.3 PENYATAAN MASALAH 8

1.4 OBJEKTIF KAJIAN 9

1.5 PERSOALAN KAJIAN 10

1.6 SKOP KAJIAN 11

Page 10: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

viii  

1.7 BATASAN KAJIAN 11

1.8 KEPENTINGAN KAJIAN 11

1.9 KERANGKA KAJIAN 12

1.10 DEFINISI ISTILAH 19

1.10.1 Persepsi 19

1.10.2 Integrasi 20

1.10.3 Pelajar tahun 4 SPA/E/J/H 20

1.10.4 Spiritual 20

1.10.5 Holistik 21

1.10.6 Pembangunan spiritual 22

1.10.7 Sekularisasi 22

1.10.8 Keyakinan 23

1.10.9 Khalifah 23

1.11 PENUTUP 24

BAB 2 SOROTAN KAJIAN MUKASURAT

2.1 PENGENALAN 25

2.2 MAKNA PENDIDIKAN 25

2.3 PENDIDIKAN TEKNIKAL DAN VOKASIONAL 27

2.4 ILMU INTELEKTUAL DALAM PENDIDIKAN 29

2.5 ILMU SPIRITUAL DALAM PENDIDIKAN 32

2.6 PENDEKATAN HOLISTIK DALAM PENDIDIKAN 34

2.6.1 Elemen Pendidikan Spiritual 38

2.7 PENUTUP 49

Page 11: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

ix  

BAB 3 METADOLOGI KAJIAN MUKASURAT

3.1 PENGENALAN 50

3.2 REKABENTUK KAJIAN 50

3.3 TEMPAT KAJIAN 51

3.4 POPULASI KAJIAN 51

3.5 INSTRUMEN KAJIAN 52

3.5.1 Pembinaan Item Set Soal Selidik 54

3.5.2 Bahagian A 56

3.5.3 Bahagian B 56

3.6 PROSEDUR KAJIAN 58

3.7 JANGKA MASA KAJIAN 60

3.8 KAJIAN RINTIS 61

3.5.4 Kesahan Soal Selidik 61

3.5.5 Kebolehpercayaan Soal Selidik 64

3.9 PENGEKODAN DATA 65

3.10 ANALISIS DATA 67

3.11 PENUTUP 68

BAB 4 ANALISIS DATA MUKASURAT

4.1 PENGENALAN 69

4.2 BAHAGIAN A: ANALISIS LATARBELAKANG 70

RESPONDEN

4.2.1 Analisis Persoalan Kajian 1 70

4.3 BAHAGIAN B: ANALISIS DATA PERSOALAN KAJIAN 73

4.3.1 Analisis Persoalan Kajian 2 73

4.3.2 Analisis Persoalan Kajian 3 75

4.3.2.1 Analisis Persoalan Kajian 3(a) 75

4.3.2.2 Analisis Persoalan Kajian 3(b) 77

4.3.2.3 Analisis Persoalan Kajian 3(c) 79

Page 12: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

x  

4.3.2.4 Analisis keseluruhan persoalan kajian 3 81

4.4 RUMUSAN KESELURUHAN ANALISIS DATA 82

4.4.1 Analisis Persoalan Kajian 4 82 4.5 ANALISIS INFERENSI 83

4.5.1 Analisis Persoalan Kajian 5 84

4.6 PENUTUP 86

BAB 5 RUMUSAN, PERBINCANGAN DAN MUKASURAT

CADANGAN

5.1 PENGENALAN 87

5.2 RINGKASAN DAPATAN KAJIAN 88

5.3 PERBINCANGAN 90

5.3.1 Bahagian A – Perbincangan Bahagian Demografi 90

Responden

5.3.2 Bahagian B – Perbincangan Persoalan Kajian 93

5.3.2.1 Penerapan Kepercayaan Kepada Tuhan 93

5.3.2.2 Bimbingan Bertanggungjawab Membaiki 96

Diri Sendiri

5.3.2.3 Bimbingan Bertanggungjawab Membantu 99

Orang Lain

5.3.2.4 Bimbingan Bertanggungjawab Terhadap 102

Alam Persekitaran

5.3.2.5 Bimbingan Tujuan Hidup Sebagai Khalifah 105

5.4 CADANGAN KAJIAN 106

5.4.1 Pensyarah di JPTK 106

5.4.2 Fakulti Pendidikan 107

5.5 CADANGAN KAJIAN LANJUTAN 109

5.5 PENUTUP 110

Page 13: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

xi  

RUJUKAN 111

LAMPIRAN A-E 115

Page 14: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

xii  

SENARAI JADUAL

NO. TAJUK MUKASURAT

Jadual 1.1 Penerangan perbezaan modal kebendaan, modal sosial 7

dan modal spiritual

Jadual 3.1 Taburan pelajar tahun 4 JPTK mengikut kursus bagi 52

sesi 2 2009/2010

Jadual 3.2 Jadual pembinaan item set soal selidik 54

Jadual 3.3 Taburan soalan mengikut setiap persoalan kajian 56

Jadual 3.4 Taburan skor mengikut Skala Likert 57

Jadual 3.5 Senarai aktiviti dan jangkaan masa bagi kajian ini 60

Jadual 3.6 Senarai item soal selidik sebelum dan selepas dibaiki 63

Jadual 3.7 Nilai korelasi dan interpretasi kebolehpercayaan 65

soal selidik

Jadual 3.8 Jadual pengekodan set soal selidik bahagian A 66

Jadual 3.9 Jadual pengekodan set soal selidik bahagian B bagi item positif 67

Jadual 3.10 Skala Likert lima mata kepada tiga mata 68

Jadual 3.11 Taburan nilai min mengikut tahap 68

Jadual 4.1 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut kursus 70

Jadual 4.2 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut jantina 71

Jadual 4.3 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut umur 71

Jadual 4.4 Taburan frekuensi dan peratus responden mengikut 72

latarbelakang pendidikan

Jadual 4.5 Taburan nilai min setiap item mengikut persepsi responden 73

terhadap penerapan kepercayaan kepada Tuhan oleh

pensyarah JPTK dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Page 15: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

xiii  

NO. TAJUK MUKASURAT

Jadual 4.6 Taburan nilai min setiap item mengikut persepsi responden 76

terhadap bimbingan bertanggungjawab ke atas diri sendiri

oleh pensyarah JPTK dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Jadual 4.7 Taburan nilai min setiap item mengikut persepsi responden 78

terhadap bimbingan bertanggungjawab ke atas orang lain oleh

pensyarah JPTK dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Jadual 4.8 Taburan nilai min setiap item mengikut persepsi responden 80

terhadap bimbingan bertanggungjawab ke atas alam persekitaran

oleh pensyarah JPTK dalam proses pengajaran dan pembelajaran

Jadual 4.9 Min bagi persoalan kajian 2 mengikut persepsi pelajar tahun 81

akhir JPTK

Jadual 4.10 Analisis ANOVA Univariate antara faktor demografi dengan 83

pemboleh ubah bebas penerapan kepercayaan kepada Tuhan

Jadual 4.11 Analisis ANOVA Univariate antara faktor demografi dengan 83

pemboleh ubah bebas bimbingan tanggungjawab terhadap

diri sendiri

Jadual 4.12 Analisis ANOVA Univariate antara faktor demografi dengan 84

pemboleh ubah bebas bimbingan tanggungjawab terhadap

orang lain

Jadual 4.13 Analisis ANOVA Univariate antara faktor demografi dengan 85

pemboleh ubah bebas bimbingan tanggungjawab terhadap

alam persekitaran

Jadual 4.14 Nilai keseluruhan min bagi setiap persoalan kajian 85

Page 16: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

xiv  

SENARAI RAJAH

NO. TAJUK MUKASURAT

Rajah 1.1 Model konsep integrasi kepercayaan kepada Tuhan 14

dengan tiga elemen yang perlu ada pada seorang

khalifah (pemimpin).

Rajah 1.2 Model perkembangan ilmu intelek yang dipandu oleh 16

ilmu wahyu

Rajah 1.3 Model integrasi perkembangan ilmu dengan proses 18

pembangunan spiritual untuk menghasilkan modal

insan berkualiti.

Rajah 2.1 Rajah konsep pengembangan manusia yang seimbang dan 31

harmoni oleh FPK

Rajah 3.1 Carta alir prosedur kajian 58

Rajah 5.1: Model konsep pengembangan pendidikan teknik dan kejuruteraan 107

yang seimbang.

Rajah 5.2: Aras pengembangan kursus holistik yang berfokuskan bidang 108

teknikal

Page 17: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

xv  

SENARAI SINGKATAN DAN SIMBOL

UTM Universiti Teknologi Malaysia

JPTK Jabatan Pendidikan Teknik dan Kejuruteraan

SPA Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam)

SPE Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Elektrik)

SPJ Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal)

SPH Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kemahiran Hidup)

SPSS Statistical Package for Social Sciences

df Degree of freedom

Sig Signifikan

S.W.T subhanahu wataala

s.a.w salallahualaihiwasallam

r.a radhiallahu ’anha

IQ Inteligence Quotient / Kepintaran akal

EQ Emotion Quotient / Kepintaran emosi

SQ Spiritual Quotient / Kepintaran kerohanian

Page 18: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

xvi  

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN. TAJUK MUKASURAT

A Gantt chart 115

B Set soal selidik 118

C Surat kesahan pensyarah 125

D Surat populasi tahun 4 SPA/E/J/H dari FP 130

E Hasil data analisis SPSS 132

Page 19: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

17  

BAB 1

PENDAHULUAN

1.1 Pengenalan

Malaysia kini sedang memasuki fasa kedua ke arah mencapai wawasan 2020

dimana negara berhasrat untuk menjadi negara yang maju mengikut acuan sendiri.

Sehubungan itu, kerajaan di bawah kepimpinan perdana menteri kelima, Tun

Abdullah Hj. Ahmad Badawi telah memperkenalkan rangka kerja pelaksanaan baru,

iaitu Misi Nasional dalam Rancangan Malaysia Ke-Sembilan bagi mencapai

wawasan dan matlamat negara dalam jangka masa 15 tahun akan datang. Teras

kedua Misi Nasional ini amat memberi penekanan terhadap pembangunan modal

insan yang mempunyai ‘minda kelas pertama’. Ini jelas menunjukkan hasrat negara

yang mahu maju seimbang dari segi ekonomi, politik, sosial, kerohanian dan

kebudayaan.

Sistem pendidikan kebangsaan kini pula menghadapi cabaran kesan

globalisasi, liberalisasi, pengantarabangsaan dan perkembangan teknologi maklumat

dan komunikasi (ICT). Justeru, Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)

membangunkan empat teras sistem pendidikan dalam Pelan Induk Pembangunan

Pendidikan (PIPP) iaitu akses kepada pendidikan, ekuiti dalam pendidikan, kualiti

dalam pendidikan dan kecekapan dan keberkesanan pengurusan pendidikan.

Berdasarkan teras sistem pendidikan ini, KPM melaksanakan dasar pembangunan

pendidikan untuk mencapai matlamat pendidikan. Salah satu daripada matlamat

Page 20: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

18  

pendidikan adalah untuk memperkembang potensi individu secara menyeluruh bagi

melahirkan insan yang seimbang daripada segi jasmani, emosi, rohani dan intelek.

Sehubungan itu, Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia

menyenaraikan lima objektif program pengajian yang sama bagi setiap kursus yang

ditawarkan. Kepentingan pembangunan spiritual turut digariskan pada objektif

kelima iaitu ‘untuk menghasilkan graduan atau pendidik holistik yang mampu

membangunkan diri serta berupaya menerapkan aspek jasmani, emosi, rohani,

intelek kepada bakal pelajar’ atau dikenali sebagai JERI.

(dicapai pada 2 Ogos 2009 daripada www.fp.utm.my/academic/Spesifikasi/spj.htm).

Pendidik dari kacamata Islam adalah satu kedudukan yang perlu diberi

penghormatan yang tinggi. Abd Halim El-Muhammady (1986), menyatakan

pendidik adalah pemegang amanat Allah S.W.T yang dipertanggungjawabkan untuk

membantu membina manusia dimana penglibatannya adalah menyeluruh meliputi

bidang keilmuan (intelek), fizikal dan kerohanian (spiritual). Dengan ini, jiwa pelajar

akan terbangun apabila ilmu yang disampaikan oleh pendidik dapat memberikan

mereka kesedaran tentang hakikat diri, hubungan diri dengan Allah S.W.T, hubungan

diri dengan orang lain dan alam sekeliling (Zawawi, 1988; Abdul Rahman, 2003;

Rohana, 2009a). Dasarnya, ilmu tersebut adalah ilmu kebenaran dan berupaya

membantu pelajar membezakan antara yang batil dan haq (Ghazali, 1986; Abd Halim

El-Muhammady, 1986; Rohana, 2009b).

Terdapat dua jenis ilmu yang wujud di dunia ini iaitu ilmu yang diterima,

dikenali juga ilmu wahyu dan ilmu yang dipelajari dari kecerdasan akal manusia.

Menurut Hasan Langgulung (1981), ilmu sains iaitu salah satu ilmu kecerdasan akal

adalah terbit dari falsafah warisan kebudayaan Islam. Beliau juga menyatakan

pemikir-pemikir agung Islam seperti Ibnu Sina, Ibnu Miskawaih, Ibnu Khaldun dan

lain-lain mempunyai karya-karya pemikiran yang lebih luas dan penuh kreativiti.

Bermula pada kurun ke-18, penulis-penulis barat telah mengembangkan karya

tersebut dari sudut teknologinya sehingga ia terpisah jauh dari falsafah Islam. Proses

pengasingan antara ilmu intelek dengan agama inilah yang dikenali sebagai

sekularisasi (Ghazali,1986).

Page 21: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

19  

Sekularisasi terbahagi kepada dua bentuk iaitu penolakan secara total

terhadap pendidikan agama dan meletakkan garis pemisahan antara agama dengan

bukan agama (Ghazali, 1986). Fahaman sekular yang memisahkan antara kedua

cabang ilmu ini bermula dari pengaruh Renaissance di Eropah. Menurut Ghazali

(1986) juga, pertumbuhan pemisahan antara agama dan bidang intelek semakin

rancak dengan fahaman ilmu akal Galeleo, fahaman dua-bentuk kebenaran, Dualisme

Locke dan Atomisme Dewey. Akibatnya, Malaysia turut terbelenggu dengan sistem

pendidikan manifestasi gabungan konsep Dualism Locke dan Atomisme Dewey

(Musa Nantrak, 1987).

Menurut Love dan Talbot (1999), pengasingan kedua ilmu ini akan

menghasilkan manusia yang malas berfikir. Namun, pendidikan di Malaysia

mempunyai penerapan kemahiran berfikir di sekolah melalui penerapan kemahiran

berfikir secara kritis dan kreatif (KBKK) (Mohd Nashuha et al., 1995). Pendekatan

yang terbaik untuk digunakan adalah KBKK secara penyebatian. Menurut Mohd

Nashuha et al. (1995) lagi, pendekatan KBKK secara penyebatian adalah satu proses

penyusunan semula isi kandungan sukatan pelajaran disamping memasukkan arahan

berfikir. Malangnya, tiada unsur penyebatian dengan kerohanian sedangkan galakan

berfikir yang seharusnya diterapkan oleh pendidik adalah dengan pemerhatian alam

(Zawawi, 1988; Shaikh Abdul Mabud, 2001), diri manusia sendiri dan Al-Quran agar

manusia yang dididik dapat mengenal tanda-tanda Allah S.W.T dan mengakui

kewujudanNya (Hasan Langgulung, 1986).

Pemisahan ilmu inilah kejayaan fahaman sekular yang didokongi oleh

masyarakat barat sehingga menyebabkan pemikiran masyarakat Malaysia terjajah

dan lebih suka menjadi pengikut dari penjadi pengasas atau pemimpin. Untuk

melepaskan diri dan anak bangsa dari kongkongan ini, menjadi tugas guru untuk

membina manusia yang intelek, kreatif dan inovatif dimana mereka mampu

memahami bahasa simbolik alam disamping mengetahui perjanjian kehidupannya

terhadap Tuhan yang Esa (Rohana, 2009b).

Perjanjian kehidupan setiap roh manusia adalah merujuk kepada perjanjian

alam roh dimana roh setiap manusia tidak kira lahirnya sebagai muslim atau bukan

Page 22: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

20  

bukan muslim telah berjanji di hadapan Tuhan yang Maha Esa, seperti yang

dinyatakan dalam surah yang berikut,

“dan (ingatlah Wahai Muhammad) ketika Tuhanmu mengeluarkan zuriat anak-anak Adam (turun-temurun) dari (tulang) belakang mereka, dan ia jadikan mereka saksi terhadap diri mereka sendiri, (sambil ia bertanya dengan firmanNya): "Bukankah Aku Tuhan kamu?" mereka semua menjawab: "Benar (Engkaulah Tuhan kami), Kami menjadi saksi". Yang demikian supaya kamu tidak berkata pada hari kiamat kelak: "Sesungguhnya Kami adalah lalai (tidak diberi peringatan) tentang (hakikat tauhid) ini".

(Al-A’raaf:172)

Perjanjian roh manusia inilah menyebabkan setiap hati manusia mempunyai

satu kebenaran yang sama iaitu wujudnya satu kuasa yang Maha Agung (Hasan

Langgulung, 1981; Rohana, 2009b). Kepercayaan ini menyebabkan jiwa manusia

tidak akan tenang jika dirinya dipisahkan dari kepercayaan ketuhanan. Menurut

pakar-pakar psikologi barat MacKenzie, J.G, Wadfierld dan Jung, C.G di dalam Abd

Rahman (2005) menyatakan kebanyakkan manusia yang mengalami tekanan jiwa

mempunyai kaitan dengan agama dan usaha untuk menyembuhkan mereka adalah

dengan menghubungkan keyakinan diri mereka terhadap kekuasaan Tuhan. Tepat

seperti yang dinyatakan oleh Ibnu Qaiyim Al-Jauzi, bahawa pengetahuan psikologi

dan agama amat perlu digunakan bersama-sama dalam proses merawat dan

menyembuh penyakit-penyakit manusia (dicapai 10 Januari 2010 dari

http://pkmains.mmu.edu.my/artikel/perkahwinan_kehidupan.html).

Di dalam Al-Quran juga ada menyatakan tentang tujuan kehidupan manusia

di alam dunia ini dalam surah yang berikut,

“dan (ingatlah) Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadat kepadaKu”

(Adz-Dzaariyaat:56) Ayat ini jelas menunjukkan setiap perbuatan yang manusia lakukan adalah ibadat

kepada Allah S.W.T. Oleh itu, Zawawi (1988) menegaskan ibadah melalui

pendidikan bermaksud menerapkan nilai tauhid dan akidah bersama-sama ilmu

intelektual kepada manusia. Penerapan ini perlu dilaksanakan oleh para pendidik.

Selaras dengan kalimah shahadah yang wajib dilafazkan oleh setiap muslim juga

Page 23: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

21  

adalah bukti perjanjian ibadah manusia terhadap Allah S.W.T dimana manusia

menyatakan kesaksian terhadap kewujudan Allah S.W.T dan kesaksian syariat

Rasulullah s.a.w yang memfokuskan tanggungjawab manusia terhadap dirinya

sendiri, orang lain dan alam persekitarannya (Rohana, 2009a).

Untuk menghasilkan manusia yang faham tanggungjawab, mempunyai tujuan

kehidupan dan progresif, pendidik perlu mendidik pelajar dengan mengintegrasikan

semula kedua ilmu ini. Dengan kata lain, membangunkan jiwa pelajar yang

cenderung kepada kebenaran dan memahami tanggungjawabnya sebagai khalifah

Allah S.W.T (Rohana, 2009). Menurut Hasan Langgulung (1986), pendidikan

seharusnya mampu mendidik manusia mengenali Tuhan Yang Esa melalui tanda-

tandanya. Al-Quran ada menyebut tanda-tanda Allah S.W.T terdapat pada diri dan

alam sejagat selain dalam Kitab suci Al-Quran. Hasan Langgulung (1986), juga

menyatakan mengajar ilmu yang hanya tertumpu kepada sesuatu kriteria sahaja

bermakna mengabaikan tanda-tanda Allah S.W.T yang lain dan jelas ini adalah

bertentangan dengan semangat pendidikan yang disarankan di dalam Al-Quran itu

sendiri.

Kepentingan penggabungan kembali kedua ilmu ini juga disedari oleh

pengkaji barat. Love dan Talbot (1999), menyatakan bidang kerohanian dan

pembangunan spiritual amat jarang diperkatakan di dalam pengajian tinggi mahupun

dalam penulisan kajian pelajar. Kepentingan pembangunan spiritual dapat dilihat dari

Misi Nasional, Pelan Induk Pembangunan Pendidikan dan misi Universiti Teknologi

Malaysia yang mengimpikan warganegara yang seimbang antara fizikal dan rohani.

Namun begitu, sekiranya bidang pendidikan gagal untuk membuat penyatuan

perkembangan ilmu intelektual dengan pembangunan spiritual, ia mungkin

menyumbang kepada halangan terhadap pengukuhan kepercayaan terhadap agama,

ketidakupayaan untuk berfikir secara kritikal, tidak sensitif dengan isu yang

berkaitan dengan nilai dan etika dan tidak mahu bertanya (Love dan Talbot, 1999).

Page 24: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

22  

1.2 Latarbelakang Masalah

Jabatan Pendidikan Teknik Dan Kejuruteraan (JPTK) adalah salah satu

jabatan di dalam Fakulti Pendidikan, Universiti Teknologi Malaysia. Terdapat empat

kursus yang ditawarkan di bawah JPTK iaitu Sarjana Muda Kejuruteraan serta

Pendidikan (Kejuruteraan Awam), (Kejuruteraan Elektrik), (Kejuruteraan

Mekanikal) dan (Kemahiran Hidup).

Struktur program bagi setiap kursus di bawah JPTK adalah 50 peratus bagi

penilaian peperiksaan dan 50 peratus bagi penilaian kerja kursus tetapi bagi

matapelajaran amali, penilaiannya adalah 100 peratus dari hasil kerja kursus. Pelajar

di bawah JPTK wajib menghabiskan 124 jam kredit dengan minimum CGPA 2.0,

lulus latihan mengajar, lulus latihan industri dan menghabiskan semua program

kursus maksimum enam tahun (Faculty of Education Academic Guidelines).

Visi Fakulti Pendidikan adalah untuk menjadi fakulti yang unggul, cemerlang

dan terkehadapan dalam bidang pendidikan. Manakala misi Fakulti Pendidikan

adalah untuk menerajui pembangunan sumber manusia dan teknologi yang kreatif

selaras dengan aspirasi negara (dicapai pada 15 September 2009 dari

www.fp.utm.my/aim/aim.htm). Kini, negara melalui RMK-9 memberi fokus kepada

pembangunan modal insan yang dirangka supaya bersifat holistik dan bersepadu

dimana tidak hanya tertumpu kepada aspek ilmu dan kemahiran tetapi turut

merangkumi aspek pembangunan keinsanan yang terbina menerusi falsafah hidup,

agama dan moral (Zaini Ujang, 2009).

Menurut Zohar dan Marshall (2004), modal kekayaan hidup seseorang

manusia diklasifikasikan kepada tiga bahagian iaitu kebendaan, sosial dan spiritual di

mana modal terhadap kebendaan berkait dengan kerasional atau kepintaran akal (IQ),

modal terhadap sosial berkait dengan kepintaran emosi (EQ) dan modal kejiwaan

berkait dengan kepintaran spiritual (SQ). IQ berfungsi untuk memberikan

pertanyaan tentang apa yang manusia fikirkan. Manakala EQ berfungsi untuk

memberikan pertanyaan tentang apa yang manusia rasakan manakala SQ berfungsi

Page 25: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

23  

memberikan pertanyaan tentang siapakah saya? (Zohar and Marshall,2004). Jadual

1.1 menunjukkan tentang penerangan perbezaan antara modal kebendaan, modal

sosial dan modal spiritual manusia.

Jadua 1.1: Penerangan perbezaan modal kebendaan, modal sosial dan modal

spiritual. Capital Intelligence Function Material Capital

IQ :Rasional Intelligence What I think?

Social Capital

EQ:Emotional Intelligence What I feel?

Spiritual Capital SQ:Spiritual Intelligence What/Who am I?

(Zohar dan Marshall, 2004: 4) Maslow di dalam kajian Love dan Talbot (1999), menyatakan bahawa

pembangunan manusia tidak sempurna tanpa pembangunan spiritual. Kehidupan

spiritual adalah sebahagian daripada keperluan manusia dimana ia adalah bahagian

sebenar diri manusia (The real self), identiti dan teras dalaman yang penuh sifat

kemanusiaan.

Tunku Sarah di dalam Rohana Hamzah (2009a), menyatakan bahawa sistem

pendidikan akan menjadi lebih cekap sekiranya proses pembangunan spiritual

ditekankan di mana ia adalah satu bentuk mengetengahkan kebenaran dan kesedaran

kendiri (self-awareness). Tunku Sarah juga melabelkan pendidik sebagai bapa

kepada proses pembentukan jiwa sekiranya proses pengajaran dan pembelajaran

yang dijalankan turut menerapkan nilai-nilai moral berdasarkan kebenaran.

Menurut Hasan Langgulung (2003), kesan daripada pendidikan yang

menggabungkan pembangunan kerohanian dalam bidang intelek akan menghasilkan

manusia yang berakhlak baik, adil, tabah dan dekat dengan Allah S.W.T iaitu

Penciptanya. Beliau juga menambah, kelemahan dalam sesebuah organisasi adalah

bermula dari kelemahan akhlak pekerja dimana mereka tidak mampu untuk

menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi. Para pelajar adalah manusia yang

bakal menjadi pekerja di pelbagai sektor akan datang. Maka, pembentukan akhlak

mereka perlu digarap agar berdisiplin, bermotivasi dan bertanggungjawab. Turut

Page 26: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

24  

disertakan teks Hadis dari Ibnu ‘Amru r.a yang meriwayatkan sabda Rasullulah

s.a.w:

“Sebaik-baik manusia itu ialah mereka yang paling baik akhlaknya”

(Abdul Ghani, 2002: 408)

1.3 Penyataan Masalah

Ghazali (1986) menyatakan ramai para pengkaji holistik bersependapat

bahawa pengajaran yang mengaitkan antara ilmu yang diterima (wahyu) dengan ilmu

dari kecerdasan akal dapat membentuk manusia yang lebih baik, cekal, bijak dan

rapat dengan Penciptanya iaitu Allah S.W.T. Pendidikan holistik akan membawa

mereka menyedari kesaksian akan kewujudan Tuhan serta faham tujuan hidup dan

tanggungjawabnya sebagai khalifah kepada Allah S.W.T di bumi ini (Hasan

Langgulung, 2003; Rohana, 2009a). Malangnya proses pengajaran dan pembelajaran

kini lebih dipengaruhi oleh pendekatan sekular yang pada asasnya perkembangan

ilmu intelektual telah terpisah dari ilmu agama sehingga menyebabkan

penggabungan kembali kedua jenis ilmu ini amat sukar.

Untuk menghasilkan modal insan yang berkualiti dan mempunyai minda

kelas pertama, pendidik berhadapan dengan cabaran untuk menggabungkan kembali

sepohon pokok yang diibaratkan sebagai iaitu ilmu intelektual dengan akarnya yang

diibaratkan seperti ilmu wahyu. Kesedaran pendidik tentang keperluan

pembangunan spiritual amat perlu sebelum mampu untuk membantu proses

pencerahan jiwa pelajarnya (Hasan Langgulung, 2003; Rohana, 2009a).

Justeru, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti tahap persepsi pelajar

tahun empat Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam,

Kejuruteraan Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kemahiran Hidup) terhadap

integrasi pembangunan spiritual dengan ilmu intelektual melalui proses pengajaran

dan pembelajaran oleh pensyarah-pensyarah di JPTK, Fakulti Pendidikan, UTM.

Persepsi adalah berdasarkan elemen kepercayaan kepada Tuhan dan tujuan

Page 27: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

25  

kehidupan sebagai khalifah yang terbahagi kepada tiga iaitu kesedaran

bertanggungjawab ke atas diri sendiri, orang lain dan persekitarannya.

1.4 Objektif Kajian

Kajian ini bertujuan untuk mengetahui tahap persepsi pelajar tahun empat

Sarjana Muda Teknologi Serta Pendidikan (Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan

Elektrik, Kejuruteraan Mekanikal dan Kemahiran Hidup) terhadap pendekatan

holistik iaitu pembangunan spiritual dengan ilmu intelektual dalam proses pengajaran

pensyarah di JPTK, Fakulti Pendidikan, UTM. Justeru, kajian ini menjurus spesifik

untuk menjawab persoalan kajian berikut:

i. Mengenalpasti latarbelakang responden dari segi kursus, jantina, umur dan

latarbelakang pendidikan.

ii. Mengenalpasti tahap penerapan kepercayaan kepada Tuhan oleh pensyarah

JPTK dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

iii. Mengenalpasti tahap bimbingan terhadap tujuan kehidupan sebagai khalifah

oleh pensyarah JPTK.

iii.a Mengenalpasti tahap penerapan rasa bertanggungjawab untuk

memperbaiki diri sendiri oleh pensyarah JPTK.

iii.b Mengenalpasti tahap penerapan rasa bertanggungjawab untuk

membantu orang lain oleh pensyarah JPTK.

iii.c Mengenalpasti tahap penerapan bertanggungjawab terhadap alam

sekeliling oleh pensyarah JPTK.

iv. Mengenalpasti tahap integrasi pembangunan spiritual oleh pensyarah JPTK

melalui proses pengajaran dan pembelajaran.

Page 28: KHAIRUNNISA AZAHARI HALF · Beliau sangat banyak membantu dan tidak lokek masa untuk memberi bimbingan, tunjuk ajar dan nasihat kepada saya sepanjang tempoh kajian ini. Keikhlasan

26  

v. Mengenalpasti perbezaan tahap integrasi proses pembangunan spiritual

melalui proses pengajaran dan pembelajaran JPTK berdasarkan kursus,

jantina, umur dan latarbelakang pendidikan (sekolah terdahulu).

1.5 Persoalan kajian

Dalam kajian ini, pengkaji mengemukakan beberapa persoalan bagi

menentukan objektif kajian tercapai iaitu:

i. Apakah latarbelakang responden dari segi kursus, jantina, umur dan

latarbelakang pendidikan.

ii. Apakah tahap penerapan kepercayaan kepada Tuhan oleh pensyarah JPTK

dalam proses pengajaran dan pembelajaran?

iii. Apakah tahap bimbingan tujuan kehidupan sebagai khalifah oleh pensyarah

JPTK?

iiia Apakah tahap penerapan rasa bertanggungjawab untuk memperbaiki

diri sendiri oleh pensyarah JPTK?

iiib Apakah tahap kewujudan bimbingan untuk bertanggungjawab

terhadap orang lain oleh pensyarah JPTK?

iiic Apakah tahap kewujudan bimbingan untuk bertanggungjawab

terhadap alam sekeliling oleh pensyarah JPTK?

iv. Apakah tahap integrasi pembangunan spiritual oleh pensyarah JPTK melalui

proses pengajaran dan pembelajaran?