KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah...

12

Transcript of KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah...

Page 1: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program
Page 2: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program
Page 3: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

KISAH KEJAYAAN BAHAGIAN KESIHATAN ALAM SEKITAR (KAS) PEMENANG TEMPAT PERTAMA PERTANDINGAN VIDEO KESELAMATAN MAKMAL JABATAN KIMIA MALAYSIA TAHUN 2017

Pasukan OSHKAS ditubuhkan untuk menghasilkan satu video keselamatan sempena Minggu OSH 2017. Hasil persetujuan ahli mesyuarat Bahagian KAS, pasukan ini diwakili oleh kakitangan daripada setiap Seksyen di Bahagian KAS dan diketuai oleh En. Mohd Rahmat bin Ramathani.

Pasukan ini telah bersepakat mengolah

semula video-video yang dihasilkan oleh setiap seksyen bagi menghasilkan satu video yang baharu setelah video keselamatan Seksyen masing-masing tidak memenuhi kriteria ahli panel penilai. Video-video dari setiap seksyen digunakan semula bagi menghargai penat lelah, usaha, masa dan tenaga yang telah dicurahkan oleh warga KAS dalam menghasilkan video sebelum ini.

Cabaran ini disahut oleh ahli pasukan bagi

merealisasikan satu video yang baharu yang lebih komprehensif dan mencakupi keperluan sistem OHSAS18001. Bakat, kepakaran dan kreativiti yang ada telah dicurahkan dan diserlahkan sepenuhnya bagi memastikan kelancaran penggambaran, pengolahan dan suntingan video ini. Hasil kerjasama dan komitmen yang tinggi selama sebulan, ahli pasukan akhirnya berjaya menyiapkan video keselamatan makmal yang boleh diguna pakai sebagai panduan dimakmal-makmal lain.

TAHNIAH !!

Proses suntingan video menggunakan Apple i mac

Penyediaan prop menggunakan bahan terpakai

Proses akhir penggambaran video

Pasukan OSHKAS bersama Pengarah Bahagian KAS

1

Page 4: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

KISAH KEJAYAAN JABATAN KIMIA MALAYSIA CAWANGAN PULAU PINANG PEMENANG TEMPAT KEDUA PERTANDINGAN VIDEO KESELAMATAN MAKMAL JABATAN KIMIA MALAYSIA TAHUN 2017

Setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ketua Pengarah Jabatan Kimia Malaysia, YBhg.

Datuk Hj. Ismail Bin Talib dan barisan panel juri yang telah memilih video keselamatan Jabatan Kimia

Malaysia Cawangan (JKMC) Pulau Pinang sebagai pemenang tempat kedua.

Di kesempatan ini juga kami ingin merakamkan sekalung penghargaan kepada YBrs. Pengarah JKMC

Pulau Pinang dan semua kakitangan yang memberikan sokongan kepada pembikinan video ini.

JKMC Pulau Pinang telah membentuk satu kumpulan khas untuk menghasilkan video keselamatan

makmal dengan menerapkan beberapa kriteria iaitu:

1) Mendidik masyarakat untuk bekerja dengan selamat di dalam makmal, bermula dari sebelum

kerja, ketika bekerja sehinggalah sebelum meninggalkan

makmal.

2) Menerapkan “Corporate Value” kepada keseluruhan jalan

cerita video.

3) Ringkas dan mudah difahami.

Pengisian video turut menekankan perkara-perkara yang berlaku di

dalam makmal, seperti mengendalikan tumpahan bahan kimia,

penggunaan kebuk wasap dengan selamat dan pengendalian bahan kimia dengan cara yang betul.

Kemenangan bukanlah apa yang kami kejar, tetapi menyampaikan maklumat dengan berkesan kepada

masyarakat awam adalah matlamat utama kami.

TAHNIAH !!

2

Page 5: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

Jabatan Kimia Malaysia (JKM) telah menerima kunjungan pasukan audit daripada

Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (LPTA) yang menjalankan audit kepatuhan kepada Akta

Perlesenan Tenaga Atom 1984, Peraturan-Peraturan Perlesenan Tenaga Atom (Keselamatan

Asas Perlindungan Sinaran), 2010. Audit ini telah dijalankan di 7 makmal Jabatan Kimia

Malaysia (JKM) seperti berikut:

Pelbagai tindakan telah dilaksanakan oleh JKM untuk

memastikan keselamatan kesemua kakitangan (pekerja sinaran)

yang mengendalikan radas penyinaran (Gas Chromatography –

Electron Capture Detector (GC-ECD)) yang menggunakan bahan

radioaktif punca terkedap, Ni-63 dan juga radas penyinaran (X-Ray

Diffractometer (XRD), X-Ray Fluoresence (XRF)) sentiasa

diutamakan. Pegawai Perlindungan Sinaran (RPO), En. Rosman

bin Bawok selaku penyelaras dan dibantu oleh Encik Mohd Fathi

Zaini bin Shafie, Penyelia Perlindungan Sinaran (RPS) turut serta

memantau kelancaran perjalanan audit ini.

Ibu Pejabat JKM Ja

3

Makmal Tarikh Audit

JKM Perak 8 Ogos 2017

JKM Pulau Pinang 10 Ogos 2017

JKM Pahang 29 Ogos 2017

JKM Johor 26 September 2017

JKM Kota Kinabalu 28 September 2017

JKM Kuching 12 Oktober 2017

Ibu Pejabat Jabatan Kimia

Malaysia, Petaling Jaya

15 November 2017

JKMC Pulau Pinang

JKMC Pahang

JKMC Pulau Pinang Ibu Pejabat JKM Petaling Jaya

AUDIT KEPATUHAN OLEH LEMBAGA

PERLESENAN TENAGA ATOM (LPTA) TAHUN 2017

Ibu Pejabat JKM

Petaling Jaya

Page 6: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

JKMC Johor

Ibu Pejabat JKM, Petaling Jaya merupakan makmal

yang terakhir menerima kunjungan pasukan audit dan Encik

Wong Kok Fah, Pengarah Bahagian Kesihatan Alam Sekitar

(KAS) selaku Orang Bertanggungjawab Terhadap Lesen

(OBTL) telah turut serta dalam sesi audit yang dijalankan.

Secara keseluruhannya, pihak LPTA sangat berpuas

hati dengan pencapaian kesemua makmal JKM yang

berjaya mencapai tahap sangat memuaskan. Terima

kasih dan tahniah atas kerjasama dan komitmen yang

tinggi yang ditunjukkan oleh semua kakitangan yang

terlibat.

4

JKMC Kuching

JKMC Kota Kinabalu Ibu Pejabat JKM Petaling Jaya

Rangkuman Program Berkaitan Sinaran

Pada Tahun 2017

Latihan Kebakaran dan Pengujian Pelan Tindakan

Kecemasan Radiologikal pada 9 Mei 2017

Program Pengumpulan Mata Pembelajaran Berterusan (CEP) bagi Pegawai Perlindungan Sinaran dan

Penyelia Perlindungan Sinaran 13-14 Mac 2017

9 Mei 2017

Page 7: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

BENGKEL PEMURNIAN TERJEMAHAN SOP SISTEM PENGURUSAN

KESELAMATAN DAN KESIHATAN PEKERJAAN OHSAS 18001:2007

Pada 10-11 Julai 2017, Bengkel Pemurnian Penterjemahan SOP

Sistem Pengurusan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS

18001:2007 telah diadakan di Ibu Pejabat Jabatan Kimia Malaysia, Petaling

Jaya. Bengkel ini dihadiri oleh 20 orang pegawai yang terlibat secara

langsung dalam sistem ini iaitu Unit OSH, Pengurus OSH, Timbalan

Pengurus OSH, Pegawai Perlindungan Sinaran dan Pegawai

Biokeselamatan. Sepanjang bengkel ini, SOP Sistem Pengurusan

Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan OHSAS 18001:2007 sedia ada

telah diterjemahkan daripada Bahasa Inggeris kepada Bahasa Melayu

untuk memberi pemahaman yang lebih baik terutama kepada kakitangan

dari kumpulan pelaksana.

Para peserta bengkel bergambar bersama YBhg Datuk Haji Ismail bin Talib,

Ketua Pengarah Kimia Malaysia

TAKLIMAT KESELAMATAN UNTUK KONTRAKTOR

Unit OSH dengan kerjasama Unit Selenggara telah mengadakan satu

sesi taklimat keselamatan kepada kontraktor pada 3 Julai 2017 yang

lalu. Kontraktor yang terlibat dengan sesi taklimat ini adalah kontraktor

yang telah dilantik oleh pihak JKR untuk menjalankan kerja-kerja

pembaikan di Bangunan Forensik, Ibu Pejabat Jabatan Kimia

Malaysia Petaling Jaya. Setelah selesai sesi taklimat, pihak kontraktor

telah mengisi borang “Contractor’s Permit to Work” mengikut

keperluan SOP 446F – Management of Contractor. Diharapkan

melalui sesi taklimat yang telah dijalankan, kesemua pekerja

kontraktor yang terlibat akan sentiasa mengamalkan prosedur kerja

selamat agar sebarang kemalangan dapat dielakkan.

5

Page 8: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

KURSUS “BIORISK MANAGEMENT” TAHUN 2017

Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di dalam Polisi dan Garis Panduan Biokeselamatan Kebangsaan 2015, Jabatan Kimia Malaysia (JKM) telah mengambil langkah proaktif bagi menyediakan persekitaran kerja yang sihat dan selamat serta memastikan keselamatan pekerja khususnya semasa pengendalian sampel berpatogen yang mana boleh membawa kepada risiko biologi.

Antara langkah yang diambil adalah mengadakan Kursus “Biorisk Management” yang

telah dihadiri oleh 21 orang pegawai dari kumpulan Pengurusan & Profesional (P&P) dengan objektif meningkatkan kesedaran dan kepentingan menangani isu berkaitan biokeselamatan.

Penceramah dari Universiti Malaya iaitu Prof Madya Dr.

Chang Li Yen dan Puan Faizatul Lela bt Jaafar telah

diundang untuk mengendalikan kursus ini. Puan Hamidah

Naim bt Muhammad Rizam, Pegawai Biokeselamatan JKM

turut mengendalikan sesi praktikal bersama para peserta

kursus.

Antara pengisian kursus adalah pemakaian alat

kelengkapan diri (PPE) dengan betul dan tatacara

pengendalian tumpahan sisa biologi. Para peserta juga

didedahkan dengan beberapa senario yang berkaitan

dengan pengurusan biorisiko yang berlaku dalam

makmal semasa aktiviti dalam kumpulan.

Tahniah kepada semua peserta yang memberikan

komitmen yang tinggi sepanjang kursus ini dijalankan.

Diharapkan semua peserta dapat mengaplikasikan

semua perkara yang dipelajari di makmal masing-

masing.

6

Page 9: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

7

MINGGU OSH 2017

IBU PEJABAT JABATAN KIMIA MALAYSIA, PETALING JAYA

12-15 SEPTEMBER 2017

Sekitar Majlis Perasmian Minggu OSH 2017 dan Pelancaran Prosedur

Operasi Standard (SOP) OHSAS 18001:2007 Versi Bahasa Melayu

Program Hari Pertama:

1. Ceramah Kesihatan oleh Pegawai Perubatan, Pusat Darah Negara

(Program kerjasama Unit OSH dan PUSPANITA)

2. Pemeriksaan Kesihatan oleh kakitangan Klinik Kesihatan Kelana

Jaya (Program kerjasama Unit OSH dan PUSPANITA)

3. Demonstrasi Latihan Tumpahan Bahan Kimia oleh Pasukan

Tindakan Tumpahan Bahan Kimia

Program Hari Kedua:

1. Kempen Derma Darah dengan kerjasama Pusat Darah

Negara (PDN)

(Program kerjasama Unit OSH, PUSPANITA & PBSM)

Page 10: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

8

Program Hari Ketiga:

1. Kursus Bantuan Kecemasan Pasukan

Bulan Sabit Merah Bil 2/2017

Kursus ini disertai oleh 25 orang ahli

pasukan dan penyertaan turut dibuka

kepada kakitangan yang berminat.

2. Mesyuarat Pengurus OSH Peringkat Ibu

Pejabat Jabatan Kimia Malaysia dihadiri

oleh semua Pengurus OSH Ibu Pejabat.

Program Hari Keempat:

1. Program Kesedaran Pencegahan

Kebakaran anjuran bersama Pasukan

Pencegah Kebakaran dan Unit OSH

Penceramah: Pegawai Unit Latihan,

Balai Bomba dan Penyelamat Petaling Jaya

Page 11: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

9

Kursus Kesedaran

Biokeselamatan

2 Oktober 2017

Kursus Pengurusan Sisa Bahan

Kimia & Chemwatch

3 Oktober 2017

Kursus “Industrial

Hygiene Technician II”

11-15 September 2017

Page 12: KISAH KEJAYAAN - kimia.gov.my · Selaras dengan Strategi Pelan Kerja Malaysia 2011-2015, di bawah kapasiti teras ke-8 di ... Operasi Standard (SOP) Tindakan Tumpahan Bahan Kimia (Program

1

3 4

6 7

2

5

Sebuah Lori bermuatan 20 tong Asid Hidroklorik Pekat berlanggar dengan sebuah kereta yang dalam perjalanan dari arah Johor Bahru ke Singapura.

PDRM dan BOMBA tiba di tempat kejadian dan menubuhkan Pusat Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) untuk komunikasi dengan agensi-agensi berkaitan kedua-dua negara

Pihak BOMBA menyelamatkan mangsa

kemalangan

HAZMAT, SCDF melakukan proses mengawal tumpahan kimia.

Mangsa diberikan bantuan

kecemasan oleh JPAM

dan Jabatan Kesihatan.

JKM Johor, JAS dan NEA melakukan pemeriksaan bahan kimia

Ahli NOVACHEM terlibat bersama Pengarah JKMC Johor

“Latihan Bersama Pelan Respon Kecemasan Tumpahan Kimia Malaysia-Singapura

(CHEMSPILL 2017)” di KM 1.3 Lebuhraya Linkedua Gelang Patah.

Tarikh: 15 November 2017

Peranan JKMC Johor adalah: i) Menjalankan pemeriksaan di tempat tumpahan bahan kimia berlaku dan di kawasan

sekitarnya.

ii) Mengesahkan tempat tersebut bebas dan selamat daripada bahan kimia berbahaya

Peranan yang dimainkan oleh JKMC Johor amat penting kerana hanya setelah

pengesahan diberikan oleh pihak JKMC maka Official Liaison Officer (OLO) iaitu pihak PDRM dapat mengeluarkan arahan “Stand Down” dan menamatkan sesi latihan.

10