khat jawi

6
1 PERTANDINGAN khat jawi ISWAHYU PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT

description

khat jawi

Transcript of khat jawi

Page 1: khat jawi

1

PERTANDINGAN khat jawi

ISWAHYU

PERATURAN DAN SYARAT-SYARAT

Page 2: khat jawi

2

1- SYARAT PERTANDINGAN

1.1 Terbuka kepada murid-murid yang mengikuti kelas al-Quran dan

Fardhu Ain (KAFA), Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.(JAKIM)

1.2 Peserta mestilah warganegara Malaysia

1.3 Merupakan acara terbuka dengan memilih wakil daerah lelaki atau

perempuan

2- SYARAT PESERTA

2.1 Peserta mestilah berumur tidak melebihi 12 tahun dan tidak kurang dari

7 tahun

2.2 Peserta hanya dibenarkan mewakili sekolah atau negeri, tempat murid

belajar.Cth

(Murid yang belajar di Sekolah KAFA di Wilayah Persekutuan, hanya

dibenarkan mewakili sekolah atau negeri bagi Wilayah Persekutuan,

walaupun murid tersebut bermastautin /menetap di Selangor) dan

merupakan murid KAFA (KAFA ,SAR,KAFA Integrasi/KAFA Sekolah

Harian)

2.3 Sekolah/daerah hanya dibenarkan menghantar 1 orang wakil sahaja.

(Peserta terdiri daripada salah seorang samada lelaki atau

perempuan)

2.4 Peserta wajib memakai pakaian yang telah diputuskan oleh

Pertandingan.

i. Lelaki (Pakaian kebangsaan yang lengkap bersamping dan

bersongkok hitam).

ii. Perempuan (Berbaju kurung dan bertudung yang sempurna dan

bersopan). Tidak dibenarkan memakai pakaian sekolah.

(Hiasan dan persolekan hendaklah sederhana dan tidak keterlaluan)

Page 3: khat jawi

3

3- SYARAT PERTANDINGAN

3.1 Jenis khat akan ditentukan oleh urusetia pertandingan. Bagi IKK

kategori yang dipertandingkan adalah KHAT RIK’AH.

3.2 Peserta yang menulis selain dari jenis KHAT RIK’AH terkeluar dari

pertandingan dan tidak dihakimi.

4- PERALATAN

4.1 Sebarang alat tulis dan dakwat dibawa oleh peserta.

4.2 Kertas akan disediakan oleh urusetia pertandingan.

4.3 Sekeping kertas sahaja akan dibekalkan kepada setiap peserta pada

permulaaan pertandingan.

(Hanya 2 kertas tambahan yang dibekalkan bagi kertas yang rosak,

setelah mencukupi sebarang kerosakan atau kekotoran pada kertas

ditanggung oleh peserta sendiri.)

4.4 Peserta tidak dibenarkan meminjam dari peserta lain sebarang

peralatan semasa pertandingan.

5- PERSEMBAHAN :

i. Setiap peserta dikehendaki mempersembahkan sebuah hasil tulisan

jawi sahaja.

ii. Persembahan adalah hasil rekaan peserta sendiri.

iii. Sewaktu pertandingan, peserta dilarang meniru peserta lain.

iv. Persembahan tulisan jawi tidak dibenar menggunakan pewarna

tambahan kecuali awan larat yang sederhana tetapi tidak

menenggelamkan tulisan khat.

Page 4: khat jawi

4

6- MASA :

6.1 Masa yang diperuntukkan adalah 1 jam setengah.(1 jam 30 minit).

6.2 Pertandingan akan ditamatkan sebaik sahaja masa yang telah

ditetapkan telah cukup

7- PEMARKAHAN :

i. Dibahagikan kepada 3 bahagian :

• Kaedah Khat : 50 markah

• Hiasan dan Kreativiti : 30 markah

• Kebersihan daan kekemasan : 20 markah

8- PENENTUAN KEPUTUSAN :

i. Peserta mendapat markah tertinggi diisytiharkan sebagai pemenang.

ii. Perserta yang mendapat markah kedua tertinggi akan diisytihar

sebagai Naib Johan dan begitulah seterusnya.

ii. Sekiranya terdapat persamaan dari segi pemarkahan, markah akan

dirujuk kepada :

Pertama : KAEDAH KHAT

Kedua : HIASAN DAN KREATIVITI

Ketiga : KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

iii. Sekiranya masih sama, jemaah hakim akan bersidang dan membuat

keputusan berdasarkan juri hakim.

iv. Keputusan hakim adalah muktamad.

Page 5: khat jawi

5

9- PENGHAKIMAN :

9.1 Kaedah KHAT

a) Betul semua perkataan yang ditulis.

b) Tidak bercampur dengan khat yang lain.

c) Menulis mengikut teks dan jenis khat yang telah

ditentukan

d) Seni halus dan abstrak.

e) Harmoni.

9.2 HIASAN DAN KREATIVITI

a) Bunga dan awan larat yang menarik dan bersesuaian.

b) Tiada lambnag yang sensitive menyentuh mana-mana

pihak.

c) Keelokkan estektikal bingkai dan kemahiran teknikal

9.3 KEBERSIHAN DAN KEKEMASAN

a) Tiada kesan tulisan yang dipadam menjadi comot.

b) Tulisan yang tidak jelas dan samar-samar.

c) Bunga dan awan larat yang tidak keterlauan dan

menenggelamkan tulisan.

Page 6: khat jawi

6

10. KESALAHAN DALAM PERTANDINGAN KESENIAN KHAT DAN JAWI

Bagi setiap kesalahan dibawah akan dipotong satu markah dan tiada

pemotongan markah bagi kesalahan sama yang lebih dari dua kesalahan.

i. Tertinggal perkataan.

ii. Awan larat yang keterlauan.

iii. Menggunakan warna yang pelbagai yang menenggelamkan

tulisan.

iv. Tulisan jawi tidak boleh dibaca.

v. Awan larat merosakkan tulisan khat.

vi. Bukan Rik’ah.

vii. Bercampuran dengan khat yang lain.

viii. Ejaan yang silap dan bercampur ejaan lama/baru.

ix. Tidak menepati ejaan Jawi DBP

Bagi dua (2) kesalahan di bawah penyertaan akan terbatal dan tidak diadili.

i. Menulis teks yang tiada dalam pertandingan

ii. Didapati meniru