Kia2 m

7
Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M) 14/1/2014 Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu. Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis (KIA2M) Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu. Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh. Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut: percalonan ujian penapisan

Transcript of Kia2 m

Page 1: Kia2 m

Kelas Intervensi Awal 2M (KIA2M) 14/1/2014Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) merupakan satu

program yang dirancang khusus untuk membantu murid tahun satu menguasai kemahiran asas iaitu membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Pada masa yang sama program ini adalah bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas. Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. KIA2M ini akan dijalankan spenuh masa oleh guru Bahasa Melayu tahun satu.

Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan. Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Secara keseluruhannya program ini dijalankan selama 3 atau 6 bulan. Masa yang dijalankan merupakan pilihan yang dibuat oleh sekolah. Selain itu juga semua murid tahun satu akan mengikuti ujian penapisan. Ujian ini merupakan ujian yang terpenting bagi mengetahui murid-murid yang tidak menguasai kemahiran asas iaitu kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu. Murid yang lulus akan meneruskan kelas biasa manakala murid yang gagal, mereka akan ditempatkan dalam program ini.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

Kelas Intervensi Asas Membaca Dan Menulis (KIA2M)

Program Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) bertujuan untuk membantu murid yang belum menguasai kemahiran membaca dan menulis dalam Bahasa Melayu pada tahun satu.

Kumpulan murid ini adalah terdiri daripada mereka yang lambat atau belum menguasai kemahiran asas membaca dan menulis. Mereka ini bukan hanya terdiri daripada murid pemulihan khas tetapi juga dari kalangan murid yang hanya perlukan pemulihan dalam kelas.

Oleh itu strategi pengajaran dan pembelajaran yang hendak digunakan perlulah sesuai dengan keperluan untuk membantu murid ini menguasai kemahiran asas ini dengan seberapa segera yang boleh.

Fokus Strategi Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi pengajaran dan pembelajaran Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M) melibatkan beberapa langkah berikut:

percalonan ujian penapisan perancangan pengajaranpenilaian tindakan susulan

Carta alir Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Page 2: Kia2 m

Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M)

Setelah melalui proses pencalonan dan ujian tapisan kemasukan, maka guru-guru yang telah dipilih untuk mengendalikan kelas ini perlulah merancang proses pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berdasarkan modul pengajaran yang telah disediakan.

Berdasarkan modul berkenaan juga guru-guru boleh menyesuaikan aktiviti dan latihan yang dicadangkan mengikut tahap keupayaan murid masing-masing. Strategi berikut boleh digunakan mengikut kesesuaian:

a. Berpusatkan Guru

Guru merancang dan menjalankan tugas secara individu dan murid akan belajar berdasarkan apa yang disampaikan dan diarahkan oleh guru sahaja.

b. Berpusatkan Murid

Murid diberi galakan untuk melibatkan diri secara aktif dalam aktiviti yang dirancangkan sama ada secara individu, kumpulan kecil ataupun kelas.

c. Berpusatkan Bahan

Bahan-bahan pembelajaran yang diperlukan telah disusun, sesuai dengan perancangan yang dibuat. Murid diberi penerangan yang jelas tentang keperluan aktiviti yang akan dijalankan.

Pendekatan

Dalam pelaksanaan Kelas Intervensi Asas Membaca dan Menulis (KIA2M), pendekatan secara kelas, kumpulan dan juga individu perlu digunakan mengikut kesesuaian dari segi kebolehan murid, aktiviti yang dirancang dan juga kemahiran yang hendak diajar.

a. Pendekatan secara kelas

Pendekatan secara kelas perlu juga dijalankan supaya murid dapat melibatkan diri dan meningkatkan keyakinan diri dalam aktiviti berkumpulan yang lebih besar. Aktiviti ini lebih sesuai dijalankan di awal dan di akhir waktu belajar.

b. Pendekatan secara berkumpulan

Konsep pengajaran dan pembelajaran berkumpulan berasaskan kepada perubahan strategi pengajaran yang berpusatkan guru kepada strategi yang berpusatkan murid

Kumpulan kecil yang ahlinya terdiri daripada murid yang menghadapi masalah yang sama atau hampir sama dibentuk. Guru menjalankan pengajaran dengan menggunakan modul pengajaran yang disediakan.

c. Pendekatan secara individu

Guru menumpukan perhatian kepada murid secara individu bagi membantu membimbing untuk mengatasi masalah yang dihadapinya. Selain itu bantuan daripada rakan sebaya juga boleh digunakan jika perlu.

Page 3: Kia2 m

Teknik

Pengendalian suatu perancangan untuk menyampaikan bahan-bahan pengajaran yang telah dipilih untuk mencapai sesuatu objektif.

Tujuan menggunakan pelbagai teknik adalah untuk menarik minat, mengekalkan perhatian serta membangkitkan rasa ingin tahu murid untuk mencapai objektif pengajaran guru.

Antara teknik pengajaran bahasa yang dicadangkan ialah:

teknik bercerita teknik latih tubi teknik tunjuk cara teknik bersoal jawab teknik main peranan teknik menyanyi teknik lakonan teknik kuiz

Bahasa Melayu Merentas Kurikulum

Fokus KIA2M adalah untuk membolehkan murid menguasai kemahiran asas Bahasa Melayu secara intensif. Oleh itu konsep pengajaran Bahasa Melayu merentas kurikulum mestilah dijalankan sepenuhnya dengan menggunakan strategi penggabungjalinan.

Subjek-subjek Pendidikan Jasmani Kesihatan, Pendidikan Muzik dan Pendidikan Seni digabungjalinkan dengan kemahiran-kemahiran dalam Bahasa Melayu.

Pendidikan Jasmani Kesihatan:

1. Pergerakan menggunakan abjad, suku kata dan perkataan.

2. Permainan dalaman - dam abjad, suku kata, perkataan.

3. Lambung dan sambut pundi kacang/ bola berabjad/ suku kata.

Pendidikan Muzik:

1. Nyanyi Lagu - lagu abjad, mengeja, kanak-kanak.

2. Pergerakan berirama

3. Bunyi-bunyian berirama

Pendidikan Seni:

1. Binaan - menggunakan "play dough', plastesin dsb. membentuk abjad.

2. Catan - melukis bentuk-bentuk abjad, suku kata.

3. Capan - mengecap bentuk.

4. Tampalan - menampal bentuk abjad dan kolaj.

Page 4: Kia2 m

ISU DAN MASALAH

MURID

Masalah yang menghalang pembelajaran murid-murid ini termasuklah :

i) Peribadi

* Kekurangan diri

* Selalu ponteng sekolah

ii) Psikologi

* Konsep kendiri yang rendah dan kurang keyakinan diri

* Gangguan emosi – krisis keluarga

* Tiada keyakinan diri untuk berjaya dalam pelajaran

iii) Kecerdasan

* Lambat berfikir dan bertindak

* Mudah lupa

* Sukar memahami dan lemah pengamatan

iv) Sikap

* Tidak minat belajar

* Pasif dan mudah putus asa

* Pendiam, pemalu dan sukar bertindak

GURU

i) Guru Mata Pelajaran

* Guru melabelkan murid yang dianggap lemah.

* Bahan pengajaran yang berasingan tidak disediakan untuk murid yang lemah.

* Guru menganggap masalah murid yang lemah dalam menguasai kemahiran 3M adalah tugas Guru Pemulihan Khas sahaja.

ii) Guru Pemulihan Khas

* Tidak ada panduan khas yang sistematik dalam mengoptimumkan peranannya.

* Kurang mendapat pendedahan dalam P & P yang berkaitan.

Page 5: Kia2 m

PENTADBIRAN DAN PENGURUSAN SEKOLAH

* Pihak pentadbiran sekolah memberikan sepenuh tumpuan kepada

pencapaian cemerlang dalam keputusan peperiksaan UPSR/PKSR.

* Kurang program berkesan yang dirancang untuk menangani

masalah penguasaan kemahiran 3M .

* Peruntukan yang terhad membataskan pelaksanaan program yang dirancang

KEMUDAHAN

i) Fizikal

* Tiada peruntukan kelas khas untuk melaksanakan program

Pemulihan Khas.

ii) Kewangan

* Tiada peruntukan khusus dalam melaksanakan Program

Pemulihan Khas.

iii) Bahan-bahan rujukan.

* Bahan rujukan yang sesuai untuk guru dan murid amat

berkurangan.

iv) Buku Teks.

* Tiada buku teks yang khusus untuk murid pemulihan khas.

KELUARGA

* Ada dikalangan keluarga/ibu bapa/penjaga yang buta huruf.

* Latar belakang keluarga yang bermasalah.

* Latar belakang sosio ekonomi yang rendah.

KURIKULUM

* Program Pemulihan Khas tidak menjadi agenda utama dalam

Mesyuarat Panitia/Kurikulum sekolah ( perbincangan ringkas

sahaja mengenai pemulihan ).

Page 6: Kia2 m

* Pengetua dan Guru Besar diharap mengambil inisiatif utama

untuk memperbaiki kurikulum di sekolahnya dengan

memasukkan agenda pemulihan seperti juga pentingnya

agenda-agenda yang lain.

* Beri perhatian kepada Tahun 1, 2 dan 3. Sekiranya perkara ini

diambil perhatian khusus oleh sekolah itu sendiri maka

mudahlah murid sebegini ditangani maka pembelajaran

seterusnya di tahun - tahun yang berikutnya tidak menjadi

masalah lagi.

Kesimpulan

Penguasaan kemahiran asas membaca dan menulis akan lebih berkesan jika murid mendapat peluang yang luas dan pelbagai untuk membolehkannya memahami sesuatu konsep.

Oleh itu adalah menjadi tugas dan tanggungjawab para guru untuk merancang pelbagai pendekatan, teknik, media pengajaran dan aktiviti agar murid dapat memahami apa yng disampaikan dengan lebih baik.

Page 7: Kia2 m

Soalan:

Apakah program KIA2M?

KIA2M ialah program pemulihan awal untuk menangani masalah penguasaan kemahiran

membaca dan menulis dalam kalangan pelajar-pelajar tahun 1.

Adakah sekolah –sekolah jenis kebangsaan terlibat dengan KIA2M?

Secara konsepnya,program ini melibatkan semua sekolah, namun sekolah-sekolah jenis

kebangsaan diberi pilihan sama ada untuk terlibat atau sebaliknya.

Siapakah yang terlibat dengan program KIA2M?

Semua murid tahun 1 akan menduduki Ujian Penapisan KIA2M, murid yang gagal melepasi

Ujian Penapisan akan mengikuti program KIA2M.

Bagaimana P&P KIA2M dijalankan?

P&P KIA2M dijalankan dalam waktu P&P Bahasa Melayu. Di samping itu, kemahiran

KIA2M ini juga diajar secara penyerapan dalam waktu P&P Pendidikan Seni Visual,

Pendidikan Muzik serta Pendidikan Jasmani dan Kesihatan.

Bolehkah GSTT terlibat dengan P&P KIA2M?

P&P KIA2M hanya melibatkan guru yang terlatih sahaja.

Apakah peranan guru pemulihan dalam KIA2M?

Guru pemulihan amat digalakkan membantu guru KIA2M terutama dalam aspek P&P

seperti pedagogi dan penyediaan bahan.