Khasiat Limau Bali
-
Upload
mashi-laoshi -
Category
Documents
-
view
153 -
download
0
description
Transcript of Khasiat Limau Bali
Khasiat Limau Bali
Hampir semua orang kenal buah limau bali. Isi buahnya yang segar dan banyak mengandung air,
boleh terus dimakan setelah dikupas atau sebagai campuran salad maupun rojak. Buah limau bali
[bahasa Inggeris: Pomelo) bermanfaat bagi kesihatan. Kandungan pektinnya lebih banyak
dibandingkan dengan limau jenis lain. Pektin inilah yang dipercayai mampu menurunkan
kolesterol sekaligus mengurangi risiko sakit jantung.
Fakta Ringkas Limau Bali
Nama Tempatan: Limau Bali, Limau Besar atau Limau Tambun
Nama Saintifik: Citras grandis Osbeck
Keluarga: Rutaceae
Asal:
Limau bali berasal dari asia tenggara. Penanamannya didapati meluas di Indonesia, China dan
Thailand.
Kawasan Utama Tanaman:
Di Malaysia, limau bali banyak ditanam di Perak, Kedah, Melaka, Kelantan dan Johor.
Kegunaan:
Ia biasanya dimakan segar atau diproses menjadi jus.
Khasiat dan Manfaat
Buahnya yang berwarna putih (ada yang merah) dapat dijadikan manisan setelah dibuang
bahagian kulit luarnya yang banyak mengandung kelenjar minyak. Di Vietnam, bunganya yang
harum digunakan untuk membuat minyak wangi ( perfume ). Bukan hanya itu, kayunya juga
sering dimanfaatkan untuk membuat perkakas alat dapur.
Buah limau bali amat bermanfaat menurunkan kolesterol dan melawan penyakit jantung.Selain
itu, limau bali juga baik untuk kesihatan gusi kerana kadar vitamin C-nya tinggi. Hal ini
dibuktikankan oleh pengkaji di Universiti Friedrich Schiller, Jerman, yang menemukan kaitan
kesihatan gusi pada mereka yang banyak makan buah limau bali.
Penelitian melibatkan 58 responden yang mengalami kerosakan gusi yang cukup parah.
Kenyataannya, limau bali membawa kesan positif setelah dimakan setiap hari selama dua
minggu. Bahkan, kesan positif itu juga berlaku bagi perokok maupun bukan perokok. Seperti
diketahui merokok adalah salah satu penyebab utama kerusakan gusi.
Manfaat lain limau bali, ianya mampu membersihkan sel darah merah yang telah tua di dalam
tubuh dan menormalkan hematokrit (percentage sel darah per volume darah). Sekaligus sebagai
sumber antioksidan bagi penyakit kanser.
Selain dimakan buahnya, limau bali sering diolah dalam bentuk jus. Semasa membuat jus, anda
boleh mencampur limau bali dengan bahan atau buah lainnya, sehingga rasanya jadi lebih
nikmat.
#Sumber vitamin C dan menurunkan kolesterol Makan dua “ruang” (ruang dalam buah) limau bali ukuran sedang setiap hari untuk mendapatkan
manfaatnya secara maksima.
#Minuman antioksidan dan antikanser Ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya. Masukkan ke
dalam blender, tambahkan air secukupnya. Boleh juga ditambahkan satu sudu teh madu dan buah
lainnya seperti mangga atau pir.
Cara lain, ambil satu biji limau bali ukuran sedang yang telah dikupas dan dibuang isinya, dan 1
cm halia yang telah dibuang kulitnya. Masukkan seluruh bahan tersebut ke blender dengan
ditambah sedikit air.
#Manisan Potong-potong bahagian kulit limau bali (kulit luarnya dibuang) berbentuk kiub, rebus dengan
api kecil selama 60 minit. Buang air rebusannya, tapiskannya, lalu ditimbang. Siapkan gula pasir
sama beratnya dengan berat kulit limau yang telah direbus.
Masukkan kulit limau bali yang telah direbus dalam periuk, tambah air hingga terendam
seluruhnya, tambahkan gula pasir. Rebus di atas api kecil sambil sesekali dikacau sampai
menjadi sirap pekat. Angkat, biarkan kulit limau tetap terendam dalam sirap semalaman.
Esoknya, masak lagi di atas api kecil hingga sirap gula hampir habis. Keluarkan kulit limau dari
sirap, hamparkan di atas nyiru, jemur hingga setengah kering. Potong-potong kecil panjang,
masukkan ke dalam bekas tertutup. Agar tahan lama (1 bulan), simpan di dalam almari.
Selain dimakan begitu sahaja, manisan kulit, limau bali boleh dicampurkan ke dalam adunan
kek, terutama untuk menggantikan manisan yang lain atau kulit limau purut. Manisan kulit limau
yang dicampur manisan kering buah-buahan akan memperkaya cita rasa fruitcake.
Perokok juga dianjurkan untuk makan buah limau bali dua “ruang” (ruang dalam buah) setiap
hari. Peningkatan kadar vitamin C di dalam darah mampu memperbaiki jaringan yang rosak,
bahkan kanser, disebabkan ketidakstabilnya molekul radikal bebas kerana rokok dan polusi
udara.
SUMBER
http://panduanpercuma.info/kesihatan/1663/khasiat-limau-bali/