Presentation m

9

description

moral

Transcript of Presentation m

PowerPoint Presentation

SENARAI SEMAKSenarai Semak yang disediakan untuk mengenal pasti perkembangan dari segi pengetahuan kemahiran, sikap, sahsiah dan kebolehan murid.Guru akan menyemak prestasi pelajar berasaskan kriteria tingkah laku yang ditentukan untuk tempoh tertentu.

Semakin tinggi markah senarai semak semakin banyak tingkah laku positif yang dijangkakan telah ditonjolkan oleh murid-murid.

SAMPEL SENARAI SEMAK TINGKAH LAKU PELAJAR.SKALA PEMERINGKATANTeknik skala pemeringkatan melibatkan menilai tingkah laku pelajar berdasarkan satu skala.Kelebihan teknik ini adalah ia dapat menilai tingkah laku pelajar bukan hanya setakat YA atau TIDAK tetapi berasaskan satu skala pemeringkatan sebab peringkat amalan dan penghayatan nilai adalah sangat berbeza di antara seorang pelajar dengan pelajar yang lain.

Semasa menggunakan teknik penilaian tidak formal guru perlu memastikan dia tidak dipengaruhi oleh kesan halo.Kesan halo boleh berbentuk positif atau negatif.Kesan halo merujuk kepada keadaan di mana sesuatu ciri samada positif atau negatif yang menonjol memberi kesan terhadap penilaian pelajar tersebut.

Pengaruh kesan halo akan memberi penilaian yang tidak adil kepada murid-murid yang baik dalam amalan nilai moral yang lain tetapi lemah dalam sesuatu nilai yang menonjol.

CONTOH SKALA PEMERINGKATAN